Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa.
Darah mungkin diperlukan untuk
pembedahan, mangsa kemalangan atau merawat pesakit
leukemia, hemophilia dan lain lain
Nama : Muhammad Naim Umair Bin Norsham
Tingkatan : 3A4
Nama sekolah : sekolah menengah kebangsaan batu 5
Nama guru : Puan noriana ahmad
ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
1
1. MUKA DEPAN FOLIO 2
3
2. KANDUNGAN 4-5
6-9
3. PENDAHULUAN
10-11
4. KEPENTINGAN MENDERMA DARAH 11-13
5. KRITERIA YANG MELAYAKKAN SESEORANG MENDERMA DARAH 14
15
6. ISU BERKAITAN DENGAN MENDERMA DARAH
7. KAEDAH PENGURUSAN DARAH YANG DIDERMA DARIPADA SEGI
PENYIMPANAN DAN PENSTORAN
8. RUMUSAN
9. RUJUKAN
PENDAHULUAN
Derma darah terbahagi kepada dua iaitu pendermaan darah penuh (‘whole blood’) dan
pendermaan aferesis.
Derma darah berlaku apabila seseorang secara sukarela telah membenarkan darahnya
diambil dan digunakan untuk pemindahan dan / atau dijadikan ubat biofarmaseutikal
melalui proses yang dipanggil pemeringkatan (pengasingan komponen seluruh darah).
Derma darah mungkin darah keseluruhan (WB), atau komponen khusus secara terus
(dipanggil apheresis kedua). Bank darah sering mengambil bahagian dalam proses
pengumpulan serta prosedur yang mengikutinya.
Hari ini di negara maju, penderma darah kebiasaannya merupakan sukarelawan yang
tidak dibayar yang menderma darah untuk bekalan masyarakat. Di negara-negara yang
lebih miskin, bekalan ditubuhkan adalah terhad dan penderma biasanya memberikan
darah apabila keluarga atau rakan memerlukan pemindahan (derma diarahkan). Banyak
penderma menderma sebagai tindakan amal, tetapi di negara-negara yang membolehkan
derma dibayar beberapa penderma dibayar, dan dalam beberapa kes terdapat insentif
selain wang seperti masa rehat dari kerja. Penderma juga boleh diambil darahnya untuk
kegunaan masa depan mereka sendiri (derma autologous). Menderma adalah agak
selamat, tetapi beberapa penderma mungkin memdapat tanda lebam di mana jarum
dimasukkan atau mungkin merasa letih.
KEPENTINGAN MENDERMA DARAH
1. Boleh menyelamatkan nyawa seseorang
Bagi orang-orang yang berisiko tinggi kehilangan darah seperti akibat kemalangan dan
juga ibu yang melahirkan anak, darah yang didermakan adalah sangat penting. Dalam
keadaan kecemasan seperti itu, mereka sangat memerlukan darah yang banyak dalam
kadar yang segera. Sudah tentu pada saat kecemasan itu, jika tiada bekalan darah yang
didermakan, proses ini akan menyulitkan lagi keadaan pesakit
2. Boleh membantu seseorang dengan penyakit yang berkaitan dengan darah
Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang menghidap penyakit yang
berkaitan dengan darah. Antara penyakit yang berkaitan dengan darah adalah hemofilia,
anemia dan talasemia yang berkaitan dengn sel darah merah. Manakala penyakit
kegagalan sumsum tulang dan leukimia pula adalah penyakit yang berkaitan dengan
platlet.
3. Dapat menyelamatkan orang yang berpenyakit kronik
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan
hemoglobin dalam darah pesakit. Satu-satunya cara mengatasi masalah ini adalah
memindahkan darahke dalam badan pesakit secara konsisten. Selain itu, pesakit kanser
darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu.
.
4.Dapat mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian mendapati kandugan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan
risiko penyakit jantung. Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam
darah kita. Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap
kolesterol
5 Membakar kalori
Individu boleh melakukan `diet’ atau kekal sihat dengan kerap menderma darah dapat
mengurangkan risiko penyakit stroke otak dari 35-85%!
6.Dapat meneruskan kehidupan normal.
Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon-hormon lain ke seluruh
badan. Ini sangat-sangat membantu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan
seperti biasa.
.
Kriteria yang melayakkan seseorang menderma darah
Sihat tubuh badan
Berat badan 45kg ke atas
. Tiada masalah kesihatan
Tidur minimum 5 jam.
ANDA LAYAK MENDERMA
DARAH SEKIRANYA
Telah mengambil makanan
sebelum menderma darah.
. i) Berumur di antara 18-65 tahun . Pendermaan terakhir 3 bulan
untuk yang pernah menderma. lepas
ii) Berumur di antara 18-60 tahun
untuk pertama kali menderma.
iii) 17 tahun (perlu mendapatkan
kebenaran bertulis daripada
ibubapa/penjaga).
. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti
berikut :
•a.Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
•b.Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
•c.Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
•d.Bertukar-tukar pasangan seks.
•e.Mengambil dadah secara suntikan.
•f.Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas
Bagi penderma wanita;tidak
mengandung, tidak datang
haid, tidak menyusukan anak
ANDA LAYAK MENDERMA
DARAH SEKIRANYA
. Jangan menderma jika anda :
•Pernah tinggal di United Kindom
(England, Northern, Ireland,
Scotlaand, Wales, Isle of Man atau
. Channel Island) atau Republik
Ireland dari tahun 1980 hingga 1996
untuk tempoh 6 bulan (terkumpul)
atau lebih.
•Pernah tinggal di Europe dari
tahun 1980 hingga sekarang untuk
tempoh 5 tahun (terkumpul) atau
lebih.
Jika anda ingin menderma darah, anda perlu membawa salah satu DOKUMEN ASAL
berikut:
Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis
WARGANEGARA Lesen Memandu
MALAYSIA
Kad Pekerja dengan No Kad Pengenalan
dan gambar
Buku Penderma darah (PDN 2) untuk
penderma ulangan.
BUKAN Tinggal Di Malaysia melebihi 1 tahun.
WARGANEGARA
Passport.
MALAYSIA
Permit Kerja dengan nombor passport dan
gambar.
Kad Pelajar dengan nombor passport dan
gambar
Dokumen berikut TIDAK DITERIMA bagi pendaftaran sebagai penderma darah:
WARGANEGARA
MALAYSIA
Salinan Kad Pengenalan BUKAN
WARGANEGARA MALAYSIA
Salinan Passport
PATI
UNHCR
Boleh membaca dan
memahami borang
pendaftaran penderma
samada dalam Bahasa
Melayu atau Bahasa
Inggeris. (penterjemah
tidak boleh)
ISU BERKAITAN DENGAN MENDERMA
DARAH
1.Kurang kesedaran menderma darah di kalangan orang ramai. Walaupun pelbagai
kempen telah dijalankan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma
darah di kalangan rakyat Malaysia tetapi masih ramai yang takut untuk tampil menderma
darah atas pelbagai alasan.
2.Proses pendermaan darah perlu menjalani prosedur yang ketat supaya tidak
memudaratkan penderma dan bakal penerima darah.
3.Terdapat mitos-mitos berkaitan menderma darah yang menyebabkan orang ramai takut
untuk menderma darah. Contohnya,mitos yang menyatakan derma darah boleh
menyebabkan berat badan naik atau turun , menderma darah boleh mendapat penyakit
berjangkit, menderma darah boleh memudaratkan kesihatan dan banyak lagi mitos yang
menyebabkan orang ramai takut untuk tampil menderma darah.
4.Keperluan darah mengikut jenis-jenis darah tertentu. Selalu terjadi bekalan darah dari
jenis tertentu menyusut kerana kekurangan penderma. Contohnya, jika berlaku
kemalangan dan ramai pesakit memerlukan darah dari jenis A tapi bekalan darah jenis
tersebut telah menyusut. Maka ini menjadi satu masalah besar untuk menyelamatkan
mangsa dengan segera.
5.Peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini dan diikuti dengan PKP
menyebabkan berkalan darah menyusut dengan ketara di seluruh negara disebabkan
pembatalan kempen derma darah bergerak. Penderma juga perlu melakukan swab test
terlebih dahulu sebelum menderma untuk memastikan tidak tergolong dalam golongan
berisiko dan darah mereka selamat untuk digunakan.
KAEDAH PENGURUSAN DARAH YANG DIDERMA
DARIPADA SEGI PENYIMPANAN DAN PENSTORAN
Darah yang didermakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis produk atau
komponen:
Sel darah merah – whole blood,packed red cell, buffy-coat poor red cell, filtered red cell.
Plasma – fresh frozen plasma, cryosupernatant, cryoprecipitate
Platelet – random platelet concentrate, apheresis platelet
Setiap produk atau komponen darah ini mempunyai cara penyimpanan dan kegunaan
yang berbeza. Antaranya:
Darah yang telah melalui ujian saringan dan telah diproses kepada sel darah
merah, platelet
dan plasma akan disimpan mengikut jenis darah, kumpulan darah ABO dan tarikh
luput masing-masing.
Sel darah merah perlu disimpan pada suhu 2oC – 6oC dan boleh bertahan selama
35 hari.
Plasma perlu disimpan pada suhu -30oC dan boleh bertahan selama 2 tahun.
Platelet perlu disimpan pada suhu 20oc – 24oC dan perlu sentiasa digerakkan
(agitated).Jangka hayat platelet hanyalah 5 hari daripada tarikh pendermaan.
Setiap produk atau komponen darah ini ada kegunaan masing-masing:
Whole blood – unit darah yang didermakan yang tidak menjalani proses pengasingan.
Digunakan untuk kes-kes seperti pesakit yang kehilangan darah akibat kemalangan dan
untuk pertukaran darah (Exchange Transfusion, ET) bayi akibat jaundis neonatal yang
teruk.
Sel darah merah – untuk masalah kekurangan hemoglobin (anemia) seperti penyakit
buah pinggang dan panyakit kanser.
Plasma – kes-kes pendarahan semasa bersalin, lecur akibat kebakaran, pendarahan
akibat kerosakan hati.
Platelet – untuk penyakit-penyakit kekurangan platelet seperti demam denggi dan
leukemia.
RUMUSAN
Kempen Derma Darah sering diadakan bagi menggalakkan orang ramai menderma darah.
Banyak kebaikan yang dapat diperoleh dengan menderma darah.Setiap kali menderma
darah,anda dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa.Keperluan menderma darah
sangat penting kepada pesakit yang memerlukan pemindahan darah.Dengan menderma
darah,anda dapat membantu pesakit-pesakit kronik untuk meneruskan kehidupan.Contohnya
pesakit Talasemia yang memerlukan pemindahan darah secara konsisten.
Apabila anda menderma darah, darah anda akan diuji di makmal. Hal ini membolehkan anda
mengetahui kumpulan darah dan masalah kesihatan anda.Langkah pencegahan awal dapat
diambil bagi mengelakkan sebarang masalah.Menderma darah dapat juga membantu dalam
melancarkan aliran darah penderma dan membantu badan mengawal tahap kolesterol serta
mengurangkan risiko penyakit jantung.
Setiap darah yang didermakan hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan
sahaja.Oleh itu penderma darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan
sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.Tidak ada apa-apa yang perlu
ditakuti.Semua tugas pendermaan dilakukan secara professional.Anda tidak akan berasa sedikit
pun kesakitan.Setiap jarum dan perkakasan yang lain hanya digunakan sekali sahaja.Selepas
menderma,darah anda akan diganti dalam masa 48 hingga 72 jam,proses itu menjadikan badan
anda lebih sihat,kuat dan segar.
RUJUKAN
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Derma_darah
2. https://www.cikguhailmi.com/2014/01/kepentingan-menderma-darah.html
3.https://pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=168&Itemid=225&l
ang=ms
4.https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=175&Itemid=
228&lang=ms
5. https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/latihan-rumusan-pt3-kebaikan-
menderma.html