The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8150559, 2022-10-02 06:04:28

Untitled presentation

Untitled presentation

NAMA : LOW HAOZE
OOI ZHEN YI

KELAS : S46

BOLA BALING

Pengenalan

Bola baling merupakan permainan kategori
seranga yang memerlukan
kepantasan,ketangkasan,fleksibiliti dan tindak
balas segera ketika melakukan serangan dan
bertahan.Permainan ini melibatkan pelbagai
kemahiran asas seperti
menghantar,menerima,mengelecek,mengadang
dan menjaring.

Cara Bermain

1.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan bertujuh.

2.Kedua-dua kumpulan menggunakan formasi serangan yang telah
dipelajari.

3.Kumpulan A memulakan permainan dengan melakukan serangan
manakala Kumpulan B pula bersedia untuk bertahan.

4.Kedua-dua kumpulan menggunakan semua kemahiran asas ketika
menyerang dan membuat keputusan untuk menjaring jika berpeluang.

5.Setiap kumpulan bebas melakukan strategi serangan yang difikirkan
sesuai.Gunakan kreativiti kumpulan anda dalam mencapai kemenangan.

6.Kedua-dua kumpulan bermain dalam situasi permainan sebenar dengan
mengaplikasikan peraturan dan undang-undang permainan bola baling

7.Kumpulan yang mendapat jaringan tertinggi dalam masa yang
ditetapkan dikira sebagai pemenang.

Strategi Menyerang

Strategi Menyerang Secara Individu

a)Serangan posisi

● Seorang penyerang perlu bijak menempatkan diri tempat yang tidak
dikawal oleh pihak lawan dan mudah untuk menerima
hantaran,seterusnya menyusun gerakan taktikal serangan

● Pemain perlu berupaya memecahkan benteng pertahanan daripada
gerakan yang akan dilakukan.

b)serangan melalui gerakan

● Seorang Penyerang perlu bergerak dengan pantas dan tangkas
dalam melakukan gerakan serangan mengikut taktikal pasukan.

● Pergerakan ini mudah bagi mengelirukan pertahanan dan mampu
memecahkan benteng untuk melakukan percubaan ke arah gol pihak
lawan.

c)serangan ke dalam zon serangan

● Pemain yang telah menggerakkan serangan serta sedia untuk melakukan
percubaan perlu memberi tekanan kepada pertahanan lawan dalam zon
serangan.

● Pemain penyerang lain juga perlu melakukan tekanan kepada pemain lawan
lain supaya pertahanan menjadi kucar-kacir(tidak teratur) dan memberi
ruang untuk pemain penyerang melakukan percubaan jaringan.

d)serangan di kawasan enam meter

● Pemain penyerang utama yang merancang strategi menjaring di garisan
enam meter perlu menempatkan diri di ruang kosong pertahanan lawan
supaya serangan dapat dilakukan.

● Apabila pemain penyerang menerima bola di garisan enam meter,penyerang
boleh melakukan pusingan atas kaki bukan dominan( untuk melakukan
percubaan atau melakukan gerakan tiga langkah melepasi pertahanan yang
mengadangnya bagi melakukan percubaan ke gol pasukan lawan.

Strategi Menyerang Secara Berkumpulan

a)Serangan hantaran berpasangan

● Pergerakan serngan ini dilakukan dari bawah secara
berpasangan.

● Hantaran pendek dan tepat kepada pasngan akan
mempercepatkan serangan.

● Hantaran yang panas akan mengelirukan pihak lawan dan
memudahkan jaringan dilakukan.

b)Serangan hantaran selari

● Serangan melalui hantaran selari membolehkan bola dihantar
dalam keadaan selari dengan pemain penyerang.

● Dalam kedudukan selari,dua orang pemain saling bertukar
hantaran ketika melakukan serangan.Serangan ini juga sesuai
dalam situasi tiga lawan dua atau lima lawan empat

c)strategi hantaran silang

● Strategi ini akan mengelirukan pertahanan lawan dan
memberi ruang yang baik untuk melakukan percubaan ke
arah gol.

● Penyerang akan bergerak secara bersilang sama ada
dengan bola atau tanpa bola.

● Hantaran dilakukan secara dekat,pendek dan laju
● Pemain penyerang akan mempunyai peluang apabila

gerakan silangnya sukar dibaca dan percubaan ke arah
gol boleh menghasilkan jaringan.

Strategi Menyerang dalam Situasi Permainan

Kemahiran asas bola baling yang digunakan untuk
menyerang ialah kemahiran
menghantar,menerima,mengelecek dan
menjaring.Kemahiran ini digunakan ketika pasukan
menggerakkan strategi serangan melalui beberpa
formasi yang telah ditetapkan.

Formasi3:3

1.Formasi3:3 merupakan formasi yang seimbang antara bahagian serangan
dengan bertahan.

2.Tiga orang pemain bertindak sebagai penyerang manakala tiga orang
pemain lagi membantu untuk menggerakkan serangan.

3.Tiga orang pemain serangan terdiri daripada sayap kanan(RW),sayap kiri(LW)
dan pemain tengah(CR).

4.Pemain pertahanan yang terdiri daripada pertahanan kiri(LB),pertahanan(RB)
dan pertahanan tengah(CB) akan membantu setiap gerakan serangan dengan
hantaran jauh antara pemain.

5.Formasi ini membuka lebih banyak ruang dalam kawasan sembilan meter dan
memudahkan pergerakan untuk menyerang

6.Pemain penyerang boleh bertukar tempat untuk mengelirukan lawan.

7.Serangan juga boleh dilakukan oleh pemain pertahanan dengan melakukan
larian enam langkah(six steps)untuk mendapatkan jaringan.

Strategi Bertahan

strategi Bertahan Secara Individu

a)Mengawal pemain

● Seorang pemain bertahan perlu mengawal,membayangi dan
memberikan tekanan kepada pemain lawan secara individu dengan
teliti.

● Kawalan yang longgar menyebabkan pemain penyerang lawan dapat
mencari ruang kosong,seterusnya melakukan cubaan ke arah gol.

b)Adangan badan

● Pemain secara individu boleh melakukan adangan badan kepada
mana-mana pemain penyerang lawan.

● Adangan badan bertujuan untuk membataskan pergerakan pemain
pasukan lawan untuk menjaringkan gol.

● Semasa melakukan adangan badan,pemain bertahan tidak boleh
menyentuk mana-mana anggota badan penyerang dengan tangan.

c)Mengadang serangan

● Pemain bertahan boleh merampas bola ketika pemain penyerang melakukan
cubaan ke arah gol.

● Merampas bola dengan bersih dan sah daripada pihak lawan boleh dilakukan
dalam semua kedudukan sama ada dari hadapn,belakang atau sisi.

Strategi bertahan secara berkumpulan

Kemahiran bertahan berkumpulan memerlukan komunikasi dan kerjasama yang
baik supaya tidak dibolosi oleh pihak lawan.Antara strategi bertahan berkumpulan
adalh untuk bertahan mengawal zon dan ketika lontaran percuma.

a)Bertahan mengawal zon

● Terdapat beberapa formasi yang popular digunakan ketika bertahan iaitu
formasi 6:0,5:1,4:2 dan 3:2:1

b)bertahan ketika lontaran percuma

● Lontaran percuma dilakukan di tempat kesalahan berlaku.Pemain pertahanan
perlu berada di kawasan enam meter berhampiran lontaran percuma diambil.

Strategi Bertahan Dalam Situasi Permainan

Formasi6:0

1.Formasi ini meletakkan semua pemain bertahan berada dalam kawasan
enam meter di garisan lengkung.

2.Pemain akan melakukan pertahanan rapat di garisan enam meter untuk
menyukarkan pemain lawan melakukan jaringan.

3.Setiap pemain akan mengawasi seorang pemain lawan yang berada
berhampiran dengannya.

4.Pergerakan pemain semasa bertahan mengikut pergerakan bola tanpa
meninggalkan pengawasan terhadap pemain lawan yang berada
berhampiran dengannya.

5.Formasi ini mngaplikasikan man to man mariking

Formasi bertahan ini menyukarkan penyerang lawan melakukan percubaan
menjaring dri kawasan enam hingga sembilan meter.


Click to View FlipBook Version