JIRANKU PRIHATIN
Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana mempunyai masyarakat
yang berbilang bangsa dan kaum. Masyarakat Malaysia sangat bertuah kerana dapat hidup
dalam keadaan yang bertimbang-rasa dan bertolak ansur. Ini menjadikan masyarakat
Malaysia dapat mengenali dan hidup bersama dengan jiran pelbagai bangsa dan kaum.
Ini adalah sebuah kisah tentang keluargaku dan jiranku. Aku telah mengikut Ibu
berpindah ke sebuah taman perumahan yang baru iaitu di sebuah pekan kecil semenjak 2
tahun lepas, selepas Ibu bercerai dengan Ayah . Suasana kejiranan di sini sangat baik dan
semua orang di taman ini dapat mengenali di antara satu sama lain. Keluargaku telah
berkenalan dengan jiran-jiran di sini iaitu Pakcik Dollah. Uncle Raju dan Uncle Lee. Mereka
sangat ramah dan suka membantu. Setiap minggu selalu jiran-jiran ditamanku selalu
mengadakan aktiviti di kawasan taman perumahan kami seperti bergotong-royong
membersinkan kawasan sekitar taman, jamuan makanan dan melakukan aktiviti riadah
bersama-sama. Hubungan kami sangat rapat antara satu sama lain.
Perkara yang lebih menarik adalah, apabila kami akan pergi bercuti atau pulang
ke kampung.Pakcik Dollah dan jiran yang lain akan selalu menawarkan diri mereka untuk
menjaga rumah kami semasa ketiadaan kami di rumah. Uncle Raju juga selalu menyiram
pokok bunga di halaman rumah ketika ketiadaan kami. Uncle Lee juga selalu menumpangkan
kami 4 beradik pulang dari sekolah sekiranya Ibu tidak sempat menjemput kami di sekolah
kerana kesibukkan kerjanya.
Pada hujung tahun 2019 ,Negara kami diserang COVID 19.Hal ini menyebabkan
peluang kerja terputus dan semua pendidikan telah ditutup .Ibu terpaksa diberhentikan kerja
kerana masalah kewangan .Apibila jiran-jiran di tamanku dapat tahu mereka memberi kata
semangat kepada Ibuku mereka memberi pendapat kepada Ibuku untuk membuka kedai nasi
lemak kerana Ibuku pandai memasak lauk pauk yang sedap.Ibuku bersetuju untuk membuka
kedai nasi lemak dihadapan tamanku kerana pada masa itu kerajaan membenarkan Negara
dalam fasa 3 untuk gerai makanan boleh dibuka.
Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sepanjang hidup berjiran di sini adalah
pada 5 bulan lepas., Kami sekeluarga perlu di kuarantin kerana seorang pelanggan yang
memberi nasi lemak Ibuku adalah mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19. Hal ini
menyebabkan juga kami dikenakan kuarantin selama 14 hari di rumah. Sepanjang tempoh
kami dikuarantin ini,jiran-jiranku banyak membantu dengan memberi makanan dan membeli
barang keperluan kami dan juga memberi sedikit sumbangan kepada kami sekeluarga. Kami
sangat terharu kerana walaupun ditimpa musibah seperti ini, masih banyak juga jiran-jiran
yang datang ingin membantu tanpa mengharapkan balasan. Mereka juga banyak memberi
kata semangat kepada kami agar tabah menghadapi ujian ini
Selepas 14 hari kami dikuarintin ,Ibu kembali berniaga nasi lemaknya dan
kami 4 beradik kembali bersekolah .Jiran-jiran di tamanku sangat gembira kerana kami sihat
dan kembali pulih seperti dahulu.Nasi lemak pada gerai Ibuku sangat laris dan habis
dijual.Pada keesokkan hari rumah Pakcik Dollah telah dipecah masuk pada malam hari
tersebut.Habis barang-barang berharga seperti wang dan lain-lain lagi di ambil oleh
perompak.Kami sekeluarga dan jiran-jiran yang lain bersepakat untuk memberi sumbangan
kepada Pakcik Dollah .Pakcik Dollah sangat gembira kerana menerima sumbangan daripada
kami sekeluarga dan jiran-jiran di tamanku.Jiran-jiran ditamanku akan membuat rodaan pada
waktu malam agar tidak berlaku lagi kejadian di rumah Pakcik Dollah.Alhamdulilah aku dan
sekeluarga bersyukur kerana mempunyai jiran yang sangat prihatin.