Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang
tinggal di kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada
suatu hari, sewaktu bermain-main di sempadan huma berdekatan
dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak
raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia
berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan
menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus
menghilang di dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu
kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap cerita tersebut sebagai
khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan bapa Talia
berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih
dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai
yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak
raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi
yang dihasilkan oleh katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika
mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka semua baru beberapa
bulan berpindah ke Bukit Ungu.
Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo
berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan
agar mereka menumpang kereta api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan
anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera meninggalkan rumah
mereka. Dodo mendukung Talia. Isterinya, Misa pula membawa Jini di
dalam bakul sandang.
Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api,
mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas
mengawasi bijih yang disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam
gerabak kereta api. Dodo memberitahu lelaki itu tentang hasratnya
yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Lelaki itu
memarahi Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar memandang
mereka dengan kehairanan. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek
memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan Binjah tentang
keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut
berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang
telah meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi cedera.
Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang,
sebatang balak telah menimpa sarang katak raksasa. Walaupun
tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Mandur kem
balak berkenaan telah menetak semua katak raksasa yang
terperangkap itu. Tindakan tersebut membawa padah kepada
pembalak-pembalak di kem berkenaan.
Tiba-tiba sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam
hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.
Binjah dan kebanyakan pekerja termasuklah Sidek masuk ke dalam
sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia
melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma
berkelip-kelip memandang Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti
bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu Dodo melompat turun.
Ratusan Qadqad yang lain mengikuti jejak Qadqad itu berundur.
Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak diserang
oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah
berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki dan rambut Talia. Dia
membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang
berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta
api tersebut untuk ke bandar.
Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia
di hospital. Kebetulan pula, adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar
dari hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang
mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah
mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa
samseng ke kampung itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah
balai polis untuk mengadukan perkara yang berlaku. Sidek turut
membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka dengan
menaiki sebuah kenderaan.
Talia sekeluarga dan Sidek tiba di kawasan huma.
Mereka mendengar suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat.
Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk
memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah menyuruh
samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di
situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah
tetap menyuruh samseng upahannya membakar pondok
tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan
samseng tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah
mereka. Satu daripadanya menembusi lengan kiri Dodo. Talia
menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor
Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa
Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara
itu, Talia dan sukunya terus melarikan diri dari tempat tersebut.
Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang semula.
Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah pondok musnah terbakar.
Puluhan mayat manusia dan bangkai Qadqad bergelimpangan.
Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus lenyap.
Dialog
Pemerian
Imbas
kembali
Permulaan Sewaktu bermain-main di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di lereng
Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor katak raksasa. Bahagian tepi kepala
katak itu luka seperti dilibas gergaji. Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu.
Dia merawat katak itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut
pulih dan terus menghilang di dalam hutan.
Pekembangan Adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu
dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api.
Talia sekeluarga pergi ke bandar. Sewaktu Dodo dan isterinya, hendak ke
stesen kereta api, mereka dijerkah oleh Binjah. Dodo memberitahu Binjah
tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke bandar. Binjah
memarahi Dodo. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu Binjah
tentang keadaan di kem balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut
berpunca daripada serangan kumpulan katak raksasa. Tiba-tiba sekumpulan
katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari bertempiaran untuk
menyelamatkan diri. Binjah berasa hairan apabila melihat keluarga Talia tidak
diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat ada tanah
berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan rambut Talia. Dia membuat
rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu.
Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke
bandar. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah yang mahu
melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan seisi
kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek
membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara
yang berlaku.
Klimaks Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat untuk
memusnahkan perkampungan orang asli tersebut. Binjah
menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok
yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit meminta
mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng
upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung
cuba menghalang perbuatan samseng tersebut. Binjah
melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu
daripadanya menembusi lengan kiri Dodo.
Peleraian Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus
ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan
Qadqad itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak
yang terkorban termasuk Binjah sendiri. Penduduk kampung
orang asli itu terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa
Qadqad terus lenyap.
Konflik antara manusia dengan alam semula jadi.
.
❖ Kesusahan masyarakat
orang asli yang tinggal di
kawasan pedalaman.
❖ Sikap tamak ❖ Buat baik
segelintir akan dibalas
manusia.
baik.
S
❖ Persahabatan ❖ Kasih
antara manusia sayang
dengan haiwan. terhadap
keluarga.
❖ Kepentingan
alam semula jadi
kepada manusia.
TALIA DODO
❖ Budak perempuan orang asli. ❖ Ayah kepada Talia dan Jini.
❖ Isterinya bernama Misa.
❖ Anak kepada Dodo dan Misa. ❖ Seorang yang penyayang.
❖ Bersifat belas kasihan dan suka menolong. ❖ Bapa yang bertanggungjawab.
❖ Bersahabat dengan Raksasa Qadqad. ❖ Sanggup berkorban untuk menjamin
❖ Berani merawat anak Raksasa Qadqad yang
keselamatan ahli keluarganya.
tercedera.
❖ Sayang akan keluarga dan ahli sukunya. BINJAH
❖ Menghormati ibu bapanya.
❖Seorang saudagar yang tamak.
RAKSASA QADQAD ❖Kejam dan tidak bertimbang rasa.
❖ Mementingkan kekayaan semata-mata
❖Rupanya mirip katak.
❖ Mempunyai sepasang tanduk kecil di tanpa memikirkan kepentingan alam
semula jadi.
kepala. ❖ Terkorban bersama-sama pengikutnya
❖Mempunyai taring. sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.
❖Mampu meloncat tinggi.
❖Mempunyai mata berwarna hijau kuning. SIDEK
❖ Penghuni dan penjaga hutan di Bukit
❖Bekerja sebagai pemandu kereta api.
Ungu. ❖Bekerja dengan Binjah.
❖ Menyelamatkan penduduk kaum asli ❖Baik hati.
sewaktu Binjah ingin memusnahkan
kampung tersebut.
❖ Mengenang budi kerana menyelamatkan
Talia dan keluarganya.
❖ Mampu menyerang dan membunuh
manusia yang jahat.
Latar Tempat Latar Masa Latar Masyarakat
❖ Kawasan Bukit ❖ Waktu siang. ❖ Masyarakat
Ungu. ❖ Waktu tengah orang asli.
❖ Rumah Talia. hari. ❖ Masyarakat yang
❖ Stesen kereta ❖ Tiga hari. menyayangi
❖ Waktu haiwan.
api.
❖ Kawasan matahari ❖ Masyarakat yang
tergelincir. tamak dan kejam.
perlombongan
❖ Hospital. ❖ Masyarakat yang
❖ Balai polis. berkonflik dengan
alam semula jadi.
❖ Simile. ❖ Personifikasi.
Contohnya: Contohnya:
(i) Gempal macam (i) ditelan hutan
disumbat air belantara
(ii) bagaikan bola (ii) Matahari mula
bertanduk yang tergelincir.
terbang laju
(iii) bagai butir gula
dihurungi semut
manusia.
❖ Sinkope ❖ Inversi.
S Contohnya :
Contohnya:
(i) Kami ada (i) Lewat petang hari
yang sama,
padi saja. sampailah mereka
(ii) Tuk Sibat tak ke destinasi.
mahu terima ❖ Repetisi.
arahan itu.
Contohnya:
(i)“Ini, di tangan, di kuku, di kaki
, di rambut ...”
❖ Kasih sayang –
Kita mestilah menyayangi
anggota keluarga kita.
❖ Keberanian - S ❖ Baik hati –
Kita haruslah Kita haruslah
berani memberikan
pertolongan
mempertahankan kepada orang
hak kita. yang ditimpa
kesusahan.
❖ Tanggungjawab -
Kita hendaklah menjaga alam
semula jadi.