ANALISIS TENTANG PEMBENTUKAN KATA BAHARU & ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI ANALISIS TENTANG PEMBENTUKAN KATA BAHARU & ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI Tugasan 2 : Penghasilan produk Kelas : BM5 Pensyarah : En. Biamin Bin Ahmad BMMB3203
IFA NADIA BINTI MAT ZAIN AHLI KUMPULAN DIYANAH SAFFIYAH BINTI NOORZAIRI FATIN NUR AFIQAH BINTI MUSA
1. PENDAHULUAN 2. KONSEP PEMBENTUKAN KATA BAHARU 3. KONSEP PEMBENTUKAN KATA SERAPAN 4. PENGENALAN KATA SERAPAN 5. KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS 6. KATA PINJAMAN BAHASA SANSKRIT KATA PINJAMAN BAHASA ARAB 7. ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI ISI KANDUNGAN
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa tau lambang (dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bahasa mempunyai tiga sistem yang utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan semantik. PENDAHULUAN
Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang tendiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsurunsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah marfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi. KONSEP PEMBENTUKAN KATA BAHARU
Kata pinjaman atau kata serapan ialah kata yang dipinjam dari satu bahasa lalu diserapkan dalam satu bahasa lain. Kata-kata ini sering digunakan untuk konsep atau gagasan yang eksotik yakni asing kepada sesebuah masyarakat penutur bahasa yang meminjam, dan kebanyakan istilah khusus untuk muzik klasik Eropah dipinjam dari bahasa Itali. Sungguhpun demikian, istilah kata pinjaman tidak menyampaikan maknanya setepattepatya, kerana kata yang dipinjam tidak dipulangkan kepada bahasa "peminjam". Pertukaran ini dilhat sebagai suatu kelumrahan dalam pertembungan bahasa-bahasa yang dituturkan kelompok-kelompok berbeza, di mana tahap pertembungan mempengeruhi sejauh dan seperinci mana istilah yang diterapkan dalam bahasa sasaran. KONSEP PEMBENTUKAN KATA SERAPAN
Bahasa Inggeris Kata pinjaman juga disebut sebagai kata serapan. Kata-kata atau istilah asing yang diambil untuk mengungkapkan dalam bidang-bidang tertentu atau mengalami penyesuaian. APA ITU KATA PINJAMAN? Bahasa Arab Bahasa sanskrit 3 PINJAMAN BAHASA
KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS 01 02 03 Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah berjaya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran dan bahasa pengantar bidang pendidikan. Perubahan zaman serta keperluan terhadap ilmu mengakibatkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu Antara perkataan awal yang diserap masuk termasuk setem, hotel,telefon,antibiotik dan banyak lagi.
KATA PINJAMAN BAHASA SANSKRIT 01 02 03 Bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu melalui perdagangan ekoran pedagang India menggunakan bahasa Sanskrit di Tanah MElayu Kata pinjaman Sanskrit merangkumi bidang agama, falsafah, alam semula jadi , kenegaraandan pelbagai lagi Tamsilnya: syurga asmara desa
KATA PINJAMAN BAHASA ARAB 01 02 03 Huruf-huruf Arab diperkenalkan dan digunakan sebagai sistem tulisan menggantikan sistem tulisan Palava dan Nagiri. Sistem tulisan Arab pada asalnya diserapkan ke dalam bahasa Melayu untuk menghasilkan buku-buku agama dalam bahasa Melayu terutamanya mengenai ibadat. Contohnya: 1. riwayat 2. hajat 3. maktab
Isu kesalahan penggunaan kata dari sudut morfologi Artikel :
KESALAHAN KATA PINJAMAN Pada masa ini, penggunaan laman social melalui internet amat popular di Malaysia. Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Analisis: Perkataan ‘social’ .Perkataan ini sepatutnya ditulis dalam Bahasa Malayu seperti yang telah dinyatakan di atas.
KESALAHAN KATA IMBUHAN …mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadikan mangsa rogol. …mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol. Analisis: Imbuhan ‘-me’ mesti diikuti oleh objek bergerak Oleh itu, ayat di atas tidak perlu menambah imbuhan ‘-kan ’ kerana mangsa merupakan objek tidak bergerak.
KESALAHAN KATA MAJMUK …dengan cara menggunakan kemudahan yang sediaada. …dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Analisis: Perkataan “sediaada ” perlu dijarakkan kerana perkataan ini merupakan kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
KESALAHAN KATA SENDI NAMA …berlaku terutamanya di kalangan remaja perempuan. ...berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Analisis: Frasa sendi nama di digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang mempunyai ruang manakala dalam digunakan apabila memperkatakan sesuatu yang bersifat abstrak.
KESALAHAN KATA HUBUNG Bila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian… Apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian… Analisis: ‘Bila ’ ialah kata tanya yang berkaitan dengan waktu. ‘Apabila ’ ialah kata penghubung ayat yang bererti "pada ketika" atau "semasa" .
1. https://www.slideshare.net/diyraz/morfologi-bahasa-melayu-pembentukan-perkataanbaharu 2. https://kopidangula.blogspot.com/2011/08/proses-pembentukan-kata.html 3. https://www.academia.edu/7606782/Pembentukan_Istilah_dan_Kata_Pinjaman 4. http://cikgukarizam.blogspot.com/2012/09/?m=1 5. https://id.scribd.com/doc/213299945/KATA-PINJAMAN-DALAM-BAHASA-MELAYU-ppt RUJUKAN