The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOPIK 1.0 PENGENALAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI INDUSTRI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normah auyob, 2024-02-13 01:07:58

TOPIK 1.0 PENGENALAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI INDUSTRI

TOPIK 1.0 PENGENALAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI INDUSTRI

Keywords: PLC AUTOMASI

PENGENALAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI INDUSTRI SISTEM KAWALAN AUTOMASI INDUSTRI SEW40043 PENGAWAL LOGIK BOLEH ATURCARA (PLC) KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI DISEDIAKAN OLEH: CIK NORMAH BINTI AUYOB


HASIL PEMBELAJARAN (LO) Di akhir pembelajaran ini, para pelajar dapat : 1. Menyatakan sistem kawalan automasi 2. Menyatakan sistem kawalan automasi di industri 3. Membezakan jenis-jenis kawalan 4. Mengenalpasti pengkelasan sistem kawalan automasi industri


Kaedah 1 Kaedah 2 Kaedah 3


KAEDAH 1 : MANUAL BERULANG-ULANG ➢ Kerja yang sama diulangi dengan menggunakan kekuatan fizikal dengan sedikit alat atau tanpa alat. ➢ Menggunakan tenaga buruh untuk melakukan kerja. ➢ memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu kerja. ➢ manusia cepat letih dan perlukan rehat hasil tidak banyak. ➢ Sebagai contoh, Memuatkan dan memunggah bungkusan padi dari ladang ke trak .


KAEDAH 2 : PENJENTERAAN (MENCHANIZATION) ➢ Kaedah ini manusia menggunakan mesin untuk membantu mereka melakukan kerja. ➢ Masih menggunakan tenaga manusia untuk mengendalikan mesin dan memastikan perjalanan sistem itu lancar. ➢ Tenaga manusia diperlukan untuk menghasilkan produk sehingga ia siap . ➢ Sebagai contoh mesin pengisi memuatkan beras ke dalam guni. ➢ Tali sawat penghantar memindahkan guni ke seorang lagi pekerja yang memasukkan kedalam trak .


KAEDAH 3 : AUTOMASI ➢ Kaedah ini manusia digantikan dengan mesin-mesin yang dikawal oleh pengawal untuk menghasilkan sesuatu produk. ➢ Kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih baik cepat dan tepat. ➢Manusia hanya mengawal pada sistem kawalan. ➢Mengurangkan pekerja buruh dalam sektor perindustrian.


DEFINISI SISTEM KAWALAN AUTOMASI ➢ Sistem Kawalan Automasi ialah sistem yang berupaya mengawal suatu proses dengan pertolongan insani yang minima atau tanpa insani. ➢Mempunyai keupayaan untuk memulakan, melaras, bertindak memapar atau mengukur pembolehubah di dalam proses dan memberhentikan proses dalam usaha mendapatkan keluaran yang diperlukan.


KEPERLUAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI DI INDUSTRI 1. Meningkatkan kuantiti keluaran 2. Memperbaiki kualiti keluaran 3. Mengawal kos perbelanjaan


PENGKELASAN SISTEM KAWALAN AUTOMASI SISTEM KAWALAN AUTOMASI AUTOMASI BOLEH ATURCARA AUTOMASI TETAP


AUTOMASI TETAP ▪ Sistem kawalan ini direka untuk melakukan satu tugas yang khusus. ▪ Fungsi litar kawalannya adalah tetap dan kekal. ▪ Kerja akan menjadi rumit jika kita ingin melakukan kerja lain selain dari tugas yang telah sedia ada pada sistem kawalan jenis ini.


AUTOMASI BOLEH ATURCARA ▪ Sistem kawalan yang kompleks yang dapat melakukan berbagai tugas. ▪ Fungsi litar kawalannya diaturcarakan oleh pengguna dan boleh diubahsuai. ▪ Apabila tugas yang perlu dilakukan mesin bertukar, perubahan cuma perlu dilakukan dengan melakukan pengubahsuaian pada aturcara kawalan mesin tersebut.


PERBANDINGAN ANTARA AUTOMASI AUTOMASI TETAP AUTOMASI BOLEH ATURCARA Kegunaan Khusus Pelbagai Kemudahan membuat perubahan/ penambahbaikan Sukar Mudah Penyelenggaraan Sukar Mudah Keupayaan Bergantung kepada rekabentuk dan pembuatan Sangat tinggi kelajuan Perlahan Laju Kecekapan dari segi ekonomi Sesuai untuk sistem yang kecil Sesuai untuk semua jenis sistem


AUTOMASI TETAP VS BOLEH ATURCARA Suis secara SIRI


AUTOMASI TETAP VS BOLEH ATURCARA Suis secara SIRI diaturcara


AUTOMASI TETAP VS BOLEH ATURCARA Suis secara SELARI


AUTOMASI TETAP VS BOLEH ATURCARA Suis secara SELARI diaturcara


JENIS – JENIS KAWALAN JENIS KAWALAN Sistem Kawalan Hidraulik Sistem Kawalan Pneumatik Sistem Kawalan Elektrik


SISTEM KAWALAN PNEUMATIK Satu sistem yang menggunakan udara yang dimampatkan untuk menghasilkan daya/tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem ini banyak didapati dalam sistem perindustrian seperti industri makanan, petrokimia dan industri yang menggunakan robotik. Sistem ini boleh dikawal secara insani dan automatik.


GAMBARAJAH BLOK ASAS SISTEM PNEUMATIK (INSANI)


GAMBARAJAH BLOK ASAS SISTEM PNEUMATIK (AUTOMATIK)


INJAP KAWALAN PNEUMATIK


SISTEM KAWALAN HIDRAULIK Satu sistem yang menggunakan bendalir untuk menghasilkan daya/tenaga untuk menjalankan kerja. Sistem ini banyak di gunakan di dalam industri automobil seperti sistem kuasa, sistem brek, kren, jek kereta, satelit dan sebagainya. Bendalir yang biasa digunakan adalah minyak


GAMBARAJAH BLOK ASAS SISTEM HIDRAULIK (INSANI)


GAMBARAJAH BLOK ASAS SISTEM HIDRAULIK (AUTOMATIK)


SISTEM KAWALAN ELEKTRIK Satu sistem kawalan yang menggunakan arus elektrik samada arus terus (AT) atau arus ulang alik (AU) sebagai sumber bekalan. Kawalan Elektrik Bekalan Elektrik AT & AU Elemen Masukan Kabel Penyambung Elemen Keluaran


GAMBARAJAH BLOK ASAS SISTEM ELEKTRIK


PERBANDINGAN ANTARA SISTEM KAWALAN SISTEM KAWALAN PNEUMATIK SISTEM KAWALAN HIDRAULIK SISTEM KAWALAN ELEKTRIK a. Sistem pemasangannya mudah a. Sistem pemasangannya rumit a. Sistem yang mudah b. Rekabentuk sistemnya ringkas b. Jika berlaku kebocoran akan menyebabkan kekotoran b. Penggunaannya meluas c. Menggunakan udara mampat sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja c. Menggunakan bendalir seperti minyak sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja c. Menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber bekalan untuk melakukan kerja


Click to View FlipBook Version