The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dato' Bahaman, atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh ialah seorang pahlawan Melayu terkemuka di Pahang, Tanah Melayu semasa zaman pendudukan British. Beliau juga merupakan salah seorang Orang Besar bagi Sultan Pahang, dan berpengaruh di kawasan Semantan, Pahang. Beliau lahir pada tahun 1838 dan meninggal dunia pada tahun 1977 ketika berusia 139 tahun dengan identitinya sebagai Tok Guru Peramu.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhafizams1710, 2023-11-19 00:40:54

PAHLAWAN DATO BAHAMAN (3CA)

Dato' Bahaman, atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh ialah seorang pahlawan Melayu terkemuka di Pahang, Tanah Melayu semasa zaman pendudukan British. Beliau juga merupakan salah seorang Orang Besar bagi Sultan Pahang, dan berpengaruh di kawasan Semantan, Pahang. Beliau lahir pada tahun 1838 dan meninggal dunia pada tahun 1977 ketika berusia 139 tahun dengan identitinya sebagai Tok Guru Peramu.

Biodata ...............................3 Latar Belakang ..................4 Faktor penentangan..........5 Peristiwa Penentangan ....6-8 Kesan Penentangan ..........9 Iktibar...................................10 Rujukan................................11 Disediakan oleh .................12 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kandungan


Nama sebenar : Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh. Nama Lain : Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan Orang Besar Temerloh @Dato' Bahaman. Tempat Lahir : Semantan, Pahang, Tanah Melayu. Tahun Lahir : 1838 hingga 1977 (139 tahun). Mempunyai enam orang isteri Mempunyai 13 orang anak. Merupakan seorang yang mahir bersilat & mempunyai ilmu kebal.


Dato' Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang,Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan. Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya. Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor


Hilang hak mengutip cukai Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A Wise sebagai Pegawai Majistret & Pemungut Hasil di Temerloh. Dato' Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaanya di Temerloh. Pembinaan balai polis Pegawai British iaitu E.A Wise mendirikan balai polis di Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato' Bahaman. Konflik antara kedua duanya menjadi lebih serius . Dato' Bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya. Perlucutan gelaran Hugh Clifford menganggap Dato' Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi peraturan British. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Tindakan British memalukan Dato' Bahaman & beliau bersumpah menghalau British keluar daripada Pulau Pinang.


16 Disember 1891 1 British menangkap 3 orang pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran 2 Dato' Bahaman berunding secara berhadapan dengan I.A Wise & Sebaraw di Temerloh untul menjelas perkara-perkara yang menggelisahkan rakyat. 17 Disember 1891 3 Dato' Bahaman & 50 orang rombongannya berangkat ke hilir menuju ke Temerloh & mencetuskan peperangan & terjadinya "Peristiwa Semantan" iaitu apabila Dato' Bahaman memerintahkan semua orang berundur daripada peluru tetapi 3 orang panglimanya membunuh seorang pegawai kulit putih & 4 orang polis Sikh manakala seorang pendayung perahu musuh cedera.


26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pentempuran di Kelubi. Hug Clifford berundur kemudian meminta bantuan Singapura . 4 Januari 1892 5 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan bangkitan rakyat Pahang. Pasukan tentera dinamakan "Gerakan Sultan" yang disertai oleh J.P Rodger ditubuhkan & diketuai oleh Sultan Wan Ahmad.Pasukan ini telah menawan 11 buah kubu Dato' Bahaman di Bentong. Mac 1892 6 Dato' Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat kerana memdapat sokongan Tok Gajah & anaknya Mat Kilau.


8 8 Mac 1892 7 British menyerang semula Lubuk Terua pejuang Pahang berundur ker Kelantan & Terengganu. Di Terengganu Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat perjuang Pahang berjihad menentang British. 14 Mac 1892 Dato' Bahaman & 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembiling & Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai 9 Dato' Bahaman, Tok Gajah & Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu menandakan bahawa berakhirnya perang menentang British di Pahang.


Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah berundur ke Kelantan kerana gagal untuk menentang British di Pahang. Dato Bahaman mengizinkan orang asli mengambil keputusan masing-masing sama ada hendak pulang ke Pahang atau terus tinggal di Terengganu . 200 pengikutnya tidak mahu berpisah dengan Dato Bahaman & pergi bersama mengikutnya ke Kelantan. Dato Bahaman & kira-kira 60 orang pengikutnya telah dibuang negeri ke Chiangmai, Siam, Utara.


Kita hendaklah mencintai tanah air dengan sepenuh jiwa dan raga. Contohnya,Datuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup menjalani kesusahan berkorban nyawa untuk tanah air mereka yang tercinta. 1 2 3 Kita hendaklah mempunyai perasaan taat setia kepada raja/sultan.Contohnya, Datuk Bahaman akur dengan pengisytiharan oleh sultan yang telah menyatakan bahawa dirinya adalah penderhaka. Kita hendakah memiliki sifat kepimpinan yang tinggi untuk menggerakkan sesuatu perjuangan.Contohnya,Datuk Bahaman mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam memimpin pasukan parajuritnya untuk menentang Inggeris.


Internet Rakan-rakan Guru Buku teks 1. 2. 3. 4.


ALYA QAISARA BINTI ABDULLAH RAHIMI & KHADEEJA BINTI RUSHDI Kelas: 3 Ceria Guru Pembimbing : Pn. Megala Matapelajaran : Sejarah


Click to View FlipBook Version