The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku yang menceritakan dan menerangkan kenapa agama sangat penting

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gabrielxavierxs, 2023-05-17 06:08:46

Kepercayaan Kepada Tuhan

buku yang menceritakan dan menerangkan kenapa agama sangat penting

NILAI-NILAI PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN MPU23042: NILAI MASYARAKAT MALAYSIA


WWW.REALLYGREATSITE.COM Dinneesh A/L Samuganathan (05DAT22F1041 00 Dexter Wong Jong Hong (05DAT22F1998) 00 Gabriel Xavier Sanggop Anak Jason Rhenggie (05DAT22F1004) 00 Bradley Daniel (05DAT22F1024) 00 Danny Law (05DAT22F1066) 00 Goldstien Joe (05DAT22F1047) 00 @REALLYGREATSITE AHLI KUMPULAN 6


Pendahuluan Cabaran-Cabaran untuk mengekalkan pengamalan kepercayaan agama Contoh-contoh Agama di Malaysia Pengenalan Agama Tanpa Berlakunya Persengkataan Berlaku Cara-cara mengamalkan kepercayaan agama masing-masing Kepentingan mengamalkan kepercayaan agama masing-masing 04 08 05-07 10 08-10 12 KANDUNGAN


PENDAHULUAN Perkara 11 dan 12(2) Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan kepada setiap penganut agama mengamalkan kepercayaan masingmasing. Mereka juga bebas mengurus institusi-institusi agama mereka. Berdasarkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, semua rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi kuasa yang lain. Seseorang yang patuh dan taat setia kepada ajaran agamanya mempunyai budi pekerti yang mulia serta sifat-sifat terpuji. Keteguhan iman dan bersikap tolong menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum adalah sikap terpuji. Agama menjadi unsur penting dalam membentuk rohani sesebuah masyarakat. Di dalam Perlembagaan Persekutuan telah ditetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agamaagama lain boleh diamalkan dengan bebas.


CONTOH-CONTOH AGAMA DI MALAYSIA AGAMA ISLAM Agama Islam merupakan agama yang paling banyak dianuti di negara Malaysia. Agama Islam juga dikenali sebagai agama utama di negara yang mempunyai sekitar 60 peratusan penduduk menganuti nya. Seseorang yang beragama Islam bermaksud mereka berserah diri dan mengikuti perintah Allah SWT serta mencontohi Nabi Muhammad SAW. Penganut Islam memberikan kesaksian bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad sebagai utusan-Nya. Ketaatan dibuktikan dengan melaksanakan tanggungjawab seperti yang diperintah oleh Allah serta menjauhi laranganNya. Muslim mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW berfungsi sebagai penyampai ajaran Islam dan dalam masa yang sama sebagai tokoh yang perlu dicontohi. Seperti yang diketahui, masyarakat Islam beribadah di sebuah tempat yang bernama Masjid. Ajaran Islam pula menggunakan buku al-Quran yang telah digunakan lamanya untuk ajaran agama masyarakat Islam. Islam mempunyai dua perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. AGAMA BUDDHA Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia. Majoriti penganut Buddha di Malaysia terdiri daripada etnik Cina yang berpegang kepada mazhab Buddha Mahayana. Manakala terdapat juga yang mengamalkan Buddha Theravada terutama bagi komuniti Thai yang kebanyakannya tinggal di utara Semenanjung Malaysia. Kemunculan agama Buddha merupakan suatu reaksi terhadap kekerasan dan penindasan oleh golongan Brahman yang menyebabkan golongan lain bangkit menentang terutama golongan Kshatriya yang terdiri daripada anak-anak raja dan prajurit. Penganut atau masyarakat agama Buddha beribadah adalah di Vihara. Perayaan yang disambut oleh masyarakat Buddha adalah seperti Hari Wesak.


AGAMA HINDU Agama Hindu dianuti oleh sebahagian besar komuniti India di negara ini, malah ia merupakan salah satu identifikasi bagi etnik India, walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang menganut agama selain Hindu. Agama ini merupakan sekumpulan adat istiadat, budi pekerti dan gambaran kehidupan orang Hindu. Agama yang wujud sejak abad ke 8 sebelum masihi ini juga dikenali dengan nama agama Brahma. Brahma ini telah diambil panggilan daripada perkataan Brahman iaitu gelaran terhadap pendeta Hindu yang dipercayai mempunyai unsur ketuhanan. Sehingga kini, tidak lagi diketahui siapakah pengasas agama Hindu ini. Tempat beribadat bagi masyarakat Hindu ini adalah di tempat yang bernama Kuil. Agama Hindu menyambut perayaan iaitu Hari Deepavali. AGAMA KRISTIAN Agama Kristian mengajar bahawa Tuhan menurunkan anaknya,Jesus ke dunia sebagai hamba pilihannya, yang dinamakan al-Masih, untuk menolong manusia melakukan tugas keagamaan mereka. Kitab Suci Kristian iaitu Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau Bible Ibrani dan Perjanjian Baru. Kitab tersebut mencatatkan Riwayat hidup dan ajaran Jesus,perkembangan gereja pada peringkat awal dan menerangkan pengertian kepercayaan mengikut Jesus. Pembaptisan akan dilakukan sebagai upacara untuk meraikan kemasukan seseorang dalam Kristian. Penganut agama Kristian ini bersembahyang di gereja. Terdapat tiga perayaan yang disambut masyarakat Kristian iaitu seperti perayaan Krismas, perayaan Easter dan Hari Gawai.


AGAMA SIKH Agama Sikh merupakan sekelompok agama minoriti di Malaysia. Agama Sikh dianuti oleh sebahagian besar etnik India berketurunan Punjabi di negara ini. Penganut Sikh lebih dikenali dengan identifikasi pemakaian serban dan berjanggut panjang terutama lelaki. Bagi lelaki biasanya menggunakan nama akhir Singh bermaksud singa manakala wanita menggunakan Kaur, bermaksud puteri. Masyarakat yang beragama Sikh ini beribadat di kuil. Perayaan yang disambut masyarakat Sikh ialah Vaisakhi.


CARA-CARA MENGAMALKAN KEPERCAYAAN AGAMA MASING-MASING Agama Islam 1. Mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Umat Islam perlu mempunyai keyakinan penuh kepada Allah SWT sebagai Pencipta. Seorang muslim juga mesti selalu mengingati Allah SWT yang akan menjadi daya tahan untuk tidak tunduk kepada sesiapa dalam mencari keyakinan, bantuan dan belas kasihan. 2. Berpuasa di bualan Ramadan. Umat Islam boleh memilih sama ada ingin berpuasa atau tidak pada Ramadan. Namun, mereka perlu menggantikan puasa berkenaan dengan memberi makan kepada orang miskin. Setelah turun ayat tersebut, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan Ramadan. 3. Sentiasa bersikap benar. Salah satu sifat utama yang ditekankan oleh Islam ialah menonjolkan keindahan keperibadian seseorang dengan mengamalkan kebenaran. Muslim bukan hanya mempunyai akidah dan kepercayaan yang benar, wajib bersikap benar dalam semua tindakannya termasuk pertuturan. Semua orang beriman menjadikan kebiasaan dalam bersikap benar. Ia satu proses berterusan sepanjang hubungan kita dengan yang lain termasuk bersikap jujur, memenuhi segala janji dan menegakkan keadilan. 4. Sikap rendah diri, pemaaf dan pemurah. Terdapat penekanan yang besar terhadap kesopanan, memberikan sedekah dan pemaaf. Seorang perlu sederhana dalam hubungannya dengan orang lain, memaafkan musuh-musuhnya yang ketat dan sentiasa melakukan perbuatan baik.


Agama Kristian 1. Mengamalkan kepercayaan kepada Nabi Isa sebagai anak tuhan yang digelar Jesus Kristus.Penganut Kristian percaya bahawa Jesus telah diutuskan untuk mengajar manusia agama Tuhan dan menunjukkan mereka jalan selamat. Semua manusia perlu mengikuti ajarannya, dan hanya mereka yang percaya akan penyaliban dan penebusan dosa akan terselamat. 2. Merayakan Hari Krismas, Hari Esther dan Tahun Baru. Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Kebanyakan gereja mengamalkan adat memaparkan kelahiran Jesus. Mereka meraikan penyelamat kerana setiap orang telah berdosa. 3. Berdoa sebelum makan. Doa makan merupakan ucapan syukur kepada Tuhan Yesus atas berkat makanan yang diberikan. Agama Hindu 1. Merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam. Hari Deepavali disambut untuk menandakan bahawa kemenangan selalu akan berpihak kepada mereka yang berbuat baik dan akan dapat menghapuskan kejahatan 2. Tidak makan daging atau bahan dari badan binatang. Dalam agama Hindu, kepercayaan bahawa lembu mewakili kebaikan dan semula jadi dan oleh itu harus dilindungi dan dihormati. Di samping itu, kerana produknya membekalkan khasiat, lembu itu dikaitkan dengan keibuan dan Ibu Bumi. 3. Orang muda wajib menghormati orang tua. 4. Menderma makanan diutamakan. 5. Tidak membuat sesuatu perkara yang boleh merosakkan kehidupan manusia atau makhluk lain.


Agama Buddha 1.Mengamalkan ajaran Siddharta Gautama Buddha yang bermula di India. Siddharta Gautama menekankan falsafah pembangunan diri selain mendapat keilmuan daripada ajaran spiritual dan amalan meditasi. 2. Merayakan Hari Tahun Baharu Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. 3. Tidak membunuh atau berkelakuan kejam. 4. Tidak mengusutkan fikiran dengan mengambil dadah dan arak. 5. Saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat. 6. Menghadiri ke kuil untuk mendengar kelas yanh diberi oleh sami. Merayakan Hari Vasakhi. Meditasi dengan menyebut nama Tuhan dan menyanyikan puji-pujianya Berlatih mengendalikan diri Menjaga rambut. Dalam agama Sikh rambut merupakan hadiah dari tuhan dan yang dipercayakan kepada manusia. Rambut merupakan simbul dari kepercayaan kepada tuhan dan merupakan kemauan dari tuhan serta mengajarkan kepada manusia untuk kerendahan hati. Menghormati semua makhluk tanpa mempersoalkan tentang agama, bangsa, atau warna kulit seseorang itu. Agama Sikh 1. 2. 3. 4. 5.


CABARAN-CABARAN MENGEKALKAN PENGAMALAN KEPERCAYAAN AGAMA 1)Pengaruh budaya dari luar negara Banyak orang terutamanya remaja pada masa kini sangat terdedah kepada hasil kerja orang luar negara. Ini termasuklah lagu, tarian , film , drama dan sebagainya.Hal ini menyebabkan orang mengaplikasikan cara hidupnya sendiri serupa semacam cara hidup luar negara. Hasil kerja hiburan dari luar negara semakin menjadi popular antara kalangan orang muda pada zaman sekarang. Jika situasi ini diteruskan maka lama lama budaya tradisi akan dilupakan oleh generasi yang akan datang. 2)Kecuaian orang tua untuk meneruskan ilmu keagamaan pada anak atau cucunya Tidak orang yang tahui dan mangikuti adat resam traditional sebaik sebagai orang tua. Tetapi masalahnya , mereka tidak mahu mengajar atau menunjuk cara hidup tradisi dekat anak-anaknya dan cucucucunya. Hal ini menyebabkan rantai tradisi memutus dan tidak diikuti oleh masyarakat muda . Jika situasi ini mengekal makin lama , maka adat resam tradisi akan mempupus.


Orang dari kampong lebih mematuhi adat resam berbanding orang di bandar .Mereka kebanyakanya mengikut tradisi dengan memakai pakaian tradisioanal dan juga memasak masakan tradisi. Orang di bandar kebanyakannya bekerja di pelbagai bidang maka mereka perlu mengikut cara pemakaian yang sesuai. Sebagai seorang athlete dia tidak akan berasa selesa bersukan sambil memakai baju kurung ataupun cheongsam. Dari segi makanan pula orang bandar memilih memasak dengan cepat seperti memasak masakan dalam paket,tin atau makanan yang perlu dipanaskan sahaja sebelum makan. Hal ini membantu orang di bandar menjimatkan masa .Walaupun mereka menyambut perayaan tradisinya tetapi mereka juga membuat banyak modifikasi mengikut keselesaan mereka. 3)perubahan cara hidup megikut taraf hidup Sebagai contoh, pada zaman dulu orang melayu membuat kuih muih yang pelbagai jenis semasa perayaan Hari Raya . Sekarang pula mereka membeli kuih muih di kedai dan menghidangkannya dekat tetamu.Betul cara tersebut akan menjimat banyak masa tetapi bila membuat kuih muih di rumah biasanya ahli keluarga akan membuat kuih sama-sama dimana perbuatan tersebut juga akan menguatkan hubungan antara ahli keluarga dan juga membantu meneruskan cara hidup yang bertradisi.


PRNGAMALAN AGAMA TANPA BERLAKUNYA PERSENGKETAAN BERLAKU Persengketaan agama adalah dalam jangka masa yang panjang dan persengketaan antara agama tidak dapat dielakkan. Agama dapat belajar daripada kekuatan satu sama lain untuk menjadikannya kukuh, dan mendapat pengiktirafan sosial dan asas orang yang beriman melalui persengketaan. Persengketaan agama yang jinak adalah asas kepada agama untuk matang. Persengketaan agama mendedahkan sepenuhnya kelemahan dan kekurangan agama itu sendiri. Jadi, membolehkan mereka mencari arah dan matlamat untuk penambahbaikannya. Dengan itu, mereka dapat memperbetulkan kekurangan mereka sendiri dan menebus kelemahan mereka sendiri.


Pada tahun 2012 United African Congress and Give Them a Hand menyahut seruan itu dengan menganjurkan forum antara agama di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2012 dan terus mengambil bahagian setiap tahun sejak itu. Penganjur mengambil "The Diaspora: A Force for Positive Change" sebagai tema acara, menyeru komuniti pendatang yang berbeza latar belakang, kepercayaan dan kaum di Amerika Syarikat untuk hidup dalam harmoni berdasarkan nilai bersama, cinta kepada Tuhan dan cinta kepada jiran. Forum Antara Agama menghimpunkan pemimpin agama dari Kristian, Islam, Yahudi, Hindu dan Buddha untuk menerangkan ajaran masing-masing dan hubungan mereka dengan keamanan dan keharmonian


"Good Friday", ialah perayaan Kristian untuk memperingati "penyaliban Yesus". Yesus telah disalibkan dan mati pada hari ketiga sebelum kebangkitannya. Terdapat liturgi dalam Katolik, Ortodoks, dan Protestan Anglikan, Lutheran, dan beberapa denominasi lain. Di sesetengah tempat, denominasi berbeza mengadakan ibadat bersama pada hari ini untuk menunjukkan perpaduan. "Eid al-Fitr", ialah perayaan Islam untuk meraikan penghujung Ramadan dan meraikan umat Islam menyempurnakan puasa selama sebulan.


"Hari Thaiponggal" ialah perayaan Hindu. Hari Thaiponggal merupakan perayaan yang disambut selama empat hari bermula hari pertama bulan Thai mengikut kalendar Tamil bersempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima. Thaiponggal secara tradisi ditasbihkan kepada dewi Matahari Surya sebagai berterima kasih untuk hasil tuaian yang baik dan mengabadikan tuaian pertama kepada Dewi Matahari. Hari pertama bulan lunar pertama adalah hari lahir Buddha Maitreya Bodhisattva. Biara akan mengadakan pertemuan Dharma yang khidmat untuk memperingatinya. Orang yang beriman di rumah percaya bahawa mereka boleh mendapat berkat daripada Buddha apabila mereka memberi penghormatan kepada Buddha di kuil semasa Festival Musim Bunga, dan mereka akan bertuah, aman dan makmur dalam masa setahun.


KEPENTINGAN MENGAMALKAN KEPERCAYAAN AGAMA MASING-MASING 1)Kepercayaan kepada Tuhan’ mampu wujudkan perpaduan Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermulanya dari pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil.Untuk melahirkan rakyat yang rela berbakti serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat menghormati adalah menjadi matlamat penting bagi pembangunan sesebuah negara.Sikap ini membantu kearah pembentukan satu bangsa yang maju dan makmur. Dengan kata lain, pendidikan yang disampaikan hendaklah mampu membina serta menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya.


Bagi aktivis masyarakat Kuan Chee Heng, sekiranya rakyat benarbenar faham, menghayati dan mengamalkan prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, ia sudah cukup untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur. Kuan, 57, atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ berkata jika rakyat yakin dengan apa dijanjikan Tuhan sepertimana diterapkan dalam prinsip pertama Rukun Negara, sudah tentu mereka tidak akan berbuat jahat kerana sikap sedemikian hanya memberi kesan buruk kepada diri dan masyarakat. “Semua penganut agama diajar ke arah kebaikan. Jika kita sentiasa amalkan ajaran agama, tiada yang buat jahat, dan tidak ada hasad dengki malah saling bertoleransi, Malaysia akan jadi negara aman. Rukun Negara sendiri meletakkan Kepercayaan kepada Tuhan paling utama kerana ia sangat menyeluruh,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. 2)kepentingan agam daripada seorang activis


3)Kepentingan beragama kepada setiap manusia ialah dapat menjadikan manusia berakhlak mulia Agama mengajarkan manusia tentang nilai-nilai moral sebagai hasil pemikiran manusia untuk berfikir yang baik dan buruk. Jika setiap manusia berakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan dan kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru-hara, perpecahan, masalah sosial dan sebagainya. Langkah-langkah untuk menjadikan manusia yang berakhlak mulia ialah memiliki akal yang sempurna, taat dalam menjalankan ajaran Allah SWT, memiliki ilmu dan banyak bersyukur kepada Allah. Antara cara menumbuhkan dan menanam akhlak yang baik ialah melalui perjuangan melawan nafsu dan dengan latihan-latihan rohani. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengamalkan segala amalan yang terkandung dalam Al-Quran supaya sentiasa istiqomah dalam pekerjaan yang kita lakukan.


Ramai yang menganggap bahawa untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup itu terletak kepada limpahan harta kekayaan, pangkat dan kedudukan. Manusia sanggup bertungkus lumus bekerja dan mengorbankan hartanya sematamata bagi memperolehi kebahagiaan yang ingin mereka kecapi. Walhal, apa yang mereka fikir itu adalah salah. Untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan hidup dengan mempelajari agama. Faktor-faktor untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup ialah bersungguh-sungguh melakukan ibadat, menjauhi perbuatan dosa dan maksiat, beramal soleh atau bertakwa dan sebagainya. Hal yang demikian, kita hendaklah 4)setiap manusia dapat mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup.


T H E G O O D T A B L E | 1 2 3 KESIMPULAN Kesimpulannya, agama memegang tempat yang penting dalam masyarakat kerana pelbagai faedah yang diberikannya. Ia menawarkan individu rasa makna, tujuan, dan hala tuju dalam kehidupan, menangani soalan kewujudan dan membimbing kepercayaan peribadi. Selain itu, agama sering mempromosikan nilai moral dan prinsip etika yang menyumbang kepada masyarakat yang harmoni dan adil. Rasa kemasyarakatan dan perpaduan sosial yang dipupuk oleh institusi agama mengukuhkan hubungan interpersonal dan menyediakan rangkaian sokongan untuk individu pada masa yang memerlukan. Selain itu, ritual dan tradisi keagamaan membantu menandakan peristiwa kehidupan yang penting, memupuk rasa kesinambungan dan identiti bersama dalam komuniti. Walaupun mengakui bahawa perspektif tentang agama mungkin berbeza, adalah jelas bahawa agama memainkan peranan penting dalam membentuk dan memperkayakan masyarakat, baik dari segi sejarah mahupun pada masa kini.


Click to View FlipBook Version