Buku skrap digital
Sultan Ibrahim ibni
Almarhum Sultan Iskandar
Disediakan oleh:
Lee Siao Hxuan
(SJK(C)Chi Ming 1)
Nama peserta : Lee Siao Hxuan
Kelas : 6E
Alamat email : [email protected]
Nama sekolah : SJK(C) Chi Ming 1
Alamat sekolah : Taman Sialang, 84900 Tangkak, Johor
Gambar :
Pendahuluan
Buku skrap digital tokoh pemimpin johor ini menceritakan
maklumat tentang Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar seperti
biodata, pendidiknan, kerjaya dan sumbangan baginda.
Diputerakan pada 22 November 1958, Duli Yang Maha
Mulia Sultan Ibrahim dididik dan diasuh untuk menjadi seorang Raja
yang cerdik, berpengetahuan, berwibawa dan berdaulat. Tuanku
mengikuti jejak langkah kesultanan sebelum baginda dengan melibat diri
dalam aktiviti ketenteraan, pengurusan dan pentadbiran yang dijadikan
asas untuk membina semangat juang, disiplin, kepimpinan dan
perwatakan.
Biodata Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ( سلطان ابراهيم ابن المرحوم المتوكل على الله
)سلطان اسكندر الحجmerupakan anakanda ketiga baginda dan putera sulung kepada Almarhum Sultan
Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche Besar Hajah Khalsom binti
Abdullah. Baginda merupakan Sultan Johor ke-25 dan terkini serta merupakan Sultan Johor era
moden ke-5 dari Kerabat Temenggong.
Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmud Iskandar diputerakan pada 22 November
1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya.
Baginda ialah anakanda kepada Sultan Iskandar. Baginda juga merupakan pengasas
kepada acara jelajah bermotosikal iaitu Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda
terhadap sukan permotoran berkuasa tinggi.
Pendidikan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
• Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran.
Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1.
• Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar
School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor,
baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).
• Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah
dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama
Islam.
• Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat
(Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan
dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda
telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.
• Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai
Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik
sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.
• Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter
di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan
dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kerjaya Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
Baginda pernah menjadi pemangku Tunku Ibrahim Ismail telah
sultan Johor pada 26 April 1984 dilantik sebagai Tunku Mahkota
hingga 25 April 1989 ketika Johor pada 3 Julai 1981 dan telah
ayahandanya, Sultan Iskandar telah berdiam di Istana Pasir
dimasyhurkan sebagai Yang di- Pelangi sejak itu.
Pertuan Agong Malaysia yang
kelapan. Dalam beberapa tahun belakangan ini,
Tunku Ibrahim secara beransur-ansur
mengambil alih beberapa tugas negeri dan
fungsi dari ayahandanya yang telah tua
termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-
Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim
bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota
Pahang telah mewakili ayahanda masing-
masing dalam mesyuarat itu.
Sumbangan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
1. Program Kembara Mahkota Johor
• Siri pertama diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2001, penjelajahan tiga hari dua malam.
• Diiringi oleh 28 buah motosikal berkuasa tinggi, menyusuri setiap pelosok negeri merangkumi
lapan daerah di negeri Johor sejauh kira-kira 870 kilometer.
• Ekspedisi bermotosikal yang julung kali diadakan itu bertujuan mendekatkan istana dengan
rakyat selain mempromosikan industri pelancongan
• Tunku Mahkota ketika itu mengumumkan Kembara Mahkota Jelajah Johor, dijadikan acara
tahunan dan meletakkan matlamat menjadikannya sebagai program amal bagi membantu
golongan kurang bernasib baik.
• Kembara Mahkota Jelajah Johor juga bermatlamat memupuk semangat perpaduan di kalangan
masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
• Siri kedua program ini berlangsung selama empat hari dan tiga malam iaitu pada 25 hingga 28
Mac 2002 merentasi tujuh daerah dengan lebih 15 destinasi sejauh 1002 kilometer melalui jalan
raya.
• Siri ketiga Kembara Mahkota tahun 2003, yang berlangsung selama empat hari tiga malam
mulai 8 hingga 11 Mei, meneruskan tumpuan terhadap kerja amal dan kebajikan, antaranya
Tunku Mahkota Johor telah menyumbangkan komputer, pakaian dan basikal kepada murid-
murid miskin di luar bandar.
• Kini, Kembara Mahkota Johor telah pun berlangsung selama empat belas tahun, melalui laluan
darat (motosikal, pacuan 4 roda, keretapi dan bas) dan jalan air (bot dan kapal).
2. Pengisytiharaan Bandar Muar (Bandar Maharani) menjadi Bandar
• Pengisytiharaan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja Johor telah disempurnakan oleh Sultan
Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 5 Februari 2012 ketika Tuanku
menghadiri sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat negeri Johor di Masjid Sultan Ibrahim,
Bandar Maharani, Muar.
• Pengisytiharan rasmi Bandar Maharani Bandar Diraja disempurnakan oleh DYMM Sultan
Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada tanggal 10
Muharam 1434 Hijrah bersamaan 24 November 2012.
• Bandar Maharani adalah bandar kedua terpenting selepas Bandaraya Johor Bahru.
Baginda mengarahkan pembinaan Istana Tanjung yang menjadi Istana Persemayaman ketika
Tuanku berangkat ke Bandar Maharani.
• Pemilihan Bandar Maharani sebagai Bandar Diraja kerana Tuanku menggemari suasana bandar
yang tenteram dan harmoni.
Nilai kepimpinan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan seorang pemimpin yang
berkaliber. Antara nilai-nilai kepimpinan baginda yang boleh diterapkan dalam diri generasi sekarang
ialah nilai berwawasan dan berpandangan jauh. Untuk menjadi seorang pemimpin, nilai berwawasan
dan berpandangan jauh merupakan nilai yang paling utama yang perlu diterapkan dan diamalkan oleh
seseorang pemimpin. Contohnya, baginda amat menitikberatkan pelbagai perkara berkaitan
pembangunan dan kemajuan kawasan luar bandar di negeri Johor. Hal ini telah memastikan
kepentingan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin dan telah membangunkan Johor ke arah yang
lebih cemerlang.
Selain itu, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa mengamalkan nilai
muafakat bagi menyatupadukan rakyat. Contohnya, baginda telah menerajui program Kembara
Mahkota Johor yang bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat. Sebagai
seorang pemimpin, nilai muafakat perlu sentiasa diamalkan semasa membuat sesuatu keputusan kerana
negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan kaum. Hal ini kerana permuafakatan masyarakat
penting bagi memastikan perpaduan sentiasa kukuh supaya keharmonian hidup rakyat berbilang kaum
dan agama negara kita terpelihara dengan baik.
Akhir sekali, nilai kemimpinan yang boleh dicontohi ialah nilai keberanian. Baginda
mempunyai semangat juang yang tinggi. Hal ini dapat dilihat dalam kegemaran baginda dalam aktiviti
lasak. Contohnya, baginda memandu bot laju dalam satu pertandingan bot semasa berusia lima tahun.
Selain itu, baginda juga berkebolehan dan bertauliah memandu kapal terbang, jet dan helikopter. Di
samping itu, baginda juga merupakan Raja Melayu yang pertama mempunyai lesen memandu kereta
api.
Penutup
Saya belajar banyak maklumat tentang Sultan Ibrahim ibni Almarhum
Sultan Iskandar apabila membuat buku skrap digital tokoh pemimpin johor ini.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada guru yang memberi bimbingan dan tunjuk ajar cara-cara untuk
meniyapkan buku skrap digital ini kepada saya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu
bapa saya kerana membantu menyiapkan tugasan ini. Kakak saya yang mengajar saya
cara-cara untuk menggunakan aplikasi komputer ini.
Sumber rujukan
https://www.wikiwand.com/ms/Sultan_Ibrahim_Ismail_i
bni_Almarhum_Sultan_Iskandar
https://www.johor.gov.my/kerajaan/kesultanan-
johor/dymm-sultan-johor
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ibrahim_Ismail_ib
ni_Almarhum_Sultan_Iskandar
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Maharani
https://www.utusan.com.my/nasional/2020/08/sultan-
johor-ambil-berat-kemajuan-luar-bandar/
https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-
kesultanan-johor/