MPU23012
PENGAJIAN ISLAM
PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR :
PUNCA, KESAN DAN SOLUSI BANJIR KILAT
KUMPULAN 2
Ahli Kumpulan 1) Mohamad Akmal Haikal Bin Yahaya
(16DPR21F2029)
Kelas
Nama Pensyarah 2) Hazeeq Zikry Bin Mohd Fazis
(16DPR21F2007)
3) Muhammad Arif Akmal Bin
Nasaruddin
(16DPR21F2027)
4) Muhammad Zull Fadzli Bin Rezali
(16DPR21F2015)
DPR2B
Puan Nurhidayu Binti Salleh
1|Page
ISI KANDUNGAN Butiran Muka Surat
2
No. 2
1.0 Penghargaan 3
2.0 Objektif
3.0 Pengenalan 4-5
4.0 Punca 6-7
5.0 Kesan 8-9
6.0 Solusi 10
7.0 Kesimpulan 11
8.0 Lampiran 12
9.0 Rujukan
1
2|Page
1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
dapatlah kami menyiapkan sebahagian tugasan Pengajian Islam di Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Nurhidayu Binti
Salleh, pensyarah kursus Pengajian Islam MPU23012 yang telah banyak memberikan
bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Penghargaan dan terima kasih
juga saya ucapkan kepada rakan- rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak
memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan projek ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kami
sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan projek ini.
Semoga Allah SWT memberikan balasan yang lebih baik jua. Amin
2.0 OBJEKTIF
Melalui tugasan ini kami rangkumkan beberapa objektif seperti yang berikut :
Tugasan ini dilakukan secara amnya ialah untuk memberitahu tentang punca, kesan
dan solusi banjir kilat apabila berlaku pada masa kini. Jadi, sumber sahih yang
diperoleh dari pelbagai bahan dan media membantu kami membuat tugasan ini
dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Kami telah menguasai kemahiran
mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang punca, kesan
dan solusi banjir kilat apabila berlaku
Tugasan ini dapat menambah pengetahuan kami tentang tanda-tanda sebelum dan
selepas banjir kilat ini berlaku. Ini juga memberi kami pendedahan untuk mengenali
dan memahami apakah punca , kesan dan solusi sebenar berlakunya banjir kilat
pada masa kini. Bukan itu sahaja, permasalahan ini turut memberikan kesan yang
besar terhadap masyarakat, ekonomi dan negara. Kami juga telah menyenarai
beberapa punca, kesan dan solusi jika berlakunya banjir kilat di negara kita.
3|Page 2
3.0 PENGENALAN
Banjir atau bah ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu
kawasan atau tempt luas yang biasanya kering. Arahan Banjir Kesatuan Eropah (EU)
mentakrifkan banjir sebagai litupan air pada tanah yang biasanya tidak dilitupi oleh air.
Dalam erti kata "air mengalir", perkataan itu juga boleh digunakan untuk aliran air pasang.
Banjir boleh berlaku di kawasan rata tau rendah ketika kadar air dibekalkan oleh hujan
atau salji lebih tinggi darpada kadar pengeringan. Leoman air akan terkumpur dr suatu
tempat dan kadang-kadang bolen mencecan kedalaman berbahaya. Tanah permukaan
boleh menjadi tepu dengan air yang menghentikan penyusupan air dengan berkesan.
Penyusupan juga lambat di kawasan tanah beku, batu, konkrit, Kawasan berturap atau
berbumbung. Banjir kawasan bermula di kawasan rata seperti dataran banjir dan di kawasan
depresi tempatan yang tidak tersambung ke saluran aliran kerana halaju aliran darat
bergantung pada cerun permukaan. Lembangan endoreik mungkin mengalami banjir di
kawasan ketika taburan air melebihi kadar penyejatan.
3
4|Page
4.0 PUNCA BANJIR KILAT
i ) Hujan yang berterusan
Hujan yang berterusan tanpa henti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir
berlaku. Di kawasan- kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang
memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawsaan tanah rendah
dipenuhi air.
i) Kekurangan Hutan Simpan
Hutan yang berperanan untuk menyerap air hujan juga semakin berkurangan. Hal ini
menyebabakan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang
turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila
sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir
kilat.
ii) Kekurangan Sistem Perparitan yang sempurna
Masalah banjir kilat yang sering melanda Bandar pula adalah disebabkan kekurangan
sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlalu kecil dan cetek serta sering
tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat, parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air
yang banyak. Maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
5|Page 4
iv ) Proses Pembandaran
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-
kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit.
Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti
seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan
lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah.
Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan
kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
v ) Hakisan Tebing Sungai
Hakisan tanah adalah fenomena yang mana tanah di kawasan tebing menjadi longgar dan
jatuh dari tebing itu. Apabila hakisan tanah berlaku di tebing sungai, tanah yang dihakis
akan jatuh dari tebing sungai ke lantai sungai. Jika ini berlaku secara berterusan, paras
lantai sungai akan menaik. Ini bermakna sungai itu akan mempunyai kurang ruang untuk
mengandungi air dan oleh itu, limpahan air senang berlaku. Limpahan air yang berlaku di
kawasan sungai yang mengalami hakisan boleh menyebabkan banjir.
vi ) Kerosakan pada Empangan Air
Empangan air adalah suatu struktur yang biasanya dibina di sungai yang berdekatan
dengan kawasan bandar atau kawasan perumahan. Fungsi utama empangan air adalah
untuk menghalang air sungai yang berlebihan melimpah ke dalam kawasan bandar dan
perumahan. Ini boleh dilakukan kerana empangan air adalah seakan sebuah benteng atau
dinding yang tinggi yang menyekat saluran air di sungai. Apabila empangan air rosak, air
yang sepatutnya disekat akan melimpah melalui benteng ke kawasan bandar dan
perumahan dan ini boleh menyebabkan banjir berlaku.
6|Page 5
5.0 KESAN BANJIR KILAT
i ) Proses Pembandaran.Risiko untuk lemas akibat banjir
Perkara ini berlaku kerana mangsa tidak dapat menganggar kekuatan sebenar arus serta
kedalamannya sewaktu banjir. Malah, ada juga yang terkorban sewaktu melakukan
evakuasi.
ii ) Kecederaan kecil serta jangkitan
Antara kesan banjir yang lain ialah risiko kecederaan dan jangkitan yang tinggi. Ramai
mangsa banjir akan mengalami kecederaan, sama ada disebabkan banjir itu sendiri atau
kerana terluka terkena serpihan kayu, besi dan plastik yang terapung di dalam air.
Kecederaan juga boleh berlaku ketika mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing dan
mula untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Objek tajam dan juga sepihan perabot
boleh mendatangkan bahaya yang besar kepada mangsa. Pada masa yang sama,
sebarang luka yang dialami ketika banjir juga berisiko untuk terkena jangkitan.
iii ) Kecederaan disebabkan elektrik
Kecederaan disebabkan renjatan elektrik juga merupakan sesuatu yang lazim ketika banjir.
Air yang bertakung di sekitar sumber elektrik mempunyai bahayanya yang tersendiri.
Manakan tidak, sumber elektrik yang terdedah sukar untuk dikenal pasti. Ramai mangsa
yang menjadi korban kerana tidak sedar akan bahaya di kawasan tersebut.
7|Page 6
iv ) Menimbulkan banyak kerugian dalam bidang pertanian
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati.
Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan
tanam-tanaman ini akan merugikan para petani. Ternakan terbunuh kerana terperangkap
dalam banjir, mati kebuluran dan penyakit dsb.
v ) Kemusnahan Harta Benda Penduduk
Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah, menghanyutkan barangan dan
merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Ini
membawa kerugian besar kepada penduduk.
vi ) Kematian
Kematian akibat penyakit. Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan
manusia. Banjir yang berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama
limpahan air. Najis ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai
jenis penyakit seperti taun dan malaria. Penyakit lain ialah denggi, penyakit leprosi (sakit
kencing tikus) banyak merebak dalam musim banjir. Banjir juga boleh mengakibatkan
kehilangan nyawa kerana lemas terutamanya di kawasan yang rendah dan berhampiran
dengan sungai
8|Page 7
6.0 SOLUSI BANJIR KILAT
i ) Menyediakan Sistem Perparitan
Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah sentiasa
dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik.
ii ) Projek Pendalaman Sungai
Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses pendalaman
sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di sungai. Apabila
proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi mampu mengalirkan jumlah
air hujan dengan banyak.
iii ) Memelihara Hutan
Pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan
boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus
ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan
dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai
penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air
hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui
sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.
9|Page 8
iv ) Mengawal Aktiviti Manusia
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah dan sisa
industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat
perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan
kempen mencintai sungai dan sebagainya.
Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih
dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.
v ) Menyediakan Kolam Takungan Air
Solusi jangka masa pendek untuk masalah banjir adalah dengan mendalamkan sungai atau
menyediakan kolam takungan air. Kita mungkin menghadapi masalah birokrasi apabila ingin
melakukan sesuatu penyelesaian masalah yang melibatkan pihak berkuasa dan juga
kerajaan. Justeru, pihak berkuasa atau individu yang mempunyai sumber kewangan dan
kemudahan boleh membantu untuk mendalamkan sungai sekitar dan juga menyediakan
kolam takungan air.
vi ) Menaik taraf sistem amaran banjir
Penggunaan telefon pintar dalam kalangan masyarakat adalah kebiasaan demi menyelami
arus modenisasi pada hari ini. Tetapi, sistem amaran banjir kita masih lagi menggunakan
teknologi lapuk seperti amaran siren di kawasan berdekatan sungai. Apabila hujan turun
dengan lebat, bunyi siren dan amaran tidak akan kedengaran dan menyebabkan ramai
penduduk tidak sedar. Maka, pihak berkuasa seharusnya melakukan anjakan paradigma
dengan menggunakan teknologi yang kita miliki hari ini untuk menyediakan sistem amaran
banjir yang terbaik. Tamsilnya, perkongsian amaran cuaca buruk daripada jabatan kaji
cuaca melalui sistem pesanan ringkas atau di media sosial. Apabila masyarakat diberikan
amaran dan mereka sedar akan potensi berlakunya banjir, pasti mereka akan bertambah
waspada dan melakukan persiapan untuk menghadapi musibah tersebut.
10 | P a g e 9
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelbagai cara yang boleh dilaksanakan untuk memastikan masalah
banjir tidak berulang di Malaysia. Setiap tindakan yang dirancang pastinya ada kesan baik
dan juga buruknya. Oleh itu, semua pihak seharusnya berganding bahu mencari mekanisme
terbaik untuk menyelesaikan masalah banjir yang kompleks dan berbeza di setiap kawasan.
Hanya dengan dedikasi yang ikhlas dan niat untuk memastikan setiap antara ahli
masyarakat hidup dengan selamat akan membawa kita ke meja penyelesaian kepada
masalah ini. Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat. Perumpamaan ini
jelas menunjukkan jika kita bermuafakat untuk mencapai satu visi yang sama iaitu
mengatasi masalah banjir, pastinya kita akan menjumpai solusi yang terbaik untuk semua
pihak. Semoga kaedah-kaedah yang dibincangkan dapat dipraktikkan dan seterusnya
memastikan masyarakat kita hidup dengan selamat, selesa dan harmoni.
11 | P a g e 10
8.0 LAMPIRAN
Rajah diatas menunjukkan banjir kilat yang baru sahaja melanda di negara kita
pada tahun ini.
12 | P a g e 11
9.0 RUJUKAN
Sumber Internet :
❖ https://www.irujukan.my/masalah-banjir/
❖ http://bad1april96-bad.blogspot.com/p/banjir-kilat.html?m=1
❖ http://nikmatair.blogspot.com/2016/05/apa-punca-banjir.html?m=1
❖ https://hellodoktor.com/kesihatan/berita/akibat-banjir-mangsa/?amp=1
❖ https://www.slideshare.net/hazleegapal/kesan-banjir
❖ http://airkumalaysia.blogspot.com/2011/06/cara-cara-mengatasi-banjir.html?m=1
❖ https://www.kosmo.com.my/2022/11/21/penduduk-trauma-kerap-dilanda-banjir-kilat/
❖ https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/11/1023908/beberapa-
kawasan-di-klang-shah-alam-banjir-kilat
13 | P a g e