The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENUKAR_PROSA_KLASIK_KEPADA_BAHASA_MELAYU_STANDARD_CIKGU_ANIZA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AZIERA AZIZ, 2021-04-01 03:45:05

MENUKAR_PROSA_KLASIK_KEPADA_BAHASA_MELAYU_STANDARD

MENUKAR_PROSA_KLASIK_KEPADA_BAHASA_MELAYU_STANDARD_CIKGU_ANIZA

KERTAS 2
SOALAN PENYUNTINGAN

MENUKAR PROSA KLASIK KEPADA
BAHASA MELAYU STANDARD

Oleh : Cikgu Noor Aniza binti Che Soh

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, saya dapat menukarkan teks
Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu moden.

KRITERIA KEJAYAAN :

1. Membezakan Bahasa Melayu Klasik, Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa
Melayu Moden.

2. Mengenal pasti teknik untuk menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada
Bahasa Melayu Moden

2.3 membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan
2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan tepat

SK -2.3 Membaca untuk memproses maklumat
daripada pelbagai bahan.
SP -2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta
kandungan teks daripada bahan dengan betul dan
tepat.

PENGENALAN

◦ Menukarkan bahan teks klasik kepada bahasa Melayu moden atau
standard.

◦ Bahan diambil daripada teks KOMSAS Tingkatan 4 & 5.
◦ Panjang petikan: antara 50 hingga 60 patah perkataan.
◦ Calon tidak perlu mengubah bentuk dan maksud asal petikan (contoh:

cakap ajuk tidak perlu ditukar kepada cakap pindah).
◦ Bentuk skema permarkahan adalah secara holistik.
◦ Jumlah markah tidak tetap.

Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Melayu
Kuno Klasik Moden

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
TAHUKAH ANDA?

BAHASA MELAYU KLASIK MENGGUNAKAN AKSARA
JAWI DALAM TULISAN.

1. Ayatnya panjang, berulang dan berbelit-belit.
•Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang
sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagi
lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan
sebahagi diberikan pada segala orangnya.

2. Banyak menggunakan ayat pasif.
•Maka sirih pada jorong emas dipersembahkan oranglah kepada
raja.

3. Banyak menggunakan ayat susunan songsang
•Maka ada raja dua bersaudara seorang Namanya Raja Ahmad
dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja
Ahmad.

4. Banyak menggunakan kosa kata klasik.
•Kerap kali menggunakan perkataan yang tidak digunakan lagi
seperti sahaya (saya), centera (cerita), khial (khayal), masyhgul
(sedih) dan lain-lain.

5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat.

•Alkisah bermaksud begini ceritanya.
•Arakian bermaksud selepas itu.
•Hatta bermaksud lalu atau maka.
•Kendatipun bermaksud walaupun.

6. Partikel –pun dan –lah banyak digunakan.

•Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka
dia pun hadirlah.

7. Penggunaan bahasa Arab.

•Allah taala
• daulat
• wallahualam
8. Penggunaan bahasa istana.

• beradu
• bersiram
• gering
• santap

APAKAH TEKNIK
MENUKARKAN BAHASA KLASIK
KEPADA BAHASA STANDARD?

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

1. Baca keseluruhan petikan sehingga faham.

2. Pelajar perlu ingat bahawa jawapan yang ditulis mestilah dalam
bahasa Melayu moden.

3. Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat
ditukarkan.

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

4. Istilah-istilah seperti; hatta, arakian, syahadan dan kalakian digugurkan kerana
tidak digunakan dalam bahasa Melayu moden.
5. Partikel –pun dan –lah juga perlu digugurkan.

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik
kepada bahasa standard?

5. Walau bagaimanapun, kosa kata daripada bahasa istana seperti mencemar
duli, gering, mangkat, santap, bersiram dan sebagainya hendaklah dikekalkan.

6. Begitu juga dengan KGND seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri,
kekanda dan lain-lain turut dikekalkan.

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

7. Struktur ayat Bahasa klasik bertentangan dengan bahasa moden.
Contohnya:

BM klasik : Maka berangkatlah baginda ke istana.

BM moden : Lalu baginda berangkat ke istana.

Nota:

baginda – KGND (kekal)

maka - lalu (tukar)

partikel –lah (buang)

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik kepada
bahasa standard?

Contoh 2:
BM klasik : Maka seketika itu pun berputeralah tuan puteri itu
seorang anak lelaki.
BM moden : Lalu, pada masa itu, tuan puteri itu melahirkan

seorang anak lelaki.
Nota:

tuan puteri - bahasa istana (kekal)
maka - lalu & berputeralah - melahirkan (tukar)
partikel –pun (buang)

Apakah teknik menukarkan bahasa klasik
kepada bahasa standard?

Contoh 3:
BM klasik : Maka oleh Hang Tuah dipalang kepala dua orang

yang mengamuk itu terbelah dua.
BM moden: Lalu Hang Tuah memarang kepala dua orang yang
mengamuk itu sehingga terbelah dua.
Nota:
Hang Tuah - kata nama khas (kekal)
Maka - Lalu (tukar)

ARAHAN SOALAN

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan
teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam
Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

SOALAN 1

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU MODEN

◦ Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke ◦ Maka, Kertala Sari masuk ke dalam.
dalam. ◦ Kertala Sari melihat ramai orang berkawal

◦ Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang dengan pelbagai jenis alat senjata.
berkawal terlalu banyak dengan alat
senjatanya. ◦ Kemudian, Kertala Sari membaca jampinya
lalu berjalan di tengah-tengah orang yang
◦ Maka Kertala Sari pun membaca sedang berkawal itu.
pustakanya lalu berjalan di tengah orang
banyak itu. ◦ Lalu, dia masuk ke rumah orang berada.

◦ Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya.

SOALAN 2

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU MODEN

◦ Maka Kertala Sari pun pandang pada ◦ Lalu, Kertala Sari memandang Laksamana.
Laksamana itu.
◦ Lalu, dia berfikir di dalam hati “Benarlah
◦ Maka ia pun fikir di dalam hatinya, “Dialah hulubalang di hadapanku ialah Laksamana.
gerangan hulubalang Ratu Melaka yang
bernama Laksamana itu. ◦ Melihat kepada penampilan Laksamana,
memang tidak mustahil ayahku tewas
◦ Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia kepada Laksamana kerana Laksamana
dapat membunuh bapaku, kerana ia memang seorang pahlawan yang sangat
penjurit besar lagi kepetangan.” berilmu dan berpengalaman.”

SOALAN 3

BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU MODEN

◦ Maka Laksamana pun menyuruh membawa ◦ Seterusnya, Laksamana mengarahkan orang
segala senjata yang banyak-banyak itu, bawahannya membawa pelbagai jenis senjata
lembing dan tombak, dan kayu. seperti lembing, tombak dan kayu.

◦ Maka diatur oleh Laksamana berkeliling ◦ Laksamana mengatur mereka untuk berjaga di
istana itu. sekitar kawasan istana.

◦ Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak- ◦ Dia menggunakan sihir sehinggakan semua
meradak dan tetak-menetak sama senjata tembak-menembak, tetak-menetak dan
sendirinya dan kayu itu palu-memalu, kayu palu-memalu sesama sendiri.

◦ terlalu gemuruh bunyinya. ◦ Bunyi yang dihasilkan begitu kuat.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version