OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
MENYATAKAN PERIBAHASA BERDASARKAN MAKSUD
Baca setiap maksud peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan setiap maksud peribahasa tersebut.
Maksud Orang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak
Peribahasa memikirkan apa-apa.
Diam ubi berisi, diam penggali berkarat
Praktis 1
i Apabila membuat sesuatu pekerjaan itu hendaklah beringat-ingat supaya tidak
mendatangkan kerugian.
Lengkapkan jawapan:
Bertumpu dahulu baru melompat.
ii Bukan seorang sahaja lelaki atau perempuan di dunia ini.
Lengkapkan jawapan:
Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor
iii Seseorang yang mendapat sesuatu yang telah lama dihajatkan.
Lengkapkan jawapan:
Orang mengantuk disorongkan bantal
[6 markah]
Praktis 2
i Pasangan yang sepadan
Lengkapkan jawapan:
Seperti cincin dengan permata
ii Sesuatu yang tidak akan terjadai jika satu pihak sahaja yang melakukannya
Lengkapkan jawapan:
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
iii Jalan yang bengkang-bengkok
Lengkapkan jawapan:
Seperti ular kena palu
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 1
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 3
i Orang yang pada zahirnya kelihat baik tetapi dalam hatinya jahat
Lengkapkan jawapan:
Telunjuk lurus, kelengkeng berkait
ii Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dipersalahkan
Lengkapkan jawapan:
Orang lain makan nangka, orang lain yang kena getahnya.
iii Sementara menunggu apa-apa yang lebih baik,lakukan kerja-kerja lain yang lebih
berfaedah.
Lengkapkan jawapan:
Baik berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak
[6 markah]
Praktis 4
i Oang yang selalu menurut kemahuan orang lain
Lengkapkan jawapan:
Seperti lembu dicucuk hidung.
ii Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza-beza
Lengkapkan jawapan:
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii Seseorang yang amat disayangi, tetapi menyusahkan
Lengkapkan jawapan:
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 2
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 5
i Menurut sahaja kehendak orang lain
Lengkapkan jawapan:
Seperti lembu dicucuk hidung
ii Segala keperluan sudah ada,hanya menanti masa untuk melakukannya
Lengkapkan jawapan:
Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air
iii Orang yang bertuah mendapat keuntungan atau rezeki dari mana-mana sahaja
Lengkapkan jawapan:
Durian runtuh
[6 markah]
Praktis 6
i Sengaja mencari susah atau bahaya
Lengkapkan jawapan:
Tiada beban batu digalas
ii Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki
Lengkapkan jawapan:
Dalam tangan
iii Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan
pandai juga
Lengkapkan jawapan:
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Praktis 7
i Pasangan yang sepadan
Lengkapkan jawapan:
Bagai pinang dibelah dua
ii Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
Lengkapkan jawapan:
Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 3
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
iii Orang yang merantau akhirnya kembali ke tempat asal
Lengkapkan jawapan:
Belut pulang ke lumpur.
[6 markah]
Praktis 8
i Membuka rahsia atau keburukan seseorang supaya diketahui oleh orang ramai
Lengkapkan jawapan:
Pecah tembelang
ii Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
Lengkapkan jawapan:
Air tenang jangan disangka tiada buaya
iii Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan secara mengejut kerana ketiadaan
orang yang sepatutnya melakukan kerja tersebut
Lengkapkan jawapan:
Bidan terjun.
[6 markah]
Praktis 9
i Anak perawan yang kurang sopan/tidak tahu malu/rendah budi pekertinya
Lengkapkan jawapan:
Seperti gadis sudah
ii Tukang tilik palsu yang menggunakan agakan dalam tilikannya
Lengkapkan jawapan:
Nujum Pak Belalang.
iii Orang yang kuat kemahuannya serta bersungguh-sungguh melakukan sesuatu
Lengkapkan jawapan
Jiwa besar.
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 4
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 10
i Orang yang kerjanya menyampaikan rahsia/hal seseorang kepada orang lain
Lengkapkan jawapan:
Tali barut.
ii Orang yang tamak tidak dapat membezakan yang baik dan jahat
Lengkapkan jawapan
Seperti anjing makan muntahnya
iii Orang yang kurus dan pucat kerana berpenyakit
Lengkapkan jawapan:
Seperti ayam dimakantungau.
[6 markah]
Praktis 11
i Menuduh sesuatu secara mengagak-agak saja
Lengkapkan jawapan:
Serkap jarang.
ii sudah habis ikhtiar/tidak dapat berbuat apa-apa lagi
Lengkapkan jawapan:
Mati kutu
iii Orang yang kikir/kedekut
Lengkapkan jawapan:
Tangkai jering
[6 markah]
Praktis 12
i Seseorang yang becok atau banyak bercakap
Lengkapkan jawapan:
Bagai murai dicabut ekor
ii Sukar membuat pilihan
Lengkapkan jawapan:
Rambang mata
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 5
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
iii Adik berkahwin terlebih dahulu daripada kakak
Lengkapkan jawapan:
Langkah bendul
[6 markah]
Praktis 13
i Jika kita tidak memiliki keupayaan yang cukup,jangan lakukan pekerjaan yang di
luar kemampuan
Lengkapkan jawapan:
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
ii Bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga
Lengkapkan jawapan
Membanting tulang
iii Sesuatu yang sudah terlanjur dan tidak boleh dibetulkan lagi
Lengkapkan jawapan:
Nasih sudah menjadi bubur
[6 markah]
Praktis 14
i Mengambil peluang yang sepatutnya milik orang lain
Lengkapkan jawapan:
Potong jalan
ii Terima rasuah
Lengkapkan jawapan:
Tumbuk rusuk
iii Orang jahat yang menyamar sebagai orang baik
Lengkapkan
Musang berbulu ayam
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 6
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 15
i Perbuatan jahat yang tersembunyi
Lengkapkan jawapan:
Seperti api dalam sekam
ii Kalau takut susah lebih baik jangan lakukan sesuatu pekerjaan yang sukar
Lengkapkan jawapan:
Kalau takut bermain ombak,jangan berumah di tepi pantai
iii Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak
Lengkapkan jawapan:
Biar titik jangan tumpah
[6 markah]
Praktis 16
i Tentu ada hal yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi
Lengkapkan jawapan:
Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
ii Kejayaan dalam sesuatu hal itu bergantung pada usaha yang dilakukan
Lengkapkan jawapan:
Usaha tangga kejayaan
iii Mendapat keuntungan daripada kedua-dua belah pihak
Lengkapkan jawapan:
Bagai gergaji dua mata
[6 markah]
Praktis 17
i Orang yang pendiam
Lengkapkan jawapan:
Berat mulut
ii Hilang akal yang waras oleh sebab tamak
Lengkapkan jawapan:
Gelap mata
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 7
iii Harga yang paling rendah OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
[6 markah]
Lengkapkan jawapan:
Harga lantai
Praktis 18
i Tetamu yang tidak diundang
Lengkapkan jawapan:
Datang tidak dijemput, pulang tidak berhantar
ii Mengata-ngatai orang tetapi sebenarnya katanya itu ditujukan kepada orang lain
Lengkapkan jawapan:
Pukul anak sindir menantu
iii Mendengar dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati
Lengkapkan jawapan:
Pasang telinga
[6 markah]
Praktis 19
i Orang yang pendiam tetapi banyak berfikir dan berpengetahuan
Lengkapkan jawapan:
Diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
ii Orang yang hina apabila mendapat pangkat atau sebagainya akan berubah
Lengkapkan jawapan:
Seperti kaduk naik junjung
iii Terlalu banyak pada sesuatu masa
Lengkapkan jawapan:
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 8
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 20
i Orang yang suka menipu akan mendapat akibatnya suatu hari nanti
Lengkapkan jawapan:
Jerat tak lupakan pelanduk tetapi pelanduk lupakan jerat
ii Sanggup mati daripada kecewa tidak mendapat sesuatu
Lengkapkan jawapan:
Biar putih tulang jangan putih mata
iii Barang yang baik dan berkualiti mahal harganya tetapi tahan lama
Lengkapkan jawapan:
Alah membeli menang memakai
[6 markah]
MENYATAKAN PERIBAHASA BERDASARKAN AYAT
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat-ayat tersebut.
Contoh Ayat Salman menghadapi pelbagai masalah apabila tinggal serumah dengan lima
Peribahasa orang kawannya yang mempunyai perangai macam-macam.
Rambut sama hitam hati lain-lain/Banyak udang banyak garam,banyak
orang banyak ragam
Praktis 1
i Encik Edward mengamanahkan kedainya kepada saudaranya semasa beliau ke luar
negari tetapi kedai tersebut dijual oleh saudaranya.
Lengkapkan jawapan:
Harapkan pagar, pagar makan padi
ii Walaupun majlis itu telah selesai tetapi masih kedengaran rungutan tidak puas hati
daripada sesetengah pihak tentang pelaksanaannya.
Lengkapkan jawapan:
Rumah siap pahat berbunyi
iii Kehidupan Ronaci semakin sempit sejak kematian ibu bapanya lagipun tiada siapa yang
mempedulikan nasibnya
Lengkapkan jawapan:
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 9
Layang-layang putus tali OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
[6 markah]
Praktis 2
i Walaupun kita berasa kasihan atas penderitaan hidup yang dilaluinya tetapi orang
yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
Lengkapkan jawapan:
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul
ii Nizam tidak gembira sekalipun segala kemahuannya dipenuhi oleh ibu bapanya
kerana dia tidak mendapat kebebasan seperti remaja lain.
Lengkapkan jawapan:
Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.
iii Perbelanjaan hendaklah sepadan dengan pendapatan supaya tidak menyusahkan kita.
Lengkapkan jawapan:
Ukur baju di badan sendiri
[6 markah]
Praktis 3
i Kehidupan keluarga Teo Wei Sing semakin senang apabila beliau mendapat pekerjaan
tetap di syarikat tersebut.
Lengkapkan jawapan:
Rezeki terpijak
ii Encik Amran tidak berasa gentar tuduhan yang dilemparkan kepadanya bakal
dibicarakan di mahkamah kerana yakin dia tidak melakukan kesalahan.
Lengkapkan jawapan:
Berani kerana benar, takut kerana salah
iii Menyedari perbuatannya telah melukakan hati kedua ibu bapanya, Ayu mengambil
keputusan untuk balik ke kampung untuk memohon keampunan daripada ibu bapanya.
Lengkapkan jawapan:
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 10
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 4
i Hubungan antara Mazni dengan kakaknya renggang akibat salah faham tentang
pembahagian harta pusaka. Meskipun mereka berjauhan dan tidak bersua muka,
namun hubungan mereka tidak akan terputus sampai bila-bila.
Lengkapkan jawapan:
Air dicincang tidak akan putus
ii Pekerja di syarikat pembinaan itu berterima kasih kerana mereka diberikan bonus
berlipat ganda setelah syarikat mendapat keuntungan yang besar selepas melabur di
luar negara.
Lengkapkan jawapan:
Durian runtuh
iii Sejak berita tentang penemuan emas di Sungai Lembing disiarkan oleh media, Sungai
Lembing menjadi tumpuan orang ramai.
Lengkapkan jawapan:
Di mana ada gula di situ ada semut
[6 markah]
Praktis 5
i Kehidupan Roy dan adik-adiknya menjadi tidak terurus selepas kematian kedua ibu
bapanya akibat kemalangan jalan raya
Lengkapkan jawapan:
Antan patah lesung hilang
ii Hartawan itu mementingkan diri sendiri dan menjadikan orang lain sebagai tempat
untuk mencapai hajat dan matlamatnya
Lengkapkan jawapan:
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
iii Walaupun anugerah filem itu selesai, namun masih terdengar desas-sesus pihak yang
tidak berpuas hati.
Lengkapkan jawapan:
Rumah siap pahat berbunyi
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 11
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 6
i Oleh sebab salah seorang daripada ahli kumpulan itu bertindak keluar daripada
kumpulan, kumpulan tersebut terumbang-ambing dan akhirnya terpaksa dibubarkan.
Lengkapkan jawapan:
Ibarat telur sesangkak, pecah satu pecah semua
ii Madelin tidak pasti sama hendak melanjutkan pelajaran di luar negara atau tidak
memandangkan ibu bapanya tidak begitu bersetuju walaupun dia sangat berminat.
Lengkapkan jawapan:
Ditelan mati emak, diluah mati bapa
iii Selepas mendapat rakan baharu yang kebetulan daripada kalangan orang berada, Bryan
tidak mahu berkawan dengan Branda.
Lengkapkan jawapan:
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
[6 markah]
Praktis 7
i Melakukan sesuatu pekerjaan biar sehingga selesai dan mendatangkan hasilnya
Lengkapkan jawapan:
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan
ii Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak dapat dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya.
Lengkapkan jawapan:
Seperti kera mendapat bunga
iii Perempuan yang cantik rupa paras tetapi berkelakuan tidak senonoh atau kurang sopan.
Lengkapkan jawapan:
Bunga dedap
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 12
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 8
i “Jika kamu tidak mahu berhadapan dengan sebarang kesulitan, lebih baik kamu tidak
pergi ke kawasan yang berbahaya itu,” kata ibu kepada abang.
Lengkapkan jawapan:
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
ii Seseorang yang berada di negara orang tidak harus bersikap suka menunjuk-nunjuk
tetapi hendaklah bersikap baik dengan semua orang.
Lengkapkan jawapan:
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kendang kerbau menguak
iii Kita perlu beradab apabila mewawancara seseorang dan bahasa yang digunakan
mestilah bertatasusila serta sopan
Lengkapkan jawapan:
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
[6 markah]
Praktis 9
i “ Jangan sengaja mencari susah atau bahaya apa berada di rantau orang,” pesan ayah
kepada Aiman.
Lengkapkan jawapan:
Menjolok sarang tebuan
ii Sesuatu yang sudah pasti diperoleh atau dimiliki
Lengkapkan jawapan:
Dalam tangan
iii Orang yang bodoh kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai
juga.
Lengkapkan jawapan:
Belakang parang kalau lagikan tajam
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 13
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 10
i Kehilangan wangnya secara tiba-tiba apabila disamun oleh perompak ketika keluar dari
bank amat mengejutkannya.
Lengkapkan jawapan:
Bagai ayam disambar helang
ii Ayah melarang abang berkawan dengan Ryan yang kelihatan baik itu kerana baru ini
Ryan telah ditangkap kerana mencuri.
Lengkapkan jawapan:
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
iii Cerita itu tidak akan tersebar jika kedua-dua belah pihak tidak mempunyai sebarang
hubungan.
Lengkapkan jawapan:
Tepuk tangan sebelah tak akan berbunyi
[6 markah]
Praktis 11
i Peperangan yang berlaku antara kedua-dua buah negara itu merugikan dan
menyusahkan rakyat mereka
Lengkapkan jawapan:
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
ii Jasa dan pengorbanan ketua kampung itu tetap diingati sampai bila-bila kerana jasa
beliau sangat besar kepada masyarakat kampung tersebut.
Lengkapkan jawapan:
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
iii Kita hendaklah sentiasa bersaing dalam kehidupan dan kita janganlah berputus asa jika
kita menginginkan kejayaan.
Lengkapkan jawapan:
Hidup ini adalah satu perjuangan
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 14
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 12
i Tindakan pengasuh itu mendera anak majikannya merupakan suatu perbuatan yang
tidak sepatutnya berlaku kerana dia sewajarnya menjaga kanak-kanak itu dengan baik.
Lengkapkan jawapan:
Harapkan pagar, pagar makan padi
ii Sikapnya yang malas itu sangat dibenci oleh ibu bapanya kerana sekali disuruh, sekali
dibuat.
Lengkapkan jawapan:
Bagai pahat dengan penukul
iii Pada setiap hujung minggu, Encik Melon akan membawa keluarganya bersiar-siar di
Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.
Lengkapkan jawapan:
Makan angin
[6 markah]
Praktis 13
i Apabila bercakap tentang sesuatu perkara yang sulit, kita mestilah berhati-hati.
Lengkapkan jawapan:
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
ii Engkau janganlah membocorkan rahsia aku ini kepada sesiapa pun.
Lengkapkan jawapan:
Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut
iii Awak tidak sepatutnya menulis keburukan keluarga awak di laman sosial.
Lengkapkan jawapan:
Membuka pekung di dada
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 15
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 14
i Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
Lengkapkan jawapan:
Ukur baju di badan sendiri
ii Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
Lengkapkan jawapan:
Seperti cacing kepanasan
iii Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja
Lengkapkan [6 markah]
Bagai mencurahkan air ke daun keladi
Praktis 15
i Encik menyatakan bahawa beliau sahajalah yang mampu untuk menjadi jutawan di
kampungnya
Lengkapkan jawapan:
Cakap besar
ii Berita tentang perkahwinan Akim dan Stacy itu telah menjadi sebutan sebilangan besar
masyarakat
Lengkapkan jawapan:
Buah mulut.
iii Pertelingkahan yang berlaku antara dua tokoh dalam mesyuarat itu tidaklah sampai
menimbulkan pergaduhan.
Lengkapkan jawapan:
Perang mulut
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 16
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Praktis 16
i Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar
setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai
pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
Lengkapkan jawapan:
Belakang parang kalau diasah tajam
ii Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang
mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
Lengkapkan jawapan:
Biduk lalu kiambang bertaut
iii Belden mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang
dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang
kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan
kehilangan jawatan yang sedia ada.
Lengkapkan jawapan:
Yang dikejar tak dapat …………………………………………………………………….
Mendengar guru di langit, ………………………………………………………………..
[6 markah]
Praktis 17
i Sikap tergesa-gesa pasti mengundang malapetaka jika tidak berhati-hati ketika berada
di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para pemandu,
penunggang dan pengguna jalan raya.
Lengkapkan jawapan:
Biar lambat asalkan selamat
Pandu cermat jiwa selamat
ii Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan
cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan menabung
merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat cermat.
Lengkapkan jawapan:
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
iii Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut berjaya
menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti seumpama
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 17
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping dapat
mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.
Lengkapkan jawapan:
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
[6 markah]
Praktis 18
i Kehidupan Pak Salleh sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebih-lebih
lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya.
Lengkapkan jawapan:
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
ii Rahman sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia
memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian menjual
buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Rahman semakin banyak menjual barang untuk
keperluan harian masyarakat di tempatnya.
Lengkapkan jawapan:
Sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain.
iii Kamal Adli terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya telah
habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
Lengkapkan jawapan:
Sudah terhantuk baru tengadah
[6 markah]
Praktis 19
i Teo Wei Sing dan Darwis Jasmin merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka
sering bekerjasama dalam apa juga situasi.
Lengkapkan jawapan:
Bagi aur dengan tebing
ii Encik Jeffry menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan
bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
Lengkapkan jawapan:
Genggam bara api biar sampai jadi arang
iii Penduduk Kampung Taginambur sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah
mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi
selama ini.
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 18
OLEH JUILIS MOKUJAL (GC BM DG52)
Lengkapkan jawapan:
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
[6 markah]
Praktis 20
i Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu
masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
Lengkapkan jawapan:
Dayung sudah di tangan,perahu sudah di air
ii Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan
bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
Lengkapkan jawapan:
Sediakan payung sebelum hujan
iii Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka
mempunyai akhlak yang cemerlang.
Lengkapkan jawapan:
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
[6 markah]
Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu 19