The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh Cgu Rozeta, KP Bahasa Melayu SMK KIjal

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZIERA AZIZ, 2021-03-26 02:46:01

BINAAN AYAT_SUSUNAN AYAT BIASA & SONGSANG

Disediakan oleh Cgu Rozeta, KP Bahasa Melayu SMK KIjal

TATABAHASA

Binaan Ayat

Susunan Biasa &
Songsang

OLEH : CIKGU ROZETA BT BAKAR
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

Objektif Pembelajaran :
Membincangkan unsur binaan dalam ayat

Kriteria Kejayaan :
1. Mengenal pasti subjek dan predikat
2. Menukar ayat susunan biasa kepada ayat songsang

UNSUR BINAAN AYAT DALAM BAHASA MELAYU

SUBJEK ➢ Perkara yang difokus dalam ayat
➢ Siapa atau Apa yang difokus?
➢ Depan ayat

PREDIKAT ➢ Menerangkan perihal subjek
➢ Belakang ayat … selepas subjek

INFO PENTING

➢ Itu / ini ~ penentu pada subjek
➢ yang ~ penerang pada subjek

Perkataan ‘yang’ menerangkan subjek
dengan lebih terperinci

BINAAN SUBJEK DAN PREDIKAT

SUBJEK PREDIKAT

Budak itu sedang menangis
Budak yang menangis itu adik saya
Hamimah menyiapkan latihan tatabahasa itu
Semua pelajar tingkatan lima perlu mengisi borang ini
Rumah besar itu sangat cantik dan memukau pandangan
Rumah besar di atas bukit itu kepunyaan orang kaya di kampung saya
Ribut yang kencang telah memusnahkan rumah-rumah itu

Jom…kita mengkaji dan menganalisis ayat

FIKIRKAN…
❖ Siapa / Apa SUBJEK dalam ayat ini?
❖ Apa penentu / penerang dalam SUBJEK?
❖ Letak palang [ / ] pada SUBJEK ayat

Apakah perbezaan
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang?

Binaan Subjek + Predikat
Ayat Biasa Predikat + Subjek

Binaan
Ayat songsang

Tukarkan ayat susunan biasa berikut kepada ayat songsang

1. Anak Pak Ali sedang membersihkan halaman rumahnya.
2. Budak kecil itu berkejaran di taman permainan.
3. Pondok yang rosak itu akan dibaiki oleh ayah petang esok.
4. Mereka baru pulang dari Kuala Lumpur.
5. Jam tangan di atas meja itu telah rosak.
6. Pokok yang rendang di depan rumah telah ditebang oleh datuknya.

Cara menjawab soalan

Anak Pak Ali / sedang membersihkan halaman rumahnya.

Subjek : Anak Pak Ali
Predikat : sedang membersihkan halaman rumahnya.
Ayat songsang : Sedang membersihkan halaman rumahnya anak
Pak Ali.


Click to View FlipBook Version