Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Warga PPUM yang saya kasihi sekalian, Diam tak diam, sudah 55 tahun usia Pusat Perubatan Universiti Malaya. Sepanjang lebih lima dekad penubuhan dan operasinya, begitu banyak sumbangan yang telah diberikan, begitu juga cabaran yang telah ditempuh oleh segenap warganya. Tanpa kita sedari, institusi yang kita sayangi ini telah memberi sumbangan yang besar dalam mendidik ribuan graduan dan doktor pelatih, mahu pun dalam melahirkan pakar-pakar perubatan yang pintar dan berpengalaman. Begitu ramai juga pakar dalam bidang ikhtisas serta pentadbiran telah menimba pengalaman di sini. Di institusi ini jugalah banyak khazanah ilmu telah dicurahkan melalui pelbagai penyelidikan dan penemuan baru yang berguna kepada negara dan masyarakat. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada setiap insan penting sejak dahulu hingga kini yang begitu banyak memberi bakti tanpa mengenal erti putus asa. Andalah yang menjadi pencorak masa depan PPUM. Semua pencapaian sepanjang lebih lima dekad ini bukan sahaja membanggakan PPUM dan UM, tetapi turut membanggakan sektor pendidikan tinggi negara terutamanya dalam bidang pengajaran perubatan. Pencapaian ini adalah sesuatu yang sememangnya wajar diiktiraf dan diraikan dengan selayaknya. Dalam pada menghitung usia penubuhan dan pencapaian, saya berbesar hati dan turut merasa bangga dengan inisiatif Jabatan Governan, Perancangan dan Dasar bersama Sidang Redaksi PPUM yang julung kali berjaya merangka dan menerbitkan e-majalah Suara PPUM edisi pertama pada awal tahun ini. E-majalah ini menjadi satu wacana alternatif bagi warga PPUM berkongsi maklumat dengan kreatif melalui penulisan. Dari Meja Pengarah 1 Isi Kandungan Dari Meja Pengarah Welcome Note from The Editor In Chief Bicara Eksklusif Bersama Cik. Mariashabiradalia binti Mohammed Hashim Jabatan Teknologi Maklumat Jabatan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (JPPI) Kolej Sains Kesihatan Jabatan Sumber Manusia Perkhidmatan Teleperubatan di PPUM MRI 3.0 Tesla GE Signa Premier dan 1.5 Tesla GE Signa Explorer CT Scan Canon Aquilion One, Prism Edition Robotic Assisted Total Knee Replacement in PPUM Mesin Heidelberg Spectralis HRA + OCT SHIFF Sorotan Majlis dan Peristiwa Infografik Hematopoietic Stem Cell Gambar Jawatankuasa 01 03 04 08 10 13 16 21 24 26 28 30 31 37 40
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Warga PPUM yang saya kasihi sekalian, Diam tak diam, sudah 55 tahun usia Pusat Perubatan Universiti Malaya. Sepanjang lebih lima dekad penubuhan dan operasinya, begitu banyak sumbangan yang telah diberikan, begitu juga cabaran yang telah ditempuh oleh segenap warganya. Tanpa kita sedari, institusi yang kita sayangi ini telah memberi sumbangan yang besar dalam mendidik ribuan graduan dan doktor pelatih, mahu pun dalam melahirkan pakar-pakar perubatan yang pintar dan berpengalaman. Begitu ramai juga pakar dalam bidang ikhtisas serta pentadbiran telah menimba pengalaman di sini. Di institusi ini jugalah banyak khazanah ilmu telah dicurahkan melalui pelbagai penyelidikan dan penemuan baru yang berguna kepada negara dan masyarakat. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada setiap insan penting sejak dahulu hingga kini yang begitu banyak memberi bakti tanpa mengenal erti putus asa. Andalah yang menjadi pencorak masa depan PPUM. Semua pencapaian sepanjang lebih lima dekad ini bukan sahaja membanggakan PPUM dan UM, tetapi turut membanggakan sektor pendidikan tinggi negara terutamanya dalam bidang pengajaran perubatan. Pencapaian ini adalah sesuatu yang sememangnya wajar diiktiraf dan diraikan dengan selayaknya. Dalam pada menghitung usia penubuhan dan pencapaian, saya berbesar hati dan turut merasa bangga dengan inisiatif Jabatan Governan, Perancangan dan Dasar bersama Sidang Redaksi PPUM yang julung kali berjaya merangka dan menerbitkan e-majalah Suara PPUM edisi pertama pada awal tahun ini. E-majalah ini menjadi satu wacana alternatif bagi warga PPUM berkongsi maklumat dengan kreatif melalui penulisan. Dari Meja Pengarah 1
Syabas saya ucapkan untuk usaha yang telah digarapkan sehingga terbitnya edisi kedua pada tahun ini. Saya yakin, sepanjang kedewasaannya dalam tempoh 55 tahun ini, PPUM mempunyai pelbagai kelebihan untuk ditonjolkan dan diuar-uarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pihak-pihak pemegang taruh di luar sempadan PPUM. Apatah lagi dalam persekitaran yang menyaksikan pelbagai jenis penyakit serta cabaran dunia perubatan yang semakin kritikal, sudah pasti banyak ilmu dan inovasi baharu yang harus diterokai dan dikongsi. Selain giat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang amalan dan cara hidup sihat, PPUM juga kini lebih kerap keluar untuk merakyatkan perkhidmatan kesihatan dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan melalui program jangkauan komuniti HOPE (Health Outreach Program and Education) PPUM. Dengan penyelidikan, dapatan serta pemahaman tentang isu-isu kesihatan, dapat kita kompilasikan dan kita bentangkan melalui wadah sebegini yang berupaya menjadi gerbang ilmu penuh manfaat kepada pelajar serta warga kerja sektor perubatan dan penjagaan kesihatan awam negara. Semoga lebih banyak naskhah dan karya ilmiah sebegini dapat kita hasilkan pada masa akan datang sesuai dengan fungsi kita sebagai sebuah Hospital Pengajar Universiti. Buat para pengkarya dan Sidang Redaksi, saya doakan semoga segala dedikasi anda semua diberkati oleh Allah SWT jua, insya-Allah. Teruskan usaha murni ini demi manfaat dan rujukan penting di hari muka. Sekian dahulu, selamat maju jaya, salam hormat dan terima kasih. PROFESOR DR. NAZIRAH BINTI HASNAN Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya 2
Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani Dengan rasa kesyukuran yang tidak terhingga saya mengucapkan selamat membaca kepada semua. Saya amat berterima kasih kerana saya diberi kesempatan mencoretkan sepatah dua kata dalam Buletin PPUM ini. Saya amat berterima kasih atas komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu dari semua penulis, pereka grafik, tokoh-tokoh yang ditemuramah di atas merealisasikan penerbitan Buletin PPUM edisi kedua ini. Buletin edisi kedua ini berfungsi sebagai platform untuk memperkenalkan beberapa Jabatan dalam Pusat Perubatan Universiti Malaya yang kurang dikenali oleh staf dan juga orang awam. Jabatan ini sentiasa bertungkus lumus dengan penuh dedikasi yang tidak berbelah bagi untuk memastikan kelancaran segala operasi di hospital. Pada edisi kali ini, kami berhasrat untuk menerangkan kisah belas kasihan, ketahanan dan kepakaran yang menentukan etos PPUM. Welcome Note from The Editor In Chief Kepada seluruh warga PPUM, marilah kita bersama-sama menghayati buletin PPUM ini dan berusaha ke arah visi bersama untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada semua pesakit PPUM. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Professor Dr Nazirah binti Hasnan atas sokongan kepada Sidang Redaksi PPUM untuk menghasilkan terbitan kedua Buletin PPUM. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli-ahli Sidang Redaksi Buletin PPUM kerana dengan kesibukan masing-masing dan dalam kesuntukan masa, Sidang Redaksi berjaya menghasilkan buletin edisi kali ini. Sekian, salam hormat dan selamat membaca. DR. CHRISTINA LEE LAI LING Ketua Pengarang Suara PPUM 3
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada editorial SUARA Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang memilih saya bagi siri kedua ini. Kerjaya saya sebagai Pentadbir di Hospital Universiti, Kuala Lumpur (HUKL) bermula pada 1 April 1993. Surat pelantikan saya adalah secara serahan tangan (by hand) daripada seorang staf HUKL. Beliau telah menyerahkan satu sampul surat dengan pesanan agar melapor diri keesokan harinya dan staf tersebut ada menyatakan bahawa ‘ini bukan April Fool ya’. Saya percaya apabila menerima surat tersebut kerana terdapat kepala surat rasmi HUKL tetapi hati saya tetap ragu-ragu, walau bagaimanapun saya telah hadir ke Unit Perjawatan, HUKL. Lokasi pertama saya bertugas adalah di Unit Pentadbiran Am di mana semua aktiviti/tugasan am diuruskan oleh unit ini. Di antara perkhidmatannya adalah seperti pengurusan kafeteria, penginapan dan Asrama Jururawat, perkhidmatan Dobi dan Bekalan Kain, pejabat mel, percetakan, mesin dan kad perakam waktu, Jurutaip berpusat (typist pool) dan majlis-majlis rasmi termasuk penggunaan semua dewan di Hospital Universiti ketika itu. Bertugas sebagai Pentadbir di HUKL/PPUM sememangnya mencabar dan mendebarkan berbanding rakan sejawatan di organisasi luar kerana kompleksiti peranan dan aktiviti di HUKL/PPUM. Setiap hari ada saja perkara baru yang perlu dipelajari. Bagi saya ia adalah medan pembelajaran berterusan kerana berurusan dengan ‘healthcare providers’ yang memerlukan pentadbir memahami prosedur berkaitan klinikal walaupun tiada ilmu yang berkaitan. Bicara Eksklusif Bersama Cik. Mariashabiradalia Binti Mohammed Hashim Mantan Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM Sehingga kini, PPUM telah menghasilkan lebih daripada 20 projek penambahbaikan kualiti setiap tahun dan PPUM telah berjaya memenangi tiga (3) award di konferen Hospital Management Asia, 2023 4
Saya masih ingat lagi, saya perlu memahami prosedur pengurusan mayat dan menyaksikan proses bedah siasat bagi menyediakan kertas kerja kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu permohonan elaun khas bagi Atendan (sekarang ini digelar Pembantu Perawatan Kesihatan) yang bertugas di bilik mayat yang menggunakan bahan kimia formalin setiap hari. Ini adalah pertama kali saya menyaksikan proses bedah siasat sehingga mayat selesai dijahit oleh Pakar Forensik. Ini juga adalah peristiwa yang tidak boleh dilupakan namun berbaloi kerana pengalaman tersebut membolehkan satu kertas kerja komprehensif disediakan dan JPA telah meluluskan elaun berkenaan hingga sekarang kepada staf yang terlibat. Tugas Pegawai Tadbir di PPUM tidak hanya melaksanakan tugas pentadbiran di pejabat tetapi semua Pentadbir wajib melaksanakan satu tugas khas iaitu bertugas atas panggilan. Gelaran uniknya Pegawai Tadbir Atas Panggilan (Admin on-call) selama 24/7 setiap giliran yang tiada pada mana-mana pentadbir di organisasi bukan perubatan/kesihatan. Antara tugasan tersebut adalah berurusan dengan pihak polis, keluarga/waris pesakit atau pihak media bergantung kepada kes/insiden yang berlaku. Dahulu bilangan Pegawai Tadbir tidak ramai, jadi pusingan kerja berlaku lebih kerap dan kebiasaannya dalam tempoh setahun, kami akan bertugas selama tiga (3) kali setahun dan tugasan atas panggilan ini tiada elaun diberikan. Setiap kali bertugas, saya akan berdoa agar tiada sebarang insiden bencana tahap E3 diterima melalui pager oleh Operator PPUM (sekarang ini Pegawai Khidmat Pelanggan), dan jika sekali mendapat panggilan pager pada salah satu hari dalam seminggu, seakan ada satu ‘tarikan’ bahawa pegawai bertugas bakal menerima satu atau dua lagi panggilan dalam minggu yang sama. Sepanjang saya bertugas, pengalaman yang tidak boleh dilupakan adalah bertugas atas panggilan semasa insiden peristiwa ‘Kg Medan’ pada Mac, 2001. Bilik Bencana telah dibuka untuk operasi selama 24 jam dan laporan perlu disediakan dan dikemaskini dari masa ke semasa. Mangsa insiden pula dibawa ke PPUM dalam keadaan kecederaan yang serius pada anggota badan mereka akibat tetakan senjata tajam serta terdapat kematian juga. Ketidakpastian (indecisiveness) dalam membuat keputusan adalah ‘kelemahan pengurusan’ yang perlu dielakkan kerana ini akan menjadikan sesuatu tugasan/proses itu tidak efisien dan efektif serta memberi pelbagai kesan kepada produktiviti/ output organisasi. 5
Semua pentadbir dijadualkan untuk bertugas secara giliran selama beberapa hari bagi memastikan pengurusan logistik, pengangkutan dan makanan/minuman kepada petugas kesihatan bertugas, menguruskan media, menyediakan laporan, kaunseling untuk mangsa dan keluarga terlibat, menerima kehadiran ahli politik yang ingin mendapatkan informasi terkini dan lain-lain tugas yang dikemaskini dari dari masa ke semasa. Tugasan dan tanggungjawab hanya akan selesai apabila Bilik Bencana diisytiharkan tutup oleh Pengurusan/Pegawai Operasi Bencana. Satu pengalaman yang mengerikan namun amat berharga dan saya berharap insiden seumpama ini tidak berulang lagi. Mungkin ada yang beranggapan bahawa hospital mempunyai staf di kalangan Pegawai Perubatan dan Jururawat sahaja, namun sebenarnya pengurusan sesebuah hospital melibatkan ramai kategori staf dari kumpulan bukan klinikal/pentadbiran yang menyokong dan bertugas bersama-sama dalam satu pasukan perubatan. Semasa bertugas sebagai Pegawai Latihan pada tahun 1995-1997, pada pemerhatian saya, staf di HU bekerja secara ‘silo’ berdasarkan kategori jawatan mereka, kurang semangat berpasukan dan perlukan suntikan motivasi. Dengan kerjasama Mejar (B) Alias Lisut, Ketua Pegawai Keselamatan ketika itu, (yang merupakan bekas Komando ATM sebelum bersara), kami telah mendapat sokongan padu dari Pengurusan Tertinggi untuk mengadakan aktiviti ’team building’ berskala besar di mana semua staf wajib menghadiri aktiviti berkenaan termasuk white water rafting, jungle trekking di luar PPUM seperti di TEKAM Plantation Resort dan Sungkai secara bersiri. Fenomena Team Building ini telah mewujudkan ‘bonding’ dan semangat kekitaan di kalangan staf termasuk staf akademik dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Memandangkan terdapat perubahan sikap yang positif di kalangan staf selepas menghadiri program tersebut, Pengurusan Tertinggi telah membuat perancangan yang lebih strategik iaitu untuk menjadikan PPUM sebagai Hospital Pengajar Pertama di Malaysia mendapat Pensijilan Penuh MS ISO 9001: 2002 Sistem Pengurusan Kualiti. Ia bukan satu perkara yang mudah kerana warga PPUM terdiri daripada staf, staf akademik serta staf 6
organisasi luar yang menjalani latihan klinikal. Pada tahun 2000, PPUM telah berjaya mendapat pengiktirafan dan pensijilan MS ISO 9001 tersebut. Saya berbangga kerana saya merupakan sebahagian dari pencapaian tersebut. Saya seorang yang ‘passion’ dalam aktiviti berkaitan kualiti dan penambahbaikan kualiti. Setelah menyelesaikan pengajian Sarjana MSc Strategic Quality Management, pada tahun 2005, saya telah diberi peluang oleh Datin Latiffah Endot, mantan Timbalan Pengarah Pentadbiran untuk melaksanakan aktiviti bagi membudayakan kualiti di PPUM. Strategi awal adalah melatih pasukan Penambahbaikan Kualiti (Quality Improvement Team) di seluruh PPUM dan mengenalpasti projek kualiti yang boleh memberi kebaikan kepada staf dan pesakit. Bermula hanya dengan seorang Pegawai Tadbir dan tiga orang Pembantu Tadbir, kami bergerak aktif untuk melatih serta memupuk minat staf kepada aktiviti diikuti dengan penyertaan pertama kali kategori Hospital Pengajar dalam Konvensyen QA anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia dan pertandingan kualiti di peringkat dalam negara. Pewujudan Jabatan Kualiti dan selepas itu penstrukturan semula atas nama Jabatan Perkembangan dan Amalan Perubatan membuka ruang yang luas untuk PPUM mengetengahkan projek-projek penambahbaikan dengan lebih berstruktur, strategik dan berkesan. Sehingga kini, PPUM telah menghasilkan lebih daripada 20 projek penambahbaikan kualiti setiap tahun dan PPUM telah berjaya memenangi tiga (3) award di konferen Hospital Management Asia (HMA), 2023 yang berlangsung pada 5 dan 6 September 2023 di Hotel Shangri La Kuala Lumpur. Senarai projek yang dimenangi adalah seperti berikut:- Menjadi harapan saya, amalan kualiti seperti ‘Do It Right At The First Time, Every Time”, Continuous Improvement, Quality Assurance menjadi budaya dan trademark PPUM dan semua staf bertugas atau menjalani latihan di PPUM dapat bersama-sama mempraktikkannya. Pengalaman bertugas secara berpasukan dan sokongan dari pelbagai kategori staf serta kepercayaan daripada Pengurusan PPUM membolehkan saya membina kompetensi diri dalam menjalankan tugasan dengan penuh komited, objektif dan terbaik. Tugasan seorang pentadbir merangkumi proses membuat keputusan dan melaksanakan tindakan berkenaan. Sehubungan itu, ketidakpastian (indecisiveness) dalam membuat keputusan adalah kelemahan pengurusan yang perlu dielakkan kerana ini akan menjadikan sesuatu tugasan/proses itu tidak efisien dan efektif serta memberi pelbagai kesan kepada produktiviti/output organisasi. Semoga PPUM akan terus mengekalkan reputasi sebagai peneraju pengajaran bidang perubatan dan mencapai objektif penubuhannya. Menjadi harapan saya, amalan kualiti seperti ‘Do It Right At The First Time, Every Time”, Continuous Improvement, Quality Assurance dapat menjadi budaya dan trademark PPUM. • Gold Award : Kategori - Infection Control Excellence; Tajuk : Introduction of postoperative care bundle in reducing surgical site infection among the coronary artery bypass graft (CABG) Surgery patients • Excellence Award : Kategori - Best in Community Involvement; Tajuk : QR Coded Medication Labels: A Collaboration with the Deaf Community To Overcome Communication Barrier Between Pharmacy and Deaf Patients • Excellence Award : Kategori - Best in Financial Improvement. Tajuk : Improve Care Through Better Nutrition: Value & Effect of Medical Nutrition 7
Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) merupakan nadi kepada perkhidmatan kesihatan di PPUM. JTM bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan ICT yang merangkumi sistem maklumat, prasarana dan infrastruktur ICT yang meliputi peralatan dan perkakasan ICT. JTM juga bertanggungjawab dalam pengurusan keselamatan ICT serta menyediakan kemudahan untuk komunikasi seperti internet, wifi, emel, video conferencing dan lain-lain. Selain itu, JTM juga membuat pembangunan aplikasi serta menyelenggara aplikasi dan peralatan ICT bagi memastikan ia dapat melancarkan operasi harian PPUM yang berteraskan kepada teknologi ICT. JTM menawarkan beberapa perkhidmatan yang mungkin tidak diketahui umum, antaranya adalah: ● JTM mengkomersialkan inovasi ICT bagi sistem-sistem yang telah dibangunkan kepada Hospital/Pusat Perubatan yang lain. ● JTM juga ada menyediakan sewaan peralatan ICT bagi permohonan individu, persatuan, pihak luar untuk peralatan ICT dan perkhidmatan live-telecast/webinar dengan caj yang minima. ● Pada masa hadapan JTM bercadang untuk menyediakan perkhidmatan pembaikan komputer dan telefon pintar peribadi melalui KIT PPUM iaitu Persatuan Pekerja IT PPUM untuk warga PPUM dan lain-lain. Terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh JTM buat masa ini terutamanya kekangan peruntukan. Peruntukan mengurus yang diterima tidak mencukupi untuk keperluan semasa terutama kesan pasca Covid19 dimana harga barang telah meningkat di samping kadar tukaran ringgit berbanding USD yang rendah. Kepesatan teknologi mempercepatkan peralatan yang digunakan menjadi lebih cepat usang dari segi teknologi dan memerlukan penggantian dari masa ke semasa yang akan menelan belanja yang amat besar. Selain itu, perubahan proses kerja oleh pengguna juga telah menyebabkan keperluan untuk pembangunan sistem baru atau pengubahsuaian sistem lama yang akan menambahkan lagi beban kerja JTM. Cabaran ancaman keselamatan siber juga dilihat sebagai satu cabaran besar kepada JTM/PPUM untuk memastikan data dan maklumat di PPUM senantiasa selamat daripada pencerobohan dan kebocoran. Pada masa ini, JTM telah berjaya mendapat pengiktirafan bagi Akreditasi ISMS ISO/IEC: 27001 dalam pengurusan keselamatan maklumat pada Mac 2022. PPUM merupakan hospital/ pusat perubatan yang pertama memperolehi akreditasi tersebut di Malaysia. Selain itu juga, kejayaan JTM dalam membantu PPUM untuk mengkomersialkan produk inovasi ICT membolehkan sistem THIS PPUM digunapakai oleh Pusat Perubatan UIAM, Institut Sukan Negara, Institut Profesional Baitulmal, Hospital Jabatan Teknologi Maklumat Encik Mohd Zahir bin Ahmad Ketua Jabatan 8 GETTING TO KNOW
akan mengurangkan jumlah penggunaan katil tanpa menjejaskan proses perawatan kepada pesakit. Projek ini dijangka akan bermula pada September 2023. Pada masa hadapan JTM akan melakukan penggantian dan menaiktaraf peralatan serta infrastruktur ICT di PPUM selaras dengan perubahan teknologi dan keperluan untuk mentransformasikan PPUM sebagai hospital pintar pertama di Malaysia. Pelbagai pembangunan dan penambahbaikan sistem telah dirancang dengan mengambilkira adaptasi ledakkan revolusi industri 4.0 yang menggunakan teknologi BIG DATA dan Artificial Intelligence (AI) bagi mengurang kebergantungan tenaga manusia dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan. Antara peristiwa menarik yang pernah berlaku di JTM adalah penubuhan Health Command Center PPUM yang merupakan pusat kawalan kesihatan pertama di Malaysia telah beroperasi mulai Julai 2017 dan merupakan satu kejayaan besar PPUM dalam melakukan transformasi pengurusan hospital di Malaysia. Command Center telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada 9 Januari 2023 semasa Karnival Penyelidikan UM. Dengan adanya Command Center, pengurusan perkhidmatan kesihatan menjadi lebih baik dengan pemantauan melalui dashboard dan CCTV bagi memastikan kelancaran operasi PPUM dan perancangan perkhidmatan pada masa hadapan. Pengajar UNISZA dan Hospital Pengajar UMS. Kejayaan ini telah menaikkan nama PPUM dan dalam pada masa yang sama membolehkan perkongsian maklumat perubatan antara semua hospital pengajar di Malaysia pada masa hadapan. Perancangan JTM pada tempoh masa terdekat adalah untuk menambahbaik pengalaman pesakit berurusan di PPUM dengan menggunakan aplikasi mobil pesakit yang akan membolehkan pendaftaran temujanji, pembayaran bil, pengambilan ubat dan permohonan atas talian dapat dilakukan pesakit tanpa perlu lagi datang ke PPUM atau berurusan di kaunter. Pelaksanaan ini akan dimulakan secara berperingkat bermula September 2023 sehingga Disember 2023. JTM dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan akan melancarkan perkhidmatan Home Monitoring bagi pemantauan pesakit dalam secara jarak jauh bagi memberikan keselesaan kepada pesakit dan dalam pada masa yang sama GETTING TO KNOW 9
10 GETTING TO KNOW Clinical Investigation Centre (CIC): CIC conducts and coordinates clinical trials, studies, and research to evaluate new medical treatments and interventions. The primary focus is on gathering scientific evidence to determine the safety and efficacy of novel therapies or medical devices before they are introduced into clinical practice. During the trial, the CIC collects data on patient responses to treatments, adverse events, and other relevant information to evaluate the intervention’s effectiveness. The CIC ensures strict adherence to regulatory requirements and ethical guidelines governing clinical research, protecting the rights and well-being of study participants. After the trial concludes, CIC researchers analyze the collected data to draw conclusions about the intervention’s safety and efficacy. These findings are crucial for determining whether the treatment can proceed to the next phase of testing or be adopted in clinical practice. Data Management Unit (UPD): UPD collects, manages, and analyzes healthcare data to support research and decision-making. Their work is vital in producing accurate and reliable data that can inform evidence-based practices. Here are their main functions. UPD is also involved in Big Data for the hospital. Jabatan Penyelidikan, Pembangunan Dan Inovasi (JPPI) Profesor Dr. Maznah Binti Dahlui Ketua Jabatan The primary goal is to conduct research and develop strategies that optimize patient care, resource allocation, and healthcare economics. Besides that, RDI also processes the application of hospital clinical and non-clinical data for research and non-research purposes. Health Economics Research Section (BPEK): BPEK conducts health economic evaluations, and cost-effectiveness analyses, and provides insights into the financial impact of healthcare interventions. BPEK provides valuable insights into the financial impact of healthcare interventions, helping UMMC make informed decisions about resource allocation and improving overall healthcare efficiency. BPEK assesses the costs and benefits of healthcare interventions, treatments, or programs to determine their economic impact on the hospital. By comparing the costs of various interventions with their health outcomes, BPEK identifies costeffective strategies that offer the best value for money spent. BPEK is also in charge of the casemix system in UMMC. This case-mix system is implemented to ensure standardization of care using proper clinical pathways based on evidence-based medicine and also to determine the cost of care and estimate the budget needed to treat the case. The Research, Development, and Innovation (RDI) department at University Malaya Medical Centre offers a range of services related to clinical investigation, data management, and health economics research.
GETTING TO KNOW 11 Some of the lesser-known services provided by the RDI department include technology scouting by identifying and exploring innovative technologies and medical advancements that could benefit the hospital’s patient care and operations. For example, the Phaco Machines by the ophthalmology department. Besides that, RDI is also responsible for establishing collaborations with external entities, such as research institutions with MRANTI under MOSTI, University Airlangga Indonesia and Yonsei University Korea to leverage expertise and resources for innovative projects. Moreover, RDI has ongoing international research projects with international universities around the world mainly on the topic of hospital efficiency. The RDI department may have encountered challenges in obtaining funding for research projects, attracting skilled clinicians to conduct economic evaluation research and navigating complex regulatory requirements for clinical investigations. However, the department has achieved significant milestones, such as successful product launches resulting from clinical trials, recognition for ground-breaking research internationally, and contributions to evidence-based healthcare practices. CIC has the second-highest number of clinical trials after CRM by the Ministry of Health. To enhance its services and impact, the RDI department has to focus on the following improvements such as strengthening interdisciplinary collaboration by facilitating better communication and collaboration between the clinician, data management, and health economics teams to foster a holistic approach to research and innovation. Other than that, RDI needs to expand the research scope by identifying new research areas and incorporating emerging technologies or methodologies into research projects. Improving data integration by ensuring integration of healthcare data from various sources to support comprehensive research and analysis. The department’s future direction is to make the transition towards value-based healthcare, where patient outcomes and cost-effectiveness take precedence. Emphasizing optimal care delivery and resource allocation will drive better healthcare quality and efficiency, aligning with
12 broader industry trends and advancing patient-centered care. The department plans to improve case-mix coding data, an initiative that involves coding training sessions. By doing so, RDI aims to enhance accurate patient classification and data collection, enabling better resource allocation and cost analysis, and ultimately improving patient care and hospital efficiency. The training has an outreach to the Staff Health clinic, Endocrine unit, Ophthalmology department, Ear, Nose and Throat department and Paediatrics department. More training will be done in other clinical departments. Currently, UMMC is using the DRGs from Case-mix Solutions. RDI aims to develop our own DRG incorporating outpatient and Emergency Department services. Some of the interesting events for the RDI department is the successful implementation of a new case-mix-based patient care model which results in mandatory ICD10 and ICD-9CM in discharge summary resulting in improved patient outcomes and cost savings for the hospital. Other than that, RDI has presented ground-breaking research findings that influenced healthcare policies beyond the hospital’s boundaries and were recognised internationally such as in Patient Classification System International (PCSI) Iceland. In addition, our research has also been published in a journal like Malaysia Public Health of Medicine. Besides that, The RDI department’s future activities includes the UMMC Research Carnival 2023, scheduled for 11-15 September 2023, focusing on the theme “Evidence-Based Medicine towards Quality Care and Hospital Efficiency.” The event aims to showcase cutting-edge research projects and innovations that prioritize evidence-based approaches to enhance patient care and optimize hospital operations. It fosters collaboration and knowledge exchange among researchers, promoting improved healthcare outcomes. By comparing the costs of various interventions with their health outcomes, BPEK identifies cost-effective strategies that offer the best value for money spent. GETTING TO KNOW
13 Kolej Sains Kesihatan Puan Siti Azlina binti Mohd Amin Ketua Kolej di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Jemputan ini memenuhi keperluan akreditasi program akademik sebagaimana yang disyaratkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM). Selain dari itu, KSK juga melibatkan pelajar KSK dalam aktiviti PPUM seperti World Hypertension Day, Hari Warga Emas dan aktiviti Out-Reach Hospital Pengajar Universiti (HPU) bagi memperkasa program komuniti melalui keterlibatan golongan pelajar dengan aktiviti berasaskan pengalaman dan pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar KSK juga terlibat secara aktif dalam aktiviti Storytelling bagi memantapkan lagi UMMC Pediatric Reading Project yang memberi manfaat kepada pesakit pediatrik yang tinggal lama di wad. Seorang staf akademik dari Program Radiografi iaitu Dr Nor Azura binti Mohamed telah tamat pengajian kedoktoran dalam bidang Applied Physic dari Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia dan dianugerahkan dengan Anugerah Graduan Cemerlang (Doktor Falsafah) bagi Sesi 2021/2022. Dr Azura juga telah dianugerahkan Kolej Sains Kesihatan (KSK) merupakan pusat kecemerlangan dalam bidang sains kesihatan dengan menyediakan pendidikan yang cemerlang kepada pelajar dan staf Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam dan luar negara. Program akademik yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan Pos Basik dalam bidang sains kesihatan sejak tahun 1965 lagi. Program diploma yang ditawarkan adalah Diploma Kejururawatan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Radiografi. Manakala dalam bidang Diploma Lanjutan, KSK menawarkan pengkhususan dalam bidang Kritikal, Kecemasan, Perioperatif, Kebidanan dan Pos Basik Perawatan Renal. Program akademik yang ditawarkan adalah relevan, berdaya saing dan dapat melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri serta memenuhi kekosongan di sektor kerajaan dan swasta. KSK juga menawarkan kursus jangka pendek dan bengkel seperti Kursus Kemahiran Terapi Intravena, Bengkel Pengambilan Darah, Essential of Clinical Teaching, Bengkel Metodologi Pengajaran dan juga bengkel-bengkel untuk Program Pembelajaran Berterusan bagi jururawat PPUM dan staf Sains Kesihatan yang lain. KSK dengan Kerjasama Jabatan Pembangunan Perniagaan juga menjalankan bengkel untuk jururawat dan staf kesihatan dari organisasi luar bagi menjana pendapatan PPUM. Staf akademik KSK sering dijemput sebagai Ahli Panel Penilai bagi program-program akademik GETTING TO KNOW
14 GETTING TO KNOW dengan Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal Siswazah kategori PhD Sesi 2021 dan 2022. Manakala seorang lagi staf akademik dari Program Teknologi Makmal Perubatan iaitu Encik Selvakumar a/l Mararajah sedang mengikuti pengajian kedoktoran dalam bidang Fisiologi dari Fakulti Perubatan, Universiti Malaya untuk Sesi 2020/2024. Beliau telah mendapat Commendation for Best Presentation (Oral Category) 34th Pharmacology & Physiology (MSPP) Scientific Meeting 2021. Selain itu, beliau juga telah mendapat tempat kedua dalam 3 Minutes Thesis Competition di peringkat Fakulti Perubatan Universiti Malaya 2023. Beliau juga telah mewakili Universiti Malaya dalam 3 Minutes Thesis (UM3MT) dan mendapat tempat pertama. Staf akademik Program Teknologi Makmal Perubatan Puan Rafidah binti Mohamad juga telah dilantik sebagai Pengarah Program Quality Assurance (ProQAE), di Jabatan Kualiti, Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Selain dari itu, kesemua lapan (8) program akademik yang ditawarkan telah memperolehi Akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan disenaraikan dalam Malaysian Qualification Registry (MQR). KSK telah mencapai 100% kelulusan peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) dan kesemua graduan telah ditawarkan pekerjaan sebagai Jururawat Terlatih Gred 29 di PPUM. KSK juga mencapai 100% dalam peperiksaan Lembaga Bidan Malaysia (LBM) dari tahun 2020 hingga 2022. Antara cabaran KSK adalah kekurangan calon pelajar sejak tajaan PPUM dihentikan bermula tahun 2016 dan makin ketara selepas pandemik Covid19. Banyak usaha telah diambil bagi memastikan pengambilan pelajar adalah memenuhi kuota yang telah ditetapkan pada setiap tahun pengambilan.
GETTING TO KNOW 15 KSK telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Saringan Minda Sihat di kalangan pelajar KSK dengan penggunaan DASS-21 di Portal Pelajar bagi mengenalpasti tahap depresi, anxiety dan stress yang dialami oleh pelajar. Ini merupakan usahasama pihak KSK bersama Jabatan Pengurusan Psikologi & Kaunseling serta Jabatan Teknologi Maklumat. Intervensi awal akan diambil bagi pelajar yang mempunyai skala DASS-21 yang tinggi bagi mengelakkan perkara yang lebih serius dari berlaku. KSK dalam proses pembentukan program akademik baharu Diploma Lanjutan Kejururawatan Onkologi, Diploma Lanjutan Pediatrik dan Pos Basik Kejururawatan Endoskopi Gastrointestinal yang dijangka ditawarkan pada tahun 2024 KSK juga dalam perancangan mengkomersialkan programprogram sedia ada bagi menarik perhatian calon pelajar dengan mengadakan platform pengkomersialan serta berhubung secara rapat dengan Pusat Komunikasi Korporat UM dalam mengetengahkan aktiviti KSK di media sosial. KSK dalam usaha menjalinkan Memorandum of Understanding (MoU) bersama dengan Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan (STIKES), Bakti Utama, Indonesia yang telah pun diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan PPUM bertarikh 10 Ogos 2023. Skop yang dibincangkan adalah berkaitan pertukaran pelajar dan pensyarah terutama dalam bidang kebidanan, pertukaran pengetahuan dan kemahiran serta kolaborasi dalam kajian akademik. KSK telah menerima Anugerah Kecemerlangan Khas dalam Majlis Penghargaan Perkhidmatan (MPP) PPUM 2022/2023 di atas inisiatif jabatan mendekorasi ruang pejabat yang segar dan kreatif di Wisma R&D tanpa menggunakan bajet PPUM.
Jabatan Sumber Manusia (JSM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) merupakan salah satu Jabatan Bukan Klinikal di bawah portfolio Timbalan Pengarah Pengurusan yang bertanggungjawab melaksanakan fungsi teras berikut: a. Pengurusan Perjawatan, Perkhidmatan dan Kebajikan b. Dasar, Saraan dan Pengurusan Maklumat c. Latihan dan Pembangunan Profesional JSM diterajui oleh Ketua Jabatan yang berjawatan Pegawai Tadbir Gred N54 dan disokong oleh seramai 77 orang pegawai dan staf di bawah seliaan. JSM terletak di Tingkat 14, Menara Utama, PPUM dan menyediakan kaunter urusan bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang (Isnin-Jumaat kecuali cuti umum). FUNGSI DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN JSM komited dalam melaksanakan tanggungjawab berikut: 1. Melaksanakan urusan permohonan perjawatan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) atau di Luar Belanja Mengurus, deskripsi tugas staf, kelulusan permohonan pembiayaan peribadi staf dengan bank-bank berdaftar mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan dan melaksanakan aktiviti naziran perjawatan berdasarkan keperluan 2. Menguruskan pelantikan, kenaikan pangkat, pemangkuan dan penempatan staf PPUM selaras dengan dasar dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. 3. Menguruskan pembayaran emolumen kepada staf, menguruskan permohonan pinjaman kenderaan, komputer dan telefon pintar PPUM dan pinjaman perumahan melalui pinjaman LPPSA. JABATAN SUMBER MANUSIA Bantuan zakat - barang keperluan sekolah 16 GETTING TO KNOW
4. Menguruskan persaraan, Cuti Dalam Perkhidmatan, rekod kehadiran serta program sukan dan rekreasi untuk staf PPUM. 5. Menyelaras urusan tatakelakuan & tatatertib, peletakan jawatan, tuntutan hutang, kenyataan perkhidmatan, penilaian prestasi, dasar pemisah, pengisytiharan harta, pencalonan pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat serta urusan pembekalan pakaian serta kasut seragam. 6. Menguruskan permohonan dan pengemaskinian data peribadi staf, memproses salinan dokumen dari Fail Peribadi Staf, memberi/membatalkan akses untuk sistem eHR bagi staf dan petugas kaunter dan menyediakan laporan statistik prestasi pelaksanaan Deskripsi Tugas dan Myportfolio. 7. Menguruskan bantuan Tabung Kebajikan Kakitangan PPUM, pembiayaan atau perbelanjaan kemudahan perubatan, pesara dan tanggungan PPUM, tuntutan pampasan Insurans Berkelompok PPUM dan Hilang Upaya Kekal di bawah Skim Ex Gratia serta program perkhidmatan pengangkutan khas staf. 8. Merancang dan melaksanakan Program Khas Khusus Untuk Ketua Jabatan/Unit dan Pegawai Kanan, menerima dan menyemak permohonan menghadiri kursus/latihan anjuran agensi luar, merancang program latihan dalam perkhidmatan bagi staf mengikut keperluan kompetensi, menguruskan permohonan staf untuk melanjutkan pengajian dan menguruskan permohonan pelajar latihan industri dan program shadowing. ISU DAN CABARAN Dalam era serba moden yang disokong dengan teknologi industri terkini, PPUM masih berhadapan dengan cabaran-cabaran pengurusan dan pembangunan sumber manusia seperti berikut: 1. Cabaran untuk mengekalkan staf berkompetensi tinggi di samping memenuhi jurang kemahiran bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi objektif organisasi. Kadar staf yang meletak jawatan (turnover) masih tinggi terutamanya di kalangan Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Pengawal Keselamatan, Penolong Pegawai Keselamatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan kesan dari pembukaan banyak hospital baharu termasuk hospital pengajar universiti, pengambilan jawatan tetap oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan peluang pekerjaan di luar negara. 2. Cabaran mendapatkan perjawatan selain jawatan klinikal klinikal atas sebab dasar Jabatan Perkhidmatan Awam yang mengutamakan keperluan perjawatan klinikal dan sokongan klinikal bagi perkhidmatan di hospital. 3. Cabaran dalam membuat pertukaran penempatan staf disebabkan staf atau jabatan/unit tidak secara terbuka menerima pertukaran staf baharu kerana perlu diberi latihan dalam perkhidmatan. Kebanyakan jabatan enggan membenarkan staf yang berprestasi baik bertukar ke jabatan lain walaupun mereka telah terlalu lama di jabatan tersebut. Bengkel ABM 2023 GETTING TO KNOW 17
4. Peningkatan perbelanjaan kemudahan perubatan dan lain-lain kemudahan kebajikan kepada staf dan tanggungan selaras dengan peningkatan kos pembekalan alatan, ubatubatan dan jumlah staf dan tanggungan. 5. Peningkatan kes keterhutangan yang serius di kalangan staf dan isu kehadiran staf yang tiada penghujung. Rekod kehadiran yang tidak lengkap boleh menjejaskan pemilihan kenaikan pangkat, anugerah perkhidmatan setia 20 dan 30 tahun dan lain-lain anugerah dan boleh memberi kesan kepada proses persaraan semasa di akhir perkhidmatan. 6. Maklumat peribadi bakal pesara tidak lengkap terutama alamat terkini, nombor telefon, dan maklumat keluarga serta kenyataan perkhidmatan tidak lengkap terutamanya melibatkan pemakaian pekeliling. Ini adalah keperluan dari proses pengemaskinian kenyataan perkhidmatan yang semakin rumit selaras dengan peraturan terkini oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). 7. Sistem yang sedia ada iaitu Portal Staf UMMC, eHR dan HRMIS yang memerlukan penambahbaikan berterusan untuk melancarkan proses kerja. Saranan penggunaan HRMIS yang masih di peringkat permulaan di PPUM menyebabkan beban kepada Unit Pengurusan Maklumat dan memastikan KPI HRMIS tercapai. 8. Peningkatan jumlah fail peribadi staf setiap tahun secara fizikal memberi kesan kepada keberkesanan tugas dan ruang di pejabat serta memerlukan perabot dan ruang penyimpanan. 9. Permohonan pinjaman perumahan melebihi kelayakan dan permohonan pinjaman tidak melalui Jabatan Sumber Manusia dan dibuat melalui agen atau sindiket penipuan menyebabkan staf terbabit terhimpit dengan kes keberhutangan yang serius. 10.Sasaran empat (4) hari berkursus seperti yang ditetapkan dalam Dasar Latihan PPUM tidak tercapai disebabkan kepentingan perkhidmatan dan juga sikap staf sendiri. Ini memberi kesan kepada peningkatan ilmu, kompetensi dan kemahiran staf. Hari Interaktif JSM 2023 18 GETTING TO KNOW
PENCAPAIAN JSM sebagai antara jabatan utama di PPUM telah mengambil inisiatif bagi memastikan warga PPUM sentiasa bersedia dari aspek kuantiti dan kualiti. Antara aktiviti utama yang telah dilaksanakan pada tahun 2023 adalah seperti berikut : 1. Pengurusan Deskripsi Tugas dan Mypotfolio melalui Sistem HRMIS a. 12 Dis 2022 - Bengkel Penyediaan Deskripsi Tugas (JD) b. 5 Jan 2023 - Bengkel Panduan Penggunaan JD Di Dalam HRMIS c. 17 Jan 2023 - Bengkel Penyediaan Myportfolio d. 23 Feb 2023 - Sesi Interaksi Q&A Bersama Pentadbir Jabatan Bagi Penyediaan Myportfolio e. 5 Okt 2023 - Taklimat JD & Mypotfolio (Refresher) kepada pentadbir f. 2 Nov 2023 - Taklimat Ringkas Berkaitan Deskripsi Tugas (JD) dan Myportfolio Secara Atas Talian 2. Bengkel Pengurusan Perjawatan Baru Anggaran Belanja Mengurus 2024 - 2025 pada 27 - 29 Januari 2023. Kesemua permohonan perjawatan yang telah disemak dan dimuktamadkan telah dikemukakan ke pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan seterusnya ke Jabatan Perkhidmatan Awam serta Kementerian Kewangan untuk kelulusan perjawatan dan peruntukan. 3. Majlis Penghargaan Perkhidmatan 2023 (MPP) pada 20 Jun 2023 di MBSA Convention Center di mana seramai 460 staf telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang dan 145 menerima anugerah perkhidmatan setia 20 tahun dan 30 tahun serta penghargaan persaraan seramai 71 penerima. Pelbagai anugerah lain juga telah diberikan seperti Anugerah Tokoh UMMC, anugerah aktiviti berkumpulan terbaik, anugerah projek berimpak tinggi dan lain-lain lagi. 4. Pengagihan cenderahati Hari Pekerja Tahun 2023 iaitu pengagihan “Dry Bag” kepada semua staf termasuk staf FPUM yang berkhidmat secara langsung di PPUM. 5. Hari Interaktif Jabatan Sumber Manusia pada 20 hingga 21 Julai 2023 di Dataran Siti Khadijah. Aktiviti yang diadakan adalah pameran/kaunter dan ceramah berkaitan cuti dan kebajikan. 6. Pembangunan sistem iKerjaya merupakan Pembangunan menyeluruh sistem pengurusan sumber manusia yang dikenali sebagai iKerjaya diteruskan pada tahun 2023 dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat PPUM. Antara modul yang telah berjaya dibangunkan adalah penambahbaikan kepada modul latihan, modul perjawatan dan modul pelantikan. Modul bagi permohonan jawatan kenaikan pangkat dan jawatan lantikan melalui sistem telah bermula pada 24 Oktober 2023 menggantikan proses sedia ada menggunakan borang manual dan lampiran. 7. Sesi Temuduga bagi pengisian kekosongan dan kenaikan pangkat pelbagai jawatan di PPUM telah dilaksanakan sebanyak 107 kali sehingga pertengahan November 2023. PENAMBAHBAIKAN DAN HALA TUJU MASA DEPAN 1. Menyokong usaha Kerajaan dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Hari Pekerja Tahun 2023. Penambahbaikan sistem saraan ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2024. 2. Memperkukuhkan Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning) dan Perancangan Penempatan staf berdasarkan tempoh berkhidmat di sesuatu Jabatan dan kepelbagaian tugas sebagai nilai tambah kepada staf terutama dalam kemajuan kerjaya. 3. Menyediakan staf yang mempunyai ciriciri profesionalisme dan integriti di dalam diri. Ia dapat ditakrifkan sebagai “tingkah laku, kemahiran atau kualiti yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan standard yang GETTING TO KNOW 19
tinggi yang boleh diharapkan daripada ahli sesuatu profesion itu”. Dengan erti kata lain setiap staf PPUM hendaklah memiliki kompetensi yang tinggi serta pengetahuan dan kepakaran bagi tugas yang dilaksanakan. 4. Memperkukuh dan menyediakan pelan pembangunan sumber manusia PPUM yang mampu menangani cabaran semasa seperti kompleksiti perkhidmatan kesihatan, kemajuan pesat teknologi maklumat, peningkatan tahap pengharapan pesakit dan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan kesihatan serta cabaran untuk mempertingkatkan daya saing serta berdaya tahan. 5. Meningkatkan kesedaran staf terhadap sikap cakna dan ambil peduli terhadap pekeliling / peraturan berkaitan perkhidmatan yang berkuatkuasa dengan membaca e-mel/portal PPUM/ rujukan-rujukan rasmi serta peristiwa penting yang berlaku di PPUM. 6. Memastikan staf mengemaskini maklumat peribadi jika terdapat perubahan atau penambahbaikan. Staf perlu menyemak rekod kenyataan perkhidmatan dalam portal secara berkala dan memaklumkan sebarang pindaan atau penambahan maklumat kepada JSM. 7. Menyediakan informasi dan perkongsian maklumat mengenai panduan tatacara permohonan perjawatan melalui Anggaran Belanjawan Tahunan kepada jabatan. 8. Perancangan sistem pengurusan fail secara digital akan dilaksanakan agar dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan fail peribadi staf di JSM dan menjimatkan penggunaan ruang dan perabot di masa hadapan. 9. Sasaran KPI HRMIS PPUM adalah tanggungjawab semua Jabatan dalam memastikan penggunaan HRMIS digunakan secara meluas dan memudahkan akses data penjawat awam dan staf badan berkanun serta kerajaan tempatan. 10. Menyediakan kemudahan fasiliti sukan bagi menarik minat lebih ramai staf untuk bersukan dan seterusnya dapat meningkatkan tahap kesihatan diri serta menyediakan program pembangunan atlet PPUM bagi tujuan mencari bakat baru. 11. Memberi pendedahan kepada Penyelaras Latihan yang dilantik agar dapat merancang dan mengenal pasti keperluan latihan yang bersesuaian dengan bidang tugas serta kompetensi yang telah ditetapkan untuk staf di jabatan/unit masing-masing supaya selaras dengan Dasar Latihan PPUM. 12.Pemakluman dan peringatan secara berkala kepada jabatan agar dapat mencapai sasaran (4) hari berkursus dan keperluan menghadiri kursus dengan kelulusan Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional. 13. Mengenal pasti bidang pengajian selain bidang klinikal yang menjadi keutamaan perkhidmatan di PPUM untuk tujuan pemberian kemudahan mengikuti pengajian secara sepenuh masa dengan tajaan PPUM. Mesin IPR Taklimat Mypotfolio JD 20 GETTING TO KNOW
Perkhidmatan Teleperubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah dimulakan pada tahun 2020 iaitu salah satu inisiatif memberi perkhidmatan secara atas talian dan perawatan jarak jauh kepada pesakit. Projek rintis telah dilaksanakan dengan penglibatan seramai 59 orang pesakit yang menerima rawatan di Klinik Pesakit Luar Rawatan Utama (RUKA). Projek ini telah menunjukkan impak yang positif dan dipilih sebagai salah satu projek penambahbaikan perkhidmatan pesakit luar. itu, ia menjadi salah satu pilihan dan pelan kontigensi dalam memberikan konsultasi serta membantu mengurangkan kesesakan dan kehadiran pesakit terutamanya di Klinik Perkhidmatan Pesakit Luar, PPUM. Perkhidmatan Teleperubatan di PPUM Disediakan oleh: Dr. Luqman Bin Ibrahim & Siti Zarina Binti Yaakop Pada 13 Oktober 2020, satu jawatankuasa telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd Zulkiflee bin Abu Bakar mantan Timbalan Pengarah Klinikal Surgikal untuk menguruskan perkhidmatan teleperubatan ini. Ahli Jawatankuasa terdiri dari Ketua Jabatan dari Jabatan Kejururawatan, Maklumat Pesakit, Teknologi Maklumat, Perundangan, Farmasi, Kewangan, Penyelidikan, Pembangunan & Inovasi (JPPI) dan Jabatan Pembangunan Profesional dan Perkembangan Perubatan (JPAP) manakala sekretariat Jawatankuasa adalah Jabatan Kejururawatan. Perkhidmatan teleperubatan adalah di antara perkhidmatan yang amat signifikan semasa wabak Covid 19, iaitu dengan penggunaan medium konsultasi/komunikasi secara virtual bagi menggantikan konsultasi secara fizikal. Ia juga memberi impak yang tinggi bagi mengurangkan risiko jangkitan di kalangan pesakit dan juga petugas kesihatan. Di samping WHAT’S NEW 21
Perkhidmatan ini diberikan kepada pesakit yang telah menandatangani surat kebenaran dan layak untuk menerima perkhidmatan teleperubatan. Di antara cabaran dan kekangan adalah bagi pesakit-pesakit yang kurang upaya dan kurang pemahaman bagi proses rawatan teleperubatan. Ini menyebabkan konsultasi teleperubatan ditawarkan terutamanya kepada pesakit-pesakit yang tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan perantiperanti teleperubatan. Di harap pada masa hadapan perkhidmatan teleperubatan ini boleh dikembangkan merangkumi pesakit-pesakit yang kurang upaya dan semua pesakit tanpa mengambil kira tahap kemahiran digital mereka. Perkhidmatan ini telah dirasmikan oleh Professor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor Universiti Malaya pada 21 April 2021. Sehingga bulan Ogos tahun 2023, PPUM telah mempunyai 28 klinik yang beroperasi di sembilan (9) lokasi yang menawarkan perkhidmatan teleperubatan. Data perkhidmatan teleperubatan menunjukkan peningkatan sehingga bulan Ogos 2023 jika dibandingkan dengan tahun 2022. Perlaksanaan projek ini juga memerlukan komitmen dan sokongan dari semua pihak. Penilaian risiko secara berterusan ke atas projek dan penambahbaikan dibincangkan di peringkat jawatankuasa dan jawatankuasa kerja dari masa ke semasa. Ia juga adalah bagi mengurangkan risiko bagi menjamin keberkesanan perkhidmatan ini. Di antara contoh-contoh risiko adalah seperti berikut: ● Gangguan sistem sesi teleperubatan. ● Pencerobohan data pesakit/data perubatan. ● Penurunan kadar janji temu dan penerimaan pesakit ke Klinik Teleperubatan. Berdasarkan soal selidik yang dilaksanakan, jawatankuasa dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat telah menambahbaik aplikasi atas talian iaitu e-service UMMC Mobile Application di mana ia lebih mesra pelanggan. Di antara penambahbaikan adalah pendaftaran (self check-in) yang lebih cepat dan talian pendaftaran masuk ke sesi konsultasi melalui satu platform sahaja. Selain itu, pesakit akan menerima notifikasi tarikh janji temu mereka secara atas talian. Melalui inovasi ini, mampu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, proses kerja yang lebih efisien dan efektif, mengurangkan masalah teknikal dan meningkatkan pengetahuan penggunaan perkhidmatan ini di kalangan pesakit. Sehingga bulan Ogos tahun 2023, PPUM telah mempunyai 28 klinik yang beroperasi di sembilan (9) lokasi yang menawarkan perkhidmatan teleperubatan. Data perkhidmatan teleperubatan menunjukkan peningkatan sehingga bulan Ogos 2023 jika dibandingkan dengan tahun 2022. Perlaksanaan projek ini juga memerlukan komitmen dan sokongan dari semua pihak. Penilaian risiko secara berterusan ke atas projek dan penambahbaikan dibincangkan di peringkat jawatankuasa dan jawatankuasa kerja dari masa ke semasa. Ia juga adalah bagi mengurangkan risiko bagi menjamin keberkesanan perkhidmatan ini. Di antara contoh-contoh risiko adalah seperti berikut: ● Gangguan sistem sesi teleperubatan. ● Pencerobohan data pesakit/data perubatan. ● Penurunan kadar janji temu dan penerimaan pesakit ke Klinik Teleperubatan. Kehadiran Pesakit Di Klinik Kehadiran Pesakit di Klinik Data Soal Selidik Pengguna Perkhidmatan Teleperubatan Berdasarkan soal selidik yang dilaksanakan, jawatankuasa dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat telah menambahbaik aplikasi atas talian iaitu e-service UMMC mobile application di mana ia lebih mesra pelanggan. Di antara penambahbaikan adalah pendaftaran (self check-in) yang lebih cepat dan talian pendaftaran masuk ke sesi konsultasi melalui satu platform sahaja. Selain itu, pesakit akan menerima notifikasi tarikh janji temu mereka secara atas talian. Melalui inovasi ini, mampu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, proses kerja yang lebih efisien dan efektif, mengurangkan masalah teknikal dan meningkatkan pengetahuan penggunaan perkhidmatan ini di kalangan pesakit. Perkhidmatan ini boleh mengurangkan kos perawatan bagi pesakit, terutamanya mengurangkan ‘opportunity cost’ bagi pesakit dan keluarga kerana mereka tidak perlu hadir dan berada di rumah/tempat bertugas dan menjimatkan perbelanjaan lain seperti kos perjalanan dan tempat meletak kereta. Oleh itu, PPUM akan mempromosi perkhidmatan teleperubatan bagi mengubah minda dan paradigma pesakit dan staf PPUM ke arah Perkhidmatan Kesihatan Digital. Sesi pembelajaran dan pengajaran secara berterusan kepada staf dan pesakit akan ditingkatkan oleh Jawatankuasa Data SoalSelidik Pengguna Perkhidmatan Telepubatan N=21 10 10 11 13 12 3 3 2 7 4 2 1 1 1 1 4 6 6 8 Berdasarkan soal selidik yang dilaksanakan, jawatankuasa dengan kerjasama Jabatan TeknologMaklumat telah menambahbaik aplikasi atas talian iaitu e-service UMMC mobile application dmana ia lebih mesra pelanggan. Di antara penambahbaikan adalah pendaftaran (self check-inyang lebih cepat dan talian pendaftaran masuk ke sesi konsultasi melalui satu platform sahajaSelain itu, pesakit akan menerima notifikasi tarikh janji temu mereka secara atas talian. Melaluinovasi ini, mampu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, proses kerja yang lebih efisiedan efektif, mengurangkan masalah teknikal dan meningkatkan pengetahuan penggunaaperkhidmatan ini di kalangan pesakit. Perkhidmatan ini boleh mengurangkan kos perawatan bagi pesakit, terutamanya mengurangka‘opportunity cost’ bagi pesakit dan keluarga kerana mereka tidak perlu hadir dan berada drumah/tempat bertugas dan menjimatkan perbelanjaan lain seperti kos perjalanan dan tempameletak kereta. Oleh itu, PPUM akan mempromosi perkhidmatan teleperubatan bagi mengubah minda daparadigma pesakit dan staf PPUM ke arah Perkhidmatan Kesihatan Digital. Sesi pembelajaradan pengajaran secara berterusan kepada staf dan pesakit akan ditingkatkan oleh JawatankuasData SoalSelidik Pengguna Perkhidmatan Telepubatan N=21 10 10 11 13 12 3 3 2 7 4 2 1 1 1 1 4 6 6 8 22 WHAT’S NEW
Perkhidmatan ini boleh mengurangkan kos rawatan pesakit, terutamanya mengurangkan ‘opportunity cost’ bagi pesakit dan keluarga kerana mereka tidak perlu hadir dan berada di rumah/tempat bertugas dan menjimatkan perbelanjaan lain seperti kos perjalanan dan tempat meletak kereta. Oleh itu, PPUM akan mempromosi perkhidmatan teleperubatan bagi mengubah minda dan paradigma pesakit dan staf PPUM ke arah Perkhidmatan Kesihatan Digital. Sesi pembelajaran dan pengajaran secara berterusan kepada staf dan pesakit akan ditingkatkan oleh Jawatankuasa dan Jabatan Kejururawatan selaku pasukan gerak kerja klinikal bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka. PPUM juga bercadang untuk melaksanakan Projek hub teleperubatan UM Health @ Virtual Hub bagi merealisasikan perkhidmatan pendigitalan kesihatan awam dengan mengoptimumkan sumber dan menyediakan perkhidmatan teleperubatan yang lebih menyeluruh. Projek ini turut meliputi perluasan rangkaian kepada perkhidmatan kaunter secara virtual yang membantu pesakit dalam urusan berkaitan janji temu dan pertanyaan. Selain itu, perancangan masa hadapan teleperubatan adalah menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di rumah yang lebih komprehensif melalui projek wad secara virtual. Melalui perkhidmatan ini pesakit yang menepati kriteria yang ditetapkan tidak perlu dimasukkan ke wad untuk mendapatkan perkhidmatan pakar perubatan dan pesakit akan dipantau serta boleh mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan pada bila-bila masa. Melalui projek teleperubatan ini, PPUM telah memenangi Gold Award Winner di dalam Malaysian Technology Expo (MTE) 2023 Healthcare Innovation Awards dengan tajuk projek Improving Outpatient Care Through Telemedicine: A Step Ahead. WHAT’S NEW 23
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah mula menggunakan teknologi Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) sejak tahun 1994 dengan teknologi Tesla 1.5 untuk mengesan pelbagai jenis penyakit menerusi kaedah pengimbasan bagi memastikan perawatan yang maksimum dapat diberikan kepada pesakit. PPUM Institusi Perubatan Pertama Menggunakan Peralatan MRI 3.0 Tesla GE Signa Premier dan 1.5 Tesla GE Signa Explorer Berspesifikasi Penuh Di Malaysia Sejajar dengan perkembangan teknologi terkini, PPUM telah mengembangluaskan perkhidmatan MRI sedia ada dengan pengoperasian tambahan dua (2) unit peralatan MRI baru iaitu 3.0 Tesla GE Signa Premier dan 1.5 Tesla GE Signa Explorer berspesifikasi penuh dengan kos perolehan sebanyak RM11.8 juta. MRI ini adalah mesin spesifikasi penuh dan merupakan teknologi yang pertama di Malaysia. MRI 3.0 Tesla GE Signa Premier dan 1.5 Tesla GE Signa Explorer dilengkapi dengan aplikasi serta perisian terkini dan digabungkan dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) yang mampu menjalankan imbasan dengan lebih pantas dan menghasilkan imej yang lebih berkualiti tinggi. Teknologi MRI 3.0 Tesla GE Signa Premier juga adalah merupakan MRI yang pertama seumpamanya di Malaysia. Selain kemudahan perkhidmatan kepada pesakit, teknologi ini juga akan membantu untuk penyelidikan yang berimpak tinggi di mana para penyelidik di universiti boleh mengkaji, memberi 24 WHAT’S NEW
maklum balas dan membangunkan teknik-teknik pengimejan yang baru. Secara tidak langsung, industri juga akan turut berkembang apabila hasil kajian boleh digunakan oleh pihak industri untuk memperbaiki dan mengembangkan lagi teknologi sedia ada. Sehingga kini, PPUM telah mempunyai empat (4) buah mesin MRI bagi menampung keperluan pesakit yang semakin bertambah yang diletakan di bawah kendalian Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan Berdasarkan statistik pada tahun 2022, Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan telah mengendalikan lebih 5000 pemeriksaan MRI. Diharapkan dengan mesin MRI berteknologi canggih ini dapat meningkatkan lagi kapasiti bilangan pesakit yang menjalani prosedur, mengurangkan tempoh menunggu janji temu dan mempercepatkan proses diagnosis agar rawatan sewajarnya dapat diberikan dengan lebih efisien dan tepat. Perasmian mesin MRI baru ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Zahir bin Zahur Hussain, Pengerusi Lembaga Pengurus PPUM pada 11 Julai 2023 di dalam majlis yang cukup meriah dan bermakna. Turut hadir adalah Profesor Nazirah binti Hasnan, Pengarah PPUM dan En. Jeyul Chang, Pengurus Besar GE Healthcare Malaysia. WHAT’S NEW 25
Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) telah menjadi peralatan pengimejan yang sangat diperlukan dalam perubatan moden kini. Prosedur pengimejan ini membolehkan Pakar Radiologi mendapatkan imej keratan rentas secara terperinci struktur dalaman badan pesakit. Pada tanggal 31 Mei 2023, PPUM sekali lagi melakar sejarah dengan perasmian mesin CT Scan Canon Aquilion one PRISM Edition dengan spesifikasi penuh yang pertama seumpamanya di Malaysia. Mesin ini dilengkapi dengan teknologi Artificial Intelligence (AI) dan mampu menghasilkan 640 keratan rentas setiap putaran tiub dan boleh mengimbas jantung dalam tempoh one beat cardiac scan sahaja. Mesin terbaharu ini ditempatkan di Jabatan Pengimejan BioPerubatan. “Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah PPUM, Profesor Dr Nazirah Binti Hasnan. Turut hadir adalah Encik Teo Kang Hui, Pengurus Besar, Canon Medical Systems, M’sia Sdn. Bhd. dan Prof. Madya Dr. Khairul Azmi bin Abd. Kadir, Ketua, Jabatan Perubatan Pengimejan”. CT Scan Canon Aquilion One, Prism Edition Pemacu Teknologi Computed Tomography (CT) Scan Imej yang dihasilkan oleh imbasan CT digunakan untuk membantu dalam membuat diagnosis dan rawatan pelbagai penyakit. Imbasan CT adalah penting dalam menilai kecederaan, mengesan tumor dan menyediakan maklumat penting untuk perancangan pembedahan. Kemajuan teknologi CT terus berkembang selari dengan peredaran zaman dengan ciri-ciri yang serba baharu bagi menghasilkan kualiti imej yang terbaik dan penggunaan dos radiasi yang selamat. Selaras dengan visi PPUM sebagai hospital pengajar premier di negara ini, salah satu misi PPUM adalah untuk memperkasakan modal insan yang berwibawa dan berkompetensi tinggi serta PPUM komited untuk menyediakan kemudahan perubatan berteknologi terkini untuk memastikan penjagaan pesakit adalah yang terbaik. 26 WHAT’S NEW
Diharapkan mesin Canon Aquilion One PRISM di PPUM dapat memberi impak yang tinggi dan hasil rawatan yang efisien terhadap penjagaan pesakit di PPUM. Keupayaan mesin ini dapat menghasilkan imej beresolusi tinggi dengan pendedahan radiasi yang optimum akan menyumbang kepada diagnosis yang lebih tepat dan cepat. Dengan adanya mesin ini juga dapat memberi lebih ruang dan nilai tambah terutamanya dalam pengajaran dan penyelidikan serta menjadi mercu tanda kemajuan teknologi dalam landskap penjagaan kesihatan di Malaysia dan peringkat antarabangsa. WHAT’S NEW 27
On the 7th of August 2023 the Orthopaedic Department performed our first two ROSA robotic assisted Total Knee Replacement (TKR) in Universiti Malaya Medical Centre (UMMC). At the time of writing this article, we have performed more than 10 robotic assisted TKR in UMMC. The ROSA Knee System is our first Orthopedic robotic system in our hospital. What is a ROSA? There are many different types of robotic assisted joint replacement systems in the market. The robotic system that we have is the ROSA (Robotic Surgical Assistant) system. What is a robotic assisted TKR? It is a robotic tool that allows surgeons to create an ideal surgical plan which optimizes every step of a TKR. It is a very sophisticated pre-operative planning tool and intra-operative alignment tool. What are the potential advantages of a Robotic TKR? ● More precise bone cuts ● Less soft tissue release ● Better TKR alignment ● Better patient outcomes ● More accurate implant placement ● Less postoperative pain ● Earlier hospital discharge ● Long term durability What are the future plans with regards to the ROSA? We hope to perform more robotic assisted TKR which will benefit our patients and hope to publish our early results soon. We are also going to integrate this robotic system to our day-care joint replacement services which we started in March 2023. What is the hope of the department with the use of ROSA robotic TKR? Firstly, we hope more patients will benefit surgically from this service. We plan to be an internationally recognised joint replacement (Arthroplasty) center and hope to attract young orthopedic surgeons world-wide who wish to sub-specialize in arthroplasty to undertake our fellowship programme in UMMC. This robotic system is fairly new in Malaysia and as a tertiary referral center we need to make sure we continuously keep up to date with the latest technology to improve patient care. This robotic system will also improve our research and publication profile. Robotic Assisted Total Knee Replacement in PPUM Prepared by Dr Veenesh Selvaratnam, Assoc. Prof. Nor Faissal Yasin, Dr Melvin Loh, Dr Khairul Anwar Ayob, Prof. Vivek Ajit Singh & Prof. Azlina Amir Abbas 28 WHAT’S NEW
First ROSA Robotic assisted TKR Theater team after the first ROSA robotic assisted TKR Actual intra-operative planning and surgical procedure of a ROSA Robotic assisted TKR WHAT’S NEW 29
Demi menghargai kerjasama yang terjalin dan menyokong PPUM sebagai sebuah pusat perubatan dan hospital pengajar pertama di Malaysia, CIMB Foundation telah menyumbangkan satu unit peralatan Heidelberg Spectralis HRA + OCT Shift Technology yang bernilai RM1.3 juta kepada Klinik Oftalmologi, PPUM. Sumbangan ini adalah salah satu dari cabang tanggungjawab sosial korporat CIMB Foundation yang memberi fokus kepada salah satu bidang impak utama iaitu kesihatan dan kesejahteraan komuniti. Penyakit berkaitan retina dan glaukoma adalah di antara penyumbang kebutaan yang ketiga tertinggi di Malaysia iaitu kira-kira 7% selepas katarak dan diabetes. Walau bagaimanapun glaukoma boleh dicegah sekiranya menerima rawatan dan diagnosis awal. Dengan adanya kemudahan teknologi ini, PPUM mampu menjalankan ujian dan prosedur klinikal berkaitan dengan mata seperti Makula, Retina dan Glaukoma dalam masa yang singkat dengan hasil keputusan yang lebih tepat dan terperinci. Peralatan ini juga memenuhi Gold Standard dalam bidang penyelidikan di peringkat antarabangsa. PPUM yakin teknologi baru oftalmologi ini akan dapat meningkatkan kecekapan penjagaan kesihatan dan menggalakkan lebih banyak penyelidikan perubatan dan seterusnya dapat meningkatkan pengajaran dan latihan yang berkualiti tinggi terutamanya kepada para pelajar prasiswazah dan pascasiswazah untuk mereka menjadi pakar oftalmologi di masa hadapan. Sumbangan peralatan ini telah disampaikan oleh Encik Ahmad Shahriman bin Mohd Shariff, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), CIMB Foundation kepada Prof. Dr. Nazirah binti Hasnan, Pengarah PPUM dalam majlis yang diadakan pada 16 Jun 2023 yang lalu. MESIN HEIDELBERG SPECTRALIS HRA + OCT SHIFF Mempunyai jaringan hubungan yang baik dengan pihak industri mahupun badan korporat merupakan satu kelebihan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dimana akhirnya pesakit dan masyarakat akan menikmati manfaat dari jalinan kerjasama tersebut. 30 WHAT’S NEW
Sorotan Majlis dan Peristiwa SOROTAN MAJLIS DAN PERISTIWA 31 9 Januari 2023 Majlis Penyampaian Sijil MS ISO/IEC 27001:2013 (ISMS) Dan Pelancaran UMMC Health Command Center Disaksikan Oleh YB Datuk Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi 20 Februari 2023 Sumbangan Yayasan SP Setia Daripada YBhg. Dato’ Zuraidah Binti Atan, Pengerusi Yayasan SP Setia.
32 SOROTAN MAJLIS DAN PERISTIWA 28 Februari 2023 Majlis Dialog Khas Siri 1/2023 Bertajuk Memperkasa Hala Tuju PPUM 2023 Menerusi Pelan Strategik 12 (2021-2025) 8 Mac 2023 Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat PPUM
SOROTAN MAJLIS DAN PERISTIWA 33 7 April 2023 Iftar Perdana Bersama Pesakit PPUM 10 Mei 2023 Majlis Sambutan Hari Pembantu Tadbir Peringkat PPUM 2023
34 SOROTAN MAJLIS DAN PERISTIWA 14 Jun 2023 Majlis Pelancaran Mesin Layan Diri Bagi Kerjasama Strategik Antara Kementerian Ekonomi Dan PPUM Di Bawah Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) - Inisiatif Usahawan Makan (INSAN) Oleh YB Tuan Mohd Rafizi Bin Ramli, Menteri Ekonomi 31 Julai 2023 Program Perhimpunan Bulanan & Grand Rounds (Sesi 1/2023)
SOROTAN MAJLIS DAN PERISTIWA 35 16 Ogos 2023 Sambutan Hari Integriti Peringkat PPUM 2023 20 September 2023 Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Di Antara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
36 SOROTAN MAJLIS DAN PERISTIWA 5 Oktober 2023 Majlis Perasmian Sambutan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (MKKP) 2023 28 November 2023 Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 Peringkat PPUM
INFOGRAFIK HEMATOPOIETIC STEM CELL 37
38 INFOGRAFIK HEMATOPOIETIC STEM CELL
INFOGRAFIK HEMATOPOIETIC STEM CELL 39
Pengerusi Dr. Christina Lee Lai Ling Ketua Jabatan Perubatan Transfusi Setiausaha Leena Lee Poh Chen Pegawai Pemulihan Perubatan Kanan Jabatan Perubatan Pemulihan Ahli Profesor Dr. Rafidah binti Atan Profesor Jabatan Anestesiologi Nurul Hidayat bin Ismail Pegawai Tadbir Jabatan Pengurusan Tertinggi Mohd Na’imullah bin Zul Aimi Pegawai Tadbir Jabatan Perhubungan Korporat Muhammad Asyraf bin Othman Pegawai Tadbir Jabatan Kejururawatan Muhammad Hazrin bin Husin Pegawai Dietetik Jabatan Dietetik Aminah binti Mohamed Pegawai Sains (Fizik) Jabatan Fizik Perubatan Dr. Chua Li-Shun Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Pemulihan Lilian Gaberial a/p David Juruteknologi Makmal Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi Yunus bin Shah Ali Charlie Pembantu Perawatan Kesihatan Jabatan Mikrobiologi Perubatan Intan Nadia binti Yusri Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Jabatan Teknologi Maklumat Urus setia Mazura binti Mohamad Siti Azura binti Mohamad Saifol Bakhtiar bin Abdoll Hamid Jabatan Governan, Perancangan dan Dasar Gambar Jawatankuasa 40 JAWATANKUASA