INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TAJUK
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK (30%)
NAMA PELAJAR : CHARLE NIL ANAK DANIEL
ANGKA GILIRAN : 2021022310032
NO. KAD PENGENALAN : 020411130263
KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM2-2
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
NAMA PENSYARAH
: PUAN SELINA BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR
: 21 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
MENERIMA MAKLUM BALAS :
DARIPADA PENSYARAH
Tugasan 1 (Individu): Penghasilan Produk (30%)
Masyarakat Melayu kaya dengan karya-karya tradisional yang penuh dengan manifestasi
pemikiran berkaitan dengan kehidupan. Setiap jenis karya yang dicipta sarat dengan
maklumat dan isian sama ada bersifat keintelektualan mahupun keohanian.
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu dalam
kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan seterusnya bincangkan manifestasi akal budi
pantun-pantun Melayu berikut:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Perbincangan tugasan di atas hendaklah disediakan dalam bentuk e-Book.
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 1
1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 2-3
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu 3-4
4.0 Manifestasi Akal Budi Pantun-Pantun Melayu 4
5.0 Rumusan 5-6
6.0 Sumber Rujukan
1
1.0 Pengenalan
Kepelbagaian bangsa dan agama telah mewujudkan banyak perbezaan sosial seseorang
individu sama ada melalui pertuturan, perlakuan atau cara penyampaiannya. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), pertuturan dapat didefinisikan gaya seseorang melafazkan
beberapa ungkap ayat. Keupayaan sesebuah masyarakat dalam sastera dapat diukur melalui
pantun dan seumpamanya. Maka, masyarakat dahulu amat giat mengalunkan sajak, dan
seumpamanya kerana ia merupakan aktiviti harian mereka. Peningkatan teknologi digital kini
masih tidak boleh mengoyangkan keteguhan bidang kesusasteraan. Malah, generasi kini
menjadikan media digital sebagai tempat untuk menyampaikan karya-karya sastera melalui
perkongsian menerusi aplikasi “Youtube” dan “TikTok”. Oleh itu, terdapat beberapa konsep,
fungsi dan manifestasi yang dapat diperlihatkan.
2.0 Konsep Kesusasteraan Melayu
Menurut Muhd Norizam Jamian dan Saiful Bahri (2015), kesusasteraan Melayu merupakan
makalah komunikasi bagi masyarakat Melayu untuk menyampaikan mesej sama ada secara
terang atau tidak. Pemikiran dan peradaban Melayu dapat diukur melalui wujudnya ciptaan
Melayu dengan membawa karya sastera yang indah (Abdul Halim Ali, 2011). Penekanan
peradaban yang tinggi menjadikan karya sastera Melayu dapat membentuk ketamadunan
yang tinggi. Apabila diselusuri kembali, kesusasteraan Melayu berasal daripada perkataan
Sanskrit, iaitu susastera melambangkan huruf atau buku yang indah. Jadi, perkataan
kesusasteraan membawa maksud satu bahasa yang membentuk beberapa ciptaan seni.
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu (2003), pengenalan kesusasteraan
Melayu merupakan sebuah karya yang bertujuan untuk membentuk sifat kemanusiaan
seseorang yang berunsurkan kehalusan dan keindahan dalam diri mereka. Keadaan ini
bertujuan mengimbangi perkembangan individu dari aspek jasmani, emosi, dan
seumpamanya yang diterapkan melalui pengenalan puisi, sajak dan lain-lain.
Menurut Muhammad Aniq (2019), sastera merujuk kepada karya yang mempunyai
unsur kreatif dan nilai estetika yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Penghasilan
sesebuah karya memerlukan penggunaan bahasa yang indah dan halus kerana setiap
hujahnya perlu mempunyai isi tersirat dan tersurat. Jadi, kebanyakkan karya sastera lebih
bertumpu kepada persekitaran. Tuntasnya, karya sastera ini merujuk kepada keperibadian
seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan tinggi, berpengalaman, dan seumpamanya bagi
melahirkan masyarakat yang memiliki tamadun yang tinggi.
2
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu
Antara fungsi kesusasteraan Melayu termasuklah berperanan sebagai alat pendidikan (Ani
Haji Omar, 2019). Penyampaian karya sastera kepada generasi muda lebih banyak
mengandungi unsur didikan dan nasihat berdasarkan pengalaman dan pemerhatian
seseorang pengarang. Penerapan unsur didikan membantu membina nilai kemanusiaan
dalam diri remaja yakni berguna kepada masyarakat malah negara. Misalnya, mereka akan
memiliki ilmu pengetahuan dalam semua bidang terutamanya ekonomi dan seumpamanya.
Malah, penekanan nilai moral dalam karya sastera yang dibaca dapat memberikan kesedaran
kepada remaja tidak melakukan sesuatu yang kurang baik. Tuntasnya, pendedahan karya
sastera memberikan ilmu kepada remaja agar dapat menjalani kehidupan dengan lancar.
Selain itu, kesusasteraan Melayu juga memainkan peranan sebagai medium hiburan
tanpa mengira peringkat umum (Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, 2013). Apabila
diimbaskan kembali, karya sastera disampaikan kepada masyarakat bertujuan untuk
menghibur para petani setelah penat lelah membanting tulang di kebun. Misalnya, masyarakat
dulu menghasilkan gurindam, pantun, dan seumpamanya mengikut kesesuaian iramanya.
Kebiasaannya, irama yang merdu dapat memberikan kepuasan dan menghilangkan
kepenatan mereka. Namun begitu, karya yang dihasilkan bukan sekadar karya yang kosong
yakni terselit maksud tertentu. Jadi, mereka akan menjadikan karya yang berguna sebagai
pengajaran dalam hidup mereka. Tegasnya, ketiadaan teknologi canggih menjadikan sastera
berfungsi sebagai medium hiburan kepada masyarakat.
Muhd Norizam Jamian dan Saiful Bahri (2015) juga mengatakan bahawa
kesusasteraan Melayu berfungsi sebagai wadah komunikasi. Hal ini kerana, karya sastera
sebenarnya menjadi komponen utama dalam masyarakat dahulu untuk mengungkapkan
beberapa mesej. Misalnya, mereka menggunakan pantun dan syair untuk menyatakan
perasaan mereka mahupun memberikan nasihat kepada masyarakat. Namun demikian,
sekiranya mesej yang disampaikan tidak sampai dan difahami penerima, maka karya mereka
tidak akan bermakna. Oleh itu, bahasa yang digunakan untuk menyampaikan karya sastera
tidak terlampau berbelit agar pendengar memahami intipati hujahnya. Tuntasnya, komunikasi
yang agak berisi tidak akan disampaikan secara terang namun melalui penghasilan karya
sastera.
Kemasukkan pengaruh asing membawa agama Islam telah menjadikan
kesusasteraan Melayu berfungsi sebagai medium dakwah (Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi,
2020). Dakwah dapat didefinisikan sebagai ajar atau kegiatan untuk menyakinkan manusia
agar menerima kewujudan sesuatu kepercayaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Sikap
3
manusia menerima kewujudan Tuhan yang diturunkan dalam ajaran agama dapat
membentuk akhlak yang mulia dan menjauhi segala kegiatan yang zalim dalam kehidupan
mereka. Misalnya, Islam melarang umatnya agar tidak melakukan perbuatan terkutuk yang
mampu menyakiti dan mencalarkan kebajikan orang lain (Ahmad Shukri Yusoff, 2017). Oleh
itu, masyarakat akan melaksanakan tanggungjawab dan kewajibannya berasaskan ajaran
agama yang disebarkan pendakwah. Natijahnya, perkembangan karya sastera memupuk nilai
kesantunan dalam masyarakat sekali gus meninggikan akhlak seseorang untuk menjauhi
perbuatan yang zalim.
4.0 Manifestasi Akal Budi Pantun-Pantun Melayu
Apabila direnungkan pantun satu, pantun satu menjelaskan bahawa seseorang seharusnya
menerapkan dan mengaplikasikan resmi padi dalam menjalani kehidupan tanpa mengira
darjat dan kejayaan yang kita miliki. “Semakin berisi, semakin tunduk” mengelaskan bahawa
kita seharusnya sentiasa merendahkan diri kepada semua orang dalam menjalani kehidupan
tanpa mengira pangkat dan darjat seseorang itu. Sekiranya kita sentiasa menundukkan diri di
hadapan orang lain, kita akan semakin dihormati. Malah, sikap menundukkan diri tidak
mendatangkan apa-apa kerugian yang besar kepada kita. Tuntasnya, masyarakat akan lebih
menghormti orang yang tidak riak di hadapan semua orang.
Pantun kedua menunjukkan bahawa seseorang yang memiliki bahasa yang sopan dan
adab yang tinggi dalam pergaulan akan lebih kelihatan indah dan tampan berbanding
seseorang yang tampan belum tentu mempunyai adab dan bahasa pertuturan yang mulia dan
sopan. Perilaku yang baik serta sopan menjadikan seseorang itu akan lebih dihormati dan
dijadikan teladan dalam hidup oleh masyarakat sekeliling (Aminuddin Mansor, 2020). Justeru
itu, ayat “tinggi bangsa kerana bahasa” merujuk kepada sesuatu bangsa akan lebih dikenali
dan disanjungi sekiranya memiliki bahasa yang sopan. Oleh itu, seseorang yang memiliki budi
bahasa yang tinggi akan lebih disanjung tinggi oleh masyarakat dalam kehidupan mereka.
Pantun ketiga pula menerangkan bahawa usaha guru dalam mendidik anak muridnya
dengan berbekalkan ilmu yang dia miliki. Berdasarkan pembayang pada baris yang pertama
dan kedua menunjukkan bahawa sekiranya tiada usaha dalam menuntut ilmu, maka ilmu
pengetahuan yang ditimba sedikit jua. Namun, sekiranya kita mempunyai kesungguhan
menuntut ilmu, maka ilmu yang diperolehi adalah banyak. Walau bagaimanapun, seseorang
yang malas berusaha menyebabkan impian tidak akan tercapai seperti dalam baris ketiga dan
keempat. Iskandar Shah Mohamed (2019), mengatakan bahawa sepandai manapun pelajar
tersebut, sekiranya dia malas, dia tidak akan berjaya. Tegasnya, kita harus menggandakan
usaha kita agar dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidup.
4
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu amat memainkan peranan dalam kehidupan
masyarakat terutamanya dalam membentuk nilai kemanusiaan dalam diri. Kebijaksanaan
masyarakat mengolah dan menyampaikan sastera secara lisan mahupun penulisan
membantu mereka meningkatkan daya pemikiran mereka. Jadi, perkembangan sastera ini
telah mendatangkan banyak fungsi kepada masyarakat termasuklah sebagai alat pendidikan
dan seumpamanya. Walaupun sastera kini agak berbeza daripada zaman dahulu, namun nilai
sastera tersebut masih tersemai diri masyarakat. Oleh itu, semua masyarakat seharusnya
berganding bahu dalam mengekalkan keindahan kesusasteraan Melayu terutama dalam
kalangan generasi muda.
1077 patah perkataan.
5
6.0 Sumber Rujukan
Abdul Halim Ali. (2011). Konsep Keindahan dalam kesusasteraan Melayu Tradisional. Jurnal
Bahasa, Pendidikan dan Sastera Melayu, Vol 2 (2011), 99-117.
Ahmad Shukri Yusoff. (2017, Januari 27). Islam tak larang berbaik dengan orang kafir. BH
Online.
Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi. (2020). Pemikiran Satira Dalam Sastera Dakwah di Malaysia:
Satu perbahasan konsep. IMS, Vol. 3, Issue 1 (2020): 148-184.
Aminuddin Mansor. (2020, Ogos 24). Berbudi bahasa dalam kehidupan. Sinar Harian.
Ani Binti Haji Omar. (2019). Pendidikan Sastera Remaja di Malaysia dalam Membina
Generasi Unggul Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Iskandar Shah Mohamed. (2019, April 1). Rajin, menguasai ilmu dan amanah untuk berjaya-
PM. Harian Metro.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad Aniq bin Azlan dan Mohd Syuhaidi Abu Bakar. (2019). Persepsi dan Motivasi
Khalayak untuk membaca karya sastera dalam akhbar bercetak. Universiti Teknologi
MARA, Malaysia.
Muhd Norizam Jamian dan Saiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional
sebagai wadah komunikasi masa: Suatu. Jurnal Komunikasi, Jilid 3 1(2) 2015: 185-194.
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2013). Unsur Fantasi sebagai Medium Pengajaran dalam
Sastera Kanak-kanak. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), Jilid 1 Jan
(2013): 210-227.
6
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu. (2003). Kesusasteraan Melayu. Pusat
Perkembangan Kurikulum Sekolah Menengah.