The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

cerita ini berkisahkan tentang persahabatan antara dua orang budak lelaki yang berlainan bangsa. Mereka mulai menjadi sahabat rapat kerana mereka adalah rakan sekelas dan jiran. Mereka turut menjadi inspirasi kepada masyarakat kerana mempunyai sikap perpaduan yang tinggi dalam persahabatan mereka.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ELISYAA BINTI NAMBEROM, 2024-03-15 13:04:09

RAHMAN DAN RAJU

cerita ini berkisahkan tentang persahabatan antara dua orang budak lelaki yang berlainan bangsa. Mereka mulai menjadi sahabat rapat kerana mereka adalah rakan sekelas dan jiran. Mereka turut menjadi inspirasi kepada masyarakat kerana mempunyai sikap perpaduan yang tinggi dalam persahabatan mereka.

Keywords: perpaduan

RAHMAN DAN RAJU BUKU CERITA KANAK-KANAK NUR ELISYAA


kKK 567-857-97352385286-85-82347 AF Cetakan Pertama 2024 Nur Elisyaa binti Namberom Hak Cipta Terpelihara, Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini di dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putra (Kampung Raja, 22200, Besut, Terengganu, Malaysia. Perundingan tertakluk pada perkiraan royalti dan honorarium. Perpustakaan Al-Basuti, IPGKSM “ RAHMAN DAN RAJU “ Dicetak oleh: BM3 ART PUBLISHER No 3 suku, Jalan Keluang, Kota Putra/ Kampung Raja 22200, Besut, Terengganu


RAHMAN DAN RAJU


Di negeri Terengganu, terdapat sebuah bandar kecil yang mempunyai masyarakat sangat mesra dan saling membantu antara satu sama lain. Terdapat dua buah keluarga yang tinggal dalam kejiranan Permata di bandar tersebut. Keluarga itu merupakan keluarga Rahman dan keluarga Raju.


Keluarga Rahman adalah keluarga berbangsa Melayu dan beragama Islam. Keluarga ini telah tinggal di kampung tersebut hampir 20 tahun. Rahman merupakan pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengan Kebangsaan Permata. Rahman sebaya dengan Raju iaitu seorang anak lelaki daripada keluarga berbangsa India.


Pada awal tahun 2024, keluarga Raju baru sahaja berpindah ke kejiranan Permata. Mereka menetap bersebelahan rumah keluarga Rahman. Mereka merupakan keluarga yang menganut agama Hindu. Keluarga Rahman dan keluarga Raju mempunyai banyak perbezaan dari segi agama, bangsa dan tradisi.


Pada mulanya, kedua-dua keluarga itu agak ragu-ragu. Mereka tidak terlalu rapat dengan budaya dan tradisi antara satu sama lain. Lama-kelamaan hubungan mereka menjadi semakin rapat dan mereka mulai mempelajari tradiri dan budaya antara mereka. Hal disebabkan persahabatan Rahman dan Raju yang mula tumbuh kerana mereka adalah rakan sekelas.


Walaupun Rahman dan Raju memiliki banyak perbezaan, mereka juga memiliki kesamaan dari segi minat. Rahman dan Raju mempunyai minat yang sama iaitu minat pada muzik, sukan dan mempunyai sifat suka belajar sesuatu yang baru. Sejak dari itu, persahabatan antara Rahman dan Raju semakin erat kerana mereka sering melakukan sesuatu bersama-sama.


Setiap petang, mereka akan berjumpa dan bermain badminton bersama-sama. Mereka menghabiskan masa lapang bersama-sama serta saling memberikan dorongan satu sama lain dalam menghadapi cabaran hidup. Persahabatan mereka kekal selama bertahun-tahun dan menjadi semakin kukuh. Keluarga mereka turut rapat dan sentiasa berkongsi makanan dan makan bersama-sama.


Keluarga Rahman dan keluarga Raju mulai berbagi makanan tradisional mereka satu sama lain. Keluarga Rahman belajar tentang hidangan kari yang lazat dari keluarga Raju, sementara keluarga Raju mempelajari rendang dan nasi lemak dari keluarga Rahman. Mereka juga mulai mengundang satu sama lain ke hari perayaan seperti perayaan Hari Raya dan Diwali sehingga menjadikan hubungan mereka antara dua keluarga menjadi semakin erat.


Semakin lama, tidak hanya kedua keluarga itu, tetapi seluruh bandar kecil itu juga mulai merasakan semangat perpaduan yang kuat. Mereka belajar menghargai perbezaan antara satu sama lain, sambil memahami bahawa perpaduan adalah kekuatan mereka. Mereka bekerja bersama-sama untuk membangunkan komuniti yang lebih baik, saling membantu dalam pekerjaan, dan merayakan kebahagiaan bersama-sama.


Kisah persahabatan Rahman dan Raju banyak memberi inspirasi kepada orang-orang di sekitar meraka. Mereka membuktikan bahawa persahabatan sejati dapat melampaui segala perbezaan dan keberagamaan adalah sesuatu yang indah juga dapat memperkaya kehidupan seseorang. Dalam persahabatan, salah faham dan konflik itu merupakan perkara biasa, Rahman dan Raju pandai dalam menghargai dan memperkuat ikatan persahabatan mereka.


Oleh sebab itu, persahabatan mereka perlu dicontohi oleh masyarakat. Kisah persahabatan Rahman dan Raju juga menjadi bukti bahawa persahabatan sejati itu wujud jika kedua-duanya mempunyai sifat menerima, menghormati serta mencintai satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan bangsa, agama dan budaya.


PENGAJARAN 1) Kita hendaklah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama. 2) Kita perlulah mengamalkan sikap berkawan tanpa mengira bangsa. 3) KIta mestilah mencontohi sikap Rahman dan Raju yang berkawan rapat walaupun mempunyai banyak perbezaan.


SINOPSIS cerita ini berkisahkan tentang persahabatan antara dua orang budak lelaki yang berlainan bangsa. Mereka mulai menjadi sahabat rapat kerana mereka adalah rakan sekelas dan jiran. Mereka turut menjadi inspirasi kepada masyarakat kerana mempunyai sikap perpaduan yang tinggi dalam persahabatan mereka. Dicetak oleh: BM3 ART PUBLISHER No 3 suku, Jalan Keluang, Kota Putra/ Kampung Raja 22200, Besut, Terengganu


Click to View FlipBook Version