MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 48
SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN, JITRA, KEDAH
SABTU
23 OKTOBER 2021
BILIK MESYUARAT SKSAT
ISI KANDUNGAN
Perkara Mukasurat
1. Aturcara Majlis 1
2. Kata Alu- aluan YDP PIBG 2
3. Kata Alu- aluan Guru Besar 3
4. Enrolmen Sekolah 4
5. Prestasi UPSR 5
6. Kejayaan Sekolah 6
7. Jawatankuasa PIBG Sesi 2019 – 2021 7
8. Jawatankuasa Kerja 8
9. Laporan Tahunan dan Perancangan Aktiviti Biro 9 -11
10. Agenda Mesyuarat 12
11. Minit Mesyuarat Agung Kali Ke – 48 13 - 19
12. Laporan Penyata Kewangan berakhir
20 - 27
31 Disember 2019
13. Laporan Penyata Kewangan Berakhir 28 - 31
32
31 Disember 2020 33
13. Usul dan Cadangan
14. Sekalung Penghargaan
i
ATURCARA MAJLIS
9.30 pagi :
Link pendaftaran dibuka
10.00 pagi :
Majlis Bermula.
1. Nyanyian lagu negaraku
2. Nyanyian lagu negeri Kedah
3. Bacaan doa.
4. Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG.
Yang Berbahagia Encik Ahmad Faizal Bin Fadzil.
5. Ucapan Alu – aluan Tuan Penasihat
Tuan Guru Besar SK Sultan Ahmad Tajuddin.
Yang Berusaha Tuan Haji Amran bin Ahmad.
10.30 pagi :
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 48 dijalankan
1. Pembubaran barisan AJK sesi 2019/2021
2. Pelantikan barisan AJK sesi 2021/2023
Bersurai.
1
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah puji- pujian bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapatlah saya menyusun sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-48, Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.
Terlebih dahulu saya menzahirkan setinggi terima kasih kepada Guru Besar,
barisan pentadbir, para guru serta kakitangan sekolah yang telah memberi
komitmen yang sangat tinggi bagi memastikan pembelajaran anak-anak murid
terus berlangsung dengan baik sepanjang tempoh pandemik Covid-19
melanda negara kita. Seharusnya kita berasa bangga kerana sehingga kini SK
Sultan Ahmad Tajuddin telah menunjukkan prestasi yang amat baik dari segi
pencapaian kurikulum dan kokurikulum. Saya yakin dengan pentadbiran yang
cekap dan berwibawa akan membawa kejayaan kepada anak-anak di sekolah
ini pada masa-masa akan datang.
Sekalung penghargaan kepada Guru Besar, guru-guru dan semua kakitangan
sekolah ini kerana sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua
PIBG di sekolah ini, banyak pertolongan yang diberikan bagi memantapkan lagi
perjalanan aktiviti persatuan. Kerjasama daripada masyarakat setempat juga
dapat memberi sokongan terhadap PIBG untuk menjalankan tanggungjawab
yang diamanahkan.
Saya sebagai YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, terlebih
dahulu ingin memohon ampun dan maaf atas kesalahan dan kesilapan yang
saya lakukan semasa saya menjalankan tugas sebagai YDP PIBG. Akhir kata,
jadikanlah PIBG sebagai salah satu ruang untuk kita sama-sama berbakti demi
kemajuan akademik, sahsiah dan kokurikulum anak-anak kita.
Sekian, terima kasih.
AHMAD FAIZAL BIN FADZIL
Yang Dipertua,Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Sultan Ahmad Tajuddin,
Jitra, Kedah Darul Aman.
2
KATA ALU-ALUAN
GURU BESAR SKSAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Allah kerana sekali lagi kita
dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke …. Bagi Sekolah
Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin Sekolah Berprestasi Tinggi ini. Terima
Kasih dan tahniah kepada semua kerana dapat sama-sama menyertai
mesyuarat secara dalam talian Google Meet.
Ini merupakan julung kalinya kita bermesyuarat secara maya dan kita
mestilah dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru ini dengan
kedatangan Pendemik Covid 19. Sejak 2019 kita dikejutkan dengan
penularan wabak Covid 19 menyebabkan iklim sekolah kita telah berubah.
Murid, guru ibu bapa dan sekolah terpaksa belajar dengan norma baharu
pengajaran dan pembelajaran di rumah ( PdPR) .
Kami pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya menyedia dan
menggunakan segala kemudahan untuk memastikan anak-anak dapat
mengikuti pelajaran dan tidak ketinggalan dalam pelajaran.Sukatan Pelajaran
dibuat melalui kaedah dan teknik yang sesuai . Kaedah pengajaran
dipelbagaikan samada melalui atas talian seperti penggunaan aplikasi google
meet ,whats app ,telegram,you tube dan penyediaan modul melalui kaunter
ambil dan hantar bahan oleh ibu bapa murid sekolah.
Rahmat disebalik Covid-19 ini memberi peluang kepada kita untuk
mendekati anak-anak serta merancang dan menyesuaikan kaedah baharu
dalam mendidik anak-anak.
Marilah kita sama-sama berdoa agar ancaman Covid-19 berakhir.Kita juga
dituntut bersabar atas musibah dan ujian ini. Kepada Allah jua kita
bertawakal .
Sekian ,Selamat Bersidang.
AMRAN BIN AHMAD,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin,
Jitra, Kedah Darul Aman.
3
Enrolmen Sekolah
Prestasi UPSR
Kejayaan Sekolah
ENROLMEN SEKOLAH SKSAT
ENROLMEN GURU
SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN
ENROLMEN MURID
SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN
4
PRESTASI UPSR
KECEMERLANGAN UPSR
PERATUS PRESTASI MATAPELAJARAN UPSR
5
6
Jawatankuasa PIBG
Jawatankuasa
Pelaksana
Mesyuarat Agung
Penasihat
Tuan Haji Amran bin Ahmad
Yang Dipertua
Encik Ahmad Faizal bin Fadzil
Naib Yang Dipertua
Encik Akmal bin Ahmad
Setiausaha
Encik Mohd Hisham bin Mohd Sapit
Penolong Setiausaha
Puan Noor Haziratul Jannah binti Saad
Bendahari
Puan Noorulhusna binti Abu Hassan
Ahli Jawatankuasa di kalangan waris Ahli Jawatankuasa di kalangan guru
Encik Amir Hamzah bin Saad Puan Suria Binti Abd Hamid
Encik Rozaidi bin Mat Isa Puan Syamiza Binti Ibrahim Amir
Puan Mashitah Binti Mohammad
Encik Mohd Faiz bin Abdul Karim
Encik Mohd Said bin Md Rejab Puan Najwa Binti Khazali
Encik Rosni bin Ramli Encik Nuruddin Bin Aziz
Dr Nukman bin Hussain Encik Ibrahim Bin Amin
Dr Azizi bin Abas Encik Mohd Firdaus Bin Md Yusoff
Puan Sakinah Binti Othman
Encik Mohamad Fauzi bin Bahadim
Encik Ahmad Faiz bin Osman
Dr Nazirah binti Hashim Juruaudit
Puan Atikah binti Pazil
Puan Zaitun binti Darus
Dr. Madehah Binti Ahmad
Encik Kamal Imran Bin Mohd Sharif
7
TEKNIKAL PENDAFTARAN
En Ahmad Rafidi bin Basroh (K) En Shahidan bin Muhamad Yusof (K)
En Mohd Firdaus bin Md Yusoff
En Mohd Azwani bin Md Aznan En Md Zahir bin Ishak
En Muhammad Hafizuddin bin Ibrahim Pn Yusnita binti Nanyan
Pn Ishafinaz binti Ismail
En Azizi bin Abas (PIBG) Pn Hartini binti Zainon
BACAAN DOA BUKU PROGRAM
En Mohd Rizal bin Abd Halim (K) Siti Khairiah binti Parmin (K)
En Mohd Hisham bin Mohd Sapit
PENCATAT MINIT Cik Khairunnisa binti Nurdin
Pn Rohana binti Mahamood (K)
Pn Norhayati binti Jambari @ Jemri Yaacob Pn Roziah binti Sulaiman
Pn Roslina binti Abu Bakar
Pn Hjh Salmah binti Sudin Pn Norliza binti Samsudin
Pn Sarah Azwa binti Asli Dr Nazirah binti Hashim (PIBG)
Pn Vigneswary a/p Ramachandramurthy
PERSIAPAN TEMPAT PERSIAPAN LUAR DAN HEBAHAN
En Nuruddin bin Aziz (K) En Nor Azlan bin Mohamad (K)
En Ahmad Faiz Bin Osman (PIBG)
Pn Yuli Wati binti Sungit Pn Nabishah binti Ishak
Pn Najwa binti Khazal Pn Hatijah binti Johari
Pn Norhidayah binti Mustafa
JAMUAN PIBG En Encik Rosni Bin Ramli (PIBG)
Pn Hajah Hasna binti Md Noh (K) Pekerja Swasta Sekolah
Pn Noorulhusna binti Abu Hassan DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI
Pn Noorazalina binti Abd Ghani Pn Mahani binti Yahaya(K)
Pn Norhashima binti Kamal
Pn Umi Kalsom binti Mahadi Pn Siti Asiah binti Zakariya
Pn Hasnah binti Ishak
Pn Suriati binti Abdul Rahman
Pn Atikah Binti Pazil (PIBG)
PELANTIKAN AJK 2021 Cik Intan Farehan binti Ibrahim
Cik Sharmini a/p Ambalagan (K)
TEKS UCAPAN
Pn Hajah Hajjar binti Rasol Pn Rosnani binti Kamis (K)
En Izani bin Anua Pn Sakinah binti Othman
Pn Noorlia binti Ahmad Pn Yusnita binti Nanyan
Pn Ros Azlina binti Mat Aji Pn Suria binti Abd Hamid
En Amir Hamzah Bin Saad (PIBG) Pn Syamiza binti Ibrahim Amir
PENGACARA MAJLIS
Pn Nor Hazieyati binti Hashim (K)
Pn Hajah Zaleha binti Haji Isa
8
Laporan Tahunan
dan Perancangan
Aktiviti Biro
LAPORAN TAHUNAN DAN PERANCANGAN
AKTIVITI BIRO
Mesyuarat jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak tujuh kali iaitu :
BIRO KEBAJIKAN DAN KEROHANIAN
Pengerusi : Encik Ahmad Faiz Bin Osman
Naib Pengerusi : Puan Zaitun Binti Darus
Setiausaha : Puan Mashitah Binti Mohammad
Perancangan dan Aktiviti
9
BIRO PENDIDIKAN DAN KAUNSELING
Pengerusi : Dr. Nazirah Binti Hashim
Naib Pengerusi : Dr. Nukman Bin Hussain
Setiausaha : Puan Suria Binti Abd Hamid
Ahli : Puan Sakinah Binti Othman
Perancangan dan Aktiviti
BIRO EKONOMI DAN INOVASI
Pengerusi : Puan Atikah Binti Pazil
Naib Pengerusi : Encik Fauzi Bin Bahadim
Setiausaha : Puan Najwa Binti Khazali
Perancangan dan Aktiviti
BIRO PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN
Pengerusi : Encik Amir Hamzah Bin Saad
Naib Pengerusi : Encik Mohd Said Bin Md Rejab
Setiausaha : Encik Ibrahim Bin Amin
Perancangan dan Aktiviti
10
BIRO SUKAN DAN REKREASI
Pengerusi : Encik Rosni Bin Hj Ramli
Naib Pengerusi : Encik Rozaidi Bin Mat Isa
Setiausaha : Encik Nuruddin Bin Aziz
Perancangan dan Aktiviti
BIRO PERHUBUNGAN DAN ICT
Pengerusi : Encik Mohd Faiz Bin Abdul Karim
Naib Pengerusi : Dr. Azizi Bin Abas
Setiausaha : Encik Mohd Firdaus Bin Yusof
Perancangan dan Aktiviti
11
AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 48
1. Ucapan Alu – aluan Yang DiPertua PIBG
2. Usul Penangguhan Mesyuarat Agung kali ke - 47 2020
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke – 46
4. Perkara – perkara berbangkit
5. Membentang Laporan Tahunan
6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2019
7. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
8. Membahaskan Usul dan Cadangan
9. Ucapan Penangguhan
10. Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2021
11. Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2023
12
Laporan Mesyuarat
Agung PIBG SKSAT
Kali Ke - 46
LAPORAN MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN KALI KE 46
Tarikh : 23 Februari 2019 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Melur, SK Sultan Ahmad Tajuddin
Kehadiran :
Waris : 254 orang
Guru dan staf : 77 orang
Jumlah : 331 orang
1. CATATAN MESYUARAT :
1.1 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA (YDP) PIBG
1.1.1 Tuan YDP mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran
semua waris, ahli jawatankuasa dan guru pada mesyuarat kali ini.
1.1.2 Memaklumkan bahawa hampir 80% cadangan yang dicadangkan pada
mesyuarat
agung tahun yang lalu telah dilaksanakan. Antaranya ialah penyediaan ‘locker’ dan ‘water
dispenser’ dan penambahbaikan makanan di kantin.
1.1.3 Penambahbaikan tandas juga akan dilaksanakan pada tahun ini. Lampu ‘spotlight’
pintu pagar belakang juga akan diletakkan di laluan tersebut.
1.1.4 Isu mengenai lebihan buku dan harga baju sukan yang terlalu mahal akan
diserahkan kepada pihak sekolah untuk berhubung terus dengan pihak kedai buku.
Penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap isu ini.
1.1.5 Isu mengenai gerai makanan yang terdapat di luar kawasan sekolah juga adalah
di luar bidang kuasa pihak sekolah. Anak-anak tetap membeli walaupun diulang berkali-
kali untuk tidak membeli di luar kawasan sekolah.
1.1.6 ‘ Group whatsapp’ setiap kelas perlu ada bagi membincangkan hal atau perkara
yang berkaitan pdpc anak-anak sahaja.
1.1.7 Tiada usul yang akan dibincangkan pada mesyuarat kali ini dan hanya cadangan-
cadangan yang perlu sahaja akan dipertimbangkan.
Tindakan: Makluman dan Pentadbir Sekolah
13
1.2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE 45
1.2.1 Puan Noor Haziratul Jannah binti Saad selaku Penolong Setiausaha PIBG
membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 45 yang bertarikh 29 Mac 2018 dan
membentangkan juga Laporan Tahunan dan Perancangan Aktiviti Biro.
1.2.2 Puan Jamilah mencadangkan agar minit mesyuarat dan laporan tahunan tersebut
disahkan.
1.2.3 Datin Normi binti Jaafar menyokong cadangan tersebut.
Tindakan: Setiausaha PIBG
1.3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
1.3.1 Encik Amir Hamzah bin Saad membangkitkan Perkara 6.4 Cadangan 3 –
menyediakan ‘locker’ berkunci bagi mengurangkan bebanan buku sekolah murid-murid.
1.3.2 Untuk menyediakan ‘locker’ bagi setiap murid di dalam kelas agak sukar untuk
dilaksanakan. Guru Besar juga agak bimbang sekiranya anak-anak tidak mengulangkaji
pelajaran di rumah disebabkan buku ditinggalkan di dalam kelas. Pihak PIBG hanya
mampu untuk sediakan perkhidmatan sewaan ‘locker’ secara bulanan sebanyak 18
buah pada tahun 2018 dan masih terdapat 3 kekosongan.
Tindakan: Makluman
1.3.3 Encik Shahrelizzuan bin Ishak menyatakan bahawa 18 buah ‘locker’ tidak
mencukupi. Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan untuk menambah jumlah
‘locker’ akan dipertimbangkan.
Tindakan: YDP PIBG
1.3.4 Puan Suhaila binti Che Pa mencadangkan agar ‘group whatsApp’ perlu
diwujudkan dan guru kelas bertindak sebagai ‘admin’. Ia bertujuan untuk memudahkan
komunikasi di antara guru dan waris. Pengerusi memohon agar cadangan ini dapat
dipertimbangkan oleh pihak pentadbiran dan memohon agar ‘group whatsApps’ ini
dapat digunakan secara terhad dan terkawal.
Tindakan: Pentadbir Sekolah
14
1.3.5 Puan Atikah binti Pazil memohon agar rumah sukan untuk Tahap 1
diwujudkan supaya bakat anak-anak dapat ditampilkan. Beliau juga mencadangkan agar
Kelab Memanah dan Kelab Taekwondo diwujudkan lebih awal dan bukan bermula dari
Tahap 2.
1.3.6 Pengerusi memaklumkan bahawa Kelab Memanah dan Kelab Taekwondo
adalah berbayar dan cadangan tersebut akan dipertimbangkan.
1.3.7 Guru Besar juga memaklumkan bahawa rumah sukan sememangnya telah
wujud bermula dari darjah 1. Bagi aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain ianya selaras
dengan hala tuju pendidikan bermula dari Tahap 2.
Tindakan: Makluman dan Pentadbir Sekolah
1.3.8 Puan Norzaini binti Mohammad mencadangkan agar cakuk paip disediakan di
semua tandas supaya paip tidak kotor.
1.3.9 Pengerusi memaklumkan bahawa tandas akan dijalankan penambahbaikan
pada tahun ini.
1.3.10 Beliau juga memohon agar pihak sekolah melarang penjualan ‘junk food’ di
kantin sekolah dan di luar sekolah kerana makanan tersebut tidak dibenarkan oleh
pihak Kementerian Kesihatan.
1.3.11 Pengerusi menegaskan bahawa sekiranya tiada sokongan yang diberikan
kepada penjaja- penjaja di luar kawasan sekolah masalah ini dapat diatasi dan perkara-
perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
1.3.12 Encik Norshidi bin Johari mencadangkan agar diletakkan papan tanda laluan
keluar masuk di laluan hadapan sekolah. Ia akan berlaku kesesakan sekiranya terdapat
mana-mana kursus atau lawatan dari pihak luar.
Tindakan: Makluman dan Pentadbir Sekolah
1.3.13 Pengerusi membuat ketetapan supaya diadakan ‘guideline’ untuk rombongan
dari luar.
1.3.14 Beliau juga mencadangkan agar disediakan tali leher yang berikat di kedai buku
sekolah. Ini kerana tali leher yang dijual mudah rosak dan tidak berkualiti.
1.3.15 Pihak sekolah akan mempertimbangkan cadangan yang diberikan.
15
1.3.16 Beliau juga memberi cadangan supaya membina laluan berbumbung di pondok
pengawal bagi memudahkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak ketika hari
hujan.
1.3.17 Pengerusi memaklumkan sebab kenapa laluan berbumbung tidak boleh
dilaksanakan
terus ke kawasan sekolah kerana ia menyukarkan laluan bomba sekiranya berlaku
sebarang kecemasan.
Tindakan: Makluman dan Pentadbir Sekolah
1.3.18 Cadangan dari waris Tahun 6 supaya menyediakan cebok dan baldi di dalam
setiap
tandas bagi tujuan kecemasan ketika tiada air. Memohon agar tandas sentiasa
dipantau dan diselenggara dengan lebih baik.
1.3.19 Guru Besar memaklumkan bahawa setiap kali perhimpunan anak-anak
diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan tandas.
Tindakan: Makluman dan Pentadbir Sekolah
1.4 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR
31 ISEMBER 2018
1.4.1 Puan Siti Ruhaida binti Md Morad selaku Bendahari PIBG membentangkan
Penyata
Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2018.
1.4.2 Puan Wan Rohaini binti Wan Mohamad mencadangkan agar penyata kewangan
tersebut disahkan. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan YDP
kerana telah banyak memberi sumbangan kepada pihak sekolah.
1.4.3 Puan Rahimah binti Ishak menyokong cadangan tersebut diterima.
1.4.4 Guru Besar juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan Dana
SBT dan berharap agar sumbangan tersebut dapat diteruskan.
Tindakan: Makluman, Setiausaha dan Bendahari PIBG
16
1.5 MEMBAHASKAN USUL DAN CADANGAN
1.5.1 Tuan YDP memaklumkan bahawa tiada usul yang diterima dan hanya 6
cadangan sahaja yang akan dibahaskan pada mesyuarat kali ini. Para waris dialu-
alukan untuk memberi cadangan dan penambahbaikan terhadap cadangan-cadangan
tersebut.
1.5.2 Cadangan 1 – Senaraikan keperluan buku tulis yang perlu dibeli pada setiap
tahun.
1.5.3 Perkara ini akan diberi penambahbaikan pada tahun akan datang. Mengenai
senarai/keperluan buku ianya telah dibincangkan dan setiap mata pelajaran. Guru
Besar juga mencadangkan bahawa waris boleh membeli buku secara awal dan tidak
perlu menunggu sehingga penghujung tahun.
Tindakan: Makluman
1.5.4 Cadangan 2 – Menyediakan sewaan ‘locker’ atau almari berkunci untu
memudahkan murid menyimpan buku, baju dan sebagainya.
1.5.5 ‘Locker’ sewaan telah disediakan. Pihak PIBG akan usahakan tempat untuk
menggantung baju.
Tindakan: Makluman dan YDP PIBG
1.5.6 Cadangan 3 – Bina laluan atau petunjuk semasa membeli makanan di kantin.
1.5.7 Pengerusi memaklumkan bahawa akan diwujudkan ‘marker’ di atas lantai
untuk laluan murid.
Tindakan: YDP PIBG dan Pentadbir Sekolah
1.5.8 Cadangan 4 – Menyediakan bilik persalinan dan bilik mandi bagi
memudahkan murid menyalin pakaian KAFA pada sebelah petang.
1.5.9 Pengerusi memaklumkan bahawa bilik persalinan sedia ada boleh
digunakan oleh murid untuk menyalin pakaian.
Tindakan: Makluman
17
1.5.10 Cadangan 5 – Mengadakan gotong-royong bulanan bersama waris.
1.5.11 Pengerusi memaklumkan bahawa gotong-royong mengikut aliran akan
diadakan bermula pada bulan Mac.
Tindakan: Makluman
1.5.12 Cadangan 6 – Mengadakan sudut/kaunter/bilik untuk ‘lost and found’ bagi
memudahkan barang keciciran dituntut kembali.
1.5.13 Pengerusi memaklumkan bahawa perkara ini telah dilaksanakan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling cumanya tidak diberi nama yang spesifik bagi perkara
tersebut.
Tindakan: Makluman
1.5.14 Cadangan lain – Encik Rozaidi bin Mat Isa bertanyakan tentang status
surau.
1.5.15 Pengerusi memaklumkan bahawa ada menerima sumbangan kewangan
sejumlah RM 10000.00 daripada Dato’ Haji Amiruddin Bin Hamzah. Wang tersebut
diperuntukan untuk membesarkan surau. Projek ini terpaksa ditangguhkan kerana
perlu mendapatkan tiga ‘quotation’ dari mana-mana kontraktor.
1.5.16 Guru Besar juga turut memberi penjelasan tentang perkara ini.
1.5.17 Encik Nurudin bin Aziz memohon agar dipercepatkan pembinaan surau dan
pengerusi memaklumkan bahawa beliau hanya mengikut prosedur.
Tindakan: Makluman, YDP PIBG dan Pentadbir Sekolah
1.6 UCAPAN PENANGGUHAN
1.6.1 Tuan YDP mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua komitmen dan
kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh belian menjadi YDP. Beliau juga
turut membuat pembubaran Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2017/2019 dan
menyerahkan mesyuarat kepada Guru Besar selaku Penasihat.
Tindakan: Makluman
18
1.7 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021
1.7.1 Mesyuarat Pelantikan Jawatankausa PIBG sesi 2019/2021 ini telah
dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar.
1.7.2 Berdasarkan kiraan undian dan barisan jawatankuasa PIBG yang baru adalah
seperti berikut:
Yang Dipertua – Encik Ahmad Faizal bin Fadzil.
Naib Yang Dipertua – Encik Akmal bin Ahmad
AJK – Encik Amir Hamzah bin Saad
AJK – Encik Rozaidi bin Mat Isa
AJK – Encik Mohd Faiz bin Abdul Karim
AJK – Encik Mohd Said bin Md Rejab
AJK – Encik Rosni bin Ramli
AJK – Dr. Nazirah binti Hashim
AJK – Dr. Nukman bin Hussain
AJK – Puan Atikah binti Pazil
AJK – Dr. Azizi bin Abas
1.7.3 Guru Besar juga memaklumkan bahawa ahli jawatankuasa dalam kalangan
guru akan dimaklumkan kemudian.
1.7.4 Tuan YDP mengharapkan kerjasama dari semua ahli jawatankuasa yang baru.
Tindakan: Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.20 tengahari.
Disediakan oleh: Disemak oleh :
( MOHD HISHAM BIN MOHD SAPIT ) ( AHMAD FAIZAL BIN FADZIL)
Setiausaha PIBG, Yang DiPertua PIBG,
SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Sultan Ahmad Tajuddin,
06000 Jitra, 06000 Jitra,
Kedah. Kedah.
19
Laporan Penyata
Kewangan Berakhir
31 Disember 2019
Laporan Penyata
Kewangan Berakhir
31 Disember 2020
PENYATA KEWANGAN
MULAI 01 JANUARI 2019 HINGGA 31 DISEMBER 2019
20
21
22
23
24
RUMUSAN
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
MULAI 01 JANUARI 2019 HINGGA 31 DISEMBER 2019
25
VOT DANA SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
Perincian Pendapatan dan Perbelanjaan
Vot Dana Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sepanjang
Tahun 2019
26
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG BERAKHIR
31 DISEMBER 2019
Disediakan oleh:
………………………………………….
(NOORULHUSNA BINTI ABU HASSAN)
Bendahari PIBG
Disahkan oleh:
……………………………………
(AHMAD FAIZAL BIN FADZIL)
Yang Dipertua PIBG
Laporan Juru Audit:
Kami telah memeriksa akaun Persatuan Ibu Bapa Guru SK Sultan Ahmad
Tajuddin, buku tunai, baucer-baucer, resit-resit dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya dari 01 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 dan didapati
berbetulan.
Disemak oleh:
………………………………….
(MADEHAH BINTI AHMAD)
Juru Audit 1 PIBG
SK Sultan Ahmad Tajuddin
……………………………………….
(KAMAL IMRAN BIN MOHD SHARIF)
Juru Audit 2 PIBG
SK Sultan Ahmad Tajuddin
27
PENYATA KEWANGAN
MULAI 01 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020
28
29
RUMUSAN
PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
MULAI 01 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2020
30
PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG BERAKHIR
31 DISEMBER 2020
Disediakan oleh:
………………………………………….
(NOORULHUSNA BINTI ABU HASSAN)
Bendahari PIBG
Disahkan oleh:
……………………………………
(AHMAD FAIZAL BIN FADZIL)
Yang Dipertua PIBG
Laporan Juru Audit:
Kami telah memeriksa akaun Persatuan Ibu Bapa Guru SK Sultan Ahmad
Tajuddin, buku tunai, baucer-baucer, resit-resit dan perkara-perkara yang
berkaitan dengannya dari 01 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020 dan didapati
berbetulan.
Disemak oleh:
………………………………….
(MADEHAH BINTI AHMAD)
Juru Audit 1 PIBG
SK Sultan Ahmad Tajuddin
……………………………………….
(KAMAL IMRAN BIN MOHD SHARIF)
Juru Audit 2 PIBG
SK Sultan Ahmad Tajuddin
31
Usul & Cadangan
Usul yang telah diterima dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke- 48 :
USUL 1
Memohon sumbangan untuk membina laluan
tempat menunggu murid-murid ke bangunan
Tahun satu.
32
Sekalung
Penghargaan
Jutaan penghargaan
atas curahan usaha dan pengorbanan masa, tenaga, idea
dan buah fikiran sepanjang sesi ini sehingga berakhirnya
mesyuarat ini kepada :
Jawatankuasa PIBG SKSAT 2019/2020
Barisan Pentadbir SKSAT
Semua Warga Staf dan Guru SKSAT
Para Ibubapa SKSAT
Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat PIBG SKSAT kali ke 48
Terima Kasih.
33
Catatan