The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mahfuzah Kamaruddin, 2023-09-24 06:20:44

FINAL BROCHURE TOWNHALL ORCHIDMAS

FINAL BROCHURE TOWNHALL ORCHIDMAS

miracle mokara 25 SEPTEMBER 2023 8.00 pg - 2.00 ptg DEWAN SEMARAK @ CYBERJAYA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG LADANG EKSPORT ORKID DUBAI (LEOD) Townhall ORCHID MALAYSIA www.orchidmas.com FOCUS . UNITY . EXPOSE OrchidMas L ore


Dari kami, ORCHIDMAS Kami sentiasa bersyukur kepada ALLAH kerana menjadi usahawan terkemuka di Malaysia, yang mengkhusus dalam penjualan Kotak Hadiah Orkid Premium ke pasaran antarabangsa, dengan tumpuan khusus di Timur Tengah. Orkid kami menonjol daripada persaingan kerana kami menawarkan varieti Orkid Mokara yang cantik dan indah. Orkid ini sangat dicari oleh peminatnya kerana warnanya yang menyerlah dan ada diantaranya sangat harum meruntum jiwa, menjadikannya sesuai untuk hiasan dalaman, terutamanya dalam industri hospitaliti. Di ORCHIDMAS, kami komited untuk mengembangkan perniagaan kami dengan mempromosikan produk Malaysia melalui pelbagai platform termasuklah e-dagang. Kami yakin dan percaya bahawa pelanggan harus mendapat yang terbaik dengan memberikan pelanggan kami dengan nilai yang luar biasa, itulah sebabnya kami menawarkan harga yang kompetitif dan pembungkusan yang menarik dan mesra, berpatutan untuk kuantiti yang besar dan kecil. Matlamat kami adalah untuk menjadikan orkid yang cantik ini boleh diakses dan dinikmati oleh pelbagai pelanggan agar mereka beroleh ketenangan dan kebahagiaan melalui orkid indah ciptaan Allah ini. Dengan penekanan kami terhadap kualiti, kepuasan pelanggan dan strategi pemasaran yang berkesan, kami yakin dengan keupayaan kami untuk meluaskan jangkauan kami dan mewujudkan ORCHIDMAS sebagai nama terkemuka dalam industri florikultur Malaysia. Ayuh kita bersama membina jenama ORKID MALAYSIA dimata dunia. LADANG EKSPORT ORKID DUBAI (L.E.O.D) DANA PEMBIAYAAN High Tech & Green Facility (HTG) INTERNET OF THINGS (IOT) APPROACH KONSEP LADANG EKSPORT: 2 EKAR @ 30,000 POKOK LOKASI PILOT PROJEK Lukut , Linggi, Sepang dan Lain-lain LEOD PRECISION FARMING Artificial Intelligence (Ai) HASIL 180,000 Keratan/Tahun PARTICIPATING FINANCIAL INSTITUTION (PFI) Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) PEMBIAYAAN HTG RM2,000,000.00 @5% interest/annum@120 bulan KONSEP LADANG EKSPORT ORKID DUBAI (L.E.O.D) As Salam dan Termia Kasih


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian dapat kita berkumpul dalam auditorium ini hari ini sempena program Townhall Projek Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD). Buat pengetahuan Semua, nilai eksport industri florikultur negara dari tahun 2017 sehingga tahun 2021 adalah bernilai RM2.37 bilion. Berdasarkan kepada statistik industri florikultur dunia, Malaysia merupakan negara pengeksport ke-9 pada tahun 2021 dengan nilai RM407.2 juta. Orkid merupakan salah satu bunga-bungaan yang dieksport terutamanya ke Singapura dengan nilai purata tahunan sebanyak RM12.06 juta antara tahun 2017 sehingga 2021. Berikutan dari sumbangan nilai eksport tahunan industri florikultur yang hampir mencecah 500 juta ini kepada pendapatan negara, pembangunan projek LEOD ini telah dirancang sejak tahun 2021 di mana pelaksanaannya memerlukan hubungan kerjasama yang erat antara pihak Jabatan Pertanian, pengeluar, pemain industri dan institusi kewangan yang akan menyalurkan dana pembiayaan. Kerjasama seperti ini memerlukan komunikasi yang efektif antara pelbagai pihak termasuklah melalui program townhall yang dilaksanakan pada hari ini. Jabatan Pertanian sebagai koordinator & fasilitator projek LEOD ini berperanan untuk memastikan semua pengeluar LEOD mematuhi protokol pengeksportan yang dikeluarkan oleh negara pengimport iaitu United Arab Emirates (UAE) terutamanya keperluan Sijil Fitosanitasi (PC) yang hanya dikeluarkan oleh pihak Jabatan agar keratan-keratan orkid tersebut dapat menembusi pasaran Dubai mengikut protokol kuarantin yang telah ditetapkan oleh negara pengimport. Projek perintis LEOD ini melibatkan sebanyak 36 syarikat pengeluar dengan jumlah keluasan ladang 72 ekar yang terdiri daripada 3 pilot project iaitu LEOD Lukut, LEOD Linggi dan LEOD Sepang. Bagi LEOD Lukut, sebanyak 8 syarikat pengeluar yang terlibat di atas tanah milik pihak PPK Port Dickson dengan keluasan 18 ekar. Bagi LEOD Linggi pula, sebanyak 5 syarikat pengeluar terlibat di bawah pajakan tanah yang diuruskan oleh Koperasi Sahabat Fulda Malaysia Berhad seluas 10 ekar. Manakala, bagi LEOD Sepang, pembangunan LEOD bagi 17 syarikat pengeluar di bawah pajakan tanah yang diuruskan oleh Koperasi Usahawan Alam Shah Berhad seluas 34 ekar. Selain daripada itu, terdapat 6 syarikat pengeluar yang menggunakan tanah persendirian yang terletak di Jenjarom, Serendah & Banting, Selangor; Lukut & Rembau, Negeri Sembilan dan Jasin, Melaka dengan jumlah keluasan sebanyak 12 ekar. Seterusnya bagi pembungkusan dan penghantaran produk kotak hadiah premium orkid Mokara ini akan diuruskan oleh kami, Orchidmas Sdn Bh. Kami juga melaksanakan promosi dan penjenamaan produk orkid Mokara dalam bentuk “Gift-box” ke Dubai dengan konsep yang digunakan adalah “Ready-to-Display” yang dapat meningkatkan nilai tambah orkid tersebut kepada pihak pengeluar dan kami juga terlibat dalam mengaturkan segala operasi logistik darat dan udara dari Malaysia ke Dubai bersama dengan rakan strategik kami, Emirates SkyCargo. Bagi urusan pemasaran pula, pihak kami telah manjalinkan kerjasama erat dengan pihak CKS Foodstuff Trading LLC bagi melancarkan urusan penjualan dan promosi produk di Dubai melalui platform e-commerce yg dalam pembangunan iaitu orchidmas.com. Pihak CKS Foodstuff Trading LLC merupakan rakan strategik kami kerana pengalaman lebih 10 tahun mereka di dalam pemasaran produk pertanian Malaysia di Dubai terutamanya bagi produk buah-buahan dan sayur-sayuran di pasaraya dan restoran termasuklah retoran dan cafe hotel di Dubai. Kini, pihak CKS ingin memperluas urus niaga mereka dengan membawa produk orkid ini ke Dubai.. Kini, pihak CKS ingin memperluas urus niaga mereka dengan membawa produk orkid ini ke Dubai. Dengan penuh rasa syukur, hari ini kita merealisasikan keperluan pihak pengeluar bagi tujuan pembiayaan projek LEOD ini melalui EXIM Bank dengan sesi penyampaian purchase order (PO) dan kontrak pembekalan 5 tahun kepada 36 syarikat yang terlibat. Untuk makluman semua, nilai PO tahun 2024 bagi 36 syarikat pengeluar adalah berjumlah RM83.9 juta di mana setiap syarikat pengeluar akan menerima PO bernilai RM2.3 juta. Manakala, bagi nilai kontrak pembekalan 5 tahun, setiap syarikat pengeluar akan mendapat kontrak bernilai RM11.6 juta dan jumlah keseluruhan kontrak ini kepada 36 syarikat pengeluar mencecah angka RM419.9 juta (RM0.41 bilion). Hari ini saya amat teruja kerana penyampaian PO dan kontrak pembekalan 5 tahun ini akan disampaikan sendiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan) Jabatan Pertanian, Yang Berusaha Encik Mat Iesak bin Ngathinee bersama-sama dengan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian, Encik Christopher di akhir program townhall ini. Sesungguhnya projek LEOD ini tidak dapat direalisasikan sekiranya tiada pihak yang dapat membiayainya. Oleh yang demikian, kami amat berterima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian sebagai pemudahcara dari segi pembiayaan projek melalui dana pembiayaan High-Tech and Green Facility (HTG) di bawah Bank Negara Malaysia yang boleh dimohon melalui pihak EXIM Bank bagi menampung kos pembangunan dan operasi LEOD. Khidmat pinjaman ini ditawarkan kepada pengeluar dengan jumlah pinjaman maksimum sehingga RM10 juta tanpa cagaran dengan kadar faedah 5% setahun bagi tempoh pembayaran selama 10 tahun (120 bulan). Justeru itu, dengan adanya program townhall ini diharapkan dapat dijadikan sebagai platform yang berkesan dalam perkongsian maklumat antara semua pihak ke arah menjayakan projek ini seterusnya memperkukuh sumbangan sektor industri florikultur sebagai komoditi bernilai tinggi yang berjaya menambahkan pendapatan negara. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Townhall Projek Ladang Ekport Orkid Dubai ini. Sekian, terima kasih. Kata Aluan SHIZ MOHAMMAD DATUK DR. KASSIM Ketua Pegawai Eksekutif ORCHIDMAS Sdn. Bhd.


08.00 Persediaan pihak Urusetia Program Townhall (Orchidmas & Unit Florikultur, Jabatan Pertanian) 08.30 Pendaftaran peserta program 09.00 Ketibaan tetamu dan jemputan 09.30 Ucapan Aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ORCHIDMAS Sdn. Bhd. Tuan Shiz Kassim 10.00 Jamuan ringan 10.30 Pembentangan Status Terkini LEOD oleh Ketua Unit Florikultur, Seksyen Komoditi Bernilai Tinggi, Jabatan Pertanian, Tuan Ts. Nizam Malik 11.30 Pembentangan Pembiayaan HTG oleh Head of Business Development Unit, EXIM BANK, Tuan Azrin Azizudin 12.30 Ketibaan Ybrs. Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan), Tuan Mat Iesak bin Ngathinee Penyampaian Pesanan Belian (PO) & Kontrak kepada Producer 13.00 Sesi Bergambar dan Jamuan Makan 14.00 Majlis Bersurai Townhall LADANG EKSPORT ORKIDDUBAI (L.E.O.D) 25 SEPTEMBER 2023 | ISNIN SEMARAK HALL @CYBERJAYA ORCHID MALAYSIA FOCUS . UNITY . EXPOSE TENTATIF PROGRAM


Benih Orkid Mokara Dewasa (12 Bulan) Yang Akan Ditanam Di Seluruh LEOD Konsep Penanaman Orkid Mokara Tanpa Media Yang Akan Dibangunkan di Seluruh LEOD Pilot Project 1: Lukut Pilot Project 2: Linggi Pilot Project 3: Sepang PILOT PROJECT LADANG EKSPORT ORKID DUBAI (L.E.O.D) BENIH DAN KONSEP TANAMAN LADANG EKSPORT DUBAI (L.E.O.D)


POKOK DAN BUNGA ORKID MOKARA


PROGRAM PROMOSI ORKID MALAYSIA DI BERNAMA TV PAMERAN DAN KUNJUNGAN HORMAT ORKID MALAYSIA Pameran di Dewan Bahasa dan Pustaka Sempena Pementasan Teater Penerangan kepada Tim. Menteri Belia dan Sukan YB Adam Adli di KBS Kunjungan Hormat dan Penerangan Program LEOD kepada Ketua Pengarah Tourism Malaysia PREMIUN ORCHID GIFT BOX


Kami dan Anda, Berjaya Bersama... miracle mokara ORCHIDMAS SDN. BHD. 1215942-T +6014 224 6082 www.orchidmas.com +603 4287 7846 Pusat Komersial Diplomatik 2, No. 2, Tingkat 2, Jalan Diplomatik 2, Persint 15, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. OrchidMas Suka, Ikut dan Komen Premium Orchid Gift Box


Click to View FlipBook Version