The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 417-13-farrah, 2022-09-23 04:39:04

LATEST TEKS EMCEE KONSERT (JUMAAT)

LATEST TEKS EMCEE KONSERT (JUMAAT)

KONSERT IPG KPM 2022
TARIKH : 23 SEPTEMBER 2022
PENGACARA 1 : FARRAH DIYANA

PENGACARA 2 : HUMAIRAH

MASA CUE ANN TINDAKAN

7.45 Pengumuman Assalamualaikum w.b.t dan salam Umumkan sebanyak
& Peraturan sejahtera, 2 kali sebelum majlis
Panggung Seri. Perhatian kepada semua hadirin, bermula.
8.15 sebentar lagi majlis akan dimulakan pada *ulangan
malam jam 8.30 malam. Oleh itu, hadirin diminta
untuk mengambil cakna terhadap
pengumuman yang disampaikan.

1) Hadirin diminta untuk memenuhkan - Farrah (1)

tempat duduk bahagian hadapan

sebelum majlis bermula.

2) Hadirin diminta berdiri apabila majlis

mengumumkan ketibaan dif-dif

kehormat dan diikuti dengan

nyanyian lagu Negaraku, Melaka

Maju Jaya dan Institut Pendidikan - Humairah (2)
Guru sehingga bacaan ikrar

dilafazkan.

3) Hadirin juga diminta untuk tidak

membuat bising dan makan di

dalam Panggung Seri.

4) Hadirin diminta untuk

mengurangkan pergerakan keluar

masuk Panggung Seri sepanjang

konsert orkestra berlangsung.

Kerjasama hadirin amatlah kami
harapkan. Terima kasih.

Kita kembali ke studio.

1

8.30 Ketibaan VVIP Mengumumkan ketibaan - Farrah
malam
Yang Berusaha,
Dr. Hjh Kartini Binti Abdul Mutalib,
Pengarah, IPG Kampus Perempuan
Melayu,
diiringi oleh dif-dif kehormat masuk ke
dalam Panggung Seri.

8.33 Nyanyian Hadirin diminta kekal berdiri untuk - Humairah
malam Lagu menyanyikan rangkaian Lagu Negaraku,
Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya, dan Lagu
Melaka Maju Institut Pendidikan Guru.
Jaya, dan
Lagu IPG

8.40 Bacaan ikrar Hadirin sekalian, - Farrah
malam

Seterusnya, majlis mempersilakan
Muhammad Zul Fitri Bin Mohd Zain,
siswa guru Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu bagi mengetuai
lafaz ikrar Rukun Negara. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Hadirin dipersilakan duduk.

8.45 Pembuka Dari Panggung Seri/ Jabatan - Samasama
malam Overture
Kebudayaan/ dan Kesenian Negeri
****
8.52 Melaka/, dengan bangganya/
Malam
mempersembahkan/ konsert / Institut

Pendidikan Guru/ Kementerian

Pendidikan Malaysia/ 2022/.

****

2

Sebentar tadi, kita telah dihiburkan - Humairah
dengan persembahan overture ‘Kurik
Kundi’ sebagai pembuka panggung pada
malam ini.

Untuk makluman hadirin, peserta orkestra -Farrah

terdiri daripada siswa siswi guru/ Ijazah

Sarjana Muda Perguruan/ dari Institut

Pendidikan Guru/ Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Sekalung tahniah diucapkan kepada En.
Shahril bin Abd. Rahman, mantan
pensyarah,
IPG Kampus Ilmu Khas, sebagai
penggubah lagu ‘Kurik Kundi’.

8.55 Salutasi Kapal Dagang dari Seberang, - Humairah
malam Sarat Muatan Kayu Meranti,
Dari Jauh Tuan Puan Datang,
Orang Melaka Sedia Menanti.

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang Berusaha,
Dr. Hjh Kartini Binti Abdul Mutalib,
Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu

Yang Berbahagia, - humai
Datin Dr. Hjh Norshidah Bt Abu Husin,
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka,

3

Yang Berbahagia, - Farrah
Pn. Lailati binti Mohd Noh,
Ketua Penolong Pengarah,
Jabatan Pembangunan Insaniah,
Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM

Yang Berusaha, - farrah
En. Kamaruddin bin Katon
Ketua Jabatan,
Jabatan Sains Sosial,
IPG Kampus Perempuan Melayu

Yang Berbahagia, - Humairah
Dr. Amran bin Aris,
Ketua Unit Muzik,
IPG Kampus Perempuan Melayu,

Yang Berbahagia, - humai
Tn. Hj Azman bin Haji Aziz,
Ketua
IPG Kampus Perempuan Melayu,

Yang dihormati, - humai
Barisan tetamu jemputan, tuan-tuan dan
puan-puan/ yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t,/ salam - Farrah

sejahtera/ dan salam keluarga Malaysia./

Selamat datang/ ke Konsert/ Institut

Pendidikan Guru/ Kementerian

Pendidikan Malaysia/ Tahun/ 2022.

Salam perkenalan daripada kami, saya - humai

Humairah binti Mohammad Fadzil

dan saya, Farrah Diyana binti Mukri, -farrah

srikandi guru, IPG kampus perempuan

melayu melaka, pengacara anda pada

malam ini.

4

Terus setia bersama kami hingga ke -humai
penghujung konsert.

8.58 Pengumuman Putih kemboja baru mengembang, - Humairah
malam Tema Orkestra Wangi mengharum di tengah laman,
Erat perpaduan bangsa berbilang,
dan segmen Kemakmuran bersama satu tujuan.

Tumbuh melata buah bidara, - Farrah
Didalam acuan berbagai warna,
Elakkan sengketa demi negara,
Barulah perpaduan dapat dibina.

Untuk makluman hadirin, tema bagi
Konsert Institut Pendidikan Guru - Humairah
Kementerian Pendidikan Malaysia tahun
2022 ialah ‘Keluarga Malaysia’. Pemilihan
tema ini sebagai simbolik kepada
warganegara Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai agama, bangsa dan
budaya.

Saya petik kata-kata dari Perdana -Farrah
Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri
bin Yaakob, iaitu: kita meraikan
keterangkuman dalam perbezaan
sekaligus menjunjung semangat Malaysia
sebagai sebuah negara bangsa. Untuk
itu, marilah kita, dengan fikiran terbuka
dan dada yang menerima, mencungkil
persamaan dengan tidak lagi menggali
perbezaan supaya menyelamatkan
keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia.

5

9.00 Pembuka Nampaknya para penonton semua sudah -Humairah
malam Segmen 1: tidak sabar untuk menyaksikan
Kontemporari persembahan yang seterusnya.
& perpaduan
Iyeee, cikgu humairah. Saya pun dah tak - Farrah
sabau nak tengok ni.

Oleh itu, para hadirin sekalian, mari kita
saksikan segmen yang pertama,
Muzik kontemporari yang bertemakan
perpaduan.

Terimalah, Lagu cinta dalam hati,
Medley Skyfall dan problem, lagu
jannam, medley Amalina dan Yue Liang
Dai Biao Wo De Xin, Raikan Cinta
seterusnya lagu Ali, Ah Kow dan Muthu

**** ****

9.32 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
penggubah lagu yang terdiri daripada
- Humairah

para pensyarah iaitu, Encik Rostam bin

Abdul Rahman, Encik Hafitz bin

Khamis, Encik Kamarudin bin Katon,

serta para siswa dan siswi guru iaitu

Airiel Affan bin Amran, Ahmad Danish

Mirza bin Rezaudin, Azyan binti

Azman, Shaiful Emir Haqim bin Shaiful

Asnawi, Akmal Arief bin Ahmad

Tarmizi dan Aizat bin Azhar.

9.40 Segmen 2: Tanpa membuang masa, mari kita - Farrah
Malam Tradisional saksikan segmen persembahan yang
seterusnya, yang bertemakan Tradisional.

Terimalah, Medley Instrumental Rentak -Humairah
Tradisi dan Medley Jogerto.

6

**** - Farrah
Hadirin sekalian,

Sekalung tahniah diberikan kepada
penggubah lagu, En. Azmi bin Hamzah,
selaku Pegawai Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia, dan En. Kamarudin bin Katon,
pensyarah IPG Kampus Perempuan
Melayu.

9.50 Segmen 3: Cikgu Farrah, saya nak berpantun boleh - Humairah
malam Malar Segar ke ek? -farrah

**** Pantun le. Saya nak dengau ni.
9.53
malam Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Lame nau pantun awak ni cikguuuu. - Farrah

Eleh, cakap kite. Awak reti ke berpantun? -Humairah

Eh retiii. Dengau ehhh… -farrah

Dua tiga kucing berlari, -humai
Mana nak sama si kucing belang,

Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama, tuuu cik abang sorang.

Alahai, menyempat awak ye…

Ey, mestilah. Banyak pilihan ni. -Farrah

7

Amboi cikgu farrah kite ni. -humairah

Hehe, pantun saye boleh terime tak? -farrah
-humai
Boleh le.. pantun kite berdue ni biase
didengau kan.. haa sebab kite kan dah
beralih ke segmen seterusnya yang
bertemakan malar segar atau lebih
dikenali sebagai evergreen.

Terimalah Lagu Gemilang, Medley -Farrah
Instrumental Latin dan lagu teratai, -humairah
yang digubah oleh En. Md.Nadzri bin
Ramli, En.Abdul Razak bin Abd.
Rahman, En. Zainal Abidin bin Zakaria
dan En. Rostam bin Abdul Rahman.

Bagi segmen lagu yang terakhir pula -Farrah
adalah hasil gubahan oleh Encik Megat
Mohd Nor bin Megat Teh, pensyarah
IPG Kampus Perlis, Saudari Chong Xin
Yun, Saudari Cheong Jia Yee dan
saudara Muhammad Azim Iskandar Bin
ABD Azizi, dengan tajuknya, Keluarga
Malaysia.

10.00 Intro Grand Para hadirin sekali, - Farrah
malam Finale:
Keluarga
Malaysia Kita sudah sampai ke penghujung
konsert, terima lah, Keluarga Malaysia!

8

10.05 Penghargaan Memperkenalkan, barisan penyanyi kita - Humairah
malam kepada pada malam ini yang mewakili kampus
pemain masing iaitu:
orkestra, 1. Dari IPG Kampus Perlis
penyanyi, 2. IPG Kampus Raja Melewar
penari dan 3. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
konduktor 4. IPG Kampus Pendidikan Teknik
orkestra 5. IPG Kampus Tuanku Bainun
6. IPG Kampus Ipoh
7. IPG Kampus Bahasa Melayu
8. IPG Kampus Sultan Mizan

Tidak dilupakan juga penyanyi latar yang
juga dari IPG Kampus Bahasa Melayu
dan IPG Kampus Perlis.

Dan penyanyi cilik kita, Puteri Ainul
Farisya binti Zuraimi dari Sk Sena,
Kangar Perlis.

Berikutnya, para penari kita yang
mewakili kampus masing-masing iaitu:
1. IPG Kampus Ipoh
2. IPG Kampus Tuanku Bainun
3. IPG Kampus Tun Hussein Onn
4. IPG Kampus Raja Melewar
5. IPG Kampus Perlis
6. Dan IPG Kampus Perempuan
Melayu

9

Pneghargaan Begitulah persembahan Grand Finale
selepas Grand yang membawa tema Keluarga Malaysia.
Finale
Berikan tepukan yang gemuruh kepada

ahli orkestra, para penari, para penyanyi

dan konduktor yang berjaya memberikan

kita persembahan yang sangat hebat.

Memperkenalkan, barisan orkestra yang
terdiri daripada siswa siswi guru dari:

1. IPG Kampus Perlis,
2. IPG Kampus Ipoh,
3. IPG kampus Temenggong Ibrahim,
4. IPG Kampus Darul Aman,
5. IPG Kampus Tengku Ampuan

Afzan,
6. IPG Kampus Tun Hussein On,
7. IPG Kampus Bahasa

Antarabangsa,
8. IPG Kampus Perempuan Melayu,
9. IPG Kampus Ilmu Khas,
10. IPG Kampus Sultan Mizan
11. dan yang terakhir ialah IPG

Kampus Tuanku Bainun.

Seterusnya, barisan pemain caklempong
pula dari IPG Kampus Raja Melewar.

Dan, konduktor orkestra IPG KPM,
SHAIFUL EMIR HAQIM BIN SHAIFUL
ASNAWI dari IPG Kampus Ilmu Khas.

10

10.15 Penutupan Para penonton sekalian, - Humairah
malam Dengan berakhirnya grand finale itu tadi,
maka berakhirlah konsert kita pada hari
ini.

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai, -humairah
Terima kasih sekalung budi,

Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara, - Farrah
Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih yang tidak terhingga diucapkan
kepada:

- Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negeri Melaka,

- Kementerian Pendidikan Negeri
Melaka,

- Perbadanan Perpustakaan Awam
Melaka,

- Tourism Melaka,

- Jabatan Kerja Raya Negeri
Melaka

- dan Galeri Seni Perbadanan
Muzium Melaka.

11

Ucapan jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada semua tetamu
jemputan, Ahli Jawatankuasa, para
pensyarah, para pemuzik, para ibu bapa,
dan mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan
konsert pada malam ini.

Sebelum majlis melabuhkan tirainya, - Humairah
kami mengambil kesempatan ini untuk

memohon ampun dan maaf seandainya

kami menerajui majlis ini, terdapat tutur

dan ungkap bicara yang menyinggung

hati dan jiwa.

Sekian terima kasih.

-TAMAT-

12

13

14


Click to View FlipBook Version