BANNER
1
BACAAN DOA HARI GURU 2021
Ya Allah …
bersempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Kinabalu Tahun 2021 INI,
di atas keizinan MU jua kami berada di SINI,
untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami yang tidak berbelah BAGI,
di atas segala limpah kurnia yang Engkau BERI,
dengan jayanya program ini kami HADIRI.
Ya Allah,
Dengan kerjasama serta MAHABBAH,
semua warga pendidik yang IZZAH,
LIMPAHIlah majlis kami ini dengan RAHMAH,
penuhi majlis ini dengan BARAKAH,
agar majlis ini sampai ke NOKTAH.
2
Ya Allah,
Berguru demi ILMU,
Kita bina generasi BAHARU,
Tanpa GURU,
Takkan ada yang kami TAHU,
Tanpa GURU,
Takkan ada yang kami MAMPU,
Tanpa GURU,
Kami hanyalah DEBU.
Justeru Ya Allah,
Untuk semua guru yang memimpin ke arah KEBAIKAN,
ENGKAU TAMPUNGLAH segala KEKURANGAN,
ENGKAU tutuplah segala keAIBAN
ENGKAU satukan semangat dan TINDAKAN
ENGKAU perbaiki segala KELEMAHAN
ENGKAU maafkan segala KEALFAAN
ENGKAU rungkaikan segala PERMASALAHAN
ENGKAU iringi segala usaha dengan KEBERKATAN.
3
Ya Allah, 4
JANGANLAH engkau bebani kami dengan tugas yang tidak mampu kami KANDAR.
kerana sesungguhnya tiada daya dan IHKTIAR,
melainkan ENGKAU tempat kami BERSANDAR,
Jika engkau inginkan kami mengalas tugas MENCABAR,
kerana engkau mengetahui bahawa kami mampu menggalas tugas yang SUKAR,
maka BANTULAH kami . . .untuk mengumpul segala IKHTIAR,
mengembeling tenaga penuh SABAR,
tawakkal dalam setiap usaha kecil mahupun BESAR,
kerana hanya engkau jua yang boleh mengubah qada dan QADAR,
selagi hamba usaha dan IHKTIAR,
demi memenuhi agenda pendidikan yang MENCABAR,
agar kecemerlangan sekolah dan PELAJAR,
dapat direalisasi dan diLAKAR.
Ya Allah
KURNIAKAN kepada KAMI
murid dan pelajar penyejuk di mata penawar di HATI
sihat jasmani dan ROHANI,
subur ruhi dan AQLI,
tinggi akhlak dan BUDI,
mengambil berat perkara DINI,
ajaran nabi diIKUTI,
perintah Allah diPATUHI,
ibu bapa diSAYANGI,
guru-guru diHORMATI,
rakan-rakan diKASIHI,
mempunyai cita-cita TINGGI,
menuntut ilmu keutamaan DIRI,
demi berjaya duniawi dan UKHRAWI.
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
YANG BERBAHAGIA PN. TAH NIA BINTI HJ.JAMAN A.M.N., A.S.D.K
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
Sempena
SAMBUTAN HARI GURU 2021
PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
28 OGOS 2021
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU” 5
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Salam Dare to Change PPDKK
Salam Sabah Hebat : Katakan Tidak kepada No. 16 dan Katakan Ya kepada 10 Terbaik.
Ybhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,
Ybrs. para Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Penididkan Daerah Kota Kinabalu
En. Kassim bin Hj. Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan Daerah
Pn. Sharifah Hj. Ali, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah
Pn. Doreen Nur Sareena Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran
En. Bunsu bin Gaga, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid
Ybrs. En. Albanus Paun @ Alhazmi Abdullah, Guru Besar SK Lapasan, Kota Kinabalu merangkap Yang Dipertua Majlis Guru
Besar (MGB) Daerah Kota Kinabalu selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Sambutan Hari Guru, Daerah Kota Kinabalu
En. Ajmal Hj. Jumah, pengetua SMK Tebobon merangkap pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSPS)
En. Vasuthevan A/L Palanivulu, Pengetua Kolej Tingkatan Enam merangkap Pengerusi PPSMS Daerah Kota Kinabalu
Encik Tai Nyit Wun, Guru Besar SJKC Chung Hwa, merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar SJKC Kota Kinabalu
Para Pegawai SIPartners+
Pegawai-pegawai SISC+
Para penolong pegawai,
Yang diraikan, penerima Anugerah Tokoh Guru, Tokoh Kepimpinan, para penerima Anugerah Harapan, Anugerah khas
Komuniti, para penerima Penghargaan Khas ‘Jasamu dikenang’,
Para pengetua, guru guru besar, para penolong kanan, guru-guru seterusnya hadirin dan hadirat maya yang saya hor6mati
sekalian.
1. PENDAHULUAN
Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin
dan limpah kurnia-Nya, kita semua diberikan kesempatan menjalin silaturahim dan menyulam ukhuwah
secara maya bagi meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
bagi Tahun 2021 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan tertinggi atas sumbangan dan jasa warga
pendidik ke arah membangunkan modal insan, khususnya dalam daerah Kota Kinabalu.
2. UCAPAN PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan ucapan jutaan penghargaan dan terima kasih saya kepada Yang
Berbahagia, Datuk Dr Misterine binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah atas kesudian bersama
dalam majlis ini dan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru, Pejabat Pendidikan Daerah Kota
Kinabalu. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada semua warga pendidik, khasnya Yang
Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu, En. Alhazmi Abdullah @ Albanus Paun serta
jawatankuasa pengelola, dan para pengetua yang bersama berusaha, memberikan komitmen dalam
menjayakan majlis kita pada pagi ini.
Datuk-datuk, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Hari ini kita telah berada di bulan Ogos, bulan kebangsaan negara kita. Sedar atau tidak sedar kita telah
berada di tahun kedua bersama menangani Pandamik Covid-19. Sesungguhnya masa berlalu begitu
pantas sekali. Walaupun begitu banyak cabaran yang kita hadapi namun Sambutan Hari Guru tahun 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dengan tema“ BERGURU DEMI ILMU , BINA GENERASI
BAHARU” tetap kita raikan kerana majlis keramat ini merupakan suatu pengikhtirafan dan penghargaan
kepada sumbangan, jasa, bakti dan pengorbanan para guru selama ini yang tidak akan pernah dilupakan,
bahkan akan terus dihargai dan tetap subur dalam hati sanubari kita semua.
7
3. PERANAN GURU
Peredaran zaman dan kepesatan teknologi masa kini tidak pernah mengubah sedikit pun tugas guru untuk
mendidik dan membekalkan ilmu kepada murid, lebih-lebih lagi dalam tempoh pandemik ini. Kreativiti guru
amatlah dituntut untuk menggunakan pelbagai pendekatan PdPR yang menarik minat dan pelibatan murid
sama ada secara dalam talian mahupun di luar talian. Selain itu, platform pembelajaran digital ini juga
memberi peluang kepada guru-guru untuk memperkasa penguasaan teknologi pelbagai aplikasi digital bagi
membolehkan murid-murid mengikuti pembelajaran normal baharu, dan yang lebih penting murid-murid
tidak ketinggalan dalam pelajaran. Sesungguhnya, pengorbanan dan keupayaan tuan-tuan dan puan-puan
dalam melaksanakan tanggung jawab dan amanah utama, iaitu mendidik, terutama dalam situasi pandemik
ini adalah merupakan suatu nilai tambah dan pengalaman yang sangat berharga. Saya ingin petik kata-kata
ahli bijak pandai, iaitu “sebuah negara tidak akan tumbuh besar jika guru di negara tersebut tidak besar
jiwanya’’. Maksudnya, sesebuah negara itu tidak akan sejahtera jika guru-gurunya tidak sejahtera. Dengan
kata lain, kehebatan sesebuah negara itu bergantung kepada kehebatan para gurunya. Harapan saya,
jadilah warga pendidik yang sentiasa dapat memartabatkan profesion keguruan pada tahap yang cukup
tinggi dan mulia. Saya yakin dan percaya bahawa sebenarnya kita sedang menanam saham besar untuk
bekalan kita di akhirat kelak. Oleh yang demikian, laksanakanlah tanggung jawab tuan/puan dengan
seikhasnya.
Hadirin dan hadirat yang saya kasihi sekalian,
Saya mengharapkan sambutan hari guru pada tahun ini menjadi suntikan motivasi dan galakan buat semua
warga pendidik dalam mendepani cabaran yang mendatang. Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin
menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru-guru atas kejayaan-kejayaan yang telah kita capai, terutama
sekali dalam pepeiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaytsia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam
. peperiksaan STPM tahun lalu, PPD Kota Kinabalu telah berjaya mencapai PNGK 2.74 melepasi KPI Negeri,
iaitu 2.71 manakala peperiksaan SPM pula, berlaku peningkatan, iaitu daripada GPD 5.03 kepada 5.02.
Begitu juga dengan peratus calon layak sijil SPM, PPD Kota Kinabalu meningkat kepada 88.93% daripada
86.32%. Terima kasih, cikgu. Syabas dan tahniah juga kepada semua penerima anugerah sempena sambutan8
hari guru yang akan diumumkan sebentar lagi. Anugerah yang diterima membuktikan kemampuan dan
kejayaan tuan-tuan dan puan-puan, khasnya dalam memberi impak positif terhadap kerjaya perguruan.
UCAPAN PENUTUPAN
Akhir kata, Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua guru, khususnya guru-guru Daerah Kota
Kinabalu. Andalah pewaris negara, pembina generasi baharu, penyampai hasrat dan aspirasi negara.
“Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Untuk guru- guru semua walau di mana sahaja anda berada,
terimalah serangkap pantun daripada saya:
Subur gaharu pinggiran anjung,
Tempat merbah membuat sarang;
Budimu guru mekar setanjung,
Sepanjang zaman dikenang orang.
Selamat Hari Guru. “Terima kasih, cikgu!”
Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAH NIA BINTI HAJI JAMAN A.M.N A.S.D.K
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
9
TEKS UCAPAN PERASMI
YANG BERBAHAGIA DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
Sempena
SAMBUTAN HARI GURU 2021
PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
28 OGOS 2021
“BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”
10
Salam Sejahtera
Salam Dare to Change PPDKK
Salam Sabah Hebat : Katakan Tidak kepada No. 16 dan Katakan Ya kepada 10 Terbaik.
Yang berusaha Pn Tah Nia binti Hj Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
Para Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat PendidIkan Daerah Kota Kinabalu
En. Kassim bin Hj. Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan Daerah
Pn. Sharifah Hj. Ali, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah
Pn. Doreen Nur Sareena Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran
En. Bunsu bin Gaga, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid
Yang saya hormati, En. Albanus Paun @ Alhazmi Abdullah, Guru Besar SK Lapasan, Kota Kinabalu
merangkap Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Kota Kinabalu selaku Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola Sambutan Hari Guru, Daerah Kota Kinabalu
En. Ajmal Hj. Jumah, pengetua SMK Tebobon merangkap pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah
Menengah Sabah (PPSMS)
En. Vasuthevan A/L Palanivulu, Pengetua Kolej Tingkatan Enam merangkap Pengerusi PPSMS
Daerah Kota Kinabalu
Encik Tai Nyit Wun, Guru Besar SJKC Chung Hwa, merangkap Pengerusi Majlis Guru Besar SJKC
Kota Kinabalu
Para Pegawai SIPartners+ Pegawai-pegawai SISC+ Para penolong pegawai,
Yang diraikan para penerima anugerah, para pengetua, guru guru besar, para penolong kanan, guru-gur1u1
seterusnya hadirin dan hadirat maya yang saya hormati sekalian.
Salam sejahtera. Salam Sabah Maju Jaya, Salam Sabah Hebat, Katakan TIDAK kepada No. 16, katakan YA
kepada 10 terbaik.
Selamat Hari Guru, “BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU”
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu
kerana telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
bagi tahun ini.
Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Namun, sambutan tahun ini sangat bermakna
kerana hari guru pada tahun ini merupakan kali yang ke-50 semenjak hari guru disambut secara rasmi di
Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 1972. Sudah tentunya hari yang bersejarah ini dinanti-nantikan
oleh 4565 orang guru daerah Kota Kinabalu.
Seperti mana kebiasaan, setiap tahun hari guru ini diraikan bagi memberi penghargaan akan peri
pentingnya peranan guru dalam membangunkan negara melalui ilmu yang disampaikan kepada generasi
baharu dan seterusnya mencorakkan warna kepimpinan negara pada masa akan datang. Sambutan Hari Guru
ini juga memberi peluang menyorot semula kejayaan-kejayaan yang telah dicapai dan sudah tentunya lahir
daripada pengorbanan dan perkhidmatan berkualiti daripada individu yang bergelar GURU.
12
Tuan-tuan , puan-puan dan warga sidang maya yang dihormati,
Kita sedar bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum agak terbatas
disebabkan pandemik yang sedang melanda, namun semangat dan cara berfikir yang lebih terbuka serta
kemampuan mengadaptasi norma baharu ini telah meletakkan PPD Kota Kinabalu antara PPD yang bergerak
pantas dalam meraih kejayaan demi kejayaan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Justeru, dalam kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah saya kepada PPD Kota
Kinabalu atas usaha menggembleng tenaga meningkatkan kualiti pendidikan walaupun dalam ekosistem
yang amat terbatas ini dengan kejayaan menganjurkan Program Together Transforming Education (TTE 2.0)
melalui Kolokium Antarabangsa dalam Pendidikan Sains Sosial secara kolaboratif dengan PPD Tuaran.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga telah menobatkan PPD Kota Kinabalu sebagai penerima Anugerah
Platinum Tahun 2020 bagi kategori Pengurusan Kewangan, Sumber Manusia, Kecemerlangan Murid dan
Penarafan Kecemerlangan PPD.
Dalam aspek pencapaian akademik, saya juga ingin mengucapkan tahniah atas peningkatan pencapaian
dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu. PPD Kota Kinabalu telah berjaya meningkatkan Gred
Purata Daerah (GPD) daripada 5.03 kepada 5.02 manakala Calon Layak Mendapat Sijil (LMS) telah
meningkat daripada 86.32% kepada 88.93% iaitu peningkatan sebanyak 2.61%. Bagi pencapaian SIjil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) , PPD Kota Kinabalu telah berjaya memperoleh PNGK 2.74 mengatasi PNGK
Negeri, iaitu 2.71. Syabas dan tahniah.
13
Tuan/puan yang dihormati,
Tidak dapat dinafikan peranan guru adalah penting dalam memberi semangat, dorongan dan tunjuk ajar
kepada murid bagi memberi peluang kepada mereka menunjukkan kebolehan masing-masing. Banyak
kejayaan yang telah dilakar oleh murid-murid sekolah daerah Kota Kinabalu di peringkat negeri dan kebangsaan
seperti Johan dalam acara Cabaran Google Sites e-Didik, Pertandingan Gimnastik Asia Tour, Young Innovator
Challenge, Pertandingan Doodle Minggu Sains, Kangaroo Maths Competition, Malaysia Piano Competition
dan pelbagai aktiviti lagi. Di peringkat antarabangsa, murid-murid daerah Kota Kinabalu juga telah
meraih gelaran JOHAN. Antaranya dalam Asia International Innovation Exhibition, International Summit on
Innovation & Design Exposition, International Rhythmic Gymnastic Tournament, Malaysia International
Mathematical Arithmetic for School. Pop Solo of The Primary School “The Best Successor” Online Selection
Activity dan MGY-Yang Wei Cup Gimnastic Asian Tour.
Penyertaan terkini adalah darpadai seorang murid SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu, Adik Brenda Anellia
Larry yang telah mewakili Malaysia dalam Kejohanan Paralimik di Tokyo. Sementara itu seorang guru, Sharin
Aizrulidana Samsuri telah mendapat tempat ke-tiga dalam World Invention Olympiad Fair di Seoul Korea pada
Mei lalu. Syabas dan tahniah. Sesungguhnya kekuatan-kekuatan ini dimulakan dari seorang guru. Sempena
menyambut Hari Guru pada tahun ini, saya mengharapkan agar kecemerlangan sebagai seorang guru akan
berterusan tanpa noktah . Kejayaan yang dibentuk dengan komitmen serta pengorbanan ini sewajarnya dapat
dibanggakan oleh semua pihak dan saya selaku Pengarah Pendidikan Negeri Sabah amat bangga dan berterima
kasih kepada guru-guru sekalian. Terima kasih Cikgu.
14
Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru dan mengakhiri ucapan ini dengan ungkapan:
Biar penat berdiri Jangan penat memberi
Biar lelah terduduk Jangan lelah membentuk
Biar penat bercakap Jangan penat berharap
Dengan sukacitanya, saya merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota
Kinabalu bagi tahun 2021.
Sekian terima kasih.
15
ATUR CARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU
TARIKH : 28.08.2021
TEMPAT : DALAM TALIAN
9.00 pagi :
* Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku 16
* Bacaan Doa
* Ucapan alu-aluan Ybrs Puan Tah Nia Hj Jaman Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
* Ucapan Perasmian Ybhg Datuk Dr. Mistirine binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah
* Video Penerima Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2021
- Anugerah Harapan
- Anugerah Lestari Cemerlang
- Anugerah Kepimpinan
- Penghargaan Khas Jasamu Dikenang
- Penghargaan Khas Permuafakatan
- Penghargaan Khas Pemegang Taruh
- Pentauliahan Kebitaraan OK9
* Video Penerima Anugerah Khas Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru 2021
* Lagu Kami Guru Malaysia
* Selesai
*
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA 17
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2021
DAN
PERINGKAT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
PENASIHAT
PUAN TAH NIA HJ JAMAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA KINABALU
PENGERUSI
ENCIK ALHAZMI BIN ABDDULLAH
PENGERUSI MGBKK
TIMBALAN PENGERUSI
EN KASSIM WIRO
TIMBALAN PPDKK
NAIB PENGERUSI
EN. AG GHANI HJ AG. BAKAR
TIMB PENGERUSI MGBKK
SETIAUSAHA
PUAN JUNAIDAH YASSIN
SUA MGBKK
TIMB. SETIAUSAHA
EN MOHD HAFIZ ZURAIMY DAMSAH
TIMB SUA MGBKK
BENDAHARI
PUAN LAU SU FUN
BENDAHARI KEHORMAT MGBKK
AHLIJAWATANKUASA
SEMUA PENGERUSI OK9 DAN EXCO TERTINGGI MGBKK
AHLIJAWATANKUASA PELAKSANA 18
PENYELARAS PROGRAM
SEMUA EXCO MGBKK
PENGURUS LANTAI
EN AG GHANI BIN HJ AG.BAKAR
SURAT MENYURAT / JEMPUTAN
Setiausaha
Timbalan Setiausaha
Exco
PENDAFTARAN / SOP
SK KEBAYAU
SK PORING-PORING
SK RUMINDING
SK TALUNGAN
SJK ( C ) YIK NAM
PENGACARA
SK Kionsom
SK Pengiran Siti Hafsah
TEKS UCAPAN
SK Kepayan
SK Bukit Padang
PENYELARAS ANUGERAH
Kepimpinan – OK9 Tg. Aru
Tokoh – OK9 Likas
Harapan – OK9 Inanam
Kebitaraan OK9 – Exco
Jasamu diKenang – OK9 SJKC
Komuniti – OK9 Manggatal
Anugerah Kepimpinan Pendidikan
OK9 Telipok
SIJIL / CENDERAKENANGAN/HADIAH IRINGAN
SK Babagon Toki
SK Sri Gaya
SK Tg Aru II
SK St. Francis Conven
SK Kitobu
SJK ( C ) Che Hwa
SK Luyang
SK Pulau Sepanggar
SK Malawa, KK
SJK c Shan Tao , KK
SRK ST Agnes Likas
SJKC Chung Hwa Likas
SK Lok Yuk Inanam
SJKC Lok Yuk Manggatal
19
PROTOKOL DAN SAMBUTAN 20
Semua Exco
DOA
SK Likas
URUSETIA
Semua Pengerusi OK9
BUKU PROGRAM
SK Api- Api
SK Likas
SK Mutiara
IKRAR DAN KOIR
Sk Gudon
SK Sembulan
SK Tg. Aru 1
L.O PENERIMA ANUGERAH TOKOH
SK Sembulan
SK Gantisan
SK Gudon
SK Kolombong
SK Keronggu
SK Inanam Laut
SK St. Catherine , Inanam
Semua Exco
SIARAYA/ MULTIMEDIA / FOTOGRAFI 21
PPDKK
SK Tampulan
SK Kebagu
SK Bantayan
SK Rampayan
SK Tobobon
SK Babagon Toki
JURUTEKNIK AUDIO VIDEO
SK Unggun
SK Sacred Heart
SJKC St. James Likas
SK Darau
SK Pomotodon
PERSEMBAHAN KOIR
SK Stella Maris , KK
SJKC Chung Hwa KK
SRK Lok Yuk Likas
SJKC Lok Yuk Likas
DOKUMENTASI
SJKC Yick Nam
SJKC ST. Peter Telipok
SJKC Good Shepherd , Manggatal
SRK LOK YUK INANAM
SUMBANGAN LUAR*
YDP dan TYDP
EXCO
GIMIK PERASMIAN
SK PANGKALAN TLDM
SJK ANGLO CHINESE
SK UNGGUN*
SK NATAI
SK TAMPULAN
TEAM TEKNIKAL dan MEDIA
UNIT ICT PPDKK
Encik Ghazali Ismail
Encik Mohd. Saiful Wahidi Tajudin
Encik Adrian Denis Paut
GURU BESTARI DAN FT
SK INANAM II
SK PANGKALAN TLDM
SK BANTAYAN
SK INANAM LAUT
SK KIONSOM
SJKC ST. JAMES
SK ANGLO CHINESE
SK KEBAGU
22
GURU-GURU
Mohd Idremzizan Bin Idris- SK Pangkalan TLDM
Liza Maten - Sk Bukit Padang
Mohd Anizam B Mohd Amin - Sk Bukit Padang
Iroet Marteni@irwan Bin Hamsah/Sk Tampulan
Kenneth Liew Yit Chun - Skc Anglo Chinese
Mohd Nur Akmal Bin Zainal Abidin - Sk Inanam Ii
Vivie Binti Gidai - Maktab Sabah
Dayang Zahara Binti Mohd Fauzie : Sk Gudon Kota Kinabalu
Liau Su Leong : Sk Gantisan
Ismadi Bin Ismail : Sk Pangkalan Tldm
Hamidah Bte Wahab : Sk Lapasan
Chung Tek Fei - Sjkc Shan Tao Kota Kinabalu
Antonius Tan - Sm Tinggi
Christe Laurence- SK Bantayan
23
BANNER
24