SJKC GOGOK SOALAN PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU TAHUN 6 NAMA : ________________________ KELAS:_______________ Bahagian A Baca petikan. Kemudian, jawab soalan dibawah. 1. Apakah bahan yang diperlukan untuk bermain permainan congkak? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (2 markah) 2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “lapang” dalam petikan tersebut? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (2 markah) 3. Bagaimanakah cara untuk mengetahui pemenang permainan congkak? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (2 markah) CONGKAK Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan semasa lapang atau sebagai pertandingan. Congkak dimainkan menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu Papan Congkak dan Buah Congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Congkak biasanya dimainkan oleh dua orang pemain. Pemain akan mengambil buah Congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah Congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing sehingga buah Congkak berhenti di lubang yang kosong. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia juga berhenti di lubang yang kosong. Pemain yang mengumpul buah yang banyak dalam ‘rumah’ dikira sebagai pemenang.
4. Pada pendapat kamu, mengapakah permainan congkak penting untuk dikenali oleh generasi muda? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ (4 markah) Bahagian B Pilih jawapan yang paling sesuai. 1. “Mak, boleh tak petang ni _________ ke padang untuk bermain galah panjang?” kata pasangan kembar itu kepada emak mereka. a. kita b. saya c. kami d. kalian Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. 2. Bapa Anand memasang beberapa _________ pelita semasa perayaan Deepavali sehingga halaman rumah mereka terang-benderang. a. buah b. keping c. potong d. pasang
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3. Wau Rizal terbang tinggi apabila __________ angin yang kuat. a. ditiup b. dibawa c. ditolak d. dihembus 4. Murid-murid gembira __________ apabila sekolah mengadakan Karnival Permainan Tradisional. a. agak b. benar c. paling d. terlalu 5. Sanny _____________ bermain permainan Rampanau biarpun dia berbangsa Dusun. a. masih belum b. sudah pernah c. belum pernah d. masih sedang 6. Perlawanan akhir sepak bulu ayam sedang ______________ dengan sengit di antara SK Lembah Tinggi dan SJKC Lok Yuk. a. berlangsung b. melangsung c. terlangsung d. dilangsung
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah. 7. Suasana di Karnival Permainan Tradisional itu ____________ dengan suara muridmurid yang menyokong peserta rumah sukan masing-masing. a. dentum-dentam b. hingar-bingar c. desas-desus d. kacau-bilau 8. Juara Pertandingan Tarian Tradisional itu akan mewakili negara dalam Pertandingan Tarian Tradisional peringkat _________. a. bumiputera b. warganegara c. antarabangsa d. jawatankuasa Pilih ayat yang betul. 9. A. Zaidi cuba menangkap pencuri itu dengan menolak bajunya. B. Alina sempat berbual-bual sebentar sahaja dengan kami. C. Pak Abu menanam pokok kebungaan di halaman rumahnya. D. Zaida telah membawa anak saudaranya melawat Kuala Lumpur Menara. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 10. I Afiq menarik ke arah gadis itu lantas tersenyum. II Percakapannya yang menarik itu telah menyebabkan penonton jemu. III Abang menarik nafas lega apabila kertas kerjanya sudah diluluskan. IV Nelayan itu menarik perahunya ke daratan untuk memudahkannya membawa naik hasil tangkapan. a. I dan II b. II dan III c. III dan IV d. I dan IV (10 markah)
Bahagian C Gambar di bawah menunjukkan kebaikan bermain permainan tradisional. Tulis ulasan tentang kebaikan bermain permainan tradisional tersebut dalam bentuk perenggan. Panjang ulasan kamu hendaklah 40 patah perkataan. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ (10 markah)
Bahagian D Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja. Panjang jawapan kamu hendaklah antara 70 hingga 110 patah perkataan. SOALAN 1 Pada cuti sekolah yang lalu, kamu sekeluarga telah balik ke kampung halaman di negeri Sabah. Pada masa itu, keluarga besar kamu telah mengadakan Hari Keluarga dan terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti pertandingan Rampanau. Kamu sekeluarga menyertai pertandingan Rampanau dan tanpa diduga, kamu telah memenangi pertandingan tersebut. Ceritakan pengalaman kamu itu. SOALAN 2 Kelab Kebudayaan dan Kesenian sekolah kamu telah menganjurkan Karnival Permainan Tradisional peringkat sekolah. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan tentang karnival tersebut. Tuliskan laporan kamu selengkapnya. (20 markah)