PENGHAYATAN
RUKUN
NEGARA
Pameran Maya
Sejarah Penubuhan Rukun Negara
• 31 Ogos 1970, perisytiharan Rukun Negara dibuat Yang di-
Pertuan Agong keempat, Almarhum Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah selepas setahun terjadinya peristiwa 13
Mei.
• Peristiwa hitam 13 Mei menyebabkan Parlimen digantung
dan kerajaan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk.
Kepentingan Rukun Negara
• Membawa cita-cita Malaysia ke arah mencapai perpaduan
lebih erat.
• Memelihara satu cara hidup demokratik.
• Mencipta satu masyarakat adil yang kemakmuran negara
dinikmati bersama secara adil dan saksama.
• Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaan
kaya dengan pelbagai corak.
• Membina masyarakat progresif dengan penggunaan sains
dan teknologi moden.
KEPERCAYAAN
KEPADA TUHAN
• Kepercayaan kepada Tuhan dipilih sebagai prinsip pertama dalam
Rukun Negara untuk rakyat berpegang teguh kepada kepercayaan
masing-masing.
• Rakyat Malaysia harus menerima dan mengamalkan perbezaan
agama untuk saling menghormati antara satu sama lain.
• Pegangan agama masing-masing dan berpandukan kepada prinsip
Kepercayaan Kepada Tuhan telah membentuk rantaian kasih
sayang dalam kalangan rakyat negara ini tanpa mengabaikan hak
seseorang.
• Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan adalah asas kepada nilai
murni pembentukan manusia tidak kira apa jua latar belakang
agama dan kepercayaan.
KESETIAAN
KEPADA RAJA DAN
NEGARA
• Sistem demokrari berparlimen dan Raja Berpelembagaan, prinsip
kesetiaan kepada Raja dan negara, membantu menjadikan
Malaysia terus maju dan negara berdaulat.
• Perlembagaan pada masa kini mencatat peranan Raja sebagai
ketua negara, ketua negeri dan ketua agama Islam.
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sebagai tunjang untuk
keamanan dan keharmonian masyarakat di Malaysia.
• Yang di-Pertuan Agong berperanan memastikan hak istimewa
orang Melayu dan Bumiputera terbela, sekaligus keharmonian
dalam kalangan rakyat dapat terus dimantapkan.
KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara dan
boleh dipinda sekiranya syarat-syarat prosedur pindaan
dipenuhi. Sokongan dua pertiga majoriti Ahli Parlimen,
Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan membolehkan
Perlembagaan dipinda.
• Tidak semua peruntukan Perlembagaan Perseketuan dan
undang-undang Perseketuan boleh dipinda Majlis
Perlembagaan kerana terdapat peruntukan yang
memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
KEDAULATAN
UNDANG-UNDANG
• Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang dan wajib
mematuhi undang-undang.
• Kebahagiaan sesebuah masyarakat itu bergantung kepada
kepatuhan setiap individu terhadap undang-undang.
• Kedudukan semua warganegara sama di sisi undang-undang, dari
individu biasa hingga pimpinan tertinggi. Apabila undang-undang
diutamakan, tiada lagi ruang yang wujud tindakan sewenangnya.
• Undang-undang negara perlu difahami dan dihayati untuk
mengelak tercetusnya rasa tidak berpuas hati, khususnya
melibatkan hubungan antara masyarakat majmuk di negara ini.
KESOPANAN
DAN KESUSILAAN
• Prinsip ini bertujuan untuk mengawal tingkah laku seseorang
dan memupuk sahsiah mulia, serta aturan kehidupan yang
santun demi kesejahteraan setiap warganegara.
• Penggunaan bahasa yang lembut dapat melahirkan nilai
kesopanan dan saling menghormati antara satu sama lain.
• Sikap toleransi, kasih sayang dan hormat-menghormati di
tempat awam ataupun media sosial perlu menjadi amalan
dan menjadi ikutan orang lain.
RUJUKAN
Bernama. (2020, June 25). Kepercayaan kepada Tuhan bentuk rakyat, Malaysia berdaulat. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/89369/BERITA/Nasional/Kepercayaan-kepada-Tuhan-bentuk-rakyat-Malaysia-
berdaulat
Bernama. (2020, June 28). Terap konsep Kesetiaan kepada Raja, negara dalam pendidikan. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/06/704988/terap-konsep-kesetiaan-kepada-raja-negara-dalam-
pendidikan
Muhammad Lutfi Zahid. (2018, August). Hayati prinsip kesopanan dan kesusilaan. Dewan Siswa.
http://dwnsiswa.dbp.my/wordpress/?p=3544
Shamrahayu A Aziz. (2015, Mei 6). Memahami konsep kedaulatan undang-undang. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/05/53148/memahami-konsep-kedaulatan-undang-undang
Shamrahayu A Aziz. (2015, September 16). Pertahan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/09/82227/pertahan-prinsip-perlembagaan-persekutuan
Wan Ahmad Fauzi Wan Husain. (2020, July 13). Perlembagaan Beraja perjelas demokrasi di Malaysia. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2020/07/710055/perlembagaan-beraja-perjelas-demokrasi-di-malaysia