The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bintuhanafe, 2022-04-25 08:42:04

Program Surauthon 2022

Program Surauthon 2022

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

PROGRAM SURAUTHON

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN TEJA
TAMAN TUN TEJA, BATU 16, 48000 RAWANG,

SELANGOR

PENDAHULUAN

Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar
sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau
berjemaah malahan sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Selain menjadi
tempat untuk melaksanakan ibadat wajib dan sunat, surau juga berfungsi sebagai pusat ilmu
bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman mengenai Agama Islam.

Program-program seperti membudayakan bacaan Al-Quran, solat berjemaah,
qiamullail, perkhemahan ibadah, ceramah, tazkirah, kursus ibadah dan pelbagai lagi aktiviti
keagamaan kebanyakannnya dilaksanakan di surau bagi memakmurkan serta menghidupkan
suasana surau sekolah. Memandangkan lokasi surau SK Taman Tun Teja tidak strategik dan
berada di aras 3 tanpa kemudahan tandas dan sebagainya, menyukarkan warga sekolah untuk
menjalankan aktiviti keagamaan kerana terpaksa naik dan turun tangga yang agak
memenatkan.

Sehubungan itu, PIBG SK Taman Tun Teja dengan kerjasama Panitia Pendidikan
Islam bercadang untuk membina sebuah surau di tapak yang telah dikenalpasti oleh pihak
sekolah. Pembinaan surau ini bukan sahaja dapat digunakan oleh murid-murid dan
kakitangan sekolah tetapi ibu bapa dan komuniti setempat juga dapat menggunakan surau
tersebut. Pelawat juga boleh menggunakan surau tersebut untuk menunaikan solat. Justeru
itu, hubungan pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti dapat dieratkan serta dapat memberi
kemudahan yang selesa kepada semua pihak, di samping dapat membentuk murid cemerlang
di dunia dan akhirat.

OBJEKTIF

1. Menyediakan kemudahan tempat yang selesa dan kondusif kepada murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

2. Memberi kemudahan kepada murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk melaksanakan
Ibadah solat.

3. Memberi kemudahan kepada pihak sekolah dalam menganjurkan program keagamaan
seperti solat hajat, majlis khatam Al-Quran, bacaan yasin, majlis berbuka puasa serta
program-program keagamaan yang lain.

2

TEMPAT

1. Sebuah padang/kawasan berhampiran Prasekolah Zamrud dan Berlian.
2. Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana :

i. Kawasan yang luas dan sesuai untuk pembinaan surau.
ii. Berdekatan dengan dewan memudahkan guru dan murid menjalankan aktiviti.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SURAUTHON DAN PEMBINAAN SURAU

Jawatankuasa Induk

Penasihat: En. Zulkefli bin Othman (Guru Besar)

Timb. Penasihat: Tn.Hj Kamaruddin bin Said (YDP PIBG )

Pen. Penasihat 1: Pn. Normilah binti Saleh (PK Hal Ehwal Murid )

Pen. Penasihat 2: En.Mohd Sabri bin Mat Daud (PK Kokurikulum)

Pen. Penasihat 3: Cik Shereen Suriani binti Enche Wel (PK Petang)

Ketua Penyelaras Projek : En.Abdul Rashid Redho bin Abdullah

Pen. Penyelaras Projek : En.Hisyam bin Abd Rahman

Setiausaha : En.Amirol Aizad bin Ab Kadir
Penolong Setiausaha: Pn.Asma’ binti Abd Kadir

Pn.Royani binti Mat Nor

Bendahari : En.Mohamad Salim bin Rafiee (Bendahari PIBG SK TTT)

Penolong Bendahari Pn.Noraida binti Salleh

Pn.Farhana binti Jamaludin

Pn.Bungaros binti Mohamad

3

Jawatankuasa Kecil
1. Jawatankuasa Teknikal
2. Jawatankuasa Publisiti
3. Jawatankuasa Dana/ Dokumentasi
4. Jawatankuasa Sebut Harga
5. Jawatankuasa Inovasi

PENUTUP
Pembinaan surau ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua guru

dan murid di sekolah ini. Kewujudan surau ini melambangkan permuafakatan yang terjalin
antara sesama warga PIBG dan guru-guru, penduduk setempat, agensi-agensi kerajaan dan
swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredaan Allah SWT
semata-mata. Sumbangan daripada pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai
impian warga SK Taman Tun Teja. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan
sepenuh hati berusaha agar pembinaan surau ini dapat disegerakan demi kesejahteraan warga
sekolah. Pihak jawatankuasa pembinaan surau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini.
Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di
dunia dan di akhirat.InsyaAllah.
Sekian.

4


Click to View FlipBook Version