The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1164-16-haripoornaa, 2022-10-06 00:10:45

LANGKAH LANGKAH PELAKSANAAN PROSEDUR TINGKAH LAKU MURID DISRUPTIVE

tingkah laku murid disruptive

26/09/2022

PKUK3193

PENGURUSAN TINGKAH LAKU
MURID BERKEPERLUAN KHAS

TINGKAH LAKU DISRUPTIF DAN
LANGKAH-LANGKAH

PELAKSANAAN PROSEDUR
PENGURUSAN TINGKAH LAKU

DISRUPTIF

MODUL PANDUAN :
PENDIDIKAN KHAS MASALAH
PEMBELAJARAN

LIVYSHA A/P GANESAN
HARIPOORNAA A/P SHANMUGAM

21-B Sunrise Apartments 8339 Oceanside Ave Kapolei, Hawaii 39210

PENGHARGAAN

DR CHE NORWANI BINTI CHE WIL

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr Che Noorwani Binti Che Wil iaitu Pensyarah bagi
subjek Pengurusan Tingkah Laku Murid Berkeperluan Khas yang begitu gigih memberi
bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh penyediaan
modul pengurusan ini. Tanpa bimbingan dan sokongan beliau, kami pasti
menghadapi kesukaran dalam menyiapkan modul ini. Kesabaran
dan motivasi DR memberikan keyakinan kepada kita untuk meneruskan kajian
ini sehinggalah mencipta hasil karyanya. Kami doakan semoga Dr selalu sihat dan terus
memberi nasihat dan bimbingan kepada para siswa dan siswi pada masa-masa yang
akan datang.
Penghargaan ini juga saya tujukan khas kepada ibu bapa kita atas pengorbanan dan
sokongan yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan modul ini.
Semoga ilmu yang kita terokai ini dapat dinikmati oleh semua pihak.

SECARA IKHLAS,

.....................................
DR CHE NORWANI BINTI CHE WIL

ISI KANDUNGAN
01 PENGENALAN

02 CIRI-CIRI TINGKAH LAKU
DISRUPTIF
LANGKAH - LANGKAH

03 PELAKSANAAN PROSEDUR
PENGURUSAN TINGKAH LAKU

04 PENUTUP

05 RUJUKAN

PENGENALAN

T ingkah laku disruptif merupakan salah satu tingkah laku negatif
yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP).
Disruptif juga dikenali sebagai "tingkah laku mengganggu" .
Selain itu, tingkah laku disruptif mempunyai keupayaan untuk
membahayakan aspek mentaliti pelajar MBPK dan masyarakat

inpersekitarnya seperti sekolah, komuniti ataupun masyarakat. Sebenarnya,

tingkah laku disruptif sering berlaku di kalangan MBPK yang berusia 10 hingga

15 tahun. Memang tidak dapat dinafikan, terutamanya kanak-kanak autisme

juga mempunyai tingkah laku disruptif kerana mereka menghadapi kekurangan

dari aspek neurologi. Tahap perkembangan sensori, tingkah laku bagi kanak-

kanak autisme adalah rendah. Bagi menangani masalah tingkah laku distruktif

MBPK pihak kerajaan, bukan kerajaan serta komuniti berinisiatif untuk

mengamalkan langkah-langkah pengurusan tingkah laku distruktif yang

dianalisis atau dikaji oleh pakar-pakar pengurusan MBPK terhadap kanak-

kanak bermasalah distruktif.

CIRI - CIRI TINGKAH LAKU DISRUPTIF

HIPERAKTIF

AGRESIF SECARA KELAKUAN
LISAN / FIZIKAL NAKAL

TINGKAH LAKU
DISRUPTIF

KETAWA BERGERAK
KUAT SESUKA HATI

Gambarajah 1.0 Peta minda ciri - ciri tingkah laku disruptif

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN
PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH

LAKU

MENGENAL PASTI DAN
MEMILIH TINGKAH LAKU

SASARAN

MENGUMPUL DAN MENGENAL PASTI DAN
MEREKOD DATA MENENTUKAN
PENEGUHAN

MELAKSANAKAN
PROGRAM INTERVENSI

DAN MENILAI
KEBERKESANAN

INTERVENSI

1.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaran

Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan
dalam proses perubahan tingkah laku.

Panduan memilih tingkah laku sasaran:

i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa, iaitu tingkahlaku yang

- Membahayakan diri dan orang lain (Zirpoli&Mellow, 2001)
- Boleh mengganggu pembelajaran dan murid lain
- Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain
- Tidak sesuai dengan umurnya
- Terlalu kerap berlaku
- Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu
- Menyebabkan murid lain menjauhkan diri

ii) Analisis tingkah laku sasaran
berdasarkan :

- Jenis tingkah laku
- Kekerapan tingkah laku
- Jangka masa barlaku
- Tahap keterukan (intensiti)
- Jumlah keseluruhan tingkah laku

iii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku disruptif
meningkat atau menurun

iv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian

v) Pastikan tingkah laku dapat diukurperlakuannya. Misalnya ” Murid- murid
bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas serta tidak memberi perhatian semasa guru
mengajar.

Gambar di atas menunjukkan murid-murid tidak memberi perhatian
semasa guru mengajar lalu main dalam bilik darjah

vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama adasecara lisan
atau bertulis.

Contoh: Data Awal- Tingkah Laku Sasaran (Disruptif)

1.2 Mengumpul dan merekod data

Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru seharusnya
mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data
yang terkumpul dikenali sebagai ”baseline data”.

Tujuan mengumpul data:
- Mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam sehari.
- Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.
- Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/polatertentu.
- Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.

Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat
direkod melalui teknik-teknik berikut:

- Rekod Naratif- Rekod Anekdot
- Rekod Naratif berterusan
- Rekod Kejadian (Event Recording )
- Rekod Kekerapan
- Rekod jangka masa (Duration)
- Rekod had masa (Interval)
- Rekod Sampel Masa

1.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan

Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang menggalakkan individu mengulangi
tingkah laku itu berulang kali. Peneguhan positif ialah rangsangan atau peristiwa yang
menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran atau perubahan tingkah laku yang positif.
Peneguhan ini biasanya menyenangkan dan dipanggil ganjaran.
Menurut Skinner, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang
digunakan oleh guru untuk melakukan peneguhan secara berkala. Cara peneguhan
diberikan akan memberi kesan kepada tingkah laku seterusnya. Contohnya, seorang guru
ingin menolong salah seorang muridnya yang pemalu. Guru perlu menggunakan
peneguhan yang berterusan dan berkala. Cara peneguhan yang diberikan oleh guru akan
mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali pelajar yang malu itu mengangkat
tangan atau menjawab dengan betul, guru mesti memberi pujian dan sokongan
kepadanya. Ini kerana peneguhan ini akan menjadikan murid lebih berani dan yakin untuk
menjawab soalan pada masa hadapan. Ia juga dapat mengurangkan rasa malunya pada
masa yang sama.

Gambar-gambar di atas menunjukkan guru memberi ganjaran kepada
murid dengan cara yang berbeza

1.4 MELAKSANAKAN PROGRAM INTERVENSI

Setelah guru mengumpul segala maklumat (baseline data) tentang tingkahlaku muridnya,
barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untukmengurus tingkah laku tersebut.
Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih
dahulu iaitu:

i) Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri keutamaan?
iii) Bila tingkah laku itu berlaku?
iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku?
v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku?
vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?

Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan dan corak
tingkah laku itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak
dilaksanakan. Program intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk
meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku sasaran. Program intervensi dijalankan dalam
tiga fasa iaitu:

i) Fasa pra intervensi
iii) Fasa intervensi
iiii) Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensi:

Dikenali sebagai ”baseline period ” iaitu guru akan mengumpul semua maklumat tentang
tingkah laku murid disruptif melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi. Rekod ”baseline”
ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.

Kepentingan Intervensi Awal untuk murid Disruptif

-Membantu meningkatkan kemahiran kognitif murid-murid
-Dapat menghalang kewujudan masalah lain
-Dapat menjadi murid yang berdisiplin
-Murid bijak mengendalikan emosi mereka

Fasa intervensi:
Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra
intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang
tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan
(seperti dalam fasa pra intervensi) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi.
Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekurang-sekurang selama dua
minggu.Contoh intervensi awal yang guru boleh jalankan adalah terapi muzik, terapi
"Brainwave" dan terapi belon air.Terapi muzik dilakukan untuk murid disruptif agar
dapat menenangkan jiwa dan meningkatkan kemahiran kognitif. Terapi Brainwave
pula membantu murid disruptif untuk meningkatkan tumpuan semasa proses PdP dan
memperbaiki perilaku mereka.

Contoh Data Semasa Menjalankan Intervensi

-

Gambar di atas menunjukkan guru melakukan intervensi awal
seperti terapi muzik untuk murid disruptif

Fasa selepas intervensi:
Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkahlaku yang
dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkahlaku murid akan terus
diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.

1.4 Menilai keberkesanan intervensi

Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui gerafsama
seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian
akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data yang kedua. Baseline
data kedua merupakan pemerhatian susulan program intervensi dilaksanakan.
Sekiranya tidak ada perubahan tingkahlaku yang diingini ditunjukkan oleh murid,
maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan seterusnya, dengan mencuba
strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.

Contoh Gambaran Rekod Penilaian

PENUTUP

Natijahnya, kanak-kanak hari ini telah diberi perhatian serius secara
keseluruhan emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai
menangani soalan anak-anak, membawa mereka makan bersama,
berbincang dan memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat
dan pandangan serta memberi kebebasan memilih atau membuat
keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan
sikap ini telah memberi kesan positif kepada dunia kehidupan kanak-kanak
sehingga dapat melahirkan generasi yang lebih aktif, berani dan ingin
tampil ke hadapan untuk bersaing dengan lebih gigih dalam kehidupan
bermasyarakat. Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh
guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukan mudah
untuk menguruskan masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar.
Adakalanya boleh dikawal dan adakalanya seperti barah yang boleh
menyebabkan lumpuh proses pembelajaran di dalam kelas.Yang pasti,
tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat. Bak kata pepatah,
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah hakikat
tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan
pelajar, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding kepada guru.

RUJUKAN

Bazlaa, N. (2014, May 24). tingkahlaku bermasalah. Retrieved October 2, 2022,
from https://www.academia.edu/4385268/tingkahlaku_bermasalah

Dharshenee, S. (n.d.). Modul pe
ngurusa
n tingah laku. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu
/57282
31/Modul_pengurusan_tingah_laku

‌‌





‌Pengurusan Tingkahlaku Murid | PDF‌. (n.d.). Scribd. Retrieved October 2, 2022, from
https://www.scribd.com/document/154893314/Pengurusan-Tingkahlaku-Murid



Yusof, S. S. M. (2010). Wasilah Pendidikan Khas: Pengurusan Tingkah Laku. Wasilah

Pendidikan Khas. http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2010/10/
pengurusan-tingkah-laku.html

Kepentingan Intervensi Awal Kepada Kanak-Kanak Berkeperluan Khas | PDF.
(n.d.). Scribd. Retrieved October 2, 2022, from https://www.scribd.com/
presentation/120030785/Kepentingan-Intervensi-Awal-Kepada-Kanak-
Kanak-Berkeperluan-Khas


Click to View FlipBook Version