The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU1062 A232 KUMPULAN 3 - SKANDAL SRC INTERNATIONAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xiao1026yee, 2024-06-25 08:15:52

MPU1062 A232 KUMPULAN 3 - SKANDAL SRC INTERNATIONAL

MPU1062 A232 KUMPULAN 3 - SKANDAL SRC INTERNATIONAL

Keywords: SRC INTERNATIONAL

NUR ANIS ALISHA BINTI ROZAMAN 297772 AINUL MUSFIROH BINTI ZULKARNI 297789 NUR SOFINA IMAN BINTI MOHD FAUZI 297791 LIM SHIAO YEE 297831 ABDUL MUHAIMIN BIN ROSLI 298003 Skandal SRC International Disediakan untuk SEMESTER A232 DR WAHIDA AYOB Disediakan oleh KUMPULAN 3 MPU1062 INTEGRITI DAN ANTIRASUAH


Isi Kandungan Latar belakang SRC & 1MDB 1 2 Cara penipuan dalam SRC & 1MDB 3 Kesan kes SRC kepada Datuk Seri Najib Kesan kes kepada individu, masyarakat & negara 4 5 Refleksi kumpulan


Tujuan utama SRC International adalah untuk melabur dalam sektor-sektor strategik, terutamanya dalam sumber tenaga antarabangsa. Syarikat ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan yang akan meningkatkan keselamatan tenaga jangka panjang Malaysia dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi. LATAR BELAKANG SRC & 1MDB SRC International Sdn Bhd ditubuhkan pada Januari 2011 sebagai anak syarikat 1MDB, yang merupakan dana pelaburan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia Walaubagaimanapun, SRC International telah terkait dalam kes besar yang melibatkan salah guna dana yang berlaku di Malaysia. Kes ini berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang mencurigakan. 1 Skandal SRC


1MDB 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah syarikat pembangunan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009 dan menjadi terkenal di seluruh dunia kerana skandal kewangan yang melibatkan berbilion ringgit dana yang diselewengkan Objektif utama 1MDB adalah untuk memacu pembangunan ekonomi melalui pelaburan strategik dalam sektor-sektor utama seperti hartanah, tenaga, dan pelaburan antarabangsa. Syarikat ini bertujuan untuk menarik pelaburan asing dan menjana pertumbuhan ekonomi. 2 Skandal SRC


Cara Penipuan SRC International Sdn Bhd 1.Pindahan Dana Tanpa Kelulusan: Dana SRC dipindahkan ke akaun-akaun perantara tanpa melalui proses kelulusan yang sepatutnya. 2. Penggunaan Akaun Perantara: Dana yang dipindahkan ke akaun-akaun perantara ini kemudiannya dihantar ke akaun peribadi individu tertentu. 3. Penyalahgunaan Dana: Dana yang sepatutnya digunakan untuk pelaburan dan pembangunan negara disalahgunakan untuk perbelanjaan peribadi. 4. Manipulasi Rekod Kewangan: Rekod kewangan diubah suai atau dimanipulasi untuk menutup jejak penipuan. 3 Skandal SRC


Cara Penipuan 1MDB 2. Pembelian Aset Palsu: Dana digunakan untuk pembelian aset pada harga yang sengaja dilebihkan. Perbezaan harga ini kemudiannya dipindahkan ke akaun peribadi individu tertentu. Struktur Akaun Luar Pesisir 1. Dana 1MDB dipindahkan ke rangkaian akaun luar pesisir yang kompleks. Struktur ini digunakan untuk mengaburkan asal-usul dan destinasi akhir dana. 4. Penggunaan 'Proxy': Individu atau syarikat 'proxy' menandatangani perjanjian. Proxy ini menyembunyikan penglibatan sebenar individu utama dalam penipuan. 3. Pelaburan Palsu: Dana diumumkan untuk pelaburan yang sebenarnya tidak wujud. Dana ini disalurkan ke akaun peribadi atau syarikat milik individu tertentu. 4 Skandal SRC


KESAN KES SRC (HUKUMAN & DENDA) Kesan kes SRC kepad Datuk Seri Najib iaitu hukuman & denda ialah selepas disabitkan bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram daripada dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC), Datuk Sri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi tiga tuduhan pecah amanah. Jika beliau gagal membayar kepada Ahli Parlimen Pekan atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan, beliau akan dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara. 5 Skandal SRC


KESAN KES SRC (HUKUMAN & DENDA) Selain itu, Mahkamah Tinggi memberikan Najib hukuman penjara 10 tahun untuk tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan Najib dihukum penjara dan denda RM210 juta jika beliau tidak membayar, lima tahun penjara. Hakim memutuskan Najib dipenjara sepuluh tahun untuk setiap tuduhan pengubahan wang haram. Walaupun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, hakim memutuskan bahawa semua hukuman dijalankan serentak. Ini menunjukkan bahawa Najib hanya perlu menjalani 12 tahun di penjara. 6 Skandal SRC


7 Skandal SRC Kesan Kes SRC 1.Individu (Datuk Seri Najib) Dipandang negatif oleh masyarakat. Imej dan nama baik beliau terjejas. Segala bentuk pemilikan harta dan zuriat akan dipersoalkan. Kehilangan jawatan dan dikenakan hukuman seperti penjara dan saman. 2. Masyarkat Kehilangan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan dan pentadbiran negara. Kebajikan sosial masyarakat terjejas akibat penyalahgunaan dana awam RM42 juta yang seharusnya digunakan untuk pembangunan dan kebajikan sosial telah dialihkan untuk kegunaan peribadi. Jurang sosial antara golongan miskin dan kaya diperkukuhkan. Program-program kebajikan sosial yang tidak mendapat dana yang mencukupi boleh mengakibatkan ketidakseimbangan dalam peluang dan akses kepada perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, dan perumahan. 3. Negara Reputasi negara terjejas akibat kes ini telah meninggalkan imej negatif di mata dunia. Ekonomi negara terjejas akibat kehilangan kepercayaan pelabur asing dan kredibiliti negara dalam urusan antarabangsa. serta penurunan mata nilai wang. Mencetuskan perbahasan yang sengit di kalangan ahli politik.


2. Kebimbangan tentang Pengurusan Kewangan: Kes SRC dan 1MDB menimbulkan kebimbangan mengenai pengurusan kewangan di peringkat tertinggi kerajaan Malaysia pada masa itu. Keadaan ini menjejaskan keyakinan pelabur, peniaga, dan rakyat Malaysia sendiri terhadap kemampuan kerajaan dalam memastikan kestabilan ekonomi negara. Refleksi Kumpulan - Pendapat 3. Tugas Pemegang Pejabat Awam: Sebagai pemegang jawatan awam, Dato Seri Najib Abdul Razak dianggap bertanggungjawab untuk kepentingan rakyat dan negara. Penglibatan beliau dalam kes ini menimbulkan persoalan tentang kesetiaan dan komitmen beliau terhadap prinsip integriti dan kepentingan awam. 4. Kesan Terhadap Reputasi Politik: Kes SRC dan 1MDB telah memberi kesan besar kepada reputasi politik Dato Seri Najib Abdul Razak dan parti politiknya. Skandal kewangan ini telah menjadi tumpuan perbincangan awam dan media massa, dan telah menjejaskan sokongan terhadap beliau dan parti politiknya. 5. Proses Undang-undang dan Keadilan: Kes ini juga menunjukkan kepentingan proses undang-undang dan keadilan yang adil dalam menangani kes rasuah dan salah guna kuasa. Adalah penting untuk memastikan proses undang-undang dipatuhi sepenuhnya dan tiada siapa yang terkecuali daripada tanggungjawab undang-undang, tanpa mengira kedudukan politik atau sosial mereka. 8 Skandal SRC 1. Obligasi Pengawasan: Dato Seri Najib Abdul Razak selaku bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia bertanggungjawab memastikan kewangan negara diurus dengan telus dan teliti. Kegagalan untuk melaksanakan pengawasan yang mencukupi ke atas aktiviti kewangan yang berlaku di SRC dan 1MDB menimbulkan persoalan mengenai integriti pentadbirannya.


Refleksi Kumpulan - Kesan kepada etika & moral 1. Ketidakpatuhan Prinsip Integriti: Penglibatan dalam skandal kewangan seperti ini menunjukkan kurangnya pematuhan kepada prinsip integriti dan kejujuran, yang merupakan asas utama tadbir urus yang baik. 9 Skandal SRC 2. Penyalahgunaan Kuasa dan Amanah: 3. Hilang Amanah dan Reputasi: Kes ini menggariskan penyalahgunaan kuasa dan amanah politik bukan sahaja merosakkan institusi, malah mengkhianati kepercayaan rakyat dan mengancam kesaksamaan dalam sistem politik. Tindakan tidak bermoral ini telah menyebabkan hilangnya kepercayaan kepada individu dan parti politik yang terlibat, dan telah merosakkan reputasi politik negara secara keseluruhan.


10 Skandal SRC Refleksi Kumpulan - Harapan Harapan saya untuk masa depan Malaysia ialah kes SRC dan 1MDB menjadi titik permulaan penting dalam pembaharuan institusi dan akauntabiliti kerajaan. Saya berharap kes ini membuka jalan kepada langkah yang lebih berkesan dalam mencegah rasuah, meningkatkan ketelusan, dan memperkasakan institusi kerajaan. Semoga rakan-rakan di Malaysia dapat terus menggalakkan perubahan positif dan menyokong nilai-nilai keadilan dan integriti demi kebaikan bersama negara.


Click to View FlipBook Version