SI MONYET YANG TAMAK DANSUKA MENIPU NUR ELISYAA BUKU CERITA KANAK-KANAK
Hak Cipta Terpelihara, Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini di dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik , fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putra (Kampung Raja, 22200, Besut, Terengganu, Malaysia. Perundingan tertakluk pada perkiraan royalti dan honorarium. . kKK 567-857-97352385286-85-82347 AF Cetakan Pertama 2024 Nur Elisyaa binti Namberom Perpustakaan Al-Basuti, IPGKSM “ SI MONYET YANG TAMAK DAN SUKA MENIPU “ Dicetak oleh: BM3 ART PUBLISHER No 3 suku, Jalan Keluang, Kota Putra/ Kampung Raja 22200, Besut, Terengganu
SI MONYET YANG TAMAK DAN SUKA MENIPU
1 Di dalam sebuah hutan, terdapat sekelompok monyet yang hidup bahagia bersama. Mereka memiliki kehidupan yang gembira dengan makanan yang cukup. Namun, di antara mereka ada seekor monyet yang sangat tamak yang bernama Leo.
Leo seekor monyet yang selalu ingin memiliki lebih banyak makanan daripada monyet yang lain. Dia akan mencuri makanan daripada monyet lain dan sentiasa menipu untuk mendapatkan lebih banyak makanan. 2
Pada suatu hari, Leo terdengar berita tentang terdapat pokok pisang yang mempunyai buah yang banyak dan sangat lazat di dalam hutan. “hm, lebih baik aku cepat-cepat pergi mencari pokok itu sebelum monyet lain menjumpainya!” kata Leo setelah mendengar berita itu. Leo pun memutuskan untuk mencari pokok itu sendirian. 3
Sewaktu berjalan-jalan di dalam hutan, dia terserempak dengan kawannya yang bernama Atan. “Eh Leo, kau nak kemana tu ? pergi cari pokok pisang ke ? boleh aku ikut sekali ?” sapa Atan. “Eh, mana ada! aku saja je jalan-jalan dalam hutan ni, ambil angin… ” kata Leo. 4
Leo pun menjawab “Ish, tak nak la aku! tak rajin aku nak mencari pokok itu dalam hutan yang besar ni…kau pergi je la Atan.… ” . “Hmm…ok la kalau macam tu aku pergi dulu ya Leo…. ” kata Atan lalu beredar meninggalkan Leo. 5
Setelah lama mencari, akhirnya Leo menemukan sebatang pokok pisang yang mempunyai buah yang banyak. “ wah, banyaknya buah pisang!” kata Leo dengan teruja. Tiba-tiba, Atan juga terjumpa pokok pisang yang sama “ Eh Leo, kau kata taknak cari pokok pisang ini tadi… ” tanya Atan. 6
“hahaha…kau percaya cakap aku ke Atan… tengok sekarang siapa yang jumpa dulu… ” kata Atan sambil ketawa terbahak-bahak. “ sampai hati kau menipu aku Leo…aku percayakan kau tau… ” kata Atan dengan nada suara yang sedih. Leo pun menjawab ”dah lah Atan, aku pergi dulu…aku nak nikmati pisang kepunyaan aku ini hahahahah…. ” Atan berkata lalu beredar. 7
Namun begitu, Leo merasakan pisang itu masih lagi tidak mencukupi kerana dia amat suka makan pisang. “hmm...tidak cukup ni untuk bagi aku kenyang, baik aku pergi cari banyak lagi!” kata Leo. Dia pun terus mencari lebih banyak buah pisang di dalam hutan. 8
Setelah sekian lama mencari pokok pisang, Leo merasa keletihan dan berkata “ aish, letihnya! lebih baik aku berehat sekejap di bawah sepohon pokok besar yang teduh itu “ . Dia terus berbaring di bawah pokok itu dan meletakkan buah pisang tadi di sebelahnya. Lamakelamaan, dia tertidur akibat terlampau keletihan. 9
Sewaktu Leo sedang tidur, datang seorang pemburu yang sedang memburu di dalam hutan tersebut. Tiba-tiba, dia terlihat Leo yang sedang tidur di bawah sepohon pokok lalu dia berkata “ wah, ada monyet laa…kalau aku jual mesti kaya aku ni… ” . Dia terus mengeluarkan seguni untuk menangkap monyet. 10
Leo terus tersedar daripada tidur dan terkejut melihat manusia dihadapannya. Tanpa membuang masa, monyet pun terus beredar daripada tempat itu. “Woi, jangan lari!” jerit pemburu itu lalu melempar sebiji batu besar ke arah Leo. Batu tersebut terkena kaki Leo namun, dia tetap berlari menyelamatkan diri “ aduh, kaki aku!” jerit Leo . 11
Sudah jauh daripada pemburu itu Leo pun berhenti lalu melihat kakinya yang berlumuran darah akibat terkena batu tadi. “ aaa kaki aku berdarah… ” jerit Leo sambil menangis. “ apalah nasib aku…pisang pun tak dapat…kaki pula sakit… ” Leo amat sedih dengan nasibnya dan dia menyesal akibat menipu kawannya serta bersikap terlalu tamak sehingga mendapat akibat yang setimpal. 12
Dia berjanji tidak akan mengulangi sikapnya lagi dan ingin memohon maaf kepada kawannya kerana telah menipu. Dia juga ingin mengubah sikapnya yang terlalu tamak. 13
1) Kita janganlah mempunyai sikap suka menipu seperti Leo yang suka menipu kawannya demi mendapatkan makanan yang banyak. 2) Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Contohnya, Leo yang sentiasa bersikap tamak dan tidak bersyukur dengan makanan yang dia ada. 3) Kita perlulah sentiasa berkongsi dengan orang lain. Elakkan menjadi seperti Leo yang kedekut dan mementingkan diri sendiri sahaja. PENGAJARAN 14
Dicetak oleh: BM3 ART PUBLISHER No 3 suku, Jalan Keluang, Kota Putra/ Kampung Raja 22200, Besut, Terengganu Dicetak oleh: BM3 ART PUBLISHER No 3 suku, Jalan Keluang, Kota Putra/ Kampung Raja 22200, Besut, Terengganu Cerita ini berkisarkan tentang seekor monyet yang sentiasa ingin memiliki makanan yang lebih berbanding monyet yang lain sehingga sanggup menipu kawannya sendiri. Si monyet turut memiliki sikap pentingan diri sendiri. Pada akhirnya, dia mendapat balasan yang setimpal terhadap sikap buruknya yang menjadikan si monyet menyesal dan berjanji akan mengubah sikapnya itu. Cerita ini berkisarkan tentang seekor monyet yang sentiasa ingin memiliki makanan yang lebih berbanding monyet yang lain sehingga sanggup menipu kawannya sendiri. Si monyet turut memiliki sikap pentingan diri sendiri. Pada akhirnya, dia mendapat balasan yang setimpal terhadap sikap buruknya yang menjadikan si monyet menyesal dan berjanji akan mengubah sikapnya itu. SINOPSIS
KUPU - KUPU BELAJAR DARI NUR ELISYAA
Kupu-kupu yang indah terbang bebas, Di alam yang luas, kehidupan berputar, Warna-warni sayapmu menari di udara, Dari ulat yang malu kau ubah menjadi diri, Mengajar kita tentang keberanian dan perubahan yang dialami. Ketika bunga bersemi kau hinggap menghampiri, Di atas kelopak tetap menyinari, Kehidupan adalah perjalanan yang mempesona, Setiap proses, kita temukan keajaiban yang abadi.
Terbanglah kupu-kupu dalam cinta dan impian, Mengajar kita erti kesabaran, Menyimbolkan perubahan serta kehidupan yang baru, Keindahan dirimu amat menyilaukan. Sungguh hebat dirimu wahai kupu-kupu, Keagungan yang menjadi inpirasi diri, Hiduplah seperti kupu-kupu wahai anakku, Tempuhi dengan bijak setiap detik yang berlalu, Kerana proses kehidupan adalah hadiah yang berharga.
PENGAJARAN 1) Kita hendaklah sentiasa bersabar dengan proses kehidupan kerana setiap kesusahan pasti ada kesenangan. 2) Kita perlulah mencari pengalaman yang meluas seperti kupu-kupu yang terbang bebas mencari kebahagiaan.
Dicetak oleh: BM3 ART PUBLISHER No 3 suku, Jalan Keluang, Kota Putra/ Kampung Raja 22200, Besut, Terengganu Dicetak oleh: BM3 ART PUBLISHER No 3 suku, Jalan Keluang, Kota Putra/ Kampung Raja 22200, Besut, Terengganu