PENGURUSAN BERORGANISASI (UL00602)
DIARI SEBAGAI
PEKERJA
FARHANAH POHAN
BB21110443
SEKSYEN 1
SINOPSIS
Buku ini mengisahkan tentang seorang pekerja wanita
yang bekerja di sebuah syarikat. Sebagai seorang
pekerja, kita perlulah melakukan tugas yang diberikan
dan diamanahkan oleh pihak atasan dengan teliti dan
bersungguh-sungguh. Dalam buku ini, terdapat rentetan
peristiwa yang berlaku sepanjang bergelar seorang
pekerja sebagai kerani pemasaran di sebuah syarikat
sehinggalah menjadi ketua pengurus pemasaran di
sebuah syarikat lain. Di sini ingin saya sampaikan
bahawa, pengalaman sangat berharga dan tidak dapat
dibeli da ditukar dengan wang ringgit.
4 OGOS 2017
Saya bertolak ke pejabat seawal 7.30 pagi untuk
sampai ke pejabat pada pukul 7.55pagi. Perjalanan ke
pejabat adalah memakan masa selama 25 minit hingga
30 minit bergantung pada keadaan kesesakan jalan
raya. Hari ini adalah hari pertama saya bekerja sebagai
kerani pemasaran di sebuah syarikat swasta. Perasaan
saya bercampur aduk. Saya berasa sangat teruja dalam
masa yang sama perasan takut menyelubungi diri
kerana takut situasi kerja tidak seperti yang saya
jangkakan. Perasaan teruja adalah disebabkan ini
pengalaman pertama saya bergelar seorang pekerja
tetap di sebuah syarikat setelah menghabiskan
pengajian sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda
Pemasaran selama tiga tahun di Universiti Malaysia
Sabah. Saya sangat bersyukur kerana telah diberi
peluang bekerja di syarikat ini. Lebih daripada 100
orang yang memohon pekerjaan ini, tetapi saya yang
dipilih dan diberi kepercayaan oleh pihak majikan.
Saya akan buktikan bahawa keputusan majikan
mengambil saya bekerja adalah tepat. Setelah sampai
ke pejabat, saya telah dibawa mengelilingi bangunan
pejabat untuk diperkenalkan kepada pekerja-pekerja
yang ada di bangunan tersebut oleh seorang pekerja
senior disini yang merangkumi ketua saya. Saya juga
diajarkan skop-skop kerja yang perlu saya lakukan
sepanjang bekerja di syarikat ini.Setelah itu, saya
diminta untuk melakukan tugas pertama saya iaitu
menyemak fail-fail yang berkaitan pemasaran yang
dilakukan oleh syarikat. Tiba-tiba saya diarahkan
untuk membeli makanan di sebuah restoran
berhampiran pejabat oleh salah seorang pekerja yang
sudah lama bekerja disini sekaligus menganggap
dirinya sebagai senior yang boleh sesuka hati memberi
arahan kepada saya. Saya terus melaksanakan arahan
dengan membeli makanan seperti yang diminta tanpa
membantah. Situasi ini adalah perkara biasa yang selalu
berlaku terutamanya kepada pekerja baharu tetapi tidak
dianggap salah. Saya pulang ke rumah dengan keadaan
hampa kerana diperlakukan begitu pada hari pertma
saya bekerja. Saya tidak berani memberitahu pihak
atasan kerana menganggap diri saya adalah pekerja
baharu dan tidak mahu menimbulkan masalah di
syarikat.
5 OGOS 2017
Keesokan harinya, saya pergi ke pejabat seperti
biasa dengan menaiki kenderaan sendiri dan
meletakkan kenderaan di stesen kereta api. Kemudian
menaiki kereta api untuk sampai ke pejabat. Beginilah
rutinitas hidup di kota, perlu menaiki pengangkutan
awam untuk ke pejabat supaya dapat menjimatkan kos
minyak dan tol serta dapat mengelak daripada situasi
kesesakan lalu lintas yang teruk. Sampai di pejabat,
saya terus melakukan tugas saya tanpa mengingat
kejadian semalam yang boleh mematahkan semangat
saya. Semua tugas yang saya lakukan berjalan lancar.
Pada waktu makan tengah hari, saya diajak makan
disebuah restoran oleh rakan-rakan sekerja. Saya sangat
gembira kerana mereka melayani saya dengan baik
tanpa meminggirkan saya sebagai pekerja baharu. Hari
kedua saya bekerja, semuanya berjalan lancer tanpa ada
sebarang masalah.
4 APRIL 2018
Lapan bulan telah pun berlalu. Saya sangat selesa
bekerja di syarikat ini. Rakan-rakan kerja sangat
membantu saya dalam menyelesaikan beberapa tugas
yang diberi oleh pihak atasan. Kami bertukar-tukar
pandangan dan pendapat tentang sesuatu tugasan. Ada
satu ketika, pihak atasan meminta kami pekerja
bawahan untuk sama-sama memberi idea sebelum
sesuatu keputusan dibuat. Oleh itu, pihak atasan
mempunyai banyak pilihan sebelum sesuatu keputusan
akhir dibuat. Saya sangat gembira dan rasa dihargai
kerana idea yang saya kemukakan diterima baik oleh
pihak atasan dan pekerja lain walaupun boleh dikatakan
saya adalah pekerja baharu ketika itu. Mempuyai rakan-
rakan sekerja yang positif dan selalu memberikan
bantuan memberikan bantuan ketika diperlukan
meyebabkan kualiti kerja saya bertambah baik. Kami
para pekerja bersaing secara sihat untuk menunjukkan
prestasi yang baik kepada pihak atasan. Saya pernah
mendapat bonus selama beberapa bulan daripada pihak
atasan kerana saya menunjukkan prestasi kerja yang
baik dan cemerlang. Walaupun kadang kala, saya
membuat beberapa kesalahan dalam tugasan atas
kecuian sendiri, pihak atasan masih memberi saya
peluang untuk membetulkan kesalahan yang telah saya
lakukan. Dengan kesalahan ini, ia akan memberi
pengajaran kepada saya agar masa akan datang saya
lebih berhati-hati dalam melakukan apa-apa tugasan.
Setiap syarikat perlu memberikan peluang kepada
pekerjanya apabila seseorang melakukan sesuatu
kesalahan tanpa terus menghukum mereka. Syarikat
perlu melakukan siasatan terhadap masalah yang timbul
supaya tiada pekerja yang teraniaya atau berlaku
kesalahfahaman antara para pekerja.
10 APRIL 2021
Setelah hampir tiga tahun saya bekerja dan merasai
suka duka di syarikat ini, saya telah membuat
keputusan untuk berhenti kerja dan mencari kerja di
tempat lain. Ini adalah kerana saya inginkan cabaran
baharu buat diri saya dalam pekerjaan. Selain itu, saya
juga mahu menambah ilmu pengetahuan dan
pengalaman dengan bekerja di syarikat lain. Saya yakin
bahawa setiap syarikat mempunyai jalan ceritanya yang
tersendiri. Pengalaman akan menjadikan saya lebih
matang dan lebih proaktif untuk melakukan sesuatu
pekerjaan. Dalam masa sebulan ini, setelah saya
berhenti kerja, saya sibuk menghantar resume-resume
ke syarikat-syarikat yang memerlukan perkhidmatan
pekerja baharu. Setelah hampir dua bulan saya
menganggur untuk mencari pekerjaan baharu dan
beberapa kali ditemu duga oleh beberapa syarikat,
akhirnya saya melepasi sesi temuduga dan dipanggil
bekerja di sebuah syarikat swasta.
Saya sangat gembira dan bersyukur kerana rezeki
memihak kepada saya. Benarlah kata orang, rezeki
tidak akan salah alamat setelah saya bertungkus lumus
mencari pekerjaan. Hendak dijadikan cerita, syarikat
yang menerima saya bekerja ini merupakan syarikat
yang saya idam-idamkan sejak di institusi pengajian
tinggi lagi. Disebabkan saya mempunyai pengalaman
bekerja selama 3 tahun di syarikat yang lama, saya
telah dipilih oleh syarikat ini untuk menjadi sebahagian
daripada mereka. Di syarikat ini, saya menjawat
jawatan sebagai ketua pengurus pemasaran. Gaji yang
diberikan juga jelas lebih tinggi daripada yang
ditawarkan di syarikat lama. Dengan jawatan ini, saya
dapat meningkatkan taraf dan kestabilan hidup saya.
Banyak yang saya dapat belajar daripada pengalaman
yang lepas. Saya dapat menggunakan pengalaman
tersebut di tempat kerja yang baharu.
12 MEI 2021
Setelah hampir sebulan saya bekerja di tempat
baharu, suasana dan orang sekeliling tidak sama seperti
di syarikat lama. Sejujurnya, suasana di syarikat lama
lebih dekat dengan saya. Ini mungkin kerana saya
masih baharu di sini dan masih belum kenal rapat
dengan mana-mana pekerja di sini. Skop kerja bagi
jawatan ini sudah pasti lebih berat dan lebih luas
daripada skop kerja yang lama. Tetapi, saya sanggup
mengambil cabaran ini supaya dapat belajar lebih
banyak lagi dan dapat memperbaiki diri menjadi
pekerja yang lebih baik.
Hari berganti hari, pejam celik sudahpun hampir
enam bulan saya bekerja di sini. Sudah tentu banyak
perkara yang saya belajar. Di sini saya mendapat ilmu
baharu iaitu ilmu kepimpinan. Terdapat ramai pekerja
di bawah saya, yang perlu saya bimbing untuk
mencapai target syarikat. Menjadi seorang pemimpin
bukanlah mudah. Banyak cabaran dan risiko yang perlu
kita tanggung. Dan semestinya, tanggungjawab menjadi
lebih besar, bukan tertumpu pada diri sendiri tetapi
lebih memberi tumpuan kepada pekerja yang ada
dibawah kita. Jawatan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan kepada saya. Ini kerana, diatas saya masih ada
ketua yang perlu dihormati dan dibawah saya, ada
pekerja yang menjadi tanggungjawab saya untuk
mendidik dan menjaga mereka. Saya perlu menjadi
ketua yang adil bagi mereka supaya tidak ada pekerja
yang teraniaya. Pekerjaan ini memang memberikan
cabaran yang sangat besar bagi saya, tetapi saya akan
menjaga tanggungjawab ini dengan amanah dan telus.
Jadi, saya sangat bahagia dengan apa yang ada
sekarang dan juga tidak akan pernah lupa pengalaman
yang lepas, yang membuatkan saya sampai ke tahap ini.