PERKHIDMATAN B M BIAR ESIN EKERJA
MESIN AIR LAYAN DIRI U ANTUK nda
58, Jln SG 4/5, Taman Sri Gombak
68100 Batu Caves
SELANGOR DARUL EHSAN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kepada :
Pihak Pengurusan Kumpulan MTD
1, Jalan Batu Caves
68100 Batu Caves
SELANGOR DARUL EHSAN
u.p. : Khairil Hazman Bin Mohd Tarmidzi 27 Julai, 2021
Tuan,
SURAT MINAT BAGI MENEMPATKAN PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
Merujuk kepada perkara diatas,
1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami amat berminat untuk menempatkan perkhidmatan Mesin Air Layan Diri berjenama FUJI 30
slot di Menara MTD.
2. Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan penempatan mesin air layan diri ini. Bersama-sama
ini, kami lampirkan terma dan syarat perkhidmatan yang kami tawarkan sebaik sahaja perkhidmatan mesin air layan diri ini telah
ditempatkan ditempat tuan bagi rujukan dan tindakan pihak tuan :
a) Kadar sewa bulanan yang akan dibayar oleh pihak kami kepada pihak MTD Capital Berhad bagi 1 unit Mesin Air Layan Diri adalah
sebanyak RM 150.00 sebulan.
b) Pihak MTD Capital Berhad berhak untuk membatalkan perkhidmatan Mesin Air Layan Diri daripada pihak kami sekiranya kadar sewaan
yang telah ditetapkan gagal dilunaskan.
c) Pihak kami bertanggungjawab sepenuhnya keatas sebarang kerosakan yang berlaku terhadap perkhidmatan Mesin Air Layan Diri ini dan
juga termasuk urusan maintenance.
d) Pihak kami berhak untuk mengalih Mesin Air Layan Diri ini pada bila-bila masa daripada pihak MTD Capital Berhad atas sebab-sebab
tertentu seperti hasil kutipan tidak memberangsangkan, vandalisme, kecurian wang ringgit dan sebagainya.
e) Segala hal-hal yang tidak termaktub dalam surat ini akan diselesaikan secara berbincang oleh pihak MTD Capital Berhad dan pihak kami.
Kerjasama dan kelulusan dari pihak tuan, amat kami hargai
Sekian, Terima Kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
…………………………………………
(NOOR AZIZAH BINTI ABDUL AZIZ)
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
PENGENALAN
Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya Noor Azizah binti Abdul Aziz sebagai pemilik individu kepada
mesin air layan diri.
Saya telah menjalankan perniagaan mesin air layan diri ini hampir 2 tahun. Perniagaan saya bermula di Kolej
Bersepadu beralamat di Taman Sri Rampai Kuala Lumpur dan di dobi layan diri bertempat di Selayang.
Pembelian melalui mesin air layan diri ini dapat menjimatkan masa serta dapat memudahkan pengguna tanpa perlu ke
kedai kerana semuanya diuruskan oleh mesin itu sendiri. Harga produk yang ditawarkan juga amat berpatutan.
Saya berminat dan ingin menempatkan mesin ini di Menara MTD demi memudahkan pekerja-pekerja menikmati
produk yang ditawarkan dengan kadar segera.
Bersama ini saya lampirkan aspek teknikal berkenaan mesin air layan diri 30 slot keluaran Fuji untuk segmen produk
sejuk.
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
JENIS MESIN
Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai jenis dan jenama di pasaran pada ketika ini. Untuk Menara MTD,
kami ingin menempatkan mesin air layan diri berjenama FUJI. Produk ini didatangkan dari negara Jepun, pengeluar
utama dan terbesar mesin air layan diri dan penggunaannya amat popular dan meluas di negara tersebut.
Mesin Fuji ini merupakan mesin air layan diri yang terawal diperkenalkan di Jepun dan setelah itu baru timbul produk
berjenama lain.
Kami akan menempatkan mesin air layan diri Fuji berkapasiti 30 slot yang boleh menyediakan 30 jenis air minuman
pelbagai perisa sama ada dalam bentuk tin atau botol.
Dari segi kelebihannya pula, mesin ini tahan lasak dari segi mekanikal, penyelenggaraan yang mudah dan lebih penting
lagi ia menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, walaupun beroperasi selama 24 jam.
Dari segi pengisian produk ke dalam mesin ini, kami akan melakukan 2 kali pengisian produk dalam seminggu dan
penyelenggaraan sebulan sekali.
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
JENIS DAN BUTIRAN PRODUK
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
PENGUNAAN ELEKTRIK 24JAM SEHARI Kadar bil elektrik yang perlu dibayar (ikut kadarTNB)
( berdasar jadual kadar tarif TNB dibawah)
Penggunaan :
1 Can Vending Machine 288W digunakan selama 24 jam sehari Table 1: jadual kadar tarif TNB
Pengiraan kWh: 1. 200 kWh pertama (1 - 200 kWh) = (200 *21.8)/100 = RM 43.6
Can Vending Machine : 1 x 288w x 24 Jam =6,912Wh = 7.00 kWh 2. 100 kWh seterusnya (201 – 300KWh) = (10*33.4)/100 = RM 3.34
Jumlah penggunaan kWh dalam sehari adalah = 7.00 kWh Jumlah keseluruhan Kadar bil elektrik yang perlu dibayar bagi sebuah Can Vending Machine
Penggunaan yang sama dilakukan selama sebulan (30 hari) maka dalam masa sebulan adalah RM 46.94
penggunaan adalah : Maka, jumlah bil yang perlu dibayar adalah sebanyak ~ RM 50 /sebulan #
7.00 kWh x 30 hari = 210 kWh
AKCACDOARLASDEWEASAN BULANAN MESIN AIR LAYAN DIRI
Pakej berikut adalah mengikut kadar sewa terkini. Pihak kami menerima sebarang
kadar sewa yang ditetapkan mengikut persetujuan dan kadar keuntungan bulanan.
KADAR BAYARAN SEWA KEPADA PEMILIK TAPAK
1. Sewa tapak bulanan sebanyak RM 100 untuk can vending machine
2. Kadar sewa elektrik dan lain-lain kos sebuah can vending machine (RM 50)
Contoh pengiraan :
1 can vending machine X RM100 : RM 100 (Sewa tapak)
Kadar sewa elektrik dan lain-lain kos : RM 50
Jumlah keseluruhan Sewa Bulanan : RM 150.00
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
JENIS DAN BUTIRAN PRODUK
JENIS MINUMAN TIN HARGA PERBANDINGAN HARGA
KOMPETITIF
AIR MINERAL (500 ml) RM 1.00
FANTA F&N (330 ml) RM 1.00 RM 1.20 – RM 1.50
AIR TIN (300 ml) RM 1.80 RM 1.00 – RM 1.20
SOYA, LAICI, TEBU, CINCAU, TEH RM 2.00 – RM 2.50
BUNGA, TEH LEMON, TEH HIJAU RM 2.60
RM 2.80 – RM 3.00
AIR TIN (240 ml) RM 2.00
KOPI TARIK, PREMIUM KOPI, MILO RM 2.00 RM 2.30 – RM 2.50
AIR TIN PEPSI (320 ml) RM 2.30 – RM 2.50
AIR TIN 100 PLUS (325 ml)
PERKHIDMATAN MESIN AIR LAYAN DIRI
CARA MENGUNAKAN
• Langkah 1 : Sila masukkan duit kertas atau syiling
mengikut pilihan minuman dan harga yang di
sediakan.
• Langkah 2 : Tekan button yang disediakan.
• Langkah 3 : Air yang dipilih akan jatuh ke bawah.
• Langkah 4 : Ambil air tersebut dan sedia untuk
diminum dan baki akan diberikan jika anda
memasukkan lebihan.
Sekian, terima kasih