The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zanariah Ibrahim, 2021-08-11 03:02:26

SYARAT PERTANDINGAN KUIH TRADISIONAL PPT NEGERI (1)

SYARAT PERTANDINGAN KUIH TRADISIONAL PPT NEGERI

PERTANDINGAN MASAKAN KUIH TRADISIONAL MELAYU

SECARA RAKAMAN VIDEO

ANJURAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN KEDAH
UNTUK PANDU PUTERI TUNAS

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah percuma.
2. Penyertaan secara individu bagi ahli Pandu Puteri Tunas yang berdaftar

dengan PPPM.
3. Setiap sekolah dihadkan maksimum lima penyertaan sahaja.
4. Peserta wajib mendaftar melalui borang pendaftaran atas talian

https://forms.gle/Lr5jc6tsL9r5JMTB9 selewat-lewatnya pada hari Khamis, 29
April 2021.
5. Tema pertandingan adalah ' Masakan Kuih Tradisional Melayu ‘.
6. Peserta wajib memakai kemeja T biru PPPM atau kemeja T pink Cawangan
Kedah dan apron.
7. Tempoh pertandingan bermula dari 30 April 2021 sehingga 04 Mei 2021.
8. Sepanjang rakaman video masakan hendaklah menampakkan wajah
peserta. Rakaman video boleh dihasilkan dari pelbagai sudut dan teknik yang
pelbagai.
9. Rakaman video menekankan editing, kreativiti, cara pengolahan cara
masakan, menepati masa, unsur humor, keyakinan, menarik, penghasilan
karya yang kreatif dan inklusif.
10. Kreativiti cara hidangan dan persembahan ditekankan dengan pelbagai
bentuk, dekorasi dan hiasan.
11. Kos penyediaan video dan bahan masakan ditanggung oleh peserta
sepenuhnya.
12. Durasi video selama 3-5 minit sahaja termasuk montaj dan kredit.
13. Penggunaan bahasa sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan
tidak bercampur bahasa.
14. Hasil karya tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan. Karya juga
tidak menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.
15. Hasil karya hendaklah dalam bentuk media video dan dimuatnaik di Youtube
dan URL/LINK video dihantar menggunakan halaman Padlet
https://padlet.com/cheroslina1701/b7bovuo1jaissatd selewat-lewatnya pada
hari Sabtu, 08 Mei 2021.

16. Jenis-jenis kuih tradisional yang disenaraikan sahaja perlu dipilih oleh peserta
pandu puteri tunas untuk pertandingan ini.
a) kuih ketayap
b) lepat pisang / labu
c) cucur jawa
d) kuih cara manis / berlauk
e) tepung bungkus
f) buah melaka
g) badak berendam
h) kuih keria
i) seri muka
j) kole kacang

17. Penyertaan dibatalkan sekiranya hasil karya yang dikemukakan tidak asli / ciplak.
Keputusan j u r i adalah muktamad.

18. Sijil pencapaian johan, naib johan dan tempat ketiga akan diberikan kepada
para pemenang. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

19. Keterangan lanjut boleh berhubung dengan Pesuruhjaya Bahagian
Pandu Puteri Tunas Daerah atau Puan Che Roslina binti Sudin,
Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Tunas Persatuan Pandu Puteri
Malaysia Cawangan Kedah di talian 012-5835255.

20. Tulis laporan aktiviti bagi pertandingan ini di dalam buku log peribadi.


Click to View FlipBook Version