The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-3489, 2021-04-13 02:36:35

Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin

KEBANGGAAN ANAK JOHOR

KEBANGGAAN ANAK
JOHOR:

Tan Sri Dato' (Dr) Haji
Muhyiddin bin Haji
Muhammad Yassin

NAMA PESERTA: LIM YANG DA

KELAS: 6E

ALAMAT EMAIL: [email protected]

NAMA SEKOLAH: SJK(C) CHI MING 1

ALAMAT SEKOLAH: JALAN ONG SIONG, 84900 TANGKAK, JOHOR

GAMBAR PESERTA

Pendahuluan

Jangan dikelirukan dengan Muhyidin Abdul Rashid, Muhiddin Yusin,
atau Mahyuddin Mohamed.

Rencana ini ialah mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Untuk buku wawancara mengenai pendidikan di Malaysia, oleh beliau, sila
lihat Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Untuk Tan Sri Abdul Aziz Yassin, sila
lihat Abdul Aziz Yassin. Untuk Yang Dipertua Dewan Negara yang pertama, sila
lihat Abdul Rahman Mohd Yassin.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin" dilencongkan ke sini. Untuk tokoh lain dengan nama
Muhyiddin, lihat Muhyiddin (nyahkekaburan).

Yang Amat Berhormat[3][4] Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji
Muhammad Yassin (Jawi: ‫ ;نيساي دمحم نب نيدلا يحم‬lahir Mahiaddin bin Md
Yassin[5]; 15 Mei 1947) ialah seorang ahli politik Malaysia dan Perdana Menteri
Malaysia ke-8. Beliau dilantik pada 29 Februari 2020 dan bersumpah pada 1 Mac
2020 selepas peletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Mahathir Mohamad pada
24 Februari 2020.

Biodata tokoh pemimpin

Beliau berasal dari Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim dan merupakan salah

seorang daripada 47 orang anak seorang ulama terkenal di Muar, iaitu Tuan Haji Muhammad

Yassin bin Haji Muhammad dan isteri kedua daripada empat orang isteri, iaitu Puan Hajjah

Khadijah binti Haji Kassim

• 1947: Dilahirkan di Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Ta'zim, Malayan
Union (kini Malaysia) pada 15 Mei

• 1954 (7 tahun): Mula mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Maharani, Muar

• 1957 (10 tahun): Bertukar ke sekolah aliran Inggeris di Sekolah Kebangsaan
Ismail, Muar

• 1960 (13 tahun): Meneruskan pelajaran sekolah menengah di Government
English School, Muar

• 1968 (21 tahun): Memulakan pengajian bagi ijazah sarjana muda di Universiti
Malaya

• 1970 (23 tahun): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan
Pengajian Melayu di Universiti Malaya

• 1971 (24 tahun) dilantik menjadi Bendahari UMNO Muar-
Pagoh dan Pengerusi UMNO Cawangan Permatang Pasir

• 1972 (25 tahun): Berkahwin dengan Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee
Abdul Rahman

• 1974 (27 tahun): Dianugerahi Pingat Ibrahim Sultan Pangkat Pertama (PIS)
(II) oleh Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul
Ta'zim

• 1976 (29 tahun): Dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Pagoh dan Setiausaha Pergerakan Pemuda
UMNO Negeri Johor Darul Ta'zim

• 1978 (31 tahun): Menang kerusi Parlimen Pagoh dan dilantik sebagai Ahli
Parlimen Malaysia buat kali yang pertama

• 1979 (32 tahun): Dianugerahi Bintang Sultan Ismail Pangkat Pertama (BSI)
(II) oleh Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul
Ta'zim

• 1980 (33 tahun): Dianugerahi Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) oleh Sultan

Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim

• 1981 (34 tahun): Dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar
Negeri Malaysia

• 1982 (35 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik
sebagai Timbalan Menteri WIlayah Persekutuan Malaysia; dilantik
sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Darul Ta'zim; dilantik
sebagai EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

• 1983 (36 tahun): Bertukar portfolio menjadi Timbalan Menteri Perdagangan
dan Industri Malaysia

• 1984 (37 tahun): Bertanding di peringkat Majlis Tertinggi UMNO, tetapi tidak
cukup undian

• 1985 (38 tahun): Dilantik sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh,
menewaskan Tan Sri Othman Saat

• 1986 (39 tahun): Bertanding di kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan
berjaya memenangi kerusi Dewan Negeri tersebut; dilantik sebagai Menteri
Besar Johor Darul Ta'zim yang ke-13

• 1988 (41 tahun): Dianugerahi Darjah Panglima Setia Mahkota yang
membawa gelaran Tan Sri oleh Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan
Ismail, Yang di-Pertuan Agong Malaysia (Sultan Johor Darul Ta'zim)

• 1990 (43 tahun): Mempertahankan kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang;
dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim buat penggal kedua;
bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, tetapi tewas

• 1991 (44 tahun): Dianugerahi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia
Pangkat Pertama, Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa
gelaran Dato' oleh Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor
Darul Ta'zim; dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen

• 1993 (46 tahun): Memenangi jawatan Naib Presiden UMNO buat kali yang
pertama

• 1995 (48 tahun): Bertanding semula dii kerusi Parlimen Pagoh dan
memenanginya; dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia

• 1996 (49 tahun): Tidak berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden
UMNO

• 1999 (52 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik
sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Malaysia

• 2000 (53 tahun): Memenangi semula jawatan Naib Presiden UMNO dan
berjaya mempertahankannya selama 8 tahun

• 2002 (55 tahun): Mengasaskan TSM Charity Golf Foundation untuk tujuan
kerja-kerja amal

• 2004 (57 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik
sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

• 2007 (60 tahun): Dianugerahi Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP)
yang membawa gelaran Dato' Seri oleh Tuanku Syed Sirajuddin ibni
Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis

• 2008 (61 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik
sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia;
dianugerahi Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang
membawa gelaran Dato Sri oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang
Barieng, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Bumi Kenyalang

• 2009 (62 tahun): Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia; memenangi jawatan Timbalan
Presiden UMNO menewaskan Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib

• 2010 (63 tahun): Dianugerahi Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP)
yang membawa gelaran Datuk Patinggi oleh Tun Abang Muhammad
Salahuddin Abang Barieng,

• 2013 (66 tahun): Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh; dilantik semula
sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pendidikan I
Malaysia; menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO

• 2014 (67 tahun): Dianugerahi Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam
Shah Yang Amat Dihormati (SHMS) yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja

oleh Sultan Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul
Aman
• 2015 (68 tahun): Digugurkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia dari senarai Kabinet Malaysia 2013 semasa rombakan Kabinet
Malaysia 2015 kerana menegur cara Perdana Menteri Malaysia, Dato'
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menanggani isu 1Malaysia Development
Berhad dan isu derma RM2.6 Billion; digantung jawatan sebagai Timbalan
Presiden UMNO dan diganti oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi;
dihalang untuk membuat ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2015
• 2016 (69 tahun): Digantung jawatan sebagai Timbalan Presiden
UMNO sehingga Pemilihan UMNO akan datang; dipecat dari UMNO;
menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama Tun Dr Mahathir
Mohamad
• 2017 (70 tahun): Dilantik sebagai Timbalan Presiden Pakatan Harapan dan
Pengerusi Pakatan Harapan Johor Darul Ta'zim
• 2018 (71 tahun): Dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, dilantik
semula sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negeri
Johor bagi Gambir yang baharu.
• 2019 (72 tahun): Dianugerahi Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang
membawa gelaran Datuk Seri Utama oleh Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang di-
Pertua Negeri Melaka

Pendidikan tokoh yang dipilih

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail (sekolah aliran Inggeris)
serta Government English School di Muar (sekolah menengah). Beliau kemudian
melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan berjaya
memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian
Melayu (1970).

Semasa di alam pembelajaran di peringkat rendah hingga ke universiti, beliau
tidak terkelompok dalam kumpulan pintar atau genius. Beliau adalah seorang siswa
biasa tetapi amat tekun dan kuat berusaha.

Kerjaya tokoh

• Sektor Awam
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970) dan kemudiannya
Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).

• Sektor Korporat
Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk
berkecimpung dalam dunia korporat. Beliau telah bertugas di beberapa buah
anak syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim,
(GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ);
kini Perbadanan Johor (JCorp). Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Tan
Sri Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn Bhd
sebagai Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri Saujana Berhad dan
Sergam Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity Mal (Johor) Sdn Bhd.

Zaman Tun Hussein Dato' Seri Onn (1976-1981)

Badan Perundangan 1976-1981
Beliau pertama kalinya telah dipilih menjadi Wakil Rakyat apabila beliau
memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1978.
Setelah mendapat kemenangan tersebut, beliau dilantik di dalam Dewan
Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pagoh.

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 1981-2003

Pada tahun 1981, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen
Kementerian Luar Negeri Malaysia[17] oleh Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkenaan
pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia[18] pada tahun yang sama oleh Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas setahun, iaitu pada

tahun 1983, beliau telah bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Perdagangan
dan Perindustrian I Malaysia[19] sehingga tahun 1986.

Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor Darul
Ta'zim[20] selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 apabila memenangi
kerusi Dewan Negeri Johor (Dewan Negeri) Bukit Serampang. Beliau menjadi
Pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor Darul
Ta'zim sebagai EXCO Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan.
Sebagai Ahli Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau berjaya mempertahankan
kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 dan
dilantik sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim untuk penggal kedua. Di bawah
kepimpinan beliau, negeri Johor Darul Ta'zim terus berkembang pesat dan menjadi
antara negeri yang termaju di Malaysia.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum
Malaysia 1995, iaitu pada bulan Mei 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Belia
dan Sukan Malaysia.[21] Empat tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia mulai
bulan Disember 1999[22] setelah berjaya mempertahankan
kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 yang lalu.

Zaman Tun Abdullah Datuk Ahmad Badawi (2004-2008)
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2003-2008

Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengetuai Kementerian Pertanian
Malaysia berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

Setelah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh semasa Pilihan Raya
Umum Malaysia 2004, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia[23] yang fungsinya ditambah bagi memajukan
sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing. Pelbagai
usaha telah dijalankan bagi memperkasakan bidang pertanian menjadi suatu
perniagaan.

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan
kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau telah dilantik
sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau
menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dalam tempoh
yang tidak lama, iaitu selama lebih kurang 1 tahun kerana selepas itu telah diberi
peluang untuk naik ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Zaman Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (2009-2015)
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2009-2015

Pada tanggal 9 April 2009, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin
memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berikutan
peralihan tampuk kuasa Perdana Menteri Malaysia daripada Tun Abdullah Ahmad
Badawi kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Jawatan Timbalan Perdana
Menteri yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga 5
tahun. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I
Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2013.

Semasa menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
beliau telah mendiami Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
iaitu Seri Satria.

Kenderaan rasmi beliau adalah merupakan sebuah kereta Proton
Perdana Eksekutif bersaiz limousin yang dikhaskan untuk kegunaan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia dan bernombor pendaftaran W9M.[26] Selain daripada itu,
beliau juga menggunakan sebuah kenderaan peribadi berupa sebuah kenderaan
pelbagai guna, Toyota Alphard bernombor pendaftaran JBM2.

Beliau juga telah melancarkan laman sesawang peribadi, MY-
Malaysiadi Angkasapuri pada 30 Januari 2010 sebagai satu wadah untuk
berinteraksi bersama rakyat Malaysia.

Beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan
Raya Umum Malaysia 2013 yang lalu.

Pada tanggal 15 Mei 2013 di Malaysia, semasa beliau menyambut
ulangtahun kelahiran yang ke-66, beliau sekali lagi telah dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Menteri Pelajaran I Malaysia pada
tahun 2013[28] untuk penggal kedua.

Pada 12 Ogos 2013, beliau telah bertukar portfolio daripada menjadi Menteri
Pelajaran I Malaysia kepada Menteri Pendidikan I Malaysia.[29]

Pada tanggal 28 Julai 2015, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak telah membuat satu keputusan mengejut iaitu membuat rombakan
besar-besaran ke atas Kabinet Malaysia 2013[30] dengan menggugurkan nama Tan
Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kedudukan Tan
Sri Muhyiddin digantikan oleh Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi.[31]

Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mempunyai kaitan langsung
dengan persoalan yang ditimbulkan oleh beliau berkenaan keputusan Kerajaan
Malaysia membekukan penerbitan dua akhbar media perniagaan alternatif di
Malaysia The Edge, iaitu The Edge Financial Daily dan The Edge Financial
Weekly kerana melaporkan salah laku syarikat milik penuh Kementerian Kewangan
Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan teguran beliau agar Dato'
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam pengurusan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB). Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengatakan
pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Kabinet Malaysia 2015 dibuat setelah
mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran yang diperlukan
oleh Kerajaan Malaysia, walaupun ia merupakan satu tindakan yang sukar demi
'pemantapan dan penyatuan'.

Zaman Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)
Badan Eksekutif dan Badan Perundangan 2018-2020

Beliau sekali lagi telah berjaya mempertahankan
kerusi Parlimen Pagoh dalam gabungan parti politik baharu, Pakatan
Harapan setelah disingkirkan dari Barisan Nasional. Kerusi Dewan Negeri
Johor bagi Gambir juga turut menangi oleh beliau buat kali yang pertama.
Seterusnya, dengan kejayaan tersebut, beliau telah dilantik oleh Perdana Menteri

Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Dalam Negeri
Malaysia pada 12 Mei 2018 yang lalu.

Pada 21 Mei 2018, beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri
Dalam Negeri Malaysia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad
V di Istana Negara.

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri
Gambir, Johor Darul Ta'zim pada 28 Jun 2018[36] di Bangunan Sultan Ismail, Kota
Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Darul Ta'zim di hadapan Yang di-Pertua Dewan
Negeri Johor Darul Ta'zim, Suhaizan Kayat.

Pada 12 Julai 2018, Setiausaha Akhbar beliau, Hafiz Abdul Halim telah
mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin
Yassin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan peringkat
awal di pankreas di sebuah hospital di Singapura dan telah mendapat cuti rehat
selama sebulan untuk menjalani rawatan susulan. Disebabkan itu, tugas
sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia dijalankan sementara oleh Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau tidak dapat hadir untuk majlis
angkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh yang telah berlangsung
pada 16 Julai 2018 di Dewan Rakyat di hadapan Yang di-Pertua Dewan
Rakyat, Dato' Mohamad Ariff Md Yusof.

Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mac 2020

Pada 29 Februari 2020, Agong percaya Muhyiddin boleh memberi arahan
majoriti Dewan Rakyat, memberi beliau peluang untuk membentuk kerajaan
baharu berikutan peletakan jawatan yang tiba-tiba oleh Mahathir
Mohammad sebagai Perdana Menteri lima hari sebelum.Beliau adalah Perdana
Menteri pertama yang mempunyai kedua-dua parlimen dan DUN pada masa yang
sama.

Jasa dan Sumbangan tokoh

Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim

Johor Darul Ta'zim mengalami anjakan paradigma ketika Tan Sri Muhyiddin
menjadi Menteri Besar dari tahun 1986 sehingga tahun 1995. Kebijaksanaan beliau merancang
dan mentadbir telah merancakkan ekonomi Johor Darul Ta'zim dengan pertumbuhan melebihi
kadar 9 peratus, iaitu lima tahun berturut-turut. Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin,
negeri Johor Darul Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi sebilangan kecil
negara di dunia. Kemajuan Johor Darul Ta'zim di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin
dikagumiwalaupun mencemaskan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sehingga
memaksa dirinya memberi amaran kepada rakyat Singapura supaya berhati-hati kerana
jika tidak, Johor Darul Ta'zim akan menandingi Singapura.

Di bawah Tan Sri Muhyiddin juga, sebagai Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri Johor Darul Takzim menjadi simbol kejayaan konglomerat Melayu di seluruh
negara. Dasar penswastaan negeri Johor Darul Ta'zim memberi faedah kepada semua
rakyat kerana wang yang dijimatkan dapat membina banyak kemudahan di seluruh Johor Darul
Ta'zim dan mekanisme kejayaan ekonomi Melayu dikongsi menerusi Amanah Saham Johor.

Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan Sri Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan
kedudukan pegawai-pegawai mahkamah dinaikkan taraf. Masjid lama diperbaiki serta
dibesarkan dan masjid-masjid baharu dibina. Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah
dengan memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru Agama Kerajaan Johor Darul
Ta'zim.

Ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, Sijil Syahadah Thanawi, Maahad Johor telah
mendapat kembali pengiktirafan dari Universiti Al Azhar, Mesir dan Universiti Islam
Madinah, Arab Saudi.

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Rencana–rencana utama: Rakan Muda dan Sukan Komanwel 1998

Tan Sri Muhyiddin telah mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada
tahun 1985 dan telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara[41] pada
tahun 1997 ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau juga menggerakkan
program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman,
dan mendapat sambutan di luar dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam
enam bulan pertama ia diperkenalkan. Program Rakan Muda adalah program yang
melibatkan 10 gaya hidup sihat dan merupakan sebahagian
daripada blueprint pembangunan Wawasan 2020.

Tan Sri Muhyiddin yang peka dengan perkembangan sukan telah menggerakkan operasi
pembersihan rasuah bolasepak ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Ketegasan Tan Sri Muhyiddin membanteras rasuah telah menyaksikan hampir 100 orang
pemain bolasepak ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah serta dikenakan tindakan.

Sentuhan Tan Sri Muhyiddin seterusnya meletakkan Sukan Komanwel
1998[42] sebaris dengan acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel
1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia berlangsung di Kompleks
Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus untuk Sukan Komanwel 1998. Acara itu
juga menyaksikan pencapaian terbaik negara sejak penyertaan pertama tahun 1950-an dengan
menggondol 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia

Pada tahun pertama mengetuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia (KPDN & HEP), Tan Sri Muhyiddin telah mewujudkan lebih
banyak perniagaan baharu sehingga peningkatannya melebihi 36%.

Beliau juga memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang[43] yang dikuatkuasakan
pada musim perayaan. Langkah itu telah berjaya memastikan bekalan keperluan sentiasa
mencukupi pada harga berpatutan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tan Sri Muhyiddin juga telah merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna
1999 (Akta 599) bagi mengawal selia aktiviti perniagaan dan memberi perlindungan kepada para
pengguna. Di bawah akta ini wujud Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,[44] di bawah
Seksyen 85, Bahagian XII, Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu sebuah badan bebas yang
mempunyai kuasa mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang membuat
tuntutan tidak melebihi daripada RM25,000.00 sahaja.

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

Rencana utama: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
telah menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan
mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’.[45] Wawasan beliau menjadikan
sektor pertanian tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya berjaya mengubah minda dan persepsi
masyarakat sehingga ramai siswazah dalam pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu
berminat menceburi bidang pertanian.

Tan Sri Muhyiddin juga berjaya menghidupkan semula pameran MAHA[46] dengan konsep
baharu sehingga mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan,
pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.

Tan Sri Muhyiddin juga turut bertanggungjawab mencetuskan idea dan
menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 bagi mencari dan merumuskan formula
untuk memajukan industri pertanian negara.

Taman Pertanian Malaysia juga telah dinaik taraf menjadi Taman Botani Negara Shah
Alam di zaman beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Ia
menjadikannya sebagai taman agro-pelancongan terbesar di dunia dengan keluasan 813 hektar.
Kos sebanyak RM141 juta[47] telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2007 yang lalu.

Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia

Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tan Sri Muhyiddin
dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia (Ministry of International Trade and Industry Malaysia).

Sebaik sahaja memasuki pejabat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin pantas memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai
teras Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Tujuannya supaya para
pegawai di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami
pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi tumpuan untuk
mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian Malaysia. Walaupun baru setahun di bawah
kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Malaysia telah menampakkan kejayaan dalam memperkemaskan industri dan menggalakkan
pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan I
Malaysia

Pemansuhan PPSMI
Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini, sila lihat Pemansuhan PPSMI.

Beliau telah mengembalikan semula kaedah mengajar
matapelajaran Matematik dan Sains yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Malaysia di atas permintaan orang ramai di semua sekolah rendah dan menengah di
seluruh Malaysia.

Sekolah Dalam Hospital

Beliau juga telah melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil
cetusan ilham, isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman yang juga
penaung program dan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada kerjasama Yayasan
Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Transformasi memerlukan masa, strategi dan hala tuju jelas. Justeru, tempoh sedekad akan
datang ini adalah sangat mencabar kerana kita perlu meletakkan Malaysia sebagai negara maju
dan sekali gus juga menukar status sebagai negara pemimpin, bukan lagi negara pengikut,
termasuklah dalam soal pendidikan.

- Tan Sri Muhyiddin Yassin, Putrajaya, 1 November 2011

Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia

Setelah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia, beliau telah mengumumkan
komitmen kerajaan bagi menanggani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin. Beliau
telah mengumumkan bahawa tarikh penamatan Program Penggajian dan Penempatan Semula
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah pada 30 Jun 2018.

Selain daripada itu, satu program serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai Program 3+1
telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk dihantar pulang ke negara
asal mereka.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Rencana utama: Banjir 2014-15 di Asia Tenggara dan Asia Selatan § Kontroversi

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara
(National Disaster Management). Semasa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak bercuti di Amerika Syarikat[49] sambil bermain golf bersama Presiden Amerika
Syarikat, Barack Obama di Pulau Hawaii, beliau telah memangku jawatan Perdana Menteri
Malaysia dan mengurus dengan baik keperluan mangsa banjir walaupun menghadapi pelbagai
cabaran.

Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang

Kepemimpinan merujuk kepada kemampuan mengambil peranan
mempengaruhi orang lain ke arah kebaikan. Seorang pemimpin perlu mempunyai
personaliti yang mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia ditegur atau dikritik
oleh orang lain.

Dalam konteks Islam, kekuatan keimanan dan keyakinan terhadap Allah SWT
adalah aspek penting, sekali gus menjadi satu kekuatan apabila diuji dengan
pelbagai cabaran. Pemimpin yang baik tidak mudah berputus asas atau cepat
mengalah kerana yakin Allah SWT sentiasa bersamanya.

Selain itu, pemimpin yang baik mempunyai daya fikiran jauh ke hadapan atau
berwawasan. Mereka akan sentiasa dipandang oleh masyarakat sekeliling sebagai
seorang yang mempunyai nilai dan diyakini.

Terdapat tiga ciri utama dalam kepemimpinan Rasulullah SAW iaitu wawasan
yang jelas, nilai baik dan daya kekuatan.

Pemimpin yang mempunyai wawasan jelas memiliki kemampuan berfikir
dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau
memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.

Memimpin orang lain dengan nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai
integriti dalam diri.

Memiliki daya kekuatan hingga mampu menggerakkan orang lain serta
mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

Sehubungan itu, wajar kita melatih generasi muda supaya mempunyai nilai
dan ciri kepemimpinan yang mampu mengurus diri serta mempengaruhi orang lain di
sekelilingnya. Untuk itu kita perlu melatih generasi muda supaya belajar daripada
keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.

Penutup dan Kesimpulan

Semangat juang yang kental dan pengalaman yang luas menjadi kelebihan
kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggalas serta melaksanakan
tanggungjawab sebagai Perdana Menteri ke-8.Rata-rata penganalisis politik tanah
air yang diminta mengulas pelantikan beliau positif, Presiden Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) ini mampu mengukuhkan kembali kestabilan politik dan
pembangunan ekonomi negara seperti yang diharapkan rakyat negara ini.

Bagi mereka, Muhyiddin, 72, adalah individu terbaik untuk menerajui
kepimpinan negara berdasarkan kepada pengalaman luas beliau dalam bidang
politik serta pentadbiran tanah air setelah menyandang pelbagai portfolio utama
kerajaan yang melebihi empat dekad daripada usianya.Menurut geostrategis, Azmi
Hassan yang juga penganalisis politik, pengalaman luas Ahli Parlimen Pagoh (Johor)
itu dilihat sebagai aset utama buat Muhyiddin mengemudi negara kerana berdepan
dengan pelbagai cabaran yang sengit dan getir.

“Memang benar, tidak dapat disangkalkan lagi pengalaman beliau bukan
sahaja dalam politik tetapi juga dalam menguruskan negara bermula daripada
memegang jawatan Menteri Besar Johor sehinggalah dilantik menjadi Timbalan
Perdana Menteri kemudiannya Menteri Dalam Negeri.“Antara sepanjang jawatan itu,
sudah banyak portfolio yang beliau sandang.

Ini menunjukkan beliau mempunyai pengalaman sangat luas untuk menerajui
kepimpinan negara

Sumber Rujukan

https://www.sinarharian.com.my/article/72213/BERITA/Nasional/Muhyiddin-terbaik-
kerana-semangat-kental-banyak-pengalaman

Jangan cetak nama saya sebagai 'Mahiaddin' - Tan Sri Muhyiddin Yassin, Astro
Awani, dicapai pada 18 Jun 2018

^ Beliau telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, oleh Perdana
Menteri Malaysia Najib Tun Razak dengan tuntutan bahawa ia adalah keputusan yang
sangat sukar.

^ Panjat ke:a b c "UMNO sacks former Malaysian DPM Muhyiddin Yassin and Mukhriz
Mahathir". Channel NewsAsia. 24 Jun 2016. Dicapai pada 27 Jun 2016.

"Muhyiddin heads Sabah honours list". The Borneo Post. 3 October 2010. Dicapai
pada 12 October 2019.

^ "Sarawak Honours List 2008". The Star Online. 5 November 2008. Dicapai
pada 12 October 2019.

^ "TPM terima Bintang Kenyalang Sarawak" (dalam bahasa Malay). Malaysiakini. 13
February 2010. Dicapai pada 12 October 2019.


Click to View FlipBook Version