The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akmaymad, 2021-10-07 19:31:25

CERPEN TALIA DAN RAKSASA QADQAD

KOMSAS

BAHASA MELAYU


TINGKATAN 2







DESEDAIKAN OLEH :

CIKGU MOHD AZMI BIN DAMANHORI (MAD)

SINOPSIS

TEMA



















Konflik antara manusia dengan alam semula jadi.



Manusia bandar yang rakus dan tamak telah memusnahkan alam semula


jadi demi mengaut keuntungan semata-mata. Hutan belantara ditarah

untuk pembalakan manakala bukit diruntuhkan untuk dijadikan kawasan


perlombongan sehingga memusnahkan habitat flora dan fauna.


Kehidupan orang ash yang aman dan harmoni turut terancam.

PERSOALAN






(a)Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera, akhirnya telah diselamatkan oleh
raksasa tersebut sewaktu perkampungan mereka hendak dimusnahkan oleh Binjah..


(b) Kasih sayang terhadap keluarga.

Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota keluarganya dan sanggup ditembak oleh Binjah semata-mata untuk

menyelamatkan anggota keluarganya.


(c)Sikap tamak segelintir manusia.

Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana hendak melombong di perkampungan orang asli tetapi akhirnya
terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad.


(d) Kesusahan masyarakat orang ash yang tinggal di kawasan pedalaman.

Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen kereta untuk mendapatkan rawatan anaknya, Jini yang sedang sakit

di bandar.


(e)Persahabatan antara manusia dengan haiwan.

Contohnya, sifat Talia yang baik hati dan merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera telah
menyebabkan haiwan tersebut membantu kampungnya daripada dimusnahkan oleh Binjah.

PLOT











a) Permulaan —Talia telah bertembung dengan seekor Raksasa Qadqad


sewaktu bermain di pinggir huma berhampiran dengan hutan di lereng


Bukit Ungu. Talia terlihat seekor binatang aneh yang menyerupai seekor


katak tercedera. Dia telah mengambil pucuk daun dalut untuk merawat

binatang tersebut. Binatang aneh tersebut diberi nama Qadqad oleh


penduduk kampung kerana bunyinya yang menyerupai bunyi seekor


katak.

(b) Perkembangan — Peristiwa Dodo bersama-sama dengan isterinya, Misa

dan anak-anaknya, Talia dan Jini pergi ke stesen kereta api untuk merawat

Jini yang sedang demam di bandar. Di pertengahan jalan, mereka telah

bertembung dengan Sidek, pemandu kereta api dan Binjah yang bertugas

mengawas bijih yang disorong keluar dari bangunan untuk dipindahkan ke


dalam gerabak kereta api. Mereka telah digertak oleh Binjah kerana cuba

menaiki kereta api tersebut secara percuma. Secara tiba-tiba, Binjah dan

pekerja lombong telah diserang oleh Raksasa Qadqad. Binjah berasa hairan

kerana Talia dan keluarganya terselamat daripada serangan tersebut. Sidek

telah menemani Dodo mendapatkan rawatan untuk Jini di hospital.

Kemudian, mereka membuat laporan di balai polis tentang Binjah dai

pengikutnya yang menyerang kampung mereka.

(c) Klimaks — Binjah dan para pengikutnya telah membawa jentera

berat unto memusnahkan perkampungan orang ash tersebut kerana ingin


mengaut hasil buminya. Dodo yang cuba mempertahankan kampung


tersebut telah terkena tembakan pada lengan kirinya yang dilepaskan


oleh Binjah.

(d) Peleraian — Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam


hutan dan telah menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak

pengikutnya yang telah terkorban termasuk Binjah sendiri. Akhirnya,


penduduk di perkampungan orang ash itu terselamat. Selepas peristiwa


itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.

TEKNIK PLOT












TEKNIK CONTOH


Dialog • "Ini bukan demam biasa," kata Dodo. "Kita perlu bawa ke hospital." [hlm. 61]
• "Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad sekarang berleluasa di hutan di seluruh negeri. Kata Tuan

Binjah, sesiapa yang dapat mengawal tanah ungu, pasti kaya-raya!" [hlm. 64




Pemerian Makhluk itu mengerang, mempamerkan taring. Cecair hijau likat meleleh dari lekuk tajam di bahagian

sisi kepalanya, persis luka akibat dilibas gergaj




Imbas kembali • Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang

balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap.
Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem balak menetak mati kesemua yang terperangkap itu.

Tindakannya itulah yang menjerut manusia lain dengan hukuman mati. [hlm. 62]

LATAR


















MASA













TEMPAT MASYARAKAT

Latar Tempat






a) Kawasan Bukit Ungu. Tempat tinggal Talia dan keluarganya serta ahli sukunya.


(b) ) Kawasan hutan Tempat Talia bertemu dengan anak Raksasa Qadqad


berhampiran dengan lereng

Bukit Ungu bersempadan huma


( c ) Rumah Dodo. Tempat Dodo berbincang dengan isterinya, Misa untuk

membawa anak mereka, Jini yang sedang demam ke


hospital.

(d) Stesen kereta api. Tempat Dodo dan keluarganya diherdik oleh Binjah



(e) Kawasan perlombongan. Tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh

Raksasa Qadqad


( f ) Hospital. Tempat Dodo membawa anaknya, Jini mendapatkan


rawatan dan tempat pekerja lombong yang cedera

mendapatkan rawatan.


(f) Balai polis Tempat Sidek membawa Dodo membuat laporan tentang

rancangan Binjah untuk melombong di Bukit Ungu.

LATAR MASA









(a) Waktu siang. Contohnya, Talia berjumpa dengan anak Raksasa


Qadqad yang tercedera pada waktu siang


(b) Waktu tengah hari. Contohnya, penduduk orang asli di Bukit Ungu



dapat mendengar bunyi kereta api datang dan pergi


untuk mengangkut bijih ke bandar.


(c) Tiga hari. Contohnya, Jini mendapat rawatan di hospital


selama tiga hari.



(d) Waktu matahari Contohnya, Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki


tergelincir. ke kawasan Bukit Ungu untuk memastikan bahawa


keadaan di situ sudah selamat.

LATAR MASYARAKAT







(a) Masyarakat orang asli Contohnya, anggota keluarga Talia dan sukunya merupakan


masyarakat orang asli yang berpindah-randah, bertani, dan

tinggal di kawasan hutan.


(b) Masyarakat bandar yang Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan

tamak dan kejam. menghalau orang asli untuk mendapatkan kawasan lombong


di Bukit Ungu.


(c) Masyarakat yang berkonflik Contohnya, Binjah telah menebang balak dengan sesuka hati

dengan alam semula jadi. dan ingin melakukan kerja perlombongan di Bukit Ungu


sehingga mendorong Raksasa Qadqad menyerang mereka.

(d) Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Dodo amat menyayangi anak-anak dan isterinya


sehingga sanggup menerima tembakan untuk menyelamatkan

tempat tinggal mereka.


(e) Masyarakat yang kejam dan Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan


zalim. membakar pondok orang asli yang terletak berhampiran

dengan Bukit Ungu.

WATAK DAN PERWATAKAN











Talia











(a) Seorang budak perempuan kecil keturunan orang asli.


(b) Anak kepada Dodo dan Misa.

(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.


(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.

(e) Seorang yang berani kerana merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.


(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.


(g) Menghormati ibu dan bapanya.

Raksasa Qadqad

















(a) Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.

(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.


(c) Mempunyai taring.

(d) Mampu meloncat tinggi.


(e) Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.


(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.

(g) Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung mereka.


(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.

(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

Dodo























(a) Ayah kepada Talia dan Jini.


(b) Isterinya bernama Misa.


(c) Seorang yang penyayang kerana sanggup mempertahankan keluarga


dan kampungnya daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya.



(d) Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa anaknya yang


sedang demam untuk mendapatkan rawatan di hospital.


(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan anggota


keluarganya.

Binjah




















(a) Seorang saudagar yang tamak kerana cuba

memusnahkan kampung orang asli untuk mendapatkan hasil buminya.


(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup menyerang dan membakar rumah

orang asli.


(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula


jadi.

(d) Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa


Qadqad.

Sidek


(a) Bekerja dengan Binjah.


(b) Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit ke hospital.



(c) Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan rancangan Binjah


yang mahu memusnahkan kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu.


(d) Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba memusnahkan


kampung mereka.








Tuk Sibat



(a)Ketua suku kaum orang asli.


(b)Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah


yang ingin memusnahkan kampungnya.


(c)Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang


mengganggu tempat tinggal sukunya.

GAYA BAHASA





Gaya Bahasa Contoh
(a) ayat pendek. Contohnya, • "Kita ke bandar" ujar Dodo.
• "Nak ke mana?"

(b) Ayat panjang. Contohnya, • Talia sedang bermain sendirian di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu apabila
dia terdengar rengekan ganjil. [hlm. 58]

• Walaupun belum semusim berkampung di situ, semua orang dapat melihat betapa gemuknya padi mereka, seolah-olah
buminya berkhasiat ajaib. [hlm. 60]
(c) Kata Ganda Contohnya,

• "Apa tumpang-tumpang? Kau fakir kereta api ni untuk bersuka ria?" [hlm. 62]
• ... Jentera-jentera berat yang menumbangkan pokok-pokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan. [hlm. 65]

(d) Personifikasi Contohnya,
• ... lingkaran reben hijau kuning itu kembali ditelan hutan belantara. [hlm. 63]
• Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki [hlm. 67]

(e) Inversi • Lewat petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi. [hlm. 61]
• ... Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan mereka ke hospital bersama-sama dengan pekerja lombong yang cedera.

[hlm. 64]
(f) Sinkope Contohnya, • "Kami ada padi saja." • "Kalau begitu, melombong di pinggir hutan saja tanahnya ungu juga," saran
Dodo. [hlm. 64]

• "... Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima arahan itu," ujar Sidek, menyambung cerita. [hlm. 64] •
(g)Repetisi • "Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ..."

• "Tanah. Talia main tanah tadi," sambut Dodo, bingung
(h)Simile Contohnya, • "Gempal macam disumbat air"... • ... bagaikan cincin melingkari gunung

NILAI DAN PENGAJARAN








Nilai Pengajaran Contoh

( a) Baik hati Kita haruslah bersimpati dengan semua Contohnya, Talia menolong dan merawat anak Raksasa

makhluk yang berada di sekeliling kita. Qadqad yang tercedera pada bahagian kepalanya.

(b) Kasih sayang Kita mestilah menyayangi anggota Contohnya, Dodo amat menyayangi keluarganya. Dia
keluarga supaya mereka dapat hidup sanggup bersusah payah menghantar anaknya, Jini ke

dengan selamat dan selesa. hospital yang terletak di bandar untuk mendapatkan

rawatan.

(c) Keberanian. Kita harus berani mempertahankan hak Contohnya, Dodo berani menentang kekejaman Binjah
kita walaupun terpaksa mengorbankan yang ingin merampas kawasan tempat tinggal sukunya.

diri.

(d) Kegigihan. Sebagai ketua yang bertanggungjawab, Contohnya, Tuk Sibat gigih berusaha untuk
kita mestilah mempertahankan hak anak- mempertahankan perkampungan sukunya daripada

anak buah kita daripada dirampas oleh dirampas oleh Binjah.

pihak luar
( e ) Tolong- Kita haruslah memberikan pertolongan Tolong-menolong. Contohnya, Sidek memberikan

menolong. kepada orang yang sedang berada dalam pertolongan kepada keluarga Dodo dengan

kesusahan. menumpangkan mereka pulang dari bandar
menggunakan kereta api yang dipandunya.

TAMAT


Click to View FlipBook Version