T A J U K : K A E D A H F I Q A H " S E T I A P P E R K A R A D I M U L A K A N D E N G A N N I A T " SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM (MPU23052) PENSYARAH: USTAZAH AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD
SYAFIQAH BINTI MOHD GHANI (33DPE22F1019) NURUL SYAZWINA BINTI SHAHIDAN (33DPE22F1022) SITI NURAISYAH BINTI MOHAMAD BAZRI (33DPE22F1023) NUR ALISA NAJWA BINTI ROTHMAN (33DPE22F1024) AHLI KUMPULAN
I S I K A N D U N G A N DEFINISI NIAT ITU MEMBAWA MAKSUD KONSEP DAN APLIKASI KEPENTINGAN NIAT DALIL DAN HADIS CONTOH RUMUSAN RUJUKAN
Kaedah ini bermaksud tiap-tiap perkara itu menurut kepada tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu, setiap amalan yang dilakukan oleh mukallaf itu bergantung kepada niatnya. Setiap perbuatan manusia samada dalam ibadah, muamalah dan sebagainya bergantung pada niat untuk mendapat ganjaran dan untuk diambil kira. D E F I N I S I
NIAT ITU MEMBAWA MAKSUD BAHASA: Kehendak hati atau tujuan hati. ISTILAH: Gerak hati melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH S.W.T
KONSEP DAN APLIKASI Islam mementingkan niat dalam setiap tindakan kerana sesuatu perbuatan adat boleh berubah menjadi ibadat. Niat akan menentukan pahala seseorang dalam aktiviti kepenggunaan yang dilakukannya. Niat penting kerana ia mampu mendorong seseorang bertindak dengan berhikmah dan membawa manfaat untuk hari akhirat. Sesiapa yang berniat melakukan setiap kebaikan dan tidak melakukannya atas beberapa sebab, maka dia mendapat pahala atas apa yang diniatkan. Seseorang manusia itu berniat baik, tetapi tidak melakukannya, maka dia mendapat satu pahala. Tetapi apabila dia mengerjakan kebaikan (ibadat) tersebut, maka pahalanya berganda.
KEPENTINGAN NIAT Seseorang yang menyembelih binatang kemungkinan untuk menikmati dagingnya memakan daging binatang tersebut atau kemungkinan juga untuk tujuan lain. Sesorang yang menyerahkan sesuatu kepada seseorang sama ada wang atau berupa makanan sama ada dia memberikan sedekah atau hibah atau zakat. Seseorang yang sedah berada dalam masjid kemungkinan ia masuk untuk merehatkan tubuhnya atau kemungkinan juga beribadah. Seseorang yang tidak menjamah makanan sejak dari pagi kemungkinan kerana untuk diet, atau untuk menjaga kesihatannya atau kemungkinan ia sedang berpuasa. Tujuan utama disyariatkan niat ialah untuk membezakan perbuatan yang dilakukan sama ada ianya kerana ibadah ataupun adat
DALIL DAN HADIS “Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin AlKhattab RA, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan apa yang diniatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ditujunya. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Seorang yang mandi dengan maksud untuk memperolehi kecergasan dalam beribadat, maka dia akan memperolehi pahala walaupun perbuatan mandi adalah perkara rutin hariannya. Seseorang yang melakukan tugas duniawi dengan niat melaksanakan amanah yang dipikul olehnya dan melaksanakan tuntutan agama. Bahkan seseorang yang mencari harta dengan maksud untuk mengelak diri dari meminta-minta dengan orang serta untuk menjaga maruah diri dan keluarga serta memberikan sedekah mana-mana yang lebih daripada keperluannya dikira sebagai amalan akhirat. Memberi makan kepada anak yatim kerana tunduk dan taat kepada Allah dan Rasul akan diberi ganjaran pahala. Tetapi, jika kita memberi makan kepada anak yatim kerana simpati kepada mereka, maka anak yatim tersebut mendapat pembelaan, namun di sisi Allah tiada ganjaran dan tiada nilai. CONTOH
RUMUSAN Sesuatu amalan atau pekerjaan walaupun bukan merupakan ibadat khusus tetapi bila dilakukan dengan niat yang ikhlas akan diberikan ganjaran oleh Allah ta’ala.seseorang itu boleh melakukan sesuatu amalan dengan beberapa niat seperti pergi ke masjid dengan maksud untuk bersembahyang jemaah, menghadiri majlis ilmu yang diadakan dan mengeratkan ukhwah lalu semua niat tersebut akan dinilai oleh Allah ta’ala.Kemudian niat yang baik di permulaan amalan hendaklah berterusan sehingga ke penghujungnya. Jikalau berlaku perubahan di tengah atau di akhir amalan dikhuatiri akan menyebabkan amalan tersebut akan terbatal atau berkurangan pahalanya.
https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijib/article/view/14555 https://www.dhiragama.com/2021/12/dalil-dan-hadits-tentangniat.html https://asasislam.home.blog/2019/06/18/segala-amalan-adalahberdasarkan-kepada-niat/ https://akumuslim.asia/hadis-niat-kepentingan-niat-hadith-40/ https://binsahak.com/index.php/fiqh-dan-usul/318-kaedahfiqhiyyah-setiap-amalan-menurut-niat RUJUKAN
TERIMA KASIH