KLINIK PENGGALAKAN SUKAN LOMPAT TALI 1MURID 1SUKAN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2024 UNIT SUKAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH A N J U R A N P E N G E L O L A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUNAK P E R A S M I TN. RUSLAN BIN MADISAN KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN, SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH T A R I K H D A N H A R I T E M P A T 4 JUN 2024 8.00 PAGI - 5.30 PETANG DEWAN AL-GHAZALI SMK MADAI
UCAPAN PERASMI Encik Ruslan bin Madisan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan Salam Sejahtera. Sidang hadirin yang berbahagia. Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini yang akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Dalam konteks ini, Dasar 1 Murid 1 Sukan (MIS) diwujudkan untuk mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini juga selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Sehubungan itu, program yang melibatkan aktiviti sukan di sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara ke arah pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah Saudara dan saudari sekalian, Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dengan cara sentiasa responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang lebih cenderung untuk memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan. Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini menggalakkan setiap murid untuk melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Selaras dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan inilah yang menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Program Klinik Penggalakan Sukan Lompat Tali 1 Murid 1 Sukan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024. Klinik Lompat Tali merupakan satu program yang dirancang secara sistematik untuk memberi pendedahan kepada murid - murid yang kurang aktif kepada sukan alternatif yang diperkenalkan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukan lompat tali sangat sesuai dijalankan di peringkat sekolah kerana sukan ini khususnya dapat membina keyakinan diri setiap murid di sekolah. Di samping itu, program seperti ini dapat memberi peluang kepada murid-murid yang tidak pernah terlibat dengan sukan-sukan elit untuk mempelajari, melibatkan diri dan mengetengahkan bakat yang ada dalam diri masing-masing sekaligus dapat bersaing ke peringkat yang lebih jauh lagi. Para hadirin yang dihormati, Program Klinik Lompat Tali yang dijalankan ini juga bukan sahaja memberi manfaat kepada murid malahan turut memberikan faedah kepada warga pendidik dan sekolah juga. Keadaan ini dapat dilihat menerusi penglibatan secara langsung guru -guru yang menyertai program ini. Guru yang terlibat juga sebenarnya berperanan sebagai Jurulatih Utama yang akan menjadi tonggak maklumat di sekolah dalam menyebarkan informasi tentang kemahiran asas dan aktiviti Sukan Lompat Tali. Dalam hal ini, program ini turut memastikan setiap sekolah yang berada dalam Zon Tenggara ini mempunyai orang mahir dalam bidang sukan Lompat Tali yang boleh dijadikan sebagai rujukan kelak. Hadirin yang dihormati, Selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa, aktiviti sukan juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Aktiviti seperti ini memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif., Murid-murid pada era moden cenderung mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademi sahaja dan beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka. Justeru, mereka perlu disedarkan tentang kepentingan aktiviti sukan yang turut dinilai bagi melayakkan mereka memasuki pusat pengajian tinggi kelak. Program Klinik Lompat Tali ini boleh dijadikan sebagai titik permulaan kepada murid yang mementing kan akademik sahaja untuk meminati bidang sukan. Oleh itu, penyertaan setiap murid dalam sukan amat penting sebagai satu landasan mendukung aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Hadirin sekalian, Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan keemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan pada petang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kash kepada para tetamu yang telah sudi hadir dalam Program Klinik Penggalakan Sukan Lompat Tali 1 Murid 1 Sukan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024. Sekian terima kasih
UCAPAN ALU-ALUAN Pegawai Pendidikan Daerah Kunak Dr Haji Suharpi bin Haji Lasuddang Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan Salam Sejahtera. Hadirin dan hadirat sekalian, Bidang kokurikulum sememangnya merupakan salah satu elemen yang penting dalam sistem pendidikan bukan sahaja di negara kita malahan di mana-mana sekalipun. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kokurikulum sentiasa diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan. Sejak dahulu perbagai dasar diperkenalkan dari semasa ke semasa bagi memastikan matlamat bidang kokurikulum dapat dicapai. Sudah pastinya terdapat pelbagai sebab mengapa kerajaan begitu perhatian terhadap bidang kokurikulum dalam sistem pendidikan kebangsaan. Dalam proses membentuk generasi yang bakal memegang tampuk pemerintahan negara pada masa depan aspek keseimbangan amat dititik beratkan. Disamping kecemerlangan dalam bidang akademik, kecemerlangan dari sudut kokuruikulum dan sahsiah juga amat penting. Dalam hal ini peranan golongan pendidik amatlah penting bagi memastikan semua aspek ini dapat diterapkan di sekolah. Dari perspektif kokurikulum, penglibatan murid-murid secara aktif dalam aktiviti kokurikulum akan memeberi kesan yang cukup dominan terhadap mereka. Justeru, marilah kita menyahutseruan menjayakan program lompat tali yang diselaraskan diseluruh negeri Sabah. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya dimakluman banana Klinik Lompat Tali ini merupakan salah satu program yang dirancang secara sistematik untuk memenuhi keperluan pelaksanaan Dasar Murid 1Sukan (IMIS). Justeru, saya yakin dan percaya bahawa program ini merupakan salah satu cara terbaik bagi murid-murid yang kurang aktif atau kurang gemar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Hal ini sekaligus dapat membina keyakinan diri murid untuk lebih bersosial secara sihat bersama rakan-rakan mereka khususnya bagi murid-murid yang tidak pernah terlibat dengan sukan -sukan elit. Saya amat menggalakkan program ini dilaksanakan disetiap sekolah khususnya di daerah Kunak bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, emosi dan sosial. Diharapkan juga dengan pelaksanaan program ini pada akhirnya dapat membentuk disiplin murid-murid. Dalam aspek kokurikulum, faktor disiplin amat ditekankan kerana melalui proses inilah sahsiah seseorang pelajar dapat ditingkatkan. Sebagai contohnya, pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum akan diterapkan dengan kepentingan menepati dan menghargai masa, mematuhi arahan ketua, menjaga etika pemakaian, menjaga adab dalam pergaulan dan sebagainya. Sedikit demi sedikit sahsiah meraka akan menjadi lebih tinggi dan mereka akan lebih bersedia untuk berhadapan masyarakat sebenar apabila tamat alam persekolahan. Sebagai akhir kata, terdapat banyak manfaat diperoleh oleh para pelajar melalui penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum. Dalam kesempatan ini, saya menyeru kepada semua pelajar agar tidak memandang ringan akan aktiviti kokurikulumdan merebut peluang yang ada kerana kejayaan sedang menanti anda pada masa hadapan. Kepada warga pendidik yang disanjungi, teruskanlah usaha murni untuk mendidik anak-anak yang akan menjadi aset penting kepada negara Malaysia pada masa hadapan. Semoga segala daya dan usaha yang telah kita curahkan ini mendatangkan kemaslahatan kepada kita semua serta mendapat keredaan Allah SWT. Sekian terima kasih
PENGENALAN Klinik Lompat Tali merupakan satu program yang dirancang secara sistematik untuk memenuhi keperluan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S). Tumpuanutama program ini memberi pendedahan kepada murid – murid yang kurang aktif kepada sukan alternatif yang diperkenalkan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukan lompat tali sangat sesuai dijalankan di peringkat sekolah kerana sukan ini tidak memerlukan kos yang tinggi, ruang yang luas, dapat membina keyakinan diri murid dan aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan keseluruhan anggota badan baik untuk perkembangan otak kanan dan kiri secara menyeluruh, latihan kecergasan kardiovaskular, koordinasi, ketangkasan dan sebagainya. Di samping itu, program seperti ini dapat memberi peluang kepada murid-murid yang tidak pernah terlibat dengan sukan-sukan elit untuk mempelajari, melibatkan diri dan mengetengahkan bakat yang ada dalam diri masing-masing seterusnya dapat bersaing ke peringkat yang lebih jauh lagi. OBJEKTIF Objektif utama pelaksanaan Klinik Sukan Lompat Tali ialah : Memberi pendedahan berkaitan kemahiran asas hingga prestasi tinggi sukan lompat tali kepada murid Menawarkan sukan alternatif kepada murid-murid yang tidak berminat dengan sukan elit, Menggalakan murid-murid bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa;dan Membuat persediaan pasukan bagi Karnival Sukan Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
ATURCARA PROGRAM MASA AKTIVITI 7:00 AM Pendaftaran peserta dan guru pengiring Nyanyian lagu negaraku dan lagu sabah tanah airku Bacaan doa 8:00 AM Ucapan alu-aluan Pengetua SMK Madai Senamrobik 8:30 AM Slot 1- Pengenalan lompat tali, lompat berirama dan konsep pertandingan 10:00 AM Rehat/Minum pagi 10:30 AM Slot 2 - Aktiviti fizikal 1, kemahiran individu (single rope skill) Slot 3 - Aktiviti fizikal 2, kemahiran berpasangan (partner skill) 12:00 PM Rehat/Minum pagi 2:00 PM Slot 4 - Aktiviti fizikal 3, kemahiran tali panjang (single long rope skill) dan kemahiran pelbagai tali (multi rope skill) 4:00 PM Slot 5 - Majlis penutupan rasmi dan penyampaian sijil
MAJLIS PENUTUP MASA AKTIVITI 4:00 PM Ketibaan perasmi Encik Ruslan bin Madisan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 4:10 PM Majlis dimulakan - Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku - Bacaan Doa 4:30 PM Ucapan Alu-aluan Dr Haji Suharpi bin Haji Lasuddang Pegawai Pendidikan Daerah Kunak 4:40 PM Ucapan Perasmian Encik Ruslan bin Madisan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 5:00 PM Penyampaian sijil dan cenderahati 5:30 PM Jamuan ringan dan bersurai
JAWATANKUASA PENGELOLAAN Pengerusi Dr Haji Suharpi bin Haji Lasuddang Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Derah Kunak Timbalan Pengerusi Encik Lajahuri bin Ljahidi Timbalan Pegawai Pendidikan Derah Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Derah Kunak Naib Pengerusi Encik Abdul Hussin bin Madjakinal Pengetua SMK Madai, Kunak Penyelaras Program Puan Norsima binti Simon Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Madai, Kunak Setiausaha Encik Nawir bin Tompong Unit Bakat Sektor Pembangunan Murid Bendahari Nor Hafizah binti Abdullah Chai Ketua Pembantu Tadbir SMK Madai, Kunak J A W A T A N K U A S A I N D U K A H L I J A W A T A N K U A S A I N D U K Pengerusi Teknik : Encik Muhammad Ridzwan bin Johari Pendaftaran Peserta : Puan Ruhaida binti Harom PA Sistem : Encik Jasran bin Abdul Kadil Encik Rahmat bin Balli Persiapan tempat : Cik Asma Nilma binti Darwis Makan Minum Peserta : Cik Nor Syafirah binti Nurdin Peralatan : Nurul Asyraaf bin Abdul Halil Sijil : Siti Aishah binti Kalid Banner : Puan Nor Faezah binti Kassiran Juruacara : Pelajar Tingkatan 6 Buku Program : Puan Nurul Afiqah binti Ab Hamid Fotografi : Encik Ridwan bin Rosli Disiplin/Kawalan Pelajar : Encik Nur Akmal bin Saidin