SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 1
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 2 ISI KANDUNGAN NO MAKLUMAT MUKA SURAT 1 Perutusan 4 2 Profil Sekolah 12 3 Barisan Pentadbir 16 4 Guru-guru 17 5 Anggota Khidmat Pelaksana 17 6 Pengawas Sekolah 18 7 Pengawas PSS 18 8 PRS dan Student Leader Board 19 9 Diari Sekolah 20 10 Laporan Akademik 39 11 Gambar Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab, Sukan dan Permainan 42 12 Karya Kreatif 65 13 Foto Kelas 81
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 3 SMK BULOH KASAP VISI SEKOLAH PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI SEKOLAH MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA FALSAFAH SEKOLAH BAHAWASANYA ILMU PENGETAHUAN YANG BERGUNA SEWAJARNYA DIMILIKI OLEH SETIAP INSAN YANG MENGAKU DIRINYA MAJU DAN BERTAMADUN. TANPA PENGETAHUAN YANG MENDALAM, KESEMPURNAAN HIDUPNYA TIDAK TERCAPAI. OLEH ITU, UNTUK MEMENUHI KEHENDAK NEGARA MALAYSIA YANG MERDEKA LAGI BERDAULAT, KAMI SENTIASA MENGUTAMAKAN ILMU DAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT: KEYAKINAN KEPADA DIRI KESUNGGUHAN MENCARI ILMU KEKEMASAN DISIPLIN KEMANTAPAN ROHANI DAN JASMANI KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN BAHAWASANYA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BULOH KASAP, SEGAMAT MEMPUNYAI KEBOLEHAN DAN POTENSI UNTUK MENGEMBANGKAN BAKAT SERTA INTELEK PARA PELAJAR SECARA INDIVIDU DI SAMPING BERPEGANG DAN BERPANDUKAN KEPADA FALSAFAH SEKOLAH KAMI.
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 4
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 5
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 6
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 7 KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEGAMAT HJ ABDUL RAHMAN BIN KECHIK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera... Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada sidang redaksi majalah sekolah yang telah berusaha gigih untuk merealisasikan penerbitan majalah sekolah pada kali ini berkat kebersamaan dan semangat berpasukan maka terhasillah majalah ini sebagai hasil penulisan yang amat bermakna khususnya untuk seluruh warga SMK Buloh Kasap. Usaha murni ini harus dipuji dan diteruskan bagi menjamin pendokumentasian bahan berlaku secara berterusan dan tersusun. Perkembangan pesat dunia teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan bidang pendidikan pada hari ini lebih bersifat global. Situasi ini menyaksikan pendidikan tidak terhad kepada ruang lingkup bilik darjah sahaja, malah ia mencakupi dimensi yang amat luas. Menyedari hakikat pentingnya ilmu pengetahuan sebagai penyuluh yang menerangi kegelapan, maka kerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Kebethasilan Negara (NKRA) bertujuan untuk memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Generasi muda negara kita pada hari ini pedu berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif,bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antarabangsa yang penuh dengan cabaran. Sekolah merupakan tapak semaian yang sesuai dalam menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan. Kecanggihan teknologi telah membuka gerbang ilmu yang pelbagai kepada semua pihak. Dengan kemudahan internet pada hari ini, murid dan guru dapat melayari laman-laman web untuk mencari bahan rujukan, informasi terkini dan maklumat tambahan tentang sesuatu perkara. Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan usaha menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Nilai-nilai murni yang sejagat ini perlu diberi focus utama agar generasi yang dididik pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah terpuji. Di samping itu, menerusi platform ini mereka juga dapat mewujudkan satu komuniti pembelajaran atau forum secara maya. Secara tidak langsung, ini dapat menggalakkan perkongsian idea-idea baharu yang boleh dimanfaatkan bersama-sama. Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga sekolah supaya memanfaatkan peluang ini dengan bijak agar setiap potensi dapat diserlahkan.
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 8 KATA ALU-ALUAN PENGETUA SMK BULOH KASAP Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Warga SMeKs. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya pada tahun ini, saya diberi ruang dan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua ahli sidang redaksi majalah sekolah kerana telah berjaya menerbitkan e-majalah edisi ke-26 tahun 2022. Sesungguhnya majalah sekolah ini merupakan dokumen dan laporan yang memuatkan pelbagai aktiviti serta bahan rakaman peristiwa sepanjang tahun 2022 di SMeKs. Semua bahan yang dapat dilihat semula dalam majalah ini hendaknya menjadi inspirasi kepada semua pihak terutamanya warga SMeKs dan masyarakat luar amnya. Syukur kerana dengan berkat usaha dan kerjasama semua pihak, SMeKs telah banyak mengalami perubahan dalam pelbagai bidang. Perubahan ini merupakan hasil usaha gigih semua pihak dalam mengekalkan dan meningkatkan pencapaian dari semasa ke semasa.. Dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar ini, pelajar-pelajar perlu berusaha lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Guru perlu lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan semasa. Guru-guru juga perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa dengan penuh tulus dan ikhlas. Selain itu, permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting bagi melahirkan kejayaan anak-anak. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu sentiasa aktif dari segi akademik dan kokurikulum untuk menjadi murid yang berpengetahuan dan berkeperibadian mulia demi menyahut cabaran dan wawasan negara. Akhir kata, saya berharap agar semua warga SMeKs terus melipatgandakan usaha untuk meraih kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan penghasilan e-majalah edisi digital ini. Sekian, terima kasih. En. Ahmad Hourmain bin Sulaiman Pengetua SMeKs
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 9 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SMK BULOH KASAP Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Sidang Redaksi Majalah Mutiara SMK Buloh Kasap, Segamat kerana dapat meneruskan usaha dan iltizam untuk menerbitkan e-Majalah MUTIARA Tahun 2022 iaitu Jilid ke-26. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Sebahagaimana yang kita sedia maklum, majalah sekolah merupakan satu dokumentasi yang sangat penting kerana mejalah ini berfungsi untuk merakamkan dan melaporkan segala kegiatan dari kejayaan sekolah untuk tatapan masa kini dan menjadi sumber rujukan pada masa akan datang. Malah, eMajalah MUTIARA merupakan satu wahana yang terkandung pelbagai garapan dan coretan, himpunan pencapaian dan kejayaan sekolah sepanjang tahun 2021 dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Sebagai YDP PIBG, saya percaya kejayaan sekolah ini bukan bergantung kepada sebelah pihak sahaja malahan bagi marealisasikan impian dan harapan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang mempunyai pelajar cemerlang malahan gemilang sahsiahnya, kerjasama semua pihak amat penting. Justeru hubungan akrab antara pihak sekolah dan ibu bapa serta penjaga memainkan peranan utama bagi mencapai tujuan dan hasrat ini. Selain itu, saya juga yakin kerjasama berterusan yang terjalin antara PIBG dan pihak sekolah mampu memacu kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum seperti yang kita harapkan. Sehubungan itu, PIBG juga sering bekerjasama dan menyokong terhadap usaha yang dilakukan pihak sekolah bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancer dan berkesan. Seterusnya, saya juga mengharapkan setiap aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancer dan berkesan. Seterusnya, saya juga mengharapkan permuafakatan yang erat antara ibu bapa dan warga sekolah ini demi kebaikan anak didiknya bagi meniti kejayaan demi kejayaan untuk mengharumkan nama SMeKs, Segamat. Akhir kata, sekalung tahniah untuk Sidang Redaksi dan guru-guru penasihat e-Majalah MUTIARA kerana berusaha dengan gigih bagi merealisasikan penerbitan majalah ini. Sesungguhnya, komitmen ini membuktikan wujudnya kerjasama, muafakat dan jalinan interaksi yang kreatif dan inovatif. Sekian, terima kasih. MOHAMAD KASIRI BIN NORDIN Yang Dipertua PIBG
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 10 KATA ALU-ALUAN KETUA MURID SMK BULOH KASAP Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Majalah Mutiara edisi ke-26 dapat diterbitkan dengan jayanya pada tahun ini. Dengan limpah kurnia-Nya, saya diberikan peluang untuk mengucapkan taniah dan syabas kepada pasukan Sidang Redaksi kerana telah berjaya menerbitkan Majalah Mutiara pada tahun 2022. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pentadbir sekolah dan semua guru SMK Buloh Kasap kerana telah melantik dan memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin pelajar SMK Buloh Kasap sebagai ketua pelajar. Jutaan terima kasih saya titipkan kepada semua guru-guru yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk terus maju dalam pelajaran dan kehidupan. Segala komen dan kritikan yang positif mahupun negatif, akan saya semat di dalam hati dan dijadikan panduan untuk masa akan datang. Penerbitan Majalah Mutiara merupakan peluang yang terbentang luas untuk para pelajar mencungkil bakat yang terpendam khususnya dalam bidang penulisan. Peluang ini sewajarnya digunakan sebaiknya oleh pelajar SMK Buloh Kasap supaya bakat mereka tidak akan dibazirkan dan digunakan untuk perkara yang berfaedah. Pesanan ikhlas daripada saya khas buat rakan-rakan seperjuangan di SMK Buloh Kasap, saya mendoakan anda semua berjaya mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Janganlah kita berputus asa dalam setiap perkara baik yang dilakukan. Semoga urusan anda semua dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan sepanjang saya bertugas sebagai ketua pelajar SMK Buloh Kasap pada tahun 2021/2022. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri. Sekian, terima kasih. SITI NUR ALEA FARHANA BINTI MOHD ISA KETUA PELAJAR SMKBK 2022
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 11 KATA ALU-ALUAN SIDANG REDAKSI e-MAJALAH MUTIARA Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, MUTIARA edisi ke-26 dapat menemui pembaca khususnya warga SMeKs. Kami dari Sidang Redaksi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, ahli Sidang Redaksi serta semua pihak yang bersama-sama bekerja keras dalam menerbitkan e-majalah yang sentiasa berada di hati para pelajar SMK Buloh Kasap. Penghargaan yang tidak terhingga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas bantuan dan dorongan sehingga e-majalah dapat diterbitkan dengan jayanya. Tujuan e-majalah ini dihasilkan adalah untuk memaparkan dengan lebih jelas tentang segala hal yang berlaku sepanjang tahun di sekolah ini. Ianya juga turut memberi peluang kepada para pelajar untuk mengasah bakat masing-masing dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu. Kami dari Sidang Redaksi e-Majalah memohon ampun dan maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam kandungan majalah ini. Kami amat berharap semua pembaca akan berpuas hati dengan hasil dalam e-majalah ini. Sekian, terima kasih. ~TEAM SIDANG REDAKSI 2022~
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 12 PROFIL SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap telah dibuka pada tahun 1983. Sekolah ini diberikan nama sempena berdekatan dengan Pekan Buloh Kasap. Logo yang didapati di gambar mewakili: Ukuran : 3.5mm lebar dan 3.5mm panjang. Warna Biru Tua : Melambangkan kegigihan berusaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Warna Kuning : Melambangkan kesetiaan terhadap tugas dan tanggungjawab. Warna Hitam : Kepatuhan kepada ajaran agama dan nilai-nilai murni. Obor : Obor sentiasa menyala melambangkan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur bagi mencapai kejayan. 5 Huruf K : Melambangkan kepatuhan kepada lima prinsip RUKUNEGARA SMKBK : Singkatan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap Motto Sekolah : ILMU DAN PRINSIP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BULOH KASAP
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 13 LAGU SEKOLAH Kami berjanji kami berikrar Akan belajar terus belajar Segala cabaran segala dugaan Kami hadap dengan sabar Kepada sekolah kami berbakti Kepada guru kami hormati Berhemah tinggi budi pekerti Amalan suci hidup kami Bersatu kita capai wawasan Rukun negara jadi panduan Pada Ilahi kita berdoa Semoga aman sejahtera Nama baiknya kami jaga Pretasinya kami usaha Seia sekata bekerjasama SMKBK sekolah tercinta Lagu/Lirik :
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 14 Sejarah Sekolah SMK Buloh Kasap mula beroperasi pada 1 Januari 1983 yang bertujuan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak yang tinggal di sekitar Buloh Kasap. Sejak sekolah ini beroperasi, perasaan ibu bapa amat lega kerana anak-anak mereka tidak lagi perlu belajar ke Bandar Segamat yang agak jauh dan memerlukan kos yang agak tinggi. Seawal penubuhannya, masyarakat setempat amat berharap agar sekolah ini akan menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang di daerah Segamat. Mereka mengharapkan kewujudan sekolah ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan kepada penduduk setempat. Tahun 2020, genaplah 37 tahun usia sekolah ini. Dalam usia ini, pelbagai cabaran, dugaan dan kejayaan telah dicapai. Berkat ketekunan, ketabahan dan usaha para guru yang tidak pernah mengenal erti putus asa segala cabaran dan rintangan yang menghalang berupaya diatasi dengan jaya. Pelbagai perubahan juga telah berlaku terutama daripada segi kemudahan fizikal. Pembinaan blok 4 tingkat kini dijadikan lokasi pelajar Pra Universiti, tingkatan 4 dan 5 serta murid-murid Pendidikan Khas. Pada blok ini juga terdapat makmal Kimia, Fizik, Biologi, Makmal Komputer dan Bengkel RBT. Kesemua ini dinikmati hasil keprihatinan kerajaan untuk memberi peluang pendidikan yang setaraf dengan tempat lain untuk penduduk Buloh Kasap. Nama SMK Buloh Kasap diperoleh bersempena dengan Pekan Buloh Kasap yang terletak kira-kira 3 kilometer arah ke utara. Buloh Kasap merupakan salah satu jenis buloh yang suatu masa dahulu banyak terdapat di sini. Terdapat pelbagai jenis versi berkaitan fizikal buloh jenis ini. Namun, kata seorang tua di sini, buloh kasap sama seperti buluh-buluh lain namun jarak antara ruas lebih panjang sehingga mencapai 2 ela. Terdapat versi yang lain pula, dengan mengatakan buloh kasap memiliki ruas yang rapat-rapat, lebih rapat daripada buluh galah. Sekolah-sekolah rendah yang menjadi penyumbang utama kepada kehadiran murid-muridnya di sini ialah SK Buloh Kasap, SJK Cina Kasap, SK Kampung Kuala Paya, SK Kampong Sepinang, SK Kampung Gelang Chinchin, SK Dato' Maharajalela dan beberapa buah sekolah rendah di sekitar Buloh Kasap. Sebelum tahun 1994, murid-murid dari Felda Pemanis, Cenderawasih dan Selancar di Pahang pernah belajar di sekolah ini. Kini semuanya hanya tinggal kenangan kerana mulai 1994, di Felda Pemanis telah dibina sebuah sekolah menengah. Sejak daripada itu, murid-murid Felda Pemanis tidak lagi bersekolah di SMK Buloh Kasap. Demikian juga dengan murid-murid dari Cenderawasih dan Selancar, mereka tidak lagi belajar di sini kerana kemudahan prasarana di kedua-dua tempat tersebut telah ada. Pada awal sesi pembelajaran tahun 1993, SMK Buloh Kasap mempunyai 3 blok bangunan yang terdiri daripada 1 blok pentadbiran, 1 blok untuk kelas dan 1 blok makmal. Sesuai dengan situasi ketika itu, kerana sekolah ini hanya menawarkan pembelajaran bermula daripada tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Murid-murid dari sekolah ini selepas tamat tingkatan 3 akan melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah lain yang berdekatan.
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 15 Hari ini setelah lebih 30 tahun SMK Buloh Kasap beroperasi, sekolah memiliki 11 blok bangunan yang merangkumi kesemua keperluan sekolah. Kini sekolah ini mempunyai makmal sains untuk tingkatan 1, 2 dan 3 serta makmal sains untuk tingkatan 4 dan 5. Bagi murid-murid aliran sains pula disediakan kemudahan makmal Fizik, makmal Kimia dan makmal Biologi. Terdapat juga perpustakaan atau Pusat Sumber sekolah yang terletak pada keseluruhan aras 2 blok J. Tahun 2001, SMK Buloh Kasap mula menawarkan pelajaran untuk pelajar tingkatan 6 (Pra Universiti) dan pelajar-pelajarnya datang daripada SMK Dato' Ahmad Arshad, Batu Anam, SMK Felda Pemanis, SMK Jementah selain pelajar-pelajar dari SMK Buloh Kasap sendiri. Tahun 2004, SMK Buloh Kasap dijadikan lokasi pelancaran penggunaan komputer tablet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelancaran ini dilakukan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishamudin bin Tun Hussein Onn, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Ramai kenamaan telah hadir ke sekolah ini bagi tujuan pelancarannya. Tahun 2008 pula, dua tinta sejarah tercatat di sekolah ini apabila menawarkan Kelas Pendidikan Khas. Kini Kelas Pendidikan Khas telah dibahagikan kepada beberapa buah kelas yang diterajui oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (DG 52). Pada 12 Jun 2008, pihak sekolah berinisiatif menubuhkan kelas Tingkatan 1 Excellence. Murid-murid yang ditempatkan di kelas ini terdiri daripada murid-murid yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun 2008. Jika ada muridmurid yang memperoleh sekurang-kurang 3A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah tetapi tidak berpindah ke sekolah lain, murid inilah yang bakal diletakkan dalam Tingkatan 1 Excel. Secara tidak langsung, semangat bertanding dalam kalangan mereka akan meningkatkan prestasi sekolah ini dalam peperiksaan awam. Pada Julai 2015, terdapat perubahan dalam kurikulum Teknik dan Vokasional. Subjek MPV telah dinaik taraf kepada Program Vokasional Menengah Atas (PVMA). Melalui program ini pelajar akan ditawarkan dan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2). Sehingga kini SMK Buloh Kasap telah diterajui 11 orang pengetua yang kesemuanya membawa misi kecemerlangan akademik dan sahsiah dalam kalangan muridnya. Mereka terdiri daripada : NAMA PENGETUA TEMPOH PERKHIDMATAN 1. ENCIK PIARA SINGH 1 FEBRUARI 1983 - 16 JULAI 1988 2. ENCIK ABDUL HAMID BIN HASSAN 14 FEBRUARI 1988 - 31 MEI 1991 3. TUAN HAJI ABAS BIN ABDUL RAHMAN 15 JUN 1991 - 31 MEI 1995 4. ENCIK TAN KENG CHUAN 5 APRIL 1996 - 15 JULAI 1999 5. ENCIK BOON HIAN 16 JULAI 1999 - 1 JULAI 2003 6. ENCIK YASIRAN BIN MASKOM 1 JULAI 2003 - 23 MAC 2007 7. CIK LEE GEOK ENG 26 MAC 2007 - 4 NOVEMBER 2010 8. ENCIK RAHMAT BIN OMAR 18 JULAI 2011- 25 FEBRUARI 2012 9. ENCIK HALMY BIN AHMAD 17 OKTOBER 2012 - 2015 10. ENCIK S. MUGUNEN A/L CHENDU 12 JULAI 2015 – 19 OGOS 2018 11. ENCIK AHMAD HOURMAIN BIN SULAIMAN 20 OGOS 2018 - SEKARANG
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 16 BARISAN PENTADBIR
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 17
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 18
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 19
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 20
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 21
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 22
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 23
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 24
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 25
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 26
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 27
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 28
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 29
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 30
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 31
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 32
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 33
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 34
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 35
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 36
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 37
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 38
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 39 LAPORAN AKADEMIK
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 40 SPM 2021
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 41
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 42
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 43 KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Norizan binti Nordin PENGERUSI Siti Nur Ezah Binti Johari (5 PERDANA) KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Norhaiza binti Selamat PENGERUSI Mohamad Arif Bin Rahman Hassan (5 WIRA)
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 44 KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Wan Ros Maizan binti Wan Jaafar PENGERUSI Hemen Raj A/L Kalithasan (5 PERDANA) KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Aishah binti Mustaffa PENGERUSI Nurul Atiyah Binti Nor Rafizan(5 WIRA)
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 45 KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Siti Fairos bintin Zaes PENGERUSI Chew Cai San (5 PERDANA) KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Nur Zahidah binti Md. Sha’eb PENGERUSI Muhamad Zailani Bin Zulkhairi (5 SAGA) 5 SAGA
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 46 KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Muhammad Farhan Haziq bin Abd. Bahar PENGERUSI Haziq Hazariff Bin Ahmad Zarin (3RBT1)
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 47
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 48 KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Lim Tow Suan PENGERUSI Fakrullah Iman Bin Farizal (5 PERDANA) KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Suhana binti Yousof PENGERUSI Nur Shaidatul Amira Binti Muhamad Nizam (5 SAGA)
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 49 KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Loong Mei Qin PENGERUSI Lauh Zeh Hoe Eugene (5 PERDANA) KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Thasarathan a/l Chandran PENGERUSI Saravanan a/l Jayapragas (5 WAJA)
SMK BULOH KASAP “MUTIARA” 50 KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Muhammad Luqman Naqib Bin Madon PENGERUSI Muhammad Iskandar Zulqarnain Bin Sukor (4SAGA) KETUA GURU PENASIHAT Cikgu Lee Bee Hui PENGERUSI Nur Ireen Binti Mohd. Kamarulzaman (5 PERDANA) KELAB RUKUN NEGARA