1.Perancangan strategik dan plan bertindak sekolah 1994-1998 3.Beyond excellence 2000-2005 2.Facebook almuni KBES,. SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KENNEDY BAY Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan nama ‘JEAN EMMET ENGLISH SCHOOL” .Ia dibina oleh Syarikat Kennedy Bay Timber PTE.LTD ,setelah berpindah dari Kawasan Pangaruan Bakapit ke Silam Camp. Syarikat ini adalah sebuah syarikat pembalakan dari Amerika Syarikat.Pada Peringkat awal,sekolah ini merupakan sekolah swasta dan syarikat berkenaan bertanggungjawab membiayai segala keperluan sekolah ini. Mrs.Lourdes Hacut,berbangsa Filipina adalah guru besar pertama di sekolah ini bermula pada tahun 1963 hingga 1975.Sesuai dengan nama syarikat yang menubuhkan sekolah ini,nama sekolah ini telah diubah kepada KENNEDY BAY ENGLISH SCHOOL Setelah perpindahan Mrs Lourdes Hacut,En Allan Atit telah menggantikan beliau sebagai guru besar di sekolah ini bermula 3 Januari 1976 hingga 31 Disember 1978.Semasa pentadbiran beliau nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Kennedy Bay. Pada tahun 1979 hingga 3 Julai 1992,En.Joseph Chelaya telah ditugaskan sebagai guru besar seterusnya di sekolah ini . Semasa pentadbiran beliau iaitu pada tahun 1985 nama sekolah ini bertukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kennedy Bay. Setelah persaraan En Joseph Chelaya,Pn Maliah Ng Ming Jing telah dilantik sebagai Pemangku Guru Besar hingga 13 Disember 1994. Kemudian pada 14 Disember 1994,En Harun A.Rahim telah mengambil alih jawatan sebagai guru besar sekolah ini. Beliau memeggang jawatan guru besar sehingga tahun 1998.Semasa pentadbiran beliau status sekolah ini telah didaftarkan kepada Sekolah Kebangsaan.En. Harun A.Rahim telah bertugas disekolah ini selama 4 tahun. Puan Ng Ming Jing telah dilantik ke jawatan guru besar dan mengisi kekosongan jawatan sebagai guru besar di sekolah ini bermula pada
1.Perancangan strategik dan plan bertindak sekolah 1994-1998 3.Beyond excellence 2000-2005 2.Facebook almuni KBES,. tahun 1998 hingga 2002. Semasa pentadbiran beliau nama sekolah ini sekali lagi bertukar ke Sekolah Kebangsaan Ladang Kennedy Bay. Pada awal tahun 2002 setelah puan Maliah Ng Ming Jing ditawarkan jawatan ke Ibu Pejabat Kota Kinabalu,sementara ketiadaan guru besar Pn,Jainie Binti Selamat telah dilantik untuk memangku jawatan guru besar selama setahun.Nama sekolah Ladang Kennedy Bay juga telah bertukar kepada SK Kennedy Bay. Pada tahun 2003, En.Abdul Samad Bin Matusin memeggang jawatan guru besar di sekolah ini sehingga 16 Mei 2004. Bermula pada 17 Mei 2004 jawatan guru besar telah diambil alih oleh En.Arsani Alam. Beliau memeggang jawatan guru besar di sekolah ini sehingga 13 Februari 2012. Puan Aida Binti Abdul Rashid telah memulakan tugas beliau sebagai guru besar di sekolah ini pada 13 Februari 2012. Beliau bertugas disekolah ini sehingga 19 November 2019. Pada Disember 2019,En Abdul Raof Bin Muhammad Nor telah mula bertugas sebagai guru besar seterusnya di sekolah ini sehingga kini. Fizikal sekolah mengikut sejarah. 1. Keluasan kawasan sekolah 11200 meter persegi (2.6 ekar ). 2. Bangunan sekolah didirikan pada tahun 1962. 3. Jenis bangunan ialah Kayu. Kantin sekolah. 1. Didirikan pada tahun 1986. 2. Didirikan oleh syarikat Pacific Hardwood iaitu sebuah syarikat yang telah mengambil alih pentadbiran syarikat pembalakan daripada syarikat terdahulu. 3. Keluasan : 10 meter persegi.
1.Perancangan strategik dan plan bertindak sekolah 1994-1998 3.Beyond excellence 2000-2005 2.Facebook almuni KBES,. Senarai nama guru besar dan tahun berkhidmat. 1. Mrs Lourdes Hacut 1963 - 1975 2. En.Alan Atit 1976 - 1978 3. En.Joseph Chelaya 1979 - 3 Julai 1992 4. En.Harun A.Rahim 14 Dis 1994 - 1998 5. Pn.Maliah Ng Min Jing 1998 - 2002 6. En.Abdul Samad Matusin 2003 - 2004 7. En.Arsani Bin Alam 17 Mei 2004 - Feb 2012 8. Pn.Aida Binti Abdul Rashid 13 Feb 2012 - 19 Dis 2019 9. En.Abdul Raof Bin Mohammad Nor Disember 2019-