The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-11-24 01:23:20

Tropical Lifestyle Magazine Ebook Cover

Tropical Lifestyle Magazine Ebook Cover

Etika Dan Peradaban
yang menjadi amalan

kaum Cina di
Malaysia.

Nama Pelajar & No
Pendaftaran

1.AMIRUL SYAHMI - 17DKA21F1011
2.IMRAN SHARIF - 17DKA21F1009
3.RABIATUL - 17DKA21F1013
4.LEE JIA WEN - 17DKA21F1015

Isi Kandungan

1. Pengenalan
1.1 Asal - usul dan perkembangan

orang cina





2. Budaya
2.1 Adat perkahwinan orang cina
2.2 Budaya pemakaian orang cina

2.3 Pantang larang kaum cina
2.4 Budaya pemakanan kaum

cina
2.5 Makanan tradisional cina
2.6 Perayaan tradisional cina



3. Kesimpulan

Pengenalan

ASAL-USUL DAN PERKEMBANGAN

ORANG CINA.

Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal
abad ke-15 iaitu zaman KerajaanMelayu Melaka telah menjalinkan
hubungan perdagangan dan persahabatan dengan negara China.
Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu khususnya di Negeri-
negeri Selat semakin pesat padaawal abad ke-19, berikutan dengan

perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan
Singapura.Penghijrahan orang Cina secara beramai-ramai ke Johor
berlaku semasa pemerintahanTemenggung lbrahim (1825-1862).

Orang Cina dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk
bekerjasebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir.
Pada pertengahan abad ke-19, jumlah imigran Cina di Tanah Melayu
semakin meningkat akibatperkembangan kegiatan perlombongan
bijih timah terutamanya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Akhir abad ke-19, pemerintah Inggeris telah memberikan galakan
terhadap kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana Inggeris

memerlukan tenaga buruh yang ramai supaya dapat
mengeluarkanbijih timah yang banyak untuk keperluan Revolusi

Perindustrian di Britain.
Kebanyakan imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari
Selatan China iaitu dari wilayahKwangtung, Kwangsi, Hainan dan
Fukien. Mereka terdiri dari orang Hakka, Kantonis, Teochew,Hailam

dan Hokkien.
Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya
menjadikan Tanah Melayu sebagai petempatan sementara untuk
mencari kekayaan dan mereka pasti akan kembali ke negara asal.
Namum, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang Cina
mulai berubah dan merekamula ingin menetap di Tanah Melayu.


20

Adat Perkahwinan Masyarakat Cina

Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 402 - 221 SM.
Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan

untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih
bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk

pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya.



Walaupun China mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan
geografi yang berbeza, terdapat enam upacara amal pada umumnya yang

secara am dikenali sebagai tiga aksara dan enam etiket.



Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu
perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk

mengurangkan konflik kepentingan serta rasa malu ketika
membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga

yang biasanya tidak rapat atau langsung tidak dikenali.



Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak
membantah terhadap pinangan, tukang risik akan membandingkan hari
jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu adalah sesuai menurut astrologi

Cina, mereka akan meneruskan ke langkah yang berikut.



Harga pengantin perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki
akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin

perempuan (hadiah pertunangan), termasuk surat pertunangan) kepada
keluarga bakal pengantin perempuan.



Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-
berbeza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan
keluarga. Makanan dan makanan istimewa merupakan hadiah yang biasa.



Pemilihan Hari Perkahwinan: Takwim Cina akan dirujuk untuk menetapkan

hari yang bertuah.

Upacara Perkahwinan: Upacara terakhir ialah upacara perkahwinan
sebenar yang menjadikan pengantin perempuan dan pengantin lelaki
sebagai suami isteri, dan terdiri daripada beberapa bahagian yang teliti:

Perarakan Perkahwinan: Perarakan perkahwinan dari rumah pengantin
perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki. Perarakan itu terdiri
daripada sebuah tandu pengantin perempuan, sebuah pancaragam
tradisional, sepasukan pengapit pengantin perempuan (jika ada), serta

hantaran kahwin pengantin perempuan dalam bentuk wang.

Penyambutan Pengantin Perempuan: Perarakan perkahwinan berhenti
di hadapan pintu rumah pengantin lelaki. Terdapat upacara-upacara
tertentu yang dipatuhi untuk menyambut pengantin perempuan dan
ahli-ahli perarakan ke dalam rumah pengantin lelaki. Upacara-upacara
tersebut berbeza-beza dari tempat ke tempat.

Upacara Perkahwinan Sebenar: Sepadan dengan melafazkan ikrar
perkahwinan di Barat, pasangan akan memberi penghormatan-

penghormatan kepada Syurga dan Bumi, ibu bapa pengantin lelaki,
serta antara satu sama lain.

Jamuan Perkahwinan: Dalam masyarakat Cina, jamuan perkahwinan
dikenali sebagai xǐ-jǐu yang secara harfiahnya bermaksud "wain

kegembiraan", dan kekadang adalah jauh lebih penting daripada majlis
perkahwinan pada dirinya. Adanya juga upacara-upacara seperti

menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan, dan para tetamu

Budaya : Pemakaian

1.Samfoo
membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek
Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina.

Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan
pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu
Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada

Orang Manchu.

CHEONGSAM




Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan
berkembangnya Melaka sebagai pusat

perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa

bersama adat resam, budaya dan corak pakaian
tradisional yang kemudiannya disesuaikan
dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis,
sarat dengan sulaman benang emas dan sutera,

kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai
mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah
Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo

kekal dipakai di dalam majlis dan upacara.
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan
Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara
tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa

Tahun Baru Cina.
Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan
disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam
dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.

Pengenalan



Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal
kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah
penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian.


Semasa Kematian



Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan
terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia
bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya

mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian
yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina

menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan
dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda

yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan
bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.



Penghormatan terakhir kepada si mati



Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis
atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan

di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang
dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan
,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram

dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si
mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan

ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam
masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si

mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat
digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai

terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.



Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman
dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat
daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si
mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun
pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori

kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.



Sebelum Upacara Pengebumian



Upacara sembahyang mayat bergantung kepada kepercayaan agama si mati. Bagi sesetengah
masyarakat Cina, anak cucu si mati akan berbisik di tepi keranda untuk menasihati si mati agar
melafazkan nama seorang Dewa atau Buddha secara berterusan dalam masa lapan jam selepas
kematian. Hal ini demikian kerana dipercayai Dewa atau Buddha akan datang menjemput roh si mati
ke syurga jika si mati berbuat demikian secara ikhlasnya. Ahli keluarga terdekat si mati harus
berulang kali berkata di tepi keranda untuk memanggil roh si mati mengikut cahaya putih yang
terang dan menghindarkan cahaya kelam dan kabur. Cahaya yang terang dianggap jalan ke syurga

dan cahaya yang kabur ialah jalan ke neraka.



Mayat diarak ke jirat

Ahli keluarga berarak ke jirat



Keranda dibawa dengan van
Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya.
Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang

kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika
hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan
bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti

supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.



Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak
digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang
berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti
jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring yang diperbuat

daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat diusung dengan
menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang
perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh

berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.



Semasa Pengebumian



Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar
supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai

jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini
adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di
akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang
kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit

sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab.


Upacara pengebumian

Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana
menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia. Kawasan

perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah
yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan raya. Mengikut

kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati menemui jalan
pulang.



Upacara pengebumian



Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang cantik
samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika

hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang
kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup. Oleh
itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang

meninggal dunia.



Selepas Kematian



Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari
sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai.

Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai
baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.

PANTANG LARANG KAUM CINA DI MALAYSIA



1.DILARANG MENGGANGGU ITEM SEMBAHYANG / BARANGAN YANG
DIPERSEMBAHKAN DI JALANAN

Tapak sembahyang Cina yang sementara itu merupakan salah satu tapak yang
dibina sebagai rasa hormat dan persembahan untuk roh hantu lapar. Jika ada
yang terpijak atau terlanggar , haruslah memastikan anda telah meminta maaf
dan mengaku.

2. DILARANG MENGAMBIL WANG SYILING DI JALANAN

Jika menemui wang syiling di jalanan , jangan sesekali membawa pulang syiling
tersebut ke rumah. Ia kerana wang syiling yang dipersembahkan adalah sebagai
rasuah untuk penjaga neraka.

3. ELAKKAN MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA MERAH ATAU HITAM

Mereka mempercayai bahawa mereka dilarang memakai berwarna hitam dan
merah semasa musim perayaan. Ia kerana warna hitam dan merah menarik
perhatian hantu-hantu lapar ini terhadap anda.

4. TIDAK BOLEH MENGGIGIT MEE SHINGGA PUTUS

Setiap helaian mee dibuat panjang sebagai simbol melambangkan harapan mereka
agar individu yang memakannya akan mempunyai hayat panjang dan kesihatan baik.

BUDAYA : PEMAKANAN

1) Dari segi masakan, makanan cina turut
meresap dalam budaya masyarakat Melayu

2) Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap
soya, sos tiram,

dan bebola ikan, ayam, atau daging merupakan
pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi
sebahagian daripada makanan popular masyarakat

Melayu.

MAKAN

TRADISIONAL CINA

1. Yee Sang
Yusheng, yee sang atau yuu sahng
ialah sejenis salad ikan mentah gaya
Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri
daripada potongan daging ikan mentah
(khususnya salmon). yang bercampur
dengan cebisan sayur-sayuran dan
beraneka sos dan perasa, dan ramuan-
ramuan lain. Secara harifah. "yusheng"
diterjemah menjadi "ikan mentah,
namun boleh dianggap melambangkan

kemewahan, kemakmuran dan
kesuburan.

Kuih bulan ialah kuih
tradisional Cina. Kuih ini
dimakan semasa Perayaan
Pertengahan Musim Luruh.
Pesta tersebut adalah bagi
sembahyang qamari dan
memerhati bulan; kuih bulan

dianggap sebagai satu
makanan istimewa penting

pada peristiwa ini.

BUDAYA DAN PANTANG
LARANG DALAM TAHUN BARU

CINA

Semasa tahun baru cina ,setiap
keluarga akan menyediakan
tebu, limau kedang, lagi 3 buah-
buahan sebagai oren,
anggur,mandarin, 4 daging
seperti ayam,daging babi
untuk menyembahyang "Tian
Gong" .

Pada hari "Chor Yat" orang cina akan makan sebagai
vegetarian sehari. Hal ini disebabkan langkah ini merupakan

adat untuk doakan panjang umur.
Selain itu, dalam hari "Chor Yat" dilarang menyapu lantai
kerana orang cina berasa menyapu lantai akan menyapu

nasib baik .

Orang cina akan menampal skrol
tahun baru dan menyampaikan tarian
naga dan singa. Saudara dan saudari
akan saling menziarahi untuk
mengucapkan tahniah dan harapan
yang baik

Perayaan Tradisional
Orang Cina

Pesta Perahu Naga

Pesta Perahu Naga adalah
hari untuk memperingati

penyair China bernama Qu
Yuan . Hingga masa kini
orang cina akan makan
Zongzi dan Perlumbaan

Perahu Naga pada hari itu

Pesta Tanglung

Orang Cina akan makan
ladu manis dan

mengantunng Tanglung
.Selain itu hari ini juga
hari Valentin dalam China.

Kesimpulan

Kedatangan Orang Cina ke Malaysia
telah menbentukkan berbilang

bangsa dan budaya. Peradaban dan
etika dalam amalan Cina telah
menjadi amaln yang tidak dapat
dilupai dalam masyarakat ini.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
หน่วยที่ 7 การบริหารจิตและการเจริญปัญญา
Next Book
สำรวจผู้รับเหมา