The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PKES3053 Asas Pertolongan Cemas

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eizzauni, 2022-08-28 21:07:40

PKES3053

PKES3053 Asas Pertolongan Cemas

PRINSIP & KONSEP PERTOLONGAN CEMAS

PENULIS

EIZZATI AUNI HAMAM
SITI NUR FARHANAH UMAIRAH MD ZIN
BATRISYIA NASUHA MOHAMAD NORSAL

ILUSTRATOR

EIZZATI AUNI HAMAM
SITI NUR FARHANAH UMAIRAH MD ZIN
BATRISYIA NASUHA MOHAMAD NORSAL

EDITOR

EIZZATI AUNI HAMAM
SITI NUR FARHANAH UMAIRAH MD ZIN
BATRISYIA NASUHA MOHAMAD NORSAL

HAK CIPTA TERPELIHARA

Terbitan Pertama 2022
Copyright© Eizzati Auni Hamam, Siti Nur Farhanah Umairah Md Zin

dan Batrisyia Nasuha Mohamad Norsal

Tidak dibenarkan sama sekali untuk mana-mana artikel ilustrasi dan
isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sekalipun, sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada penulis E-book tersebut.

Eizzati Auni Hamam, AUNI
Siti Nur Farhanah Umairah Md Zin,
Batrisyia Nasuha Mohamad Norsal.
PRINSIP & KONSEP PERTOLONGAN CEMAS|EIZZATI
HAMAM,SITI NUR FARHANAH UMAIRAH MD ZIN,
BATRISYIA NASUHA MOHAMAD NORSAL.
Mode of access: Internet
(no ISBN)
1.Electronic books.
2.Electronic publishing.
3.Authorship. I.Judul
(no something)

Diterbitkan oleh:
Eizzati Auni Hamam, Siti Nur Farhanah Umairah Md Zin, Batrisyia
Nasuha Mohamad Norsal, Melaka Tengah, Melaka

Email:
Website:
FB:

KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

KATA-KATA ALUAN i
PRAKATA ii
01 Pengenalan 1
02 Definisi 2
03 Skop Pertolongan Cemas 3-7
04 Prinsip Pengurusan Situasi 8-10
Kecemasan
05 Peraturan Asas Pertolongan Cemas 11-12
06 Peranan dan Tanggungjawab Ahli 13-15
Pertolongan Cemas
07 Peralatan Asas dalam Peti 16-20
Pertolongan Cemas

PENUTUP
RUJUKAN

KATA-KATA ALUAN

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam kepada junjungan
mulia Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat baginda.
Syukur kehadrat illahi kerana dengan kehendaknya akhirnya kami
dapat menyiapkan 'Ebook Prinsip dan Konsep Pertolongan Cemas '
ini dengan baik mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

‘Prinsip dan Konsep Pertolongan Cemas ' ini ialah karya yang ringkas
daripada para penulis untuk mereka yang sedang berada di dalam
bidang pengajian lebih-lebih lagi yang mengambil bidang Pendidikan
Kesihatan dan Sains Sukan.

Semoga dengan adanya ebook in dapat membantu menambahkan
lagi ilmu pengetahuan mereka sedikit sebanyak mengenai
pencegahan kecederaan dan dapat diterapkan dalam kehidupan
sebenar.

PRAKATA

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar dari Unit
Pendidikan Jasmani Jun 2021, Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu atas usaha berterusan yang diberikan sepanjang
menghasilkan 'Ebook Prinsip dan Konsep Pertolongan Cemas'.
Penghasilan ebook ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran
para siswi dalam menggunakan teknologi canggih di samping
mengasah pengetahuan para siswi terhadap pertolongan cemas.

Di samping itu, penghasilan ebook ini juga adalah untuk
memenuhi tuntutan subtopik-subtopik yang perlu dipelajari oleh siswi
guru dalam subjek PKES3033 Pemakanan dan Kesejahteraan.
Tambahan lagi, saya merasa bangga dengan usaha para siswi yang
menunjukkan tekad yang tinggi dan komitmen yang padu dalam
proses menghasilkan ebook ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada para siswi yang telah
berkolaboratif secara berkesan dengan tenaga pengajar luar bagi
menghasilkan ebook yang berinformasi dan berkualiti. Saya berharap
semua siswa unit Pendidikan Jasmani akan menjadi guru yang hebat
dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

DR. FATIMAH BINTI MUSTAFFA Penyelaras Kursus, PKES3033
Pemakanan dan Kesejahteraan Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan lnstitut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

HELPING
ONE PERSON
MIGHT NOT CHANGE
THE WHOLE WORLD,

BUT
IT COULD CHANGE

THE WORLD
FOR ONE PERSON

01 PENGENALAN

Kecederaan, kemalangan

atau serangan penyakit boleh

berlaku tidak kira masa dan

tempat. Oleh yang demikian,

langkah segera dan sewajarnya

perlu diambil pada masa yang

tepat dan sesuai bagi membantu

menyelamatkan nyawa mangsa.

Namun yang demikian,

masyarakat seringkali mengambil
mudah tentang ilmu pertolongan
cemas sehingga mereka akhirnya

memerlukan ilmu tersebut semasa

situasi kecemasan.

Istilah pertolongan cemas adalah merujuk kepada rawatan
perubatan yang diberikan sejurus selepas kecederaan berlaku.
Rawatan jenis ini selalunya bersifat jangka pendek dan tidak
memerlukan banyak peralatan atau latihan. Pertolongan cemas
boleh digunakan dalam pelbagai situasi dan merupakan idea yang
terbaik untuk dipelajari oleh setiap individu sebagai pengetahuan
asas mengenainya. Dari segi lainnya, seseorang yang menerima
pertolongan cemas sedang menerima rawatan kecemasan apabila
mereka sakit atau cedera. Bergantung kepada keadaan, ia mungkin
satu-satunya penjagaan yang diperlukan oleh seseorang sebagai
bantuan sementara sehingga paramedik tiba atau mereka dibawa ke
hospital.

1

02 DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS

Menurut Yahaya Abu Ahmad (2017), Pertolongan cemas
atau bantuan awal yang diberikan kepada mereka yang
tercedera atau sakit dengan tiba-tiba di tempat kejadian
sehingga pesakit mendapat rawatan doktor atau sebelum
kedatangan Ambulans.

Menurut Conner Pacci (2019), pengetahuan pertolongan
cemas, amalan dan peralatan yang sesuai boleh
meningkatkan peluang untuk terus hidup atau mungkin
menambah baik kualiti hidup

Menurut Angelo Dela Paz (2021), pertolongan cemas
ialah penjagaan segera dan sementara yang diberikan
kepada seseorang yang cedera atau sakit. Sekiranya
bantuan perubatan tidak tersedia atau lambat.

Berdasarkan Good Samaritan Law, terdapat undang-
undang yang memberi perlindungan sah kepada orang
yang memberi bantuan yang munasabah kepada mereka
yang cedera atau sakit.

2

03 SKOP PERTOLONGAN CEMAS

H
• OBJEKTIF

1.Menyelamatkan 2.Mengelakkan 3.Memberi
nyawa keadaan menjadi keselesaan dan

teruk kelegaan

Pemulihan Mengurangkan Memberi semangat
pernafasan/jantung pergerakkan kepada pesakit

Tahan pendarahan Melindungi yang masih sedar
pesakit
Elak renjatan dengan Jangan tinggalkan
pesakit
bantuan alam
sekitar bersendirian

Jangan Pastikan kedaan
memberi pesakit- periksa nadi
sebarang
makanan atau dan pernafasan
minuman
melalui mulut 3

03 SKOP PERTOLONGAN CEMAS

H
• MENGENALPASTI MASALAH MANGSA

BAHAYA Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya.
Pastikan keselamatan anda dan mangsa
terjamin atau dalam erti kata lain, alihkan
bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari
bahaya.

PERIKSA
PENDARAHAN

Jika ada pendarahan, cuba hentikan
pendarahan dengan segera

RESPON

Panggil mangsa atau kejutkannya, minta bantuan
ambulan jika tiada tindak balas dari mangsa

SALURAN Dongakkan kepala mangsa untuk membuka
UDARA saluran pernafasan dalam keadaan mangsa
baring dengan kaedah mendongakkan kepala
kemudian angkat dagu mangsa.

PERNAFASAN Periksa pernafasan

mangsa dengan membuat 3M iaitu Melihat,

Merasa dan Mendengar. Jika tiada pernafasan,

beri 'hembusan bantuan

5

03 SKOP PERTOLONGAN CEMAS

APA YANG PERLU DILAKUKAN
JIKA ANDA MENHADAPI
SITUASI KECEMASAN?

Tidak panik Berfikir dengan
bijak

jangan bertindak Menghubungi
seperti hero ambulans untuk
mendapatkan

bantuan
perubatan

6

03 SKOP PERTOLONGAN CEMAS
PANDUAN MENGHUBUNGI 999

1. Hubungi 999 7
2. Beritahu jenis kecemasan
3. Beritahu maklumat lengkap

4. Tunggu di talian
5. Komunikasi dengan agensi kecemasan

04 PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN
• PRINSIP-PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

Menyelamatkan nyawa

Mengurangkan kesakitan

Mengelakkan daripada keadaan
bertambah teruk

Mendapatkan bantuan doktor atau
menghantar mangsa ke hosppital

8

04 PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN

• PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS

PERATURAN AM PERTOLONGAN CEMAS
• Mendahulukan pertolongan kepada mangsa yang

cedera teruk
• Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar

(memeriksa pernafasan mangsa)
• Jangan sesekali menaggalkan pakaian mangsa,

hanya sekadar melonggarkannya dengan tujuan
untuk memudahkan pernafasan mangsa dan
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa
• Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa
ke hospital

9

04 PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN

• TINDAKAN SERTA MERTA PERTOLONGAN CEMAS

Menentukan pernafasan mangsa dalam
keadaan baik ataupun tidak

Memberikan rawatan renjatan dengan segera

Cuba untuk hentikan darah jika mangsa
berdarah

Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan

bantuan orang yang berhampiran untuk membuat
panggilan polis, ambulans, keluarga dan lain-lain

10

05 PERATURAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Membuat Mendiagnosis
penilaian
keadaan
mangsa

Peraturan
asas semasa

memberi
bantuan
kecemasan

Memberi Membuat
rawatan dan memberi
sementara
laporan

11

05 PERATURAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS

MEMBUAT PENILAIAN KEADAAN MANGSA
• Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam

keadaan selamat
• Memastikan terdapatnya kemudahan-kemudahan seperti

telefon pintar untuk mendapatkan bantuan
• Menilai keadaan mangsa sama ada mengalami cedera

ringan atau parah

MENDIAGNOSIS boleh
• Mendapatkan kronologi kejadian
• Tanda-tanda gejala
• Keadaan yang berlaku disekeliling mangsa

dijadikan bukti
• Pemeriksaan ke atas mangsa boleh dijalankan

MEMBERIKAN RAWATAN SEMENTARA
• Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi

keutamaan kepada mangsa yang mengalami kecederaan

yang teruk

MEMBUAT DAN MEMBERI LAPORAN
• Laporan dibuat berdasarkan sejarah penyakit,

kecederaan yang dialami, pernafasan serta nadi,
kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas
mangsa

12

06 PERANAN & TANGGUNGJAWAB AHLI
PERTOLONGAN CEMAS

PERANAN AHLI PERTOLONGAN CEMAS

Menahan pendarahan

Memberikan perlindungan di
tempat yang teduh dan selesa

Memberikan pemulihan
pernafasan jika mangsa tidak

bernafas

Memberikan sokongan di
bahagian yang cedera

terutamanya patah dengan
tuap atau anduh

Jangan memberi orang ramai
berkerumun kerana pesakit

memerlukan udara yang
bersih

Memberikan semangat
kepada mangsa agar sentiasa

tenang

Atur bantuan agar mangsa
mendapat rawatan perubatan

13

06 PERANAN & TANGGUNGJAWAB AHLI
PERTOLONGAN CEMAS

Tajam
pemerhatian

Sentiasa Bertimbang rasa
tersenyum
CIRI-CIRI AHLI
PERTOLONGAN

CEMAS

Pantas ikhtiar Tidak kasar

Berakal budi

14

06 PERANAN & TANGGUNGJAWAB AHLI
PERTOLONGAN CEMAS

TANGGUNGJAWAB SEORANG AHLI PERTOLONGAN
CEMAS

1. Sentiasa tenang

2. Memberikan rawatan yang sesuai kepada mangsa.

3. Memanggil doctor atau hantarkan mangsa ke hospital.

4. Memberikan maklumat yang terang kepada doktor.

15

07 PERALATAN ASAS DALAM PETI PERTOLONGAN
CEMAS

Apa itu peti pertolongan cemas?
Tempat menyimpan alat-alat atau perkakas yang
digunakan semasa berlaku kecemasan.

SARUNG TANGAN PAKAI BUANG
Fungsi: Untuk mengelakkan jangkitan bakteria

ketika mengubati pesakit. j

PENYEPIT
Fungsi: Untuk mengeluarkan serpihan dan menyepit
kapas.

Peringatan: pastikan kering dan bersih. j

KAPAS
Fungsi: Untuk membersihkan luka, membuat alas

dan melumur ubat. j

16

07 PERALATAN ASAS DALAM PETI PERTOLONGAN
CEMAS

ANTISEPTIK

Fungsi: Untuk membasuh luka dan membasmi
kuman. j

LOSYEN KUNING (ACRIFLAVINE SOLUTION)
Fungsi: Untuk dijadikan sebagai ubat luka dan
mencegah jangkitan bakteria. j

PITA PELEKAT
Fungsi: Untuk melekatkan balutan

j

PEMBALUT GULUNG PELBAGAI SAIZ
Fungsi: Untuk membalut luka. j

17

07 PERALATAN ASAS DALAM PETI PERTOLONGAN
CEMAS

GUNTING
Fungsi: Untuk menggunting pembalut gulung

PEMBALUT TIGA SEGI (MITELLA)

Fungsi: Untuk membuat anduh dan pembalut. j

PIN PENYEMAT

Fungsi: Untuk menyemat anduh j

PITA LUKA

Fungsi: Untuk membalut luka kecil. j

18

07 PERALATAN ASAS DALAM PETI PERTOLONGAN
CEMAS

PARACETAMOL
Fungsi: Untuk dijadikan ubat bagi penyakit
selesema, demam dan sakit kepala.

MINYAK ANGIN/ UBAT GOSOK
Fungsi: Untuk membantu meredakan sakit kepala,
hidung tersumbat, ketidakselesaan perut dan gigitan
serangga. j

DIGITAL THERMOMETER

Fungsi: Untuk mengukur suhu tubuh. j

19

YOU HAVE TWO HANDS,
ONE FOR HELPING YOURSELF,

THE OTHER FOR HELPING
OTHERS

-SAM LEVENSON

20

SEKIAN

TERIMA

KASIH !

PENUTUP

Kami mengharapkan isi kandungan ebook ini
sedikit sebanyak dapat memberi input yang
berguna tentang kepentingan mengetahui
konsep pertolongan cemas.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan
mereka yang kesusahan, maka Allah akan
mempermudahkan urusannya di dunia dan di

akhirat”
(Hadis Riwayat Muslim)

RUJUKAN

Bernama. (2019). 8 Teknik Pertolongan Cemas Asas
Dicapai pada 25 Julai 2022 di
https://www.xtra.com.my/featured/8-teknik-

pertolongan-cemas-asas-yang-anda-wajib-
tahu/

Farah Aziz. (2022). Teknik Pertolongan Cemas
Dicapai pada 29 Julai 2022 di

https://www.google.com/amp/s/hellodoktor.com/habit-
sihat/pertolongan-cemas/pertolongan-cemasbantuan-
asas/%3Famp%3D1

Ibn Abdullah. (2016). Asas Pertolongan Cemas
Dicapai pada 27 Julai 2022 di
https://www.slideshare.net/drhapizi/asas-

pertolongan-cemas-69770177

Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar. (2016).
Asas Pertolongan Cemas

Dicapai pada 27 Julai 2022 di
http://umw.irchartnexus.com/doc/July-
Sept.pdf

Roziana. (2016). Pertolongan Cemas
Dicapai pada 30 Julai 2022 di

https://www.academia.edu/39956108/PERTOLO
NGAN_CEMAS

SINOPSIS

E-book ini menerangkan tentang konsep

pertolongan cemas iaitu rawatan perubatan yang
diberikan sejurus selepas berlakunya kecederaan.
Pertolongan cemas ini biasanya berlaku dalam
jangka masa yang pendek. Pertolongan cemas
didefinisikan sebagai bantuan awal yang diberikan
kepada sesiapa yang tercedera atau sakit secara
tiba-tiba. E-book ini juga menerangkan tentang skop
pertolongan cemas di mana ia menyenaraikan
objektif pertolongan cemas itu sendiri. Selain itu,
skop pertolongan cemas juga termasuk sifat-sifat
ahli pertolongan cemas. Seterusnya, pertolongan
cemas mempunyai 4 prinsip dan peraturan am
dalam pertolongan cemas. Terdapat beberapa
peranan dan tanggungjawab ahli pertolongan
cemas. E-book ini juga ada menerangkan tentang
alatan dan fungsi alatan dalam peti pertolongan
cemas yang menjadi keperluan semasa ahli
pertolongan cemas yang ingin memberikan rawatan
kecemasan. Rawatan pertolongan cemas ini amat
penting untuk dititikberatkan oleh semua pihak demi
menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan
bersama.


Click to View FlipBook Version