KONSEP PEMBELAJARAN BERMAKNA
SAHSIAH (CHARACTER) Mempraktikkan pembelajaran bermakna didokong oleh keperluan sosial dan sifat emosi sahsiah dalam aspek pembelajaran terarah kendiri, keberanian, ketabahan, daya tahan, dan berkebolehan menjadikan pembelajaran sebagai asas penting kepada realiti kehidupan sebenar, proaktif ke arah mencapai hasil pembelajaran bermakna untuk diri sendiri dan komuniti. Sahsiah terdiri daripada empat dimensi iaitu belajar cara belajar, berani, kegigihan, ketabahan dan berdaya tahan, pengaturan diri, tanggungjawab integriti dan pemanfaatan digital. Bagi dimensi yang pertama, belajar cara belajar, pelajar boleh mengenal pasti apa dan mengapa mereka perlu belajar, mereka bentuk pengalaman pembelajaran baharu dan mahir menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baharu yang berimpak dalam kehidupan. Dimensi kedua ialah kecekapan, ketabahan, ketekunan dan ketahanan di mana pelajar boleh bertahan dengan penuh keazaman dalam menghadapi halangan dan cabaran dan pelajar sangat mahir melaksanakan tugasan dan memberi sokongan kepada orang lain dalam menghadapi cabaran. Seterusnya dimensi ketiga iaitu pengaturan diri, tanggungjawab integriti di mana pelajar boleh membuat perancangan, memantau perkembangan, refleksi dan menambahbaik kualiti hasil kerja secara berterusan, pelajar boleh membawa diri dan amat bertanggungjawab serta proaktif terhadap pembelajaran kendiri dan dimensi yang terakhir adalah pemanfaatan digital di mana pelajar mengaplikasikan kemahiran menggunakan digital bagi menyokong pembelajaran ke arah mencapai pembelajaran bermakna. KOMPETENSI GLOBAL 6C
KEWARGANEGARAAN (CITIZENSHIP) Memiliki pemikiran global, mempertimbangkan tentang individu dan kesejahteraan masyarakat dan isu-isu global berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang nilai-nilai dan pandangan dunia yang pelbagai, serta melalui minat dan keupayaan yang tulen, empati, belas kasihan dan menyelesaikan masalah dunia nyata yang rumit dan memberi kesan kepada ekuiti (kesamarataan) manusia dan kelestarian alam sekitar. Kewarganegaraan mempunyai lima dimensi iaitu perseptif global, memahami nilai dan pandangan global yang pelbagai, minat yang tulen terhadap manusia dan kelestarian alam sekitar, menyelesaikan masalah dunia sebenar yang kurang jelas dan kompleks untuk manfaat semua dan pemanfaatan digital. Bagi dimensi pertama iaitu perspektif global pelajar menunjukkan minat dan memahami peranan mereka untuk terlibat secara aktif dan memberi impak dalam menyelesaikan masalah dunia. KOMPETENSI GLOBAL 6C
KEWARGANEGARAAN (CITIZENSHIP) Dimensi kedua, memahami nilai dan pandangan global yang pelbagai. Pelajar mempunyai jati diri yang mempengaruhi cara melihat dunia, mempamerkan rasa ingin tahu dan keterbukaan minda terhadap pelbagai budaya serta menggunakan pemahaman tentang pelbagai budaya untuk mempertimbangkan isu global. Bagi dimensi ketiga iaitu minat yang tulen terhadap manusia dan kelestarian alam sekitar, Pelajar menghargai kepentingan alam sekitar dan mahir menyelesaikan isu-isu kelestarian serta mempamerkan hasil kerja yang menggambarkan tindakan positif. Seterusnya dimensi keempat ialah menyelesaikan masalah dunia sebenar yang kurang jelas dan kompleks untuk manfaat semua. Pelajar melaksanakan tugasan yang bersifat terbuka dengan baik, selesa dan berminat dengan cabaran yang melibatkan dunia sebenar yang memberi kesan kepada warga tempatan dan global serta mempunyai tahap kesedaran dan minat yang tinggi dalam menangani masalah dunia, dan yang terakhir adalah pemanfaatan digital, di mana penggunaan elemen digital secara berkesan dalam proses pembelajaran, mewujudkan penyelesaian yang bersifat tempatan dan global serta boleh memanfaatkan elemen tersebut dalam konteks baharu. KOMPETENSI GLOBAL 6C
KOLABORASI (COLLABORATION) Saling bergantung dan bersinergi dalam kumpulan dengan kemahiran interpersonal dan berpasukan, yang tinggi seperti pengurusan dinamika kumpulan dan cabaran yang berkesan dan membuat keputusan bernas bersama. Saling belajar dan menyumbang kepada pembelajaran dan impak kepada ahli kumpulan. Kolaborasi juga mempunyai lima dimensi iaitu kemahiran interpersonal dan berkumpulan, menguruskan dinamika dan cabaran, saling bergantung dalam satu kumpulan, kemahiran sosial, emosi dan silang budaya dan pemanfaatan digital. Dalam dimensi pertama iaitu kemahiran interpersonal dan berkumpulan murid (pelajar) menunjukkan kemahiran interpersonal yang baik dan berkongsi tanggungjawab bersama, menjelaskan bagaimana tanggungjawab mereka dijelaskan dalam tugasan dan mereka melaksanakan tanggung jawab secara individu dan kolektif serta memaksimum idea. Dimensi kedua ialah menguruskan dinamika dan cabaran, murid (pelajar) secara berkesan dalam pasukan, murid (pelajar) semakin mahir meneroka pandangan yang berbeza tanpa menjelaskan kemampuan kumpulan dan mereka sangat mahir meneroka pendapat yang berbeza secara berhemah bagi memperkayakan pembelajaran dan pemikiran diri dan pasukan. KOMPETENSI GLOBAL 6C
KOLABORASI (COLLABORATION) Seterusnya dimensi yang ketiga iaitu kemahiran sosial, emosi dan silang budaya, murid (pelajar) lebih bertoleransi serta menghargai perspektif yang berbeza antara mereka, dapat bekerja dengan dengan berkesan dan saling menyokong sebagai ahli pasukan dan mereka mempunyai kemahiran sosial dan empati yang tinggi merentasi budaya serta berjaya membentuk hubungan yang positif dalam pasukan. Dimensi seterusnya ialah pemanfaatan digital, di mana murid menggunakan elemen digital dengan berkesan untuk mempertingkatkan kolaboratif , dapat menjelaskan bagaimana elemen digital membantu aspek kolaboratif antara ahli kumpulan dan menggunakan elemen digital dengan berkesan dalam meningkatkan kualiti kolaboratif dan inovatif dalam konteks baharu dan berbeza. KOMPETENSI GLOBAL 6C
KOMUNIKASI (COMMUNICATION) Saling bergantung dan bersinergi dalam kumpulan dengan kemahiran interpersonal dan berpasukan yang tinggi seperti pengurusan dinamika kumpulan dan cabaran yang berkesan dan membuat keputusan bernas bersama. Saling belajar dan menyumbang kepada pembelajaran dan impak kepada ahli kumpulan. Terdapat lima dimensi iaitu komunikasi yang direka untuk audien khusus, komunikasi yang koheren menggunakan pelbagai mod komunikasi, perbezaan dan kepentingan komunikasi multi-modal, refleksi terhadap proses pembelajaran untuk lebih membangunkan dan menambahbaik komunikasi serta pemanfaatan digital. Bagi dimensi yang pertama iaitu komunikasi yang direka untuk audien khusus, murid (pelajar) akan dapat mereka bentuk komunikasi yang sesuai, relevan dan bermakna mengikut audien. Murid juga berupaya mengubahsuai dan menambahbaik kemahiran komunikasi mengikut pelbagai audien tempatan dan global serta sangat mahir dalam pelbagai strategi untuk menyampaikan mesej yang berupaya mengubah cara pemikiran audien. Bagi dimensi yang kedua iaitu komunikasi yang koheren menggunakan pelbagai mod komunikasi, murid menggunakan pelbagai alatan dan mahir menggunakan mod komunikasi untuk menghasilkan komunikasi yang koheren dan menyampaikan mesej tempatan dan global secara berkesinambungan. KOMPETENSI GLOBAL 6C
KOMUNIKASI (COMMUNICATION) Dimensi yang ketiga ialah perbezaan dan kepentingan komunikasi multi-modal (pelajar) menggunakan pelbagai mod dan strategi supaya mesej yang dianalisis/sintesis digabungjalin dapat disampaikan dengan cara terbaik dan menggabungkan pelbagai maklumat serta memanfaatkan gabungan alatan dan mod komunikasi yang betul. Seterusnya dimensi keempat iaitu refleksi terhadap proses pembelajaran untuk lebih membangunkan dan menambahbaik komunikasi, maka murid (pelajar)berupaya untuk memantau, mengurus dan memperbaiki komunikasi, murid(pelajar) juga dapat menggunakan pelbagai perspektif untuk membuat jangkaan cabaran komunikasi dan murid (pelajar) mahir dan intuitif dalam mencari sinergi kerjasama. Bagi dimensi terakhir adalah pemanfaatan digital dimana murid (pelajar)mahir memanfaatkan dan menggunakan alatan digital dengan efektif dengan meningkatkan kecekapan dan kualiti komunikasi, murid(pelajar) juga mahir menilai komunikasi dalam proses P&P dan audien serta menggunakan pemahaman dalam konteks baharu dan berbeza. KOMPETENSI GLOBAL 6C
KREATIVITI (CREATIVITY) Kreativiti ialah memiliki ‘perspektif keusahawanan’ dari sudut ekonomi dan peluang sosial, menyuarakan elemen kendiri individu dengan cara yang unik, mengajukan soalan inkuiri yang tepat bagi menghasilkan idea-idea baru, dan kepimpinan yang meneraju dan memacu idea-idea tersebut seterusnya menterjemahkan sebagai tindakan. Kreativiti mempunyai lima dimensi, pertama memiliki perspektif keusahawanan dari sudut ekonomi dan peluang sosial, murid (pelajar) akan memiliki semangat keusahawanan merangkumi inovasi, berani mengambil resiko risiko dan berwawasan. Murid (pelajar) juga mampu menilai potensi dan sumber yang ada di sekeliling mereka untuk merealisasikan penyelesaian masalah atau peluang baharu. Mereka menyuarakan elemen kendiri individu dengan cara yang unik, mengujakan soalan inkuiri yang tepat bagi menghasilkan idea-idea baru, dan kepimpinan yang meneraju dan memacu idea-idea tersebut seterusnya menterjemahkan sebagai tindakan. Dimensi kedua ialah kepimpinan untuk melaksanakan tindakan iaitu murid (pelajar) kemahiran memimpin dengan memilih dan menentukan peranan ahli kumpulan dan memikirkan tindakan yang diperlukan dan juga murid mempunyai kemahiran kepemimpinan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan dan memberi inspirasi kepada murid lain. KOMPETENSI GLOBAL 6C
KREATIVITI (CREATIVITY) Demensi ketiga ialah menyoal menggunakan soalan inkuiri yang tepat, di mana murid berkemahiran mengenal pasti masalah dan mereka bentuk inkuiri serta mahir dalam memahami big idea. Dimensi keempat ialah mengambilkira dan melaksanakan idea serta penyelesaian baharu di mana murid (pelajar) berfikir di luar kotak mengembangkan pelbagai kreativiti dengan menggunakan pelbagai strategi pemikiran untuk mencipta penyelesaian masalah, fleksibiliti, berdaya maju, kreatif, inovatif dan realistik dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Manakala dimensi terakhir adalah pemanfaatan digital iaitu murid (pelajar) telah menggunakan alatan digital dengan efektif untuk meningkatkan kecekapandan kualiti komunikasi dalam proses PdP dan audien, murid juga mahir memanfaatkan elemen digital untuk menghasilkan mesej yang lebih berkesan dalam konteks baharu dan berbeza. KOMPETENSI GLOBAL 6C
PEMIKIRAN KRITIS (CRITICAL THINKING) Menilai maklumat dan hujah secara kritikal, melihat pola dan perkaitan, membina pengetahuan yang bermakna, menilai serta menerapkannya dalam situasi sebenar. Kompetensi ini mempunyai enam dimensi iaitu membuat perkaitan dan mengenal pasti pola, menilai maklumat dan hujah, pembinaan ilmu secara kolaboratif, pembinaan ilmu yang bermakna, menguji, membuat refleksi dan melaksanakan tindakan berasaskan idea dalam dunia sebenar dan pemanfaatan digital. Bagi dimensi pertama iaitu membuat perkaitan dan mengenal pasti pola, dapat membuat perkaitan antara idea dan merentas sempadan serta disiplin yang berbeza, juga dapat mengukuhkan kefahaman tentang kewujudan saling berkaitandalam pembelajaran dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan. Murid (pelajar)juga mahir membina kefahaman yang bermakna dan menggunakannya dalam dunia dan konteks baharu yang saling berhubungan. Bagi dimensi kedua pula menilai maklumat dan hujah dimana murid dapat menilai kesahihan maklumat serta hujah dan memberi justifikasi yang bermakna serta mempamerkan daya intuisi/gerak hati. KOMPETENSI GLOBAL 6C
PEMIKIRAN KRITIS (CRITICAL THINKING) Dimensi yang ketiga adalah pembinaan ilmu secara kolaboratif apabila murid (pelajar) secara kolaboratif, membina idea bagi menghasilkan pengetahuan baharu, bekerjasama secara sinergi dalam mencetuskan idea bernas dengan menggunakan alatan digital secara berkesan. Murid berfikir dan bekerjasam melalui perkongsian pemikiran intuitif dalam menghasilkan pengetahuan baharu. Bagi dimensi keempat adalah pembinaan ilmu yang bermakna dimana murid membuat interpretasi, menganalisis, menilai maklumat membuat perkaitan bermakna merentasi dua disiplin ilmu seterusnya mahir membuat penaakulan dan mempunyai pemikiran kritis yang mantap dalam membina pengetahuan bermakna. Dimensi kelima adalah menguji, membuat refleksi dan melaksanakan tindakan berasaskan idea dalam dunia sebenar. Pada tahap ini murid membentuk pengetahuan baharu dengan cara sendiri dalam konteks khusus serta mengaplikasi dalam cabaran/masalah dunia sebenar,murid juga terlibat membangunkan pelan perancangan dan prototaip serta menguji dalam dunia sebenar serta mengenal pasti proses yang amat berkesan untuk menilai idea bagi mengaplikasi kreativiti dalam konteks baharu. Dimensi terakhir adalah pemanfaatan digital iaitu (pelajar) memperdalamkan pemikiran kritis dengan menggunakan elemen digital untuk mengaplikasikan pengetahuan baharu. Murid(pelajar)menghasilkan sendiri alatan digital dan menerangkan bagaimana elemen meningkatkan pemikiran kritis. Akhirnya murid (pelajar)mahir menggunakan elemen digital digital untuk meningkatkan kualiti dan nilai pemikiran kritis serta mengaplikasikannya ke dalam konteks baharu dan berbeza. KOMPETENSI GLOBAL 6C