The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan kepada alam sekitar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by damiaqhairil03, 2022-06-13 09:25:35

Pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan kepada alam sekitar

Pembangunan bandar yang pesat telah memberi kesan kepada alam sekitar

MPU23032
PENGAJIAN ISLAM

PEMBANGUNAN BANDAR
YANG PESAT TELAH

MEMBERI KESAN KEPADA
ALAM SEKITAR

Isi Kandungan

Muka Depan........................................................................................................1
Penghargaan.......................................................................................................2
Pengenalan..........................................................................................................4
Apa itu Pembandaran?........................................................................................5
Apa itu Alam Sekitar?.........................................................................................6
Apa itu Pencemaran?..........................................................................................7
Jenis Pencemaran Alam Sekitar..........................................................................8
Punca Pencemaran Alam ..................................................................................12
Kesan Pencemaran Alam Sekitar.......................................................................17
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pembandaran Terhadap Alam Sekitar..21
Kesimpulan........................................................................................................25
Rujukan.............................................................................................................26

Penghargaan

Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya
dapat kami menyiapkan tugasan kerja e-folio ini dengan penuh sukses.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Dayangku Farah Azeila
Binti Awang Mohammat ,selaku pensyarah bagi kursus MPU23032 PENGAJIAN ISLAM kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk menyempurnakan tugasan penting ini.
Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan seperjuangan kerana telah banyak
menghulurkan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
baik sekali.
Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan
ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat saya
hargai. Biar jasa kalian jadi kenangan abadi.Sekian, terima kasih

2

Disediakan Oleh:

NAMA NO PENDAFTARAN KELAS
20DDT21F1010 DDT2F
NURAFNI HASHIMA BINTI SUHIB 20DDT21F1001 DDT2F
20DDT21F1904 DDT2F
NUR DAMIA BINTI MUHD NUR
QHAIRIL

AMIRA AFIAH BINTI ISWANDY

3

Pengenalan

Kita boleh lihat seluruh dunia sedang membangun
dengan pesat termasuk Malaysia. Oleh kerana
pembangunan pesat ini,ia menyebabkan ramai yang
tidak mengendahkan dan kurang mengambil berat
tentang kepentingan pembangunan yang konsisten
dengan perlindungan alam sekitar. Kita sendiri boleh
menyemak bacaan ipu terkini berdasarkan sumber JAS.
Kerana dalam mengejar pembangunan, perlindungan
alam sekitar terpaksa dikorbankan demi membawa
impak yang besar kepada negara hari ini. Kita boleh
lihat dengan mata kepala sendiri bahawa pencemaran
ada di mana-mana terutamanya di kawasan bandar.
Disebabkan oleh pertambahan penduduk sesuatu
tempat, sektor perindustrian berkembang pesat. Jika
masalah ini tidak diselesaikan segera, negara kita akan
menghadapi pelbagai masalah dan bencana.

4

Apa itu pembandaran?

Pembandaran ialah proses perkembangan sesebuah kawasan menjadi bandar perkembangan. Ini meliputi aspek peluasan
sempadan ( saiz kawasan ), jumlah penduduk (demografi) serta fungsi dan kepentingan bandar. Perkembangan ini
menjadikan sesebuah kawasan menjadi semakin moden, kompleks serta naik taraf. Pembandaran melibatkan perkembangan
kawasan luar bandar menjadi sebuah bandar kecil, bandar kecil menjadi bandar sederhana dan akhirnya menjadi sebuah
bandar besar. cth. Kuala Lumpur, jumlah penduduk pada tahun 1980 seramai kira-kira 900 000 orang menjadi 1.2 juta orang
pada 1997. Manakala keluasannya dari 93 km² menjadi 243 km² setelah diistiharkan sebagai wilayah persekutuan.

5

Apa itu alam sekitar?

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang
wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian
daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora dan fauna.
Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama iaitu

1.Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa
penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-
bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku
2.Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak
mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta
tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud
hasil daripada aktiviti manusia.

Perkataan alam merupakan pinjaman perkataan bahasa Arab iaitu
‫َع اَلم‬, yang terdiri daripada huruf akar ‫ع ل ‏م‬.

6

Apa itu pencemaran?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan
bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan
(mengotorkan).
Pengotoran alam-perbuatan mencemarkan kebersihan alam
sekeliling dengan sampah sarap.

7

Jenis pencemaran alam sekitar

1.Pencemaran Air 2.Pencemaran Udara
Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor
pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat menyebabkan pencemaran udara yang teruk di
pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan
terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang
Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana pembuangan teruk.
sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah
Klang.

8

3.Pencemaran Bunyi

Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor

pengangkutan menyumbang kepada

pencemaran bunyi di bandar-bandar besar.

Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada

penduduk bandar untuk mejalani kehidupan

seharian.

4.Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah atau pencemaran tanih
adalah disebabkan oleh kehadiran xenobiotik
bahan kimia (buatan manusia) atau perubahan
lain pada persekitaran tanah semulajadi. Ia
biasanya disebabkan oleh aktiviti industri,
bahan kimia pertanian, atau pelupusan sisa
tidak wajar. Pencemaran ini dikaitkan dengan
tahap perindustrian dan intensiti penggunaan
kimia.

9

5.Pencemaran Cahaya
Kehadiran cahaya antropogenik dan buatan
dalam persekitaran malam. Ia diperburuk oleh
kegunaan cahaya yang berlebihan, salah tuju
atau menonjol, tetapi cahaya yang dipakai
dengan teliti juga pada dasarnya mengubah
keadaan semula jadi.

6.Pencemaran sisa pepejal
Disebabkan pembuangan bahan sisa pepejal di
merata-rata tempat. Contohnya, longgokan
sampah yang banyak di kawasan rekreasi
menyebabkan kawasan tersebut tercemar.
Pencemaran sisa pepejal biasanya mengundang
bau yang tidak enak kepada orang awam.

10

8.Pencemaran Visual
Pencemaran visual mengganggu kawasan
pemandangan seseorang dengan membuat
perubahan yang merosakkan di alam semula
jadi. Papan iklan penyimpanan sampah secara
terbuka, antena, wayar elektrik, bangunan, dan
kereta sering dianggap pencemaran visual.

11

Punca pencemaran alam

1.Perkembangan Penempatan

Jumlah penduduk semakin bertambah oleh kesan pembandaran yang
berpindah secara besar-besaran ke kawasan bandar -bandar utama.

2.Sikap Individu dan Organisasi Tidak
Bertanggungjawab

Segala yang berlaku adalah berpunca daripada sikap individu dan
organisasi tidak bertanggungjawab yang kurang ada kesedaran untuk
menjaga dan memelihara keadaan alam sekitar. Sebagai contoh, aktiviti
ekonomi seperti pembukaan kawasan perumahan dan perindustrian yang
baru diperlukan tetapi, ekosistem sesebuah kawasan tersebut perlu
dipelihara. Penebangan hutan dan penarahan bukit tanpa ada tindakan
pemuliharaan seperti penanaman semula pokok telah menyebabkan flora
dan fauna kehilangan habitat mereka. Hal ini menyebabkan berlaku
bencana seperti tanah runtuh dan banjir kilat kerana ketiadaan pokok-
pokok yang selama ini menjadi tunjang utama kekuatan tanah di kawasan
tersebut.

12

Punca pencemaran alam

3.Langkah Menjaga, Memelihara Dan Memulihara Alam
Sekitar Memerlukan Modal

Sebarang usaha untuk langkah menjaga, memelihara dan memulihara alam
sekitar memerlukan modal bagi melakukan kempen kesedaran, kutipan
sampah, penghapusan sampah dan banyak lagi. Semuanya memerlukan
kewangan yang kukuh.

4.Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lemah

Penguatkuasaan Undang-Undang Yang Lemah merupakan satu lagi faktor
pencemaran semakin menjadi-jadi. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin
kurang dan pemantauan yang tidak konsisten menyebabkan ramai individu
yang tidak bertanggungjawab membuat onar dan mengendahkan kedaulatan
undang-undang Intergnti pihak berkuasa perlu dipersoalkan lantaran kes-
kes penerimaan rasuah yang dikaitkan dengan penjawat-penjawat awam

13

Punca pencemaran alam

5.Penggunaan Sumber Tenaga Yang Mencemarkan Alam

Penggunaan sumber tenaga yang mencemarkan alam seperti diesel dan
bahan bakar yang lain. Faktor perindustrian dan pengangkutan yang
bergantung pada bahan bakar petrol dan diesel menyumbang kepada
pencemaran udara dan bunyi. Gas-gas karbon dioksida yang dilepaskan ke
udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal
secara berlebihan telah menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang
membimbangkan bagi kesihatan marhaen dewasa ini.

6.Kerja Pembinaan

Kerja pembinaan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi.
Apabila cerucuk ditanam ke dalam tanah, atau kerja pemusnahan
dilakukan, pastinya ia akan menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi
yang kuat. Bunyi yang kuat bukan sahaja akan menyakitkan telinga malah
ia akan menyebabkan gangguan psikologi akibat ketidak selesaan dalam
tempoh yang lama.

14

Punca pencemaran alam

7.Kebakaran Hutan

Kebakaran hutan juga boleh menjadi punca pencemaran alam sekitar. Asap
hitam yang dihasilkan akan mencemarkan udara lalu menyebabkan jerebu.
Ia juga menyebabkan suhu persekitaran naik secara mendadak serta
menyebabkan kematian kepada haiwan dan tumbuhan. Kesihatan manusia
juga terjejas disebabkan oleh kebakaran hutan.

8.Industri Perkilangan Besi

Industri perkilangan besi.Industri perkilangan besi biasanyakan akan
menyebabkan penceraman bunyi yang teruk kepada kawasan persekitaran
memandangkan ia melibatkan kerja berat yang menghasilkan bunyi bising.
Itulah sebabnya kenapa kilang berat seperti kilang besi biasanya dibuka di
kawasan yang jauh dari penempatan dan orang ramai.

15

Punca pencemaran alam

9.Pencemaran Alam Sekitar Secara Semula Jadi

Ramai yang tak tahu bahawa punca pencemaran alam sekitar boleh belaku
disebabkan oleh faktor semulajadi. Ia adalah pencemaran yang berada diluar
kawalan manusia Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi contohnya :
a.Letupan gunung berapi yang menyebabkan berlakunya jerebu dan perubahan
iklim.
b.Ribut taufan yang menyebabkab kerosakan harta-benda dan alam sekitar.
c.Gempa bumi yang menyebabkan kerosakan harta-benda.
d.Tanah runtuh yang menyebabkan kerosakan harta-benda dan kehilangan nyawa.
e.Banjir yang menyebabkan berlakunya kerosakan secara besar-besaran kepada
landskap, kerosakan harta-benda, dan menyebabkan sampah-sarap berselerakan
di merata tempat. Malah ia juga menyebabkan penyakit dan kehilangan nyawa.
f.Air pasang akan menjejaskan mereka yang tinggal berhampiran dengan
persisiran pantai. Ia boleh menyebabkan kerosakan harta-benda dan kehilangan
nyawa.

16

Kesan pencemaran alam sekitar

17

Fenomena cuaca

i) Hujan Asid
Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang
sering dilanda hujan asid. Udara yang
mengandungi gas beracun seperti karbon
dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida
apabila bercampur dengan air hujan akan turun
sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada
hidupan seperti manusia dan tumbuhan.

ii) Penipisan Lapisan Ozon
Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah
menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan
ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa
kesan buruk seperti menjejaskan hasil
pertanian, penyakit barah kulit dan katarak
mata kepada manusia.

18

iii) Pulau Haba
Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina
rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya
pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur,
Georgetown dan Johor Bahru. Suhu di pusat bandar-
bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius
berbandar kawasan pinggirnya.

iv) Kesan Rumah Hijau
Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera
menyebabkan suhu bumi semakin meningkat.
Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan
yang paling teruk ialah pemanasan global yang
menyebabkan pencairan ais di kutub.

v) Banjir kilat
Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan
air hujan yang turun tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh
yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering
berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan
harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan
disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat.

19

Kemusnahan hutan

i) Kepupusan flora
ii) Kepupusan fauna
iii) Kemusnahan habitat flora
iv) Kemusnahan habitat fauna
vi) Perubahan landskap

20

Langkah-langkah mengatasi
masalah pembandaran terhadap

alam sekitar

21

1. MENGHIJAUKAN KAWASAN
Penanaman pokok seperti buah buahan di persekitaran
taman perumahan dapat mengurangkan masalah
peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon
dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan
mengingkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotsintesisnya.

2.PENGUNAAN PETROL TANPA PLUMBUM
Dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat
mengurangkan masalah jerebu yang sering berlak di
waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah
kesihatan seperti batuk dan selsema daripada
berlarutan.

3.PROGRAM KITAR SEMULA
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk
di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakan mereka
menjual barang barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang
terpakai. Di antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar,
majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.

22

4.KEMPEN
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan
radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara.
Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu
agar alam sekitar bersih dan selamat unutk generasi akan
datang.

5.MEWAJIBKAN SISTEM PEMBENTUNGAN AIR BUANGAN
DAN LOJI PELEPASAN BAHAN SISA SISA BERSEPADU
Melalui sistem tersebut, air akan dirawat mengikut piawaian yang
telah ditetapkan oleh jabatan alam sekitar sebelum disalurkan ke
dalam sungai. Mengenakan hukuman penjara dan menanggung kos
pembersihan dan pemuliharaan sungai tersebut. Mengadakan
langkah bersepadu untuk membanteras aktiviti yang mencemarkan
sungai.

23

6.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang dapat
dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanah. Ia dapat
membentuk sikap positif dalam diri dan menjadikan seseorang itu lebih
memahami perihal pencemaran alam sekitar. Dengan adanya ilmu
pengetahuan yang mendalam tentang pencemaran termasuk punca dan
akibat hasil pencemaran yang berlaku seperti pencemaran tanah, seseorang
individu akan menghargai alam sekitar.

7.KAWALAN OLEH MANUSIA
Pengurangan pencemaran bunyi dapat diusahakn oleh setiap individu kerana
lapan puluh peratus daripada punca pencemaran bunyi ini datangnya daripada
manusia sendiri. Sebagai contoh, pengeluar kenderaan perlulah mengambil
inisiatif untuk menghasilkan kenderaan yang mempunyai enjin yang lebih
senyap dan mesra alam. Masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan
cara mengawal bunyi atau suara terutama jika berada di kawasan yang dihuni
oleh orang ramai supaya tidak menggangu orang lain.

24

Kesimpulan

Konklusinya, pelbagai punca yang dapat dirangkum dalam punca pencemaran ini terjadi. Masyarakat dengan kerjasama

media massa harus meningkatkan tahap kesedaran sivik orang-orang sekeliling kita tentang pentingnya pemeliharaan alam

sekitar. Jika setiap pihak mengambil langkah yang proaktif persis mutiara kata, ke bukit sama di daki, ke lurah sama

dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi dengan berkesan. Setiap individu hendaklah meluaskan horizon pemikiran dan

memanifestasikan fikiran dan membuat inteprestasi masing-masing dalam kepentingan memelihara dan memulihara alam

sekitar demi kelangsungan generasi akan datang. Semoga mereka dapat merasai keindahan alam semula jadi secara langsung

dan tidak hanya melihat video atau bentuk digital keunikan flora dan fauna yang kita miliki hari ini.Oleh itu,dalam usaha

kita mengejar pembangunan yang pesat, janganlah kita lupa akan pentingnya alam sekiaat kepada seluruh kehidupan harian

kita. Perancangan yang teratur dapat mengelak daripada berlakunya pencemaran alam sekitar di negara kita serta dunia

juga. Bersama sama kita mengekalkan khazanah yang tidak ternilai ini agar generasi muda akan datang dapat menikmatinya

dengan lebih selesa. 25

Senarai Rujukan

1.Sumber Internet
·https://tingkatanenam.blogspot.com/2015/06/pencemaran-alam-jenis-pencemaran_20.html
·https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/
·http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/kesan-pembandaran-terhadap-alam-sekitar.html
·https://www.ipendidikan.my/punca-pencemaran-alam-sekitar.html

2.Dewan Bahasa dan Pustaka

26


Click to View FlipBook Version