The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-54157834, 2021-07-10 10:29:19

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

PSS SK BUKIT BOTA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA



Tarikh 10 Zulhijjah dalam kalendar islam mempunyai makna yang cukup besar buat seluruh umat Islam
di dunia ini dimana Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban disambut oleh semua muslim.

❑ Di samping itu, perayaan ini turut dikenali sebagai Hari Raya Haji sempena umat islam yang sedang

menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.

❑ Bersempena dengan perayaan tersebut, umat islam akan melakukan ibadat korban bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim

a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat
kepada perintah Allah. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah SWT sebagaimana firman Allah s.w.t dalam
surah As-Saffat, ayat ke -102.

❑ Rentetan dari peristiwa itu, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat islam menyembelih binatang al-an’am atau

binatang berkaki empat serta jinak seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun hijrah.
Tarikh-tarikh tersebut juga dikenali sebagai Hari Tasyrik yang diharamkan untuk berpuasa bagi umat Islam.

❑ Binatang-bintang korban akan diagihkan kepada golongan-golongan yang berhak seperti orang miskin, anak yatim, orang islam yang

sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

❑ Ibadat korban bertujuan untuk mengikis kelekaan umat Islam terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai

harta duniawi atau kesanggupan mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan
keredaan Allah SWT. SELAMAT MENJALANI IBADAT KORBAN!



PERISTIWA PERTAMA

❑ Kisah Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi

Ibrahim agar meninggalkan mereka di satu Kawasan padang pasir yang tandus.

PERISTIWA KEDUA

❑ Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s.
Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi
Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.
Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

❑ “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu?

❑ Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang
sabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan
mukanya di atas tompok tanah. (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami).

❑ Lantas Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas
orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

❑ Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta kami kekalkan
baginya (nama yang harum) di kalang
an orang-orang yang datang terkemudian.” – Surah al-Soffaat: 101-108.

KISAH PENGORBANAN NABI IBRHIM A.S

PERISTIWA KETIGA

❑ Pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua Nabi Allah yang mulia ini.
Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan
anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang
pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh.

❑ Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini
mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk
melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

❑ ‘Dan (ingatlah), ketika kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman.
Jadikanlah sebahagian makam Ibrahim tempat solat.’

PEMBINAAN SEMULA KAABAH

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

KEPADA,
SEMUA GURU-GURU,

IBU-BAPA
& MURID MURID….
MAAF ZAHIR BATIN


Click to View FlipBook Version