NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN ILMU PENDIDIKAN TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU / KUMPULAN) SESI SEMESTER 6/ JUN 2021 Nama : VENNILA A/P SELVAM Angka Giliran : 2021212350045 Nombor Kad Pengenalan : 020708080914 Kumpulan / Unit : TESL B Kod dan Nama Kursus : MPU 3081 KOKURIKULUM PERSATUAN Nama Pensyarah : ENCIK ROHIMI BIN JAMEL Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 14 JULAI 2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.
LAPORAN KERTAS KERJA PERSATUAN BAHASA INGGERIS SJK (C) AVE MARIA CONVENT 1.0 LATAR BELAKANG Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ave Maria Convent telah menubuhkan sebuah persatuan bahasa yang dikenali sebagai Persatuan Bahasa Inggeris setelah kertas kerja yang berkaitan diluluskan oleh pihak sekolah dan atasan. Sebagai sebuah sekolah ‘convent’ yang mempunyai sejarah yang lama dalam bidang pendidikan, Bahasa Inggeris telah pun menjadi satu subjek atau bahasa yang diberikan keutamaan dalam kalangan pelajar. Berbeza daripada sekolah rendah harian di sekitar kawasan tersebut, SJK (C) Ave Maria Convent telah mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah berkenaan. Lebih-lebih lagi, sebagai sebuah sekolah bertaraf ‘kluster’, penguasaan bahasa universal ini telah menjadi sebuah penanda aras bagi pendidikan abad ke-21. Hal ini telah menyebabkan pihak sekolah untuk mengambil pelbagai inisiaitf untuk memastikan pelajar mempunyai minat dan kemahiran yang secukupnya dalam penaakulan Bahasa Inggeris secara menyeluruh. Maka, Panitia Bahasa Inggeris SJK (C) Ave Maria Convent telah mencadangkan penubuhan sebuah Persatuan Bahasa Inggeris di sekolah ini. Persatuan ini mempunyai ahli sebanyak 50 orang berdasarkan kuota yang telah disediakan bagi sebuah persatuan. Persatuan Bahasa Inggeris ini berfokus kepada pengeksporasian Bahasa Inggeris melalui pelbagai jenis aktiviti yang memupuk minat pelajar secara mendalam. 2.0 CIRI-CIRI PERSATUAN Ciri-ciri Persatuan Bahasa inggeris SJK (C) Ave Maria Convent semestinya sejajar dengan 4 aspek iaitu keberkesanan, berterusan, peluang pembelajaran, interaksi atau pendedahan. Pertama, ciri keberkesanan dapat dilihat daripada aktiviti persatuan yang diangka untuk mempunyai kesan jangka panjang terhadap penguasaan bahasa para pelajar. Sebagai contohnya, aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan keempat-empat kemahiran seperti mendengar, membaca, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris akan membantu para pelajar untuk mempunyai asas yang kukuh sebelum meneruskan pemelajaran ke sekolah menengah dan seterusnya. Seterusnya, ciri berterusan pula berfokus kepada kemampuan sebuah persatuan untuk menjalani perjumpaan, aktiviti dan kelangsungan persatuan tersebut secara berterusan. Inti pati atau nilai yang ingin disampaikan melalui sebuah persatuan haruslah berterusan supaya ahli persatuan tersebut boleh bermanfaat dan menurunkan tradisii tersebut kepada ‘batch’ seterusnya. Selain itu, Persatuan Bahasa Inggeris SJK (C) Ave Maria Convent juga mengutamakan ciri peluang pembelajaran kerana objektif utama persatuan ini ialah untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk memantapkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris serta kemahiran berkaitan luar daripada
bilik darjah. Akhirnya, ciri interaksi atau pendedahan adalah juga tidak dikecualikan. Hal ini kerana melalui aktiviti persatuan yang dijalankan, para pelajar dapat bergaul dengan pelajar yang mempunyai latar belakang, agama dan kaum yang berbeza di mana pendedahan kepada nilai kehidupan juga berlaku. Bukan sahaja itu tetapi interaksi dengan pihak luaran untuk aktiviti yang dijalankan juga meningkatkan tahap pemikiran serta dinamik antara pelajar. 2.1 OBJEKTIF 1.1. Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dan meningkatkan kebolehan menggunakan Bahasa Inggeris Ketika berkomunikasi, menulis, membaca dan mendengar. 1.2. Mengurangkan perasan kegelisahan dalam kalangan pelajar ketika menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dengan tunjuk ajar yang efektif dan inovatif. 1.3. Menggalakkan pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris secara gramatis. 1.4. Mendedahkan pelajar kepada budaya universal iaitu kebolehan berkomunikasi merentasi sempadan dengan penggunaan Bahasa Inggeris. 1.5. Mengalakkan perasaan cinta pelajar terhadap penerokaan keindahan dan estetika Bahasa Inggeris dengan pelbagai aktiviti. 3.0 KAEDAH / PROSES PENUBUHAN a. Mengenal pasti persatuan yang ingin ditubuhkan. Sebagai langkah untuk memajukan prestasi sekolah dan kebolehan pelajar di abad ke-21, Persatuan Bahasa inggeris perlu ditubuhkan untuk mendedahkan pelajar kepada pembelajaran bahasa universal ini secara lebih mendalam. b. Penyediaan kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Penaja kelab dan persatuan. Kertas kerja rasmi yang merangkumi butiran penting tentang Persatuan Bahasa Inggeris ini akan disediakan untuk rujukan dan pengiktirafan pihak atasan. Kertas kerja
harus diluluskan untuk melangkah ke bahagian seterusnya atau untuk sebuah persatuan mula beroperasi. c. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penaja d. Mengemukakan surat permohonan penubuhan penaja persatuan Surat permohonan penubuhan dari Guru Penasihat Persatuan akan dikemukakan kepada Guru Besar. Jika permohonan diterima, surat kelulusan penubuhan persatuan dari Guru Besar boleh diberikan kepada guru penasihat persatuan tersebut. e. Melantik Guru Penasihat Jika kertas kerja bagi sebuah persatuan diluluskan, surat pelantikan rasmi dan lampiran tanggungjawab guru penasihat persatuan akan dihantar kepada guru yang dilantik. f. Mengadakan Mesyuarat Agung untuk penubuhan persatuan. Mesyuarat Agung akan dijalankan dengan berfokus kepada pelantikan jawatankuasa penaja dan pelajar. g. Meluluskan penubuhan persatuan h. Mendaftarkan ahli kelab dan persatuan Pendaftaran akan dibuka kepada semua pelajar tahap 2 iaitu pelajar tahun 4,5,6 yang berminat. i. Mengesahkan perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan Perlembagaan dan peraturan yang memainkan peranan sebagai panduan kepada sebuah persatuan akan disahkan untuk proses pendokumentasian serta dikuatkuasakan di kalangan ahli persatuan. j. Mengoperasikan persatuan Aknirnya, sebuah persatuan atau dalam kes ini, Persatuan Bahasa Inggeris boleh mula beroperasi secara rasmi di mana mesyuarat agung, mesyuarat jawatankuasa mingguan serta rancangan aktiviti tahunan boleh dijalankan. Ahli jawatankuasa Pelaksana Pelajar juga boleh ditentukan melalui pencalonan dan undian.
4.0 AKTIVITI YANG DILAKSANA Sepanjang penubuhan persatuan ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan minat dan penguasaan pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan melibatkan penglibatan ahli persatuan dari tahap dua tetapi beberapa aktiviti yang juga dianjurkan untuk semua pelajar tahap dua seperti aktiviti ‘Explorace’ . Setelah mempertimbangkan sumber kewangan persatuan dan minat pelajar, aktivit persatuan ini telah dirancang di mana setiap perjumpaan berfokus kepada satu kemahiran. Aktiviti yang dijalankan juga menjadi latihan kepada pelajar yang terpilih untuk mengikuti beberapa pertandingan Bahasa Inggeris. Takwim aktivit tahunan adalah seperti berikut : AKTIVITI PENERANGAN AKTIVITI Pendaftaran persatuan dan Mesyuarat Agung Mesyuarat Agung diadakan untuk memilih jawatan kuasa pelaksana. Pembinaan ‘Bulletin Board’ Pelajar mencari dan mengumpul bahan bacaan yang unik dan berguna untuk dipamerkan dalam satu papan khas untuk rujukan semua. Jazz chants/ Tongue Twisters Latihan sebutan Bahasa Inggeris dengan menggunakan pelbagai rentak dan nada. Choral Reading/ Choral Speaking Aktivit pembacaan secara berkumpulan dengan penuh perasaan dengan menggunakan ekspresi dan pergerakan secara formasi. Poem it out! Belajar tentang penyajak terkenal dunia dan karya mereka . Daily Newscaster Masa diperuntukkan secara khas untuk pelajar membaca surat khabar/ berita di media lain dalam Bahasa inggeris.
Story telling Memilih cerita dari pelbagai genre untuk dibaca dan diceritakan kepada rakan- rakan lain. Berfokus kepada kemahiran membaca dan dan mendengar. Spelling Bee Tournament Pertandingan mengeja senarai perkattan yang disediakan dengan betul. English day Persatuan Bahasa Inggeris akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti permainan papan, sesi menayangkan filem berjudul Bahasa Inggeris yang sesuai, Explorace, Treasure Hunt. Ahli Persatuan Bahasa Inggeris akan menjadi penganjur serta ‘Guru Muda Bahasa Inggeris’ untuk menolong rakan-rakan lain. Scrabble champion Permainan papan yang membolehkan pelajar untuk meningkatkan tahap vokabulari mereka dengan pelbagai jenis perkataan. DEAR presentation Sesi DEAR (Drop Everything And Read) dijalankan untuk 15 minit dan pelajar akan membentangkan hasil bacaan mereka. Readhathon Pertandingan membaca yang akan dijalankan sepanjang tahun untuk menggalakkan amalan membaca. English Quiz Pelajar akan menjawab kompilasi soalan dari topik umum Bahasa Inggeris untuk memeriksa tahap pemahaman Bahasa Inggeris. Debate/ Public speaking Aktiviti yang menggalakkan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan teknik syarahan dan bahas akan dipelajari.
Drama skits ( Performance day) Membolehkan pelajar untuk meluahkan perasaan serta tahap kreativiti mereka melalui penggunaan Bahasa inggeris yang lancar. Pertandingan antara kelad diadakan. Corridor of knowledge Koridor sekolah dijadikan koridor pengetahuan di mana segala hasil pelajar daripada persatuan sepanjang tahun ini akan dipamerkan di koridor tersebut untuk rujukan semua. Jamuan Akhir Tahun Sesi makan-makan Bersama guru serta ahli persatuan untuk meraikan penglibatan setiap ahli dalam Persatuan Bahasa Inggeris. 5.0 GAMBAR Rujuk Lampiran 1 6.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN Sumber kewangan yang stabil dan strategik adalah antara aspek yang penting dalam pengurusan persatuan. Penjanaan kewangan sebegini juga harus mengikuti peraturan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan. Justeru, Persatuan Bahasa Inggeris SJK (C) Ave Maria Convent telah mengaturkan beberapa strategi untuk menjamin semua aktiviti dan perkara berkaitan persatuan dapat dijalankan dengan sempurna sepanjang tahun. Terlebih dahulu, seperti yang tertera dalam Perlembagaan, Persatuan ini telah menetapkan yuran sebanyak rm 1 setiap bulan bagi setiap ahli sebagai sumbangan dan komitmen mereka terhadap kelangsungan persatuan. Dengan yuran sebegini, pelajar dari semua latar belakang dapat membayarnya sehingga bulan oktober tanpa rasa terbeban. Selain itu, sumbangan daripada guru penasihat juga diwajibkan dalam persatuan ini di mana 8 orang guru penasihat akan menyumbangkan sebanyak RM40 masing-masing. Seterusnya, sumbagan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga akan yang prihatin terhadap pembangunan anak-anak
juga memberi sumbangan. Akhirnya, perkara paling penting untuk dipertimbangkan ialah segala aktiviti yang dirancangkan ialah aktiviti skala kecil dan hanya difokuskan di peringkat sekolah sahaja, hal ini telah menjimatkan kos yang diperlukan tetapi juga memanfaatkan para pelajar sepenuhnya. 7.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN Di SJK(C) Ave Maria Convent, penekanan aktiviti kokurikulum adalah sangat penting di mana beberapa persatuan telah ditubuhkan untuk kesesuaian dan minat pelajar. Beberapa persatuan yang SJK (C) Ave Maria sangat dikenali ialah Persatuan ‘Choral Speaking’, Persatuan Pancaragam. Persatuan-persatuan ini ditubuhkan sejak permulaan sekolah ini dan beberapa pencapaian yang terunggul juga dicapai olehnya. Persatuan-persatuan ini aktif menjalani perjumpaan dan sesi latihan sekiranya mereka terlibat dengan pertandingan atau persembahan. Dalam hal kewangan, guru penasihat dan ibu bapa yang terlibat juga memberi bantuan kewangan dari segi makanan atau peralatan yang diperlukan. Contohnya, Persatuan Pancaragam ini diberikan dana kewangan khas oleh sekolah ini serta Persatuan Alumni SJK(C) Ave Maria Convent atas sumbangan persatuan untuk persembahan ini di majlis-majlis sekolah dan di luar. 8.0 ANALISIS SWOT 8.1 KEKUATAN Kekuatan yang dapat dilihat dalam penubuhan persatuan ini di SJK (C) Ave Maria Convent ialah sokongan dari pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berterusan dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan ini. Pihak PIBG SJK (C) Ave Maria Convent mempunyai persepsi yang sangat positif terhadap aktiviti kokurikulum yang dijalankan kerana mereka mempercayai bahawa aktiviti-aktivit sebegini akan memenuhi anak-anak dengan kemahiran dan pengetahuan yang berguna. Bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi mereka juga rela untuk menawarkan bantuan dalam bentuk barangan atau perkhidmatan sekiranya diperlukan dalam penganjuran sebuah aktiviti persatuan. Selain itu, sekolah ini juga
mempunyai segala kemudahan seperti infrastruktur atau fasiliti yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seperti Bilik Komputer, Bilik Bahasa, Bilik ICT, dewan dan padang yang lapang. 8.2 KELEMAHAN Namun, terdapat juga dua kelemahan utama yang dikenal pasti dalam pengoperasian persatuan ini. Pertamanya, segelintir pelajar terutamanya pelajar tahun 6 mempunyai aktivit luar sekolah seperti kelas tambahan, tuisyen atau kelas kemahiran yang memeuhi masa mereka selepas habis sekolah. Hal ini menjadi kekangan apabila mereka tidak mempunyai masa yang secukupnya atau dapat berfokus sepenuhnya dalam hal persatuan. Komitmen dan penglibatan mereka dalam persatuan dipertikaikan. Yang kedua ialah kekurangan minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris di mana ianya akan memberi impak terhadap penglibatan mereka dalam aktiviti. Matlamat utama bagi persatuan ini ialah untuk memupuk minat pelajar namun bagi beberapa pelajar yang enggan memberi komitmen untuk belajar. 8.3 PELUANG Berdasarkan objektif persatuan ini, terdapat banyak peluang dari pelbagai aspek untuk memajukan persatuan ini pada masa akan datang. Persatuan Bahasa Inggeris ini mempunyai peluang dari aspek pembelajaran. Hal ini kerana, jika persatuan ini dapat menjalani aktiviti yang ceria dan membangun, ianya dapat mengubah persepsi para pelajar yang menganggap Bahasa Inggeris sebagai sebuah subjek yang susah dan bosan. Seterusnya, persatuan ini juga boleh menggunakan peluang dari aspek kewangan untuk menjana lebih banyak dana. Sebagai cadangan, persatuan ini boleh mengadakan aktiviti ‘Talent Fest’ di mana orang luar boleh dijemput untuk menyaksikan para pelajar yang menyerlahkan bakat mereka dalam menyanyi, bercerita, berpuisi, berdrama dan lain-lain dalam Bahasa Inggeris. Dari proses pembelian aktiviti dan sumbangan sendiri, persatuan ini mempelbagaikan sumber kewangan mereka.
8.4 ANCAMAN Walaubagaimanapun, ancaman yang berkemungkinan untuk muncul ialah tanggapan segelintir pelajar dan ibu bapa terhadap aktiviti kokurikulum di mana ianya dianggap ‘aktiviti yang membuang masa pelajar’. Walaupun markah khas bagi kokurikulum telah disarankan di sekolah untuk pembangunan pelajar yang holistik, persepsi kurang tepat tersebut masih berkeliaran dan mugkin memberi impak negative terhadap penyertaan pelajar dalam setiap aktivit persatuan Bahasa Inggeris 9.0 KESIMPULAN Maka, ianya dapat dibuktikan bahawa penglibatan pelajar, guru dan ibu bapa yang berterusan akan menyokong pengurusan persatuan ini untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, guru dan pelajar dalam Persatuan Bahasa Inggeris ini perlu mengutamakan objektif dan matlamat mereka selama-lamanya untuk menjamin pembanguna pelajar dalam bidang bahasa. 10.0 LAMPIRAN ( Aktiviti ‘Drama Skits’)
(Pasukan Choral Speaking SJK (C) Ave Maria Convent) (Perjumpaan mingguan Persatuan Bahasa Inggeris)
RUJUKAN Ali, A. (2020, September 16). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17 2000 Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah | PDF. Scribd. https://www.scribd.com/document/90381477/Surat-Pekeliling-Ikhtisas-Bil-17-2000- Penubuhan-Kelab-Rukun-Negara-Di-Sekolah-Sekolah# KERTAS KERJA PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU. (n.d.). Online.fliphtml5.com. Retrieved June 26, 2023, from https://online.fliphtml5.com/jfyaa/zybl/#p=8 Rosmizaroni Zakaria. (2016, October 21). Prosedur penubuhan persatuan. Slideshare. https://www.slideshare.net/rosmizaroni/prosedur-penubuhan-persatuan Putih Kertas. (2019). Contoh Laporan Kertas kerja Projek. Academia.edu. https://www.academia.edu/30599485/Contoh_Laporan_Kertas_kerja_Projek