BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
Bidang Tugas Jawatankuasa Makmal Komputer
1. Menyelaras penggunaan komputer
2. Mengadakan kursus dalam berkaitan dengan penggunaan komputer
3. Berusaha mewujudkan Kelab Komputer Sekolah.
4. Melakukan kerja rawat pulih komputer.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang
belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian
sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan
kebangsaan.
Menyedari hakikat mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang,suatu bentuk program yang
terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara pelajar untuk
menghasilkan impak yang maksima.Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan
pelajar,bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna sebagaimana yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan :
2.1: Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2: Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3: Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri.
3.0 DASAR
3.1: Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua aspek pengetahuan,kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi diri dalam diri pelajar dari aspek
jasmani,rohani,mantel dan emosi .
3.2: Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan.
3.3: Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.4: Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5: Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
Program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah
diberikan keutamaan.
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 51
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
4.0 MESYUARAT
4.1: Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat ( 4 ) kali setahun
mengikut standard piawaian jabatan pelajaran bagi membincangkan pengurusan dan
pelaksanaan,masalah dan isu kurikulum di sekolah.
4.2: Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan di dalam Buku
Pengurusan Kualiti SPSK
4.3: Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 3 kali setahun dan minit mesyuarat
mestilah disediakan dalam tempoh seminggu.
4.3: Surat Panggilan Mesyuarat haruslah diedarkan kepada guru 3 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.4: Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam Mesyuarat Panitia
dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.
4.5: Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
Pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Pihak Pentadbiran Sekolah beserta
Ketua-ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
5.1: Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .
5.2: Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat
adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua
panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling
bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk
memperbaiki kecekapan dan keberkesana pengajaran.
5.3: Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam
pengurusan prestasi mata pelajaran.
5.4: Semua panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi pengajaran
yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar untuk
belajar dengan lebih baik.
5.5: Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh SATU minggu selepas mesyuarat
kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir sebagai penasihat. Satu
salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Guru Besar/Penolong Kanan
melalui Setiausaha Kurikulum.
5.8: Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan
mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan panitia sambil diselia oleh
ketua panitia.
6.0 SISTEM FAIL
6.1: Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha.
6.2: Semua fail panitia diletakkan di Bahagian Pentadbiran Sekolah (Fail Rasmi – putih).
6.3: Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam almari khas mestilah di bawah
pengetahuan dan mendapat keizinan pihak pentadbiran sekolah.
7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
7.1: Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3 ) - Sembilan ( 9 ) Mata Pelajaran.
7.2: Tahun 4 dan 5 -sebelas ( 11 ) Mata Pelajaran
7.3: Tahun 6 –dua belas (12) Mata Pelajaran
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 52
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
8.0. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
8.1: Standard Pembelajaran ( SP ),Huraian Sukatan Pelajaran ( HSP ),Rancangan Pelajaran Tahunan (
RPT ) dan Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah
Sentiasa dirujuk oleh setiap guru apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
8.2: Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah
diperoleh dan disimpan oleh setiap guru.
8.3: Satu salinan SP,HSP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia.
8.4: Guru mestilah dapat menghayati ,mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif
mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga
mempraktikkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,dengan itu setiap
guru harus mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-mata pelajaran yang
diajar.
8.5: Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang
telah disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .
8.6: Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah
mengikut format yang telah ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia bagi mata pelajaran
masing-masing atau paling minimina mengikut pekeliling yang ditetapkan.
8.7: Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian di dalam Buku Rekod
Mengajar sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Buku Rekod
Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
8.8: Ruangan impak haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap
pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan
pada masa hadapan.
8.9: Buku Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari Jumaat
persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan.
8.10: Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.
8.11: Setiap guru mestilah menghabiskan Sukatan Pelajaran sebelum bulan Oktober setiap tahun.
8.12: PAK21 – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada student centered /
berpusatkan murid dan menggunakan BBM serta kemudahan ICT yang disediakan. Kualiti
pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah
terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staf.
9.0. JADUAL WAKTU
9.1: Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
9.2: Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
9.3: Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
9.4: Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.
9.5: Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu
9.6: Kelas Komputer untuk mata pelajaran teras diwujudkan setiap minggu dan jadual penggunaan
makmal komputer turut disediakan.
9.7: Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun
menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti . Guru yang
bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 53
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
Jadual Waktu Ganti tersebut .Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan dijalankan oleh guru
ganti yang terpilih.
9.8: Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Pihak
Pentadbir Sekolah.
9.9: Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas Bilik-bilik
Khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap. Satu salinan jadual mestilah
diserahkankan kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat.
Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber,
Makmal Komputer,Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup,Surau, Bilik J-Qaf,Bilik Seni ,Bilik
APD dan Pusat Akses.
9.10: Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar dalam
meningkatk ketrampilan dan potensi diri murid-murid. Oleh itu matlamat perancangan
strategik pusat sumber oleh Guru Penyelaras Media mestilah mempunyai halatuju ke arah
tersebut dan semua Guru Penolong Kanan beserta ketua - ketua panitia adalah tertakluk
kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan baik.
10 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
10.1: Penekanan pembelajaran PAK21 yang sentiasa berpusatkan murid
10.2: Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras
dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT).
10.3: Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran
dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT adalah amat digalakkan dan menjadi
keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan
bantuan Bahan Bantu Mengajar yang lain.
10.4: Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras
dengan dasar baru Kementerian Pelajaran iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu
danMemantapkan Bahasa Inggeris.
10.5: Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru,seterusnya meningkatkan ketrampilan
murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini
adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .
10.6: Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran ,
pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .
107: Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan pelbagai kaedah
dan kemahiran berdasarkan aras kebolehan murid. Oleh itu setiap orang guru mestilah
berusaha meningkatkan ketrampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas
secara berterusan.
10.8: Guru matapelajaran dan ketua panitia mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata
pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat
tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata
pelajaran’ mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .
10.9: Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pembelajaran
Di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan.
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 54
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
10.10: Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya
membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan
budaya cintakan ilmu.Murid-murid juga digalakkan belajar melalui Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS ).
10.11: Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan- soalan bercapah ataupun
KBAT.
11.0 GURU GANTI
11.1: Mana-mana guru yang berkursus,bercuti sakit atau diluluskan untuk Cuti Rehat Khas perlu
memaklumkan kepada Guru Besar atau pihak pentadbiran sekolah lebih awal untul disediakan
guru ganti bagi kelas guru tersebut.
11.2: Guru yang dipanggil berkursus perlu menyediakan bahan pengajaran untuk kelas yang
ditinggalkan.
11.3: Guru yang terpilih menggantikan kelas haruslah masuk ke kelas seperti yang telah diarahkan.
12.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
12.1: Ujian Pengesanan/Penilaian - 3 kali setahun
12.2: Merekodkan pencapaian murid dalam Pentaksiran Sekolah (PS) - 2 kali setahun
12.3: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – Sepanjang Tahun
12.3: Semua urusan peperiksaan yang dijalankan haruslah menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan
12.4: Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang
ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
12.5: Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat
serta penekanan kepada penilaian formatif.
12.6: Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan
mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil
02/2008 –pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan
dan ujian seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tahun,format
peperiksaan,jadual pengawasan,rekod markah,syarat lulus,jadual spesifikasi ujian,’content skill’
dan post mortem peperiksaan menggunakan program yang telah ditetapkan .
12.7: Jawatankuasa Penilaian /Pentaksiran dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data
yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi
peperiksaan awam.
12.8: Format Peperiksaan
12.8.1: Ujian Pengesanan – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.2: PS/PBD – Mengikut kesesuaian tajuk yang telah diajar.
12.8.3: Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
12.8.4: Format – Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam bagi murid-murid tahap 2 iaitu
tahun 4,5,dan 6
12.8.5: Untuk murid Tahap peperiksaan dan penilaian tidak diwajibkan peperiksaan tetapi boleh
diadakan bergantung kepada keperluan sekolah
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 55
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
12.9 Jadual Pengawasan
12.9.1: Ujian diadakan serentak selama 4 hari seminggu bagi semua tahun.
12.9.2: Jadual pengawasan disediakan oleh pihak Jawatankuasa Peperiksaan dan penilaian sekolah.
12.9.3: Masa : mengikut keperluan peperiksaan awam.
12.10 Rekod Markah
12.10.1: Markah Peperiksaan perlu dimasukkan dalam komputer melalui sistem SAPS.
12.10.2: Markah hendaklah disiapkan dalam sistem SAPS dalam tempoh dua minggu
selepas Peperiksaan.
12.10.3: Laporan prestasi mata pelajaran murid-murid diserahkan kepada ibu bapa untuk
ditandatangani dan perbincangan tentang prestasi mata pelajaran murid-murid diadakan
semasa Hari Terbuka Sekolah yang dijalankan selepas peperiksaan.
12.11 Gred Pencapaian
12.11.1: Semua murid ( Tahun 1 hingga 6 ) - mengikut keputusan jawatankuasa Kurikulum dan gred
yang telah ditetapkan iaitu:
80 - 100 markah : Gred A
65 - 79 markah : Gred B
50 - 64 markah : Gred C
49 - 40 markah : Gred D
0 - 39 markah : Gred E
12.12 Jadual Spesifikasi Ujian
12.12.1: Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta menyediakan JSU mengikut
Tahap kesukaran yang logik untuk para pelajar.
12.12.2: JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada ujian berikutnya.
12.12.3: Bagi soalan objektif,analisis item mesti disediakan setiap kali selepas ujian / peperiksaan.
12.12.4: Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum
dicetak.
12.13 Post- mortem Untuk Peperiksaan
12.13.1: Post Mortem secara bertulis harus disediakan oleh Ketua Panitia bagi mata pelajaran
masing- masing setiap kali peperiksaan dijalankan.
12.13.2: Kekuatan dan kelemahan soalan mahupun masalah murid-murid hendaklah dikenal pasti
bagi tujuan pemulihan dan pengukuhan.
13.0 PEMANTAUAN
13.1: Pengajaran dan Pembelajaran
13.1.1: Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam
setahun secara rasmi/berfokus.
13.1.2: Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual
barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan mencerap PdPc
13.1.3: Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan
Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan. Oleh itu adalah
penting guru tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement
berdasarkan observation ’ supaya penambaikan boleh berlaku.
13.1.4: Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun
oleh guru-guru penolong kanan.
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 56
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
13.1.5: Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan
Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.1.6: Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh
pihak pentadbiran sekolah.
13.1.7: Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap
pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh
Guru Besar untuk dimaklumkan dalam Mesyuarat Kurikulum Sekolah seterusnya
diperbincangkan dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .
13.1.8: Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan atau oleh Ketua -ketua
Panitia.Manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
13.1.9: Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerap untuk menetapkan tarikh dan masa yang
sesuai untuk dicerap.
13.2: Pengurusan Panitia
13.2.1: Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Pentadbiran.
13.2.2: Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
13.2.3: Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat.
13.2.4: Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik,Pelan Taktikal,dan Pelan Operasi.
13.2.5: Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun berdasarkan
TOV,ETR dan headcount murid.
13.2.6: Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan PCG secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
13.4 Bilik-bilik Khas
13.4.1: Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
Berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
13.4.2: Penyeliaan adalah untuk bilik-bilik seperti berikut :
Bilik Mesyuarat
Pusat Sumber
Bilik Guru
Stor-stor yang telah dikhaskan
Bilik J-Qaf
Surau
Pusat Akses
Makmal Komputer
Bilik SPBT
Bengkel RBT
Makmal Sains
Bilik Bahan Bantu Mengajar
13.4.3: Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa bilik-bilik khas ini mestilah
diwujudkan.
13.4.4: Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 57
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
13.5 Jawatankuasa Pemantauan
13.5.1: Guru Besar.
13.5.2: Guru-guru Penolong Kanan.
13.5.3: Ketua Panitia dan Penyelaras yang dilantik
13.6 Penyediaan Buku Latihan Murid
13.6.1: Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun bagi
memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
13.6.2: Semua guru akan menyerahkan semua buku murid mengikut jumlah bilangan murid di dalam
setiap kelas yang diajar untuk semakan pihak pentadbiran sekolah.
13.6.3: Semua Penolong Kanan akan menyerahkan buku latihan murid mengikut kelas yang diajar
kepada Guru Besar untuk semakan.
14.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA
14.1: Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah.
Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bahan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran dengan mengisi borang Nota Minta.
14.2: Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut
Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
14.3: 5-10% peruntukan untuk tahun semasa perlu direzab untuk pembelian BBM bagi
kegunaan awal tahun berikutnya.
14.4: Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.
15.0 BUKU TEKS,BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN
15.1: Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan
guru-guru bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran.Maklumat dan
pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar.
15.2: Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks dan
mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.
15.3: Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru
bertanggungjawab dan dibantu oleh Pengawas SPBT.
15.4: Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun
sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik
darjah.Guru mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan
disemak mengikut tempoh yang telah ditetapkan .
15.5: Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau guru
terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan.Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah
dibincangkan dalam mesyuarat panitia .
15.6: Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 58
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
16.0 LATIHAN MINIMUM
16.1: Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan
dalam topik-topik yang diajar. Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan
oleh semua murid dan disemak oleh semua guru matapelajaran.
16.2: Jumlah latihan minimum mata pelajaran telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat
panitia pertama setiap tahun.
16.3: Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana dan tinggi
mengikut tahap kebolehan murid-murid.
17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN
17.1: PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris untuk Program NILAM.
17.2: Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa
murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan
pelajaran.
17.3: Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu
untuk tempoh 6 bulan pertama persekolahan dan oleh guru-guru Bahasa Inggeris untuk 6 bulan
berikutnya.
17.4: Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
secara bergilir-gilir.
17.5: Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan
kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .
17.6: Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
18.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
18.1: Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dibuat
berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah perlulah menyokong
sepenuhnya semua program peningkatan akademik yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
ketrampilan diri serta sahsiah murid.
18.2: Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik merupakan nadi yang membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik di peringkat sekolah.
18.3: Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah dapat membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik mata pelajaran ,menajamkan kemahiran
berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai,dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi murid-murid terutamanya melalui penulisan,meningkatkan
penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan,meningkatkan motivasi dan minat murid-
murid untuk terus belajar .
18.4: Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pada
masa yang sama dapat meningkatkan ketrampilan diri murid-murid.Dilaksanakan sepanjang
tahun dengan bimbingan guru.Manakala program jangka pendek adalah program-program
yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan
awam yang lebih berfokus kepada latihtubi,pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’
juga ’practice make permanent ’.
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 59
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
18.5: Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan keberkesanan dan
kelancaran Program Kecemerlangan Akademik .
18.6: Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan
dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.
18.7: Semua program utama yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan keperluan panitia.
18.8: Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang
ke arah kecemerlangan murid.
18.9: Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi yang akan membantu semua Panitia
dalam merancang dan melaksana program peningkatan akademik.
18.10:Penglibatan HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan dan
kelancaran Program Peningkatan Akademik.
19.0 PERKEMBANGAN STAF
19.1: Kursus Dalaman
19.1.1: Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar /
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit
curai.
19.1.2: Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara
Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
19.1.3: Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.
19.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi
19.2.1: Dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap kakitangan awam
wajib menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun.Dirancang mengikut
permintaan guru berdasarkan keperluan.
19.2.2: Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk
mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
19.2.3: Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru.
19.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
19.3.1: Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan.
19.3.2: Disimpan untuk rujukan panitia.
20.0 KAJIAN TINDAKAN
20.1: Semua Panitia mata pelajaran diwajib membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
20.2: Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah.
22.0 TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN
22.1: UPSR - Semua Melepasi Tahap Minimun setiap mata pelajaran ( Sekurang-kurangnya dengan
pangkat D )
22.2: Sasaran 3 orang murid untuk pencapaian 6A dalam UPSR 2019.
22.3: Peperiksaan Dalaman – semua murid Melepasi Tahap Minimun (MTM) setiap mata pelajaran.
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 60
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
23.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
23.1: Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Daerah,
Negeri dan Kebangsaan.
23.2: Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah.
24.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
24.1: Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku keperluan pendidikan
negara .
24.2: Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan pentadbir melalui
mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 61
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
JADUAL PENCERAPAN PdPc GURU SK BUKIT BOTA 2022
BIL NAMA GURU JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT
1 EN FUZIL BIN NAWAWI 14 3 3 143 3 4 1
2 PN SABARIZA BT ISMAIL 21 4 4 214 4 1 2
3 EN NORMAN ISKANDAR BIN OSMAN 32 1 1 321 1 2 3
4 EN MOHD NOOR BIN YUSOFF 43 2 1 432 1 3 4
5 EN MUHAMMAD AMRU 14 3 2 143 2 4 1
6 EN SHARUL LIZAM BIN OMAR 21 4 3 214 3 2 1
7 EN NORAZMAN BIN MOHD NOR 32 1 4 321 4 2 3
8 CIK CW NORJAMI’AH BT CW A TAJUDDIN 43 2 1 432 1 3 4
9 EN NIK LUKMAN BIN NIK YAAKOB 14 3 2 143 2 4 1
10 EN MAT JAIH BIN AWANG LATEH 21 4 3 214 3 1 2
11 PN ZURIYATI BT ZAIHUDIN 32 1 4 321 4 2 3
12 PN NOR RUSITAH BT AHMAD 43 2 1 432 1 3 4
13 PN NORHANA BT MAMAT 21 4 3 214 3 1 2
14 PN RUSNANI BT HASSAN 32 1 4 321 4 2 3
15 CIK ENGKU AISHATUL RUHI BT ENGKU ARIFF 43 2 1 432 1 3 4
16 PN ROSLIZAWATI ZAKARIA 14 3 2 143 2 4 1
17 PN NOOR SHIELA BT YUSOFF 21 4 3 214 3 1 2
18 PN MAZIAH BT ZAKARIA 32 1 4 321 4 2 3
19 PN SITI FATIMAH 43 2 1 432 1 3 4
20 PN ZAKIAH BT MD ZAIN 21 4 3 214 3 1 2
21 PN NURBAIDURA BT HASIM 32 1 4 321 4 2 3
22 PN ZUNAIDAH BT SULONG 43 2 1 432 1 3 4
23 EN MOHAMMAD HAZRI NUR BIN HASSAN 14 3 2 143 2 4 1
24 PN FARIZAN BT NUJI 21 4 3 214 3 1 2
25 PN SITI NURUL HIDAYAH BT YAACOB 3
32 1 4 321 4 2 4
26 PN NORHAYATI BT MD ZAIN @ ALI 43 2 1 432 1 3 1
27 CIK ZURAIDAH BT MOHD NAFIAH 14 3 2 143 2 4
28 PN NORMAWATI BT LUDIN
*Tertakluk pada pindaan
Catatan : 1. GURU BESAR
2. GPK PENTADBIRAN
3. GPK HEM
4. GPK KOKURIKULUM
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 62
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
JADUAL PEMERIKSAAN BUKU TULIS/AKTIVITI MURID 2022
PEMERIKSA
BIL SUBJEK TEMPOH/
TARIKH
GB GPK 1 GPK HEM GPK KO K. PANITIA
THN 5,6 THN 1,2 23 MEI
1 B. MALAYSIA THN 3,4 THN 5,6 THN 3,4 THN 3,4 THN 1,2 HINGGA
THN 5,6 THN 1,2 27 MEI
2 B. INGGERIS THN 3,4 THN 5 THN 4 THN 1,2
THN 5,6 THN 1,2 THN 4,5 THN 1,2 2022
3 MATEMATIK THN 5,6 THN 6 THN 4 THN 3
THN 3,4 THN 6 30 MEI
4 SAINS/DST THN 1,2 HINGGA
THN 5 03 JUN
5 P. ISLAM/ MORAL THN 3,4
2022
6 SEJARAH
7 PJ/PK THN 5,6
8 RBT/TMK
9 MUZIK/PKs THN 6
BIL SUBJEK PEMERIKSA TEMPOH/
TARIKH
GB GPK 1 GPK HEM GPK KO K. PANITIA
THN 5,6 12 SEP
1 B. MALAYSIA THN 3,4 THN 3,4 THN1,2 THN 4,5 HINGGA
THN 1,2 THN 3 16 SEP
2 B. INGGERIS THN 5,6 THN 1,2 THN 3,4 THN 5,6
THN 5,6 THN 5,6 2022
3 MATEMATIK THN 1,2 THN 4 THN 1,2 THN 5
THN 1,2 THN 6 THN 6 19 SEP
4 SAINS/DST THN 3,4 THN 3,4 HINGGA
5 P. ISLAM/ MORAL THN 3,4 THN 6 23 SEP
6 SEJARAH
2022
7 PJ/PK THN 3,4
8 RBT/TMK
9 MUZIK/PKs THN 5 THN 4 THN 2,1
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 63
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
ANALISA PENCAPAIAN MATAPELAJARAN UPSR
TAHUN 2005 – 2019
BIL TAHUN MSMP 6A 5A 4A GPS
1 2005 (66) 51 / 89.8 % 10 / 15.15% 08 / 12.12 % 1.89
2 2006 (58) 48 / 82.80% 3 06 / 10.30% 06 / 10.30% 2.14
3 2007 (66) 55 / 83.08 % 0 18 / 27.30% 08 / 12.12% 1.83
4 2008 (46) 34 / 73.09% 1/3% 12 / 26.10% 03 / 06.50% 2.03
5 2009 (57) 43 / 75.04% 2/5% 12 / 21.05% 07 / 12.28% 1.94
6 2010 (60) 51 / 85.00% 09 / 15.00% 11 / 18.33% 1.83
7 2011 (46) 36 / 78.26% 08 / 17.39% 11 / 23.91% 1.98
8 2012 (54) 40 / 74.07% 04 / 07.40% 07 / 12.96% 2.09
9 2013 (35) 21 / 60.00% 05 / 14.28% 03/ 08.57% 2.29
10 2014(37) 32 / 86.49% 04 / 10.81% 06 / 16.21% 1.83
11 2015(34) 35 / 85.71% 07 / 20.00% 04 / 11.42% 1.94
12 2016(41) 29/70.33% 02 / 7.32% 2.69
13 2017(36) 25 / 69.44% -
14 2018 (33) 27/81.81% 0 2 / 5.55% 2.47
15 2019(38) 37/97.4% 5/15.15% 2.14
16 2020(38) COVID 19 0
4/11% 3/8%
BIL M/PELAJARAN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN
2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
%% %%%%%%%%
1 B.M(PEM) 98.5 93.1 97 100 94.7 100 95.65 96.3 94.3% 100 %
2 B.M(PEN) 92.4 94.9 97 91.3 93.0 96.7 89.13 88.9 91.4% 91.9%
3 B.INGGERIS 90.9 86.2 89.4 78.3 80.7 86.7 78.26 77.8 60.0% 89.2%
4 MATEMATIK 93.9 87.9 92.4 84.8 93.0 100 89.13 94.4 80.0% 100 %
5 SAINS 95.5 91.4 86.4 87.0 89.5 100 89.13 94.4 88.6% 94.6 %
BIL M/PELAJARAN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN
2015 2016 2017 2018 2019 2020 2021 2022 2023 2024
%%%%%%%%%%
1 B.M(PEM) 94.2% 97.56% 94.4 93.94 100
2 B.M(PEN) 97.1% 97.56% 94.4 100 97.4
3 B.INGGERIS(PM) 85.7% 78.05% 88.9 87.88 100
B.INGGERIS(PN) 73.17% 75.0 90.91 97.4
4 MATEMATIK 91.4% 73.17% 80.6 87.88 100
5 SAINS 91.4% 100% 94.4 100 100
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 64
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
TAKWIM PERANCANGAN UNIT KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
BIL BIDANG PERKARA TARIKH TINDAKAN
1 Kurikulum Mesyuarat Kurikulum Bil 1 23 Feb 2022 (Rabu) PK1/SU
Mesyuarat Kurikulum Bil 2 06 Jul 2022 (Rabu) PK1/SU
2. Pusat Sumber Mesyuarat Kurikulum Bil 3 25 Okt 2022 (Selasa) PK1/SU
3. Mesyuarat Kurikulum Bil 4 15 Feb 2023 (Rabu) PK1/SU
4. Mesyuarat Panitia Bil 1 28 Mac – 1 April 2022 KP
5. Kecemerlangan Mesyuarat Panitia Bil 2 18 – 22 Jul 2022 KP
Mesyuarat Panitia Bil 3 31 Okt – 03 Nov 2022 KP
Akademik Penilaian Kendiri PdPc Mac 2022 Semua Guru
Pencerapan PdPc Standard 4 Fasa 18 – 22 April 2022 GB/PK
1
Pencerapan PdPc Standard 4 Fasa 29 Ogos – 2 Sep 2022 GB/PK
2
Pemantauan berkala Sepanjang tahun GB/PK
Program PLC April 2022 – Jan 2023 PK1/JK
Bengkel KBAT/GC 26 Jan 2022 (Rabu) PK1/JK
Bengkel Pembelajaran PAK21 18 Mei 2022 PK1/JK
Ujian Penilaian dan peperiksaan TOV: Feb 2022 PK1
P1 : 30 Mei – 03 Jun 2022 SU PBD
Pentaksiran Sekolah (PS)/ P2 : 14 Nov –18 Nov 2022 JK
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Feb 2022-Feb 2023 PK1
Orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah Pentaksir
Feb 2022 Guru Tahun 1
Minggu Transisi Guru Pra
Program GOOGLE CLASSROOM Feb-Mac 2022 Sekolah
Pemilihan Tokoh Nilam Sepanjang tahun Guru Tahun 1
Program Membaca September Guru ICT
Program CEFR Feb-Disember GPM
Kem Bestari Solat,Pemulihan Jawi Feb-Disember GPM
dan khatam Al-Quran Sepanjang Tahun KP BI
Kelas Intensif (Tahun 1) KP PAI
Pemulihan BM & Matematik Feb - Sept
Guru BM thn
1
Guru Math
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 65
BUKU PENGURUSAN KURIKULUM SK BUKIT BOTA 2022
MENGUASAI ASAS BAHASA Feb - Disember KP Panitia :
(MAB) BM
Aktiviti Waktu Pagi (15 minit) BI
SC
PROGRAM BIJAK SIFIR Feb - Disember KP Panitia :
Mate
PROGRAM ASPIRE TO INSPIRE Feb - Disember KP Panitia :
- Pada Waktu Rehat : BM
- Shahiba BI
- Scarabble SN
- Pidato
- Pantun
Membina Kecemerlangan Menyeluruh 66