UNIT 3 : PROSA TRADISIONAL
BAHAGIA SESUDAH
DERITA
AHLI KUMPULAN :
FAMIELZA ZAHLYA BINTI FAIROS
MUHAMMAD AIDIL BIN AHMED ROHANI
MUHAMMAD DANISH HAZIQ BIN ABD HAMID
MUHAMMAD DZUL FADHLI BIN NORIJAM
MUHAMMAD FAIZNAZMI BIN MOHD FADLI
ATL Skills : Learner Profile :
Research skills Knowledgebable
Thinking skills
Thinkers
Blobal Context :
Personal And Cultural
Expression
sinopsis
Kisah sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan lalu pergi berjumpa Maharaja Indera
Dewa. Orang sekeliling telah melemparkan kayu dan batu ke arah pasangan tersebut setelah melihat
mereka memakai pakaian carik, sehingga menyebabkan tubuh suami isteri itu bengkak-bengkak dan
berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa mengarah orang sekeliling untuk mengusir pasangan miskin itu
sehingga menyebabkan mereka melarikan diri ke dalam hutan. Dalam perjalanan pulang, mereka telah
terjumpa tempat orang membuang sampah dan juga sebiji ketupat basi dan buku tebu lalu dimakanya.
Mereka membuat keputusan untuk bermalam di situ. Keesokan harinya, mereka mencuba lagi untuk
mendapatkan makanan, namun gagal. Melihat si isteri sakit, lalu si suami telah mesuk ke dalam
hutan demi mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan. Tidak lama selepas itu, isterinya telah
hamil 3 bulan lalu mengidam buah mangga. Si suami pegi kedai buah-buahan lalu meminta buah
mangga yang telah dibuang oleh peniaga itu. Hal ini telah menyebabkan peniaga-peniaga itu berasa
amat kasihan kepadanya lalu memberikan buah, juadah, nasi dan kain. Namun, si isteri menangis lagi
kerana dia masih mengidam buah mangga yang ditanam dalam taman raja. Lalu si suami telah
berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk meminta sebiji buah mangga. Setelah itu, raja
tersebut telah menyuruh orangnya memberikan setangkai biji mangga kepada si suami tersebut.
Selang beberapa hari kemudian, isterinya mengidam buah nangka dari taman raja lalu si suami
berjumpa Maharaja Indera Dewa tetapi untuk meminta sehelai daun buah nangka. Namun, raja
tersebut telah memberikan sebiji buah nangka kepadanya. Hidup pasangan ini menjadi lebih senang
apabila selalu diberi barangan keperluan oleh masyarakat. Isterinya telah melahirkan seorang bayi
lelaki pada malam 14 haribulan lalu dinamakannya Marakarma. Pasangan ini berpindah di sebuah
pondok. Si suami telah menggali tanah untuk mendirikan tiang rumah lalu terjumpa tajau yang
mengandungi emas. Emas itu dibawa kepada saudagar di negeri Anta Beranta untuk mendapatkan
sepasang kasut. Disebabkan emas yang terlalu banyak, saudagar itu meminta tujuh tahun untuk
menunaikan permintaannya. Si Suami berjumpa dengan saudagar lain dan meminta membelikan
tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain. Dirumah, si suami telah menyeru
jika benar anaknya itu ialah anak dewa, dia mahu sebuah negeri di dalam hutan itu lengkap dengan
sebuah kota, istana, menteri, hulubalang dan rakyat. Dengan Izin Allah, jadilah sebuah negeri yang
lengkap. Dia menjadi Maharaja Indera Angkasa (Puspa Sari) di negeri Pura dan isterinya bernama
Tuan Puteri Ratna Dewi. Tidak lama selepas itu. Ratna Dewi telah mengandung lagi lalu melahirkan
seorang bayi perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sambutan kelahiran secara
besarbesar telah dilakukan selama empat puluh hari empat puluh malam mengikut adat istiadat
istana.
tema Ketabahan hidup sepasang suami isteri yang miskin
tinggal di negeri Anta Beranta.
Pasangan suami isteri tetap tabah menjalani hidup dan tidak
pernah merungut dengan ujian dancabaran yang dilaluinya.
persoalan
1. Persoalan kecekalan hati menghadapi cabaran hidup.
-Pasangan tersebut tetap bersabar menghadapi cabaran dan tetap berusaha tanpa berputus asa
2. Persoalan sikap memandang hina terhadap orang miskin.
- Orang sekeliling bersikap kurang sopan terhadap pasangan miskin tersebut dengan
melemparkan batu dan kayu sehingga pasangan miskin tersebut tercedera
3. Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
-Suaminya sanggup masuk ke dalam hutan demi mencari ubat untuk si isterinya yang sakit.
WATAK & PERWATAKAN
Maharaja Indera Angkasa
<Seseorang yang miskin sebelum menjadi seorang raja>
Baginda pernah digelar Si Miskin oleh masyarakat dan dihina sehingga dilontakan batu dan kayu ke baginda
kerana tidak mampu memiliki rumah dan bekalan makanan sebelum baginda menjadi raja.
<Seorang yang tabah>
Baginda tabah mengharungi cabaran hidupnya dalam kemiskinan walaupun tiada bekalan makanan dan
tempat tinggal.
<Seorang yang sayang akan isteri>
Oleh kerana sayang akan isterinya, sewaktu istirinya Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan mengidam untuk
makan mempelam, baginda sanggup menghadap Maharaja Indera Dewa
Tuan Puteri Ratna Dewi
<Seorang yang tabah>
Dia tabah mengharungi cabaran hidupnya dalam kemiskinan walaupun suaminya tidak mempunyai nafkah
yang mencukupi.
<Seorang yang setia akan suaminya>
Walaupun menjalani kehidupan yang sukar, dia tidak mahu bercerai dengan suaminya yang pada ketika itu
digelar sebagai Si Miskin sehingga sanggup menerima luka akibat dilempar kayu.
<Seorang yang mementingkan diri sendiri>
Ketika hamil, dia mengidam mempelam sehingga merayu kepada suaminya, Maharaja Indera Angkasa
untuk mencarikan mempelam untuk dirinya.
Maharaja Indera Dewa
<Seorang yang berhati mulia>
Baginda berhati mulia untuk memberikan sebuah nangka kepada Maharaja Indera Angkasa atau sewaktu
itu dikenali sebagai Si Miskin ketika dia memohon untuk mendapatkan daun nangka.
Betara Angkasa Indera Dewa
<Seorang yang tidak berperikemanusiaan>
Tanpa memikirkan keperikemanusiaan, baginda menyumpah Maharaja Indera Angkasa atau sewaktu itu
dikenali sebagai Si Miskin menjadi miskin kerana ia membawa isterinya turun ke dunia tanpa
pemberitahuan kepada baginda.
Plot
Permulaan
Pasangan suami isteri yang miskin telah mencari rezeki dengan meminta sedekah
di negeri Anta Beranta.
Perkembangan
Pasangan ini pergi ke istana Maharaja Indera Dewa.Namun begitu, mereka
telah diusir oleh Betara Angkasa Indera Dewa dan dilempar dengan batu kayu
oleh orang di istana itu hingga menyebabkan badan pasangan itu bengkak dan
berdarah.Mereka melarikan diri ke dalam hutan.Pasangan suami isteri itu
akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan pembuangan
sampah.Mereka makan ketupat basi dan buku tebu sahaja.
Klimaks Plot
Maharahaja Indera Dewa telah memberi setangkai buah mangga dan sebiji buah
nangka kepada Si Miskin itu.Begitu juga dengan peniaga-peniaga yang lain telah
banyak memberi barangan keperluan kepada pasangan itu.Semasa membina
pondok,Si Miskin telah menjumpai tajau berisi emas.Setelah Marakarma lahir,dia
menyeru kuasa anaknya itu untuk membina kota yang lengkap.Si Miskin telah
menjadi raja dan digelar Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya Tuan
Puteri Ratna Dewi.
Peleraian
Kehidupan pasangan ini amat bahagia dan lahir pula seorang puteri,iaitu Tuan
Puteri Nila Kesuma.Baginda telah mengadakan acara keramaian selama empat
puluh hari empat puluh malam.
5 NILAI
Nilai kesabaran Nilai ketaatan
Nilai baik hati
Nilai bertanggungjawab Nilai perihatin
5 PENGAJARAN Kita mestilah Kita hendaklah
memupuk sikap kasih membantu orang
Kita hendaklah
bersabar dalam sayang antara ahli yang dalam
menempuhi dugaan keluarga keadaan susah
hidup Si Miskin amat sayang Maharaja InderaDewa
akan isterinya sangat baik hati dan
Si Miskin dan isterinya sabar telah memperkenankan
apabila mereka dihina, diusir, dan sanggup memenuhi permintaan Si Miskin
diketawakan, dan dilemparkan segala permintaan yang inginkan mempelam
dengan batu serta kayu oleh isterinya.
dan nangka.
pembesar istana serta
penduduk kampung semasa
mereka hendak meminta
makanan
5 PENGAJARAN Kita haruslah
prihatin dan
Kita mestilah membantu
bertanggungjawab golongan yang
menjaga kebajikan
susah
ahli keluarga
Orang di pasar telah
Si Miskin membaling dan memukul Si
bertanggungjawab Miskin dengan kayu kerana
menyediakan tempat
dia berpakaian compang-
tinggal untuk camping.
isterinya.
LATAR
LATAR TEMPAT
1. HUTAN
SI MISKIN MASUK KEDALAM HUTAN UNTUK MENCARI UBAT DAN PUCUK KAYU
UNTUK DIBERIKAN KEPADA ISTERINYA YANG SAKIT
2.TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH
SETELAH MELARIKAN DIRI KEDALAM HUTAN,SI MISKIN DAN ISTERINYA TELAH
MENJUMPAI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH DIDALAM PERJALANAN DAN MEREKA
TELAH TERJUMPA DENGAN SEBIJI KETUPAT BASI DAN BUKU TEBU LALU
DIMAKAN.SETELAH ITU MEREKA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK TIDUR DISITU
3.KEDAI MENJUAL BUAH
SI MISKIN PERGI KE SEBUAH KEDAI MENJUAL BUAH-BUAHAN LALU MEMINTA BUAH
YANG SUDAH DIBUANG DARIPADA PENJUAL BUAH TERSEBUT UNTUK DIBERIKAN
KEPADA ISTERINYA YANG MENGIDAMKAN UNTUK MEMAKAN BUAH MANGGA
LATAR MASA
1.SELANG TIGA HARI
SETELAH SELANG TIGA HARI, ISTERI SI MISKIN MASIH MENGIDAM LAGI HENDAK
MEMAKAN BUAH NANGKA YANG TERDAPAT DI DALAM TAMAN RAJA
2.MALAM EMPAT BELAS HARIBULAN
PADA MALAM EMPAT BELAS HARIBULAN,ISTERI SI MISKIN TELAH MELAHIRKAN
SEORANG BAYI LELAKI LALU MENAMAKAN BAYI TERSEBUT DENGAN NAMA
MARAKARMA DAN MEREKA AKHIRNYA BERPINDAH KE SEBUAH PONDOK
LATAR MASYARAKAT
1.MASYARAKAT YANG MEMANDANG HINA TERHADAP ORANG MISKIN.
APABILA SI MISKIN DAN ISTERINYA YANG MEMAKAI PAKAIAN YANG CARIK
DILIHAT OLEH ORANG RAMAI DI KAWASAN NEGERI ITU,MEREKA TELAH
MELEMPARKAN KAYU DAN BATU SEHINGGA MENYEBABKAN TUBUH SI MISKIN DAN
ISTERINYA CEDERA DAN LEBAM
2.MASYARAKAT YANG MEMILIKI SIFAT BELAS KASIHAN
SETELAH MELIHAT SI MISKIN YANG KASIHAN ITU MEMINTA BUAH YANG DIBUANG
OLEH PENJUAL ITU,PENJUAL ITU BERASA KASIHAN LALU MEMBERIKAN SI MISKIN
BUAH BUAHAN,MAKANAN DAN MALAHAN KAIN JUGA
3. MASYARAKAT YANG PERCAYA AKAN KUASA SAKTI
KETIKA SI MISKIN MEMANGKU ANAK LELAKINYA ITU ,DIA MENYERU JIKA BENAR
ANAKNYA ITU IALAH ANAK DEWA.MAKA DIA MEMINTA UNTUK TERBINANYA SEBUAH
NEGERI DI DALAM HUTAN ITU YANG SERBA LENGKAP DAN MASYUR.DENGAN IZIN
TUHAN,KATA-KATANYA ITU TELAH MENJADI KENYATAAN