1 Mata pelajaran Pendidikan Islam 2 Kelas 6 UMS 3 Tarikh/ Hari 27 Mac 2023/ Isnin 4 Masa 9.00-10.30 5 Bilangan murid 35 6 Tajuk Tajwid 7 Pengetahuan sedia ada Murid pernah membaca surah Quraisy dan surah Al-Fill sebelum ini 8 Standard kandungan 1.6 Membaca ayat yang mengandungi bacaan mad pada kadar dua, empat dan enam harakat dengan betul dan bertajwid secara beradab dan istiqamah 9 Standard pembelajaran 1.6.1 Membaca kalimah dan potongan ayat yang mengandungi bacaan mad lin dan mad ‘arid lissukun dengan betul dan bertajwid 1.6.2 Mengenalpasti kalimah dan potongan ayat yang mengandungi bacaan mad lin dan mad ‘arid lissukun dengan betul 1.6.3 Mengaplikasi bacaan mad lin dan mad ‘arid lissukun dengan betul dan bertajwid dalam pembacaan Al-Quran
10 Objektif pembelajaran 1. Murid boleh membaca contoh mad lin dan mad ‘arid lissukun dengan harakat yang betul selepas mendengar contoh bacaan guru 2. Murid dapat memilih contoh mad lin dan mad ‘arid lissukun dengan betul selepas menonton video penerangan yang ditayangkan oleh guru 3. Murid boleh membanding beza antara mad lin dan mad ‘arid lissukun setelah melihat kepada slaid pembentangan yang ditayangkan oleh guru 11 Kemahiran berfikir 1. Murid dapat mengenalpasti kalimah yang mengandungi mad lin dan mad ‘arid lissukun dengan betul 2. Murid boleh menghasilkan peta i-think mengenai perbezaan antara dua hukum yang dipelajari 12 Gabung jalin Akhlak : Beradab dengan Al-Quran dan guru 13 Penyerapan Bahasa Arab : Membiasakan diri dengan kalimah bahasa arab yang terdapat didalam Al-Quran 14 Penerapan nilai Bertanggungjawap, Disiplin, Tekun, Kreatif 15 Amalan pedagogi terkini Literasi teknologi maklumat & komunikasi 16 Kemahiran insaniah 1. Kemahiran komunikasi Perpindahan maklumat daripada guru kepada murid dengan baik 2. Pembelajaran berterusan & pengurusan maklumat Proses pencarian ilmu dari pelbagai sumber dan merancang strategi bagi mendapatkan maklumat
17 Elemen merentas kandungan (E.M.K) 1.Teknologi maklumat & komunikasi Penerapan elemen TMK dalam pengajaran menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan 2.Kreativiti & inovasi Murid boleh memberikan banyak idea ketika aktiviti soal jawab dan sumbang saran 3.Nilai murni Murid boleh mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul dalam kehidupan seharian 18 Penilaian pengajaran & pembelajaran 1.Lisan : Talaqqi musyafahah & Tasmi’ 2.Latih tubi : Kuiz 19 Bahan bantu mengajar 1. Komputer riba 2. LCD projector 3. Video dari youtube 4. Permainan interaktif 5. Slaid dan info grafik
LANGKAH ISI KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI CATATAN Muqaddimah (3 minit) Doa belajar : Doa penerang hati : Surah Toha ayat 1-5 -Kelas dimulakan dengan bacaan doa belajar dan doa penerang hati - Kemudian, guru meminta murid untuk membaca 5 ayat terawal surah Toha dengan bantuan slaid dihadapan kelas -Guru meminta murid bersedia untuk sesi pembelajaran hari ini Penerapan nilai : -Khusyuk -Tawakkal -Disiplin
Set Induksi (7 minit) Pautan dari laman web mufti : 1.Guru bertanya kepada murid mengenai hukum mempelajari ilmu tajwid? 2.Guru mendengar jawapanjawapan yang diberikan oleh murid 3.Guru membuka satu pautan web mengenai hukum membaca Al-Quran secara bertajwid dan meminta murid membaca intipati daripada web tersebut 4.Murid membuat kesimpulan akhir Penerapan nilai : -Bertanggungjawap -Disiplin Langkah 1 (20 minit) Contoh ayat yang mengandungi hukum mad lin dan mad ‘arid lissukun : 1.Guru menunjukkan contoh ayat yang mengandungi mad lin dan mad ‘arid lissukun 2.Guru memperdengarkan bacaan pada ayat-ayat tersebut. 3. Murid mengulang kembali bacaan ayat tersebut sehingga betul
Langkah 2 (25 minit) Pautan video dari youtube : Contoh ayat : 1. Guru menayangkan video yang menceritakan mengenai mad lin dan mad ‘arid lissukun 2.Selepas selesai menonton, guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan 3.Setiap kumpulan diberikan beberapa contoh ayat dan meminta murid memilih ayat yang mengandungi hukum mad lin dan mad ‘arid lissukun Penerapan nilai : 1.Bekerjasama Langkah 3 (30 minit) Slaid tayangan : -Guru menayangkan slaid mengenai perbezaan antara mad lin dan mad ‘arid lissukun -Murid diberi masa sekitar 5 minit untuk membezakan keduadua hukum tersebut Teknik pemgajaran: -Berpusatkan murid dan bahan Penerapan nilai murni : 1.Kreatif dan inovasi
-Murid diminta untuk membuat satu peta i-think yang menggambarkan perbezaan kedua hukum tersebut Penutup (5 minit) -Soalan rawak untuk menguji kefahaman murid -Guru memberi penutup sosial iaitu dalam bentuk motivasi -Guru bertanya tahap kefahaman murid untuk sesi pembelajaran pada hari ini -Guru bertanya beberapa soalan rawak bagi menilai murid -Guru menayangkan video mengenai ganjaran bagi mereka yang bersusah payah dalam membaca Al-Quran Penerapan nilai : 1.Istiqomah Teknik pengajaran: -Berpusatkan murid dan bahan Refleksi Sesi pengajaran dan pembelajaran telah mencapai objektif yang diingini dengan bantuan teknologi dan media pengajaran Murid-murid kelihatan begitu seronok dengan permainan interaktif yang disediakan Namun, perlu ditambah baik dari sudut pengurusan peralatan teknikal sebelum mula kelas. Ini kerana tempoh penyediaan peralatan mengambil masa agak lama menyebabkan sesi pengajaran terpaksa mula sedikit lewat dari waktu yang dirancang.