The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN RINGKAS PENGAJARAN IQRA DI RUMAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58068298, 2021-09-22 21:09:06

PANDUAN RINGKAS PENGAJARAN IQRA DI RUMAH

PANDUAN RINGKAS PENGAJARAN IQRA DI RUMAH

PANDUAN RINGKAS

PENGAJARAN
IQRA' DI RUMAH

UNTUK IBU BAPA

BIMBINGAN UNTUK ANAK-ANAK
MENGENAL ASAS MEMBACA
AL-QURAN

OLEH
USTAZAH SITI KHAIRIAH BINTI PARMIN

KANDUNGAN

#1 SINOPSIS BUKU IQRA' USTAZ
HAJI AS'AD HUMAM

#2 JENIS BUKU IQRA' DAN SARANAN
PENGGUNAAN

#3 KAEDAH PENGAJARAN IQRA' 1-6
#4 TEKNIK MENGAJAR TUNJUK ARAH

IQRA' 1-6

#5 SARANAN DAN PENGHARGAAN

#1 SINOPSIS BUKU IQRA'
USTAZ HAJI AS'AD HUMAM

Buku Iqra' ini diterbitkan
bermula tahun 1988 hasil daripada
Pembenterasan Buta Huruf Al-Quran
di Indonesia. Ditulis dan disusun oleh
al-Marhum Haji As`ad Humam sebagai
kelangsungan dan kesinambungan
kaedah al-Bahgdadiyah pada waktu
itu. Hasil ujian, buku ini telah berjaya
mengurangkan buta huruf di Indonesia

malah di seluruh dunia yang
menggunakan kaedah Iqra' ini.



Tidak ketinggalan juga di Malaysia,
buku Iqra' ini digunakan di sekolah
rendah dan menengah seluruh negeri
dan dijadikan panduan Pengajaran
dan Pembelajaran Tilawah al-Quran di
kalangan murid sekolah rendah di
seluruh negara di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Semoga Allah

merahmati al-Marhum.
al-Fatihah.

#2 JENIS BUKU IQRA' DAN SARANAN PENGGUNAAN

IQRA HITAM EDISI LENGKAP 1-6

Banyak di pasaran.
Tidak mempunyai warna pada huruf dan
kalimah.
Terdapat beberapa ralat pada tulisan.
Tulisan yang agak kurang kemas.

IQRA MERAH EDISI LENGKAP 1-6
Banyak di pasaran.
Mempunyai susunan berwarna pada huruf
dan kalimah sebagai penekanan dalam
pengajaran.
Sedikit sahaja ralat pada tulisan.
Tulisan yang lebih kemas.

BUKU IQRA EDISI KPM 2 JILID 1-6
Tiada di pasaran.
Diterbitkan sebagai buku pinjaman teks
sekolah rendah dengan 2 jilid penerbitan.
Mempunyai susunan berwarna pada huruf
dan kalimah sebagai penekanan dalam
pengajaran.
Tulisan yang sangat kemas.

Ibubapa yang ingin mengajar IQRA di rumah,disarankan untuk
menggunakan buku IQRA berwarna merah yang banyak di pasaran.
Ini kerana buku edisi ini mempunyai warna pada huruf dan kalimah

yang disusun. Penggunaan warna ini adalah penting sebagai
penekanan kepada pengajar tentang pengenalan huruf, tanda, hukum

dan kalimah.

#3 KAEDAH PENGAJARAN IQRA' 1-6

3.1 PANDUAN UMUM

Ibubapa hanya Ibubapa tidak perlu
sebagai beri contoh bacaan
pada tiap huruf atau
pemudahcara. kalimah mahupun ayat.

Baris pertama berwarna Ibubapa perlu beri contoh
merah menunjukkan bacaan pada baris
pembelajaran baru. pertama yang berwarna
merah sahaja.

Galakkan anak Boleh minta anak ulangi
membaca sendiri bacaan sekianya tidak
setelah diberi contoh lancar.
bacaan. Boleh tegur dan
Perlu perbetulkan kesalahan
diingat, bacaan.
IQRA tidak
dibaca
secara
mengeja.

3.2 IQRA 1

1. Memperkenalkan tentang 2. Mesti dibaca dengan
bunyi huruf hijaiyyah tunggal bacaan pendek dan secara
berbaris satu di atas. putus-putus.

Sekiranya anak keliru, ibubapa boleh menggunakan isyarat,
perkataan atau bunyi yang sama dengan bunyi huruf tersebut
seperti bunyi ular untuk bacaan ‫ س‬, bunyi ‫ ت‬dengan perkataan

"tali" dan sebagainya.

3.2 IQRA 2

1. Panduan mengajar iqra 1 2. Ibubapa tidak perlu
digunakan di dalam pengajaran menerangkan huruf-huruf yang
iqra 2. Cuma, ia dihadirkan disambung. Hanya perlu memberi
dalam bentuk huruf bersambung. contoh bacaan sahaja.

Mulai mukasurat 14, ibubapa perlu memperkenalkan bacaan mad agar
jelas perbezaan panjang dan pendek. Sekiranya anak masih keliru
tentang panjang dan pendek, ibubapa perlu terus menegur dan
menjelaskan sebab perbezaan.

3.3 IQRA 3

kenal baris baru bagaimana ajar?

1. KdkPehaesasnimrgnaaemhnmaa(bhblaua(nnibqrgiaksraaerbnips2aap.hwdeaaandghbaa)apjdaraairsnna)n. 21. . mtbTeeabugmcinbuabajiruraanAkdbjnckapaaaaknangnaagbiinsnksiblagarepaaannuachyttbankuudaaaasmacnkn-analpasdnamuehhnbtlauaduinpbmlseucei.nrmungunadanghenta.ku,nk
2.

3. Pengpeennadleakndkaenpapdaanjbaangca. an

3.4 IQRA 4

baris dua

1.Perkenalkan kesinambungan pelajaran iqra lepas dengan baris satu kepada
baris dua (fathatain, kasratain dan dhammatain).

2.Sekiranya anak keliru dengan bacaan sama ada di tengah atau di akhir
kalimah, ibubapa hanya perlu tegur pada huruf yang keliru itu sahaja.

3. Perkenalkan huruf qalqalah dengan singkatan : ‫قطبجد‬
4. Boleh menarik minat anak dengan beri panduan bacaan secara alunan.
5.Bagi halaman 21, ibubapa boleh bimbing bacaan dengan menyebut baris atas

secara berulang kemudian dimatikan seperti

3.5 IQRA 5

1.Perkenalkan bacaan-bacaan susulan di Iqra
terdahulu.

2. Melibatkan bacaan berwaqaf (berhenti)
3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada

anak-anak.

1.Anak tidak perlu diperkenalkan dengan istilah-
istilah tajwid seperti idgham, ikhfa' dan
sebagainya.

2.Cukup hanya menegur dengan istilah dengung,
panjang, pendek, tidak dengung

3.6 IQRA 6

1. Anak yang telah berpindah ke Iqra enam,
tetapi bacaannya agak lambat, tidak mengapa
asalkan bacaan yang betul dipatuhi.

2.Galakkan anak membaca secara tartil (tidak
cepat dan tidak terlalu lambat).

1. Perlu diingat bahawa pelajaran
tajwid diajar secara tidak langsung
di dalam setiap mukasurat.

2.Murid mampu membaca secara
bertajwid.

#4 TEKNIK MENGAJAR TUNJUK ARAH IQRA' 1-6

PETUNJUK

Teknik biasa - baca dari kanan ke kiri (Anak tunjuk sendiri)
Teknik zigzag (Pengajar menunjuk secara zigzag, anak membaca
mengikut arahan)
Teknik baca dari atas ke bawah
Teknik baca secara rawak (Pengajar tunjuk secara rawak)

#5 SARANAN DAN PENGHARGAAN

SARANAN Galakkan anak Tetapkan jadual
berwuduk, waktu membaca
al-Quran di rumah
walaupun hanya bersama keluarga
untuk membaca
secara
iqra'. berjemaah.

Sentiasa Beri kata pujian beri nasihat agar
berdoa untuk dan galakan bersedia, duduk
untuk yang sopan, berpakaian
anak agar bersih dan kemas
dipermudahkan dapat membaca serta baca doa
menuntut ilmu dengan lancar sebelum mulakan
dan bertajwid.
al-Quran. bacaan Iqra'

Dedikasi dan Penghargaan

Dedikasi untuk semua ibubapa 2 Seroja 2021 SK Sultan Ahmad Tajuddin.
Juga untuk semua ibubapa yang bertungkus lumus memberi tunjuk ajar kepada anak-anak dalam

pengajaran Iqra' di rumah.

Terima kasih kepada Ustazah Hasanah binti Din dan Ustazah Roslina binti Abu Bakar, guru
Pendidikan Islam SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah yang menjadi jurusemak booklet digital

Panduan Ringkas Pengajaran Iqra' Di Rumah. Tidak dilupa rakan sekerja guru-guru Pendidikan
Islam SKSAT yang selalu memberi tunjuk ajar dan inspirasi.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang membaca dan memanfaatkan booklet digital ini.



Sekian.

Bingkisan

Sabda Rasulullah S.A.W :

Sebyaaikn-gbMabimekalekaknsjaaugmrdauajnaly-arQandayu:lara.ahnmdearneka


Click to View FlipBook Version