The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alrifaie.aa, 2021-02-03 05:02:06

Sound Forge7.0

Sound Forge7.0

UNIT 1 : ANTARAMUKA DAN KEGUNAAN SOUND FORGE

Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:
mengenali antaramuka pengguna perisian.
mewujudkan fail bunyi dengan kaedah rakaman suara.
menyunting fail audio secara cut, copy dan paste

Pengenalan
Sound Forge 7.0 ialah salah satu perisian yang digunakan untuk menyunting fail audio.
Selain itu, perisian penyunting audio ini mempunyai kemudahan untuk mencipta fail
audio.

Mengenali Antaramuka Sound Forge
Untuk memulakan perisian Sound Forge, klik Start >Program>Sound Forge 7.0.
Rajah di bawah adalah antaramuka yang terpapar dengan beberapa ciri utama
dilabelkan.

Menu Bar

Menu Bar
Icon
Toolbar

TTITcroooaoonnllbbsaparor rt
PTrlaaynsport
MToeotelbrasr

RKMPeulearatyjeanrgs

Ruang
Kerja

Refleksi
Apakah fungsi setiap ikon yang boleh dilakukan dengan mengklik pada Icon Toolbar?

Pada pendapat anda, apakah kegunaan ruang kerja.
Senaraikan fungsi setiap ikon pada Transport Toolbar.

Aktiviti 1: Merakam suara

(Untuk merakam suara, mikrofon yang dipasang pada kad suara perlu disediakan
terlebih dahulu).

Pada Transport Toolbar, klik pada butang Record

Butang Record

Tetingkap berikut akan terpapar.

Klik butang New untuk menetapkan setting rakaman audio. Tetapkan nilai

Sample Rate – 44100Hz, Bit-depth -16 bit dan Channel – Stereo seperti di bawah.

Kemudian klik butang OK.

Klik pada butang Record dan mulakan merakam suara anda menggunakan
mikrofon. Semasa rakaman, kekotak merah [Recording] kelihatan menandakan rakaman
sedang berjalan. (Anda boleh membuat penanda dengan mengklik butang Drop Marker

).

Proses rakaman
sedang berlaku

Setelah selesai merakam suara, klik butang Stop dan kemudian klik pada butang

Close .

Anda akan mendapati gelombang data (wave data) seperti berikut pada ruang kerja
anda.

Sound Data File

Stereo mengandungi
dua channel—

channel kiri dan

channel kanan.

Refleksi

Bagaimana bentuk gelombang data yang akan dipaparkan sekiranya tiada bunyi yang
dirakam?

Mengapa mengklik butang Close sebaik sahaja rakaman selesai dijalankan
merupakan langkah penting.

Terangkan fungsi Drop Marker .

Aktiviti 2: Menyimpan Data

Klik pada mana-mana bahagian dalam data window untuk membuat pilihan.
Dari menu File, pilih Save untuk menyimpan data bunyi semasa.

Aktiviti 3: Memainkan Audio

Sound data boleh dimainkan dengan menekan butang–butang arahan pada Transport
Tool.

Record Go to Start Rewind Foward Go to End

Loop Playback Play All Play Pause Stop

Jadual di bawah akan lebih menjelaskan fungsi Transport Toolbar.

Butang Kekunci Pintas Keterangan

Ctrl+R Record: klik untuk memaparkan tetingkap RECORD

Q Loop Playback: memainkan data berulang-ulang.

Shift+Spacebar Play All: klik untuk memainkan data terpilih dari mula hingga
tamat dengan tidak menghiraukan kedudukan cursor, pilihan
atau playlist.

Spacebar Play: klik untuk memainkan data fail semasa dari kedudukan
cursor atau pilihan.

Enter Pause: klik untuk menghentikan main dan meninggalkan

Shift+Spacebar cursor di kedudukan semasa.

Spacebar Stop: klik untuk menghentikan main dan mengembalikan
kedudukan cursor ke permulaan data.

Ctrl+Home Go to Start: klik untuk memindahkan cursor ke kedudukan
permulaan fail semasa.

Rewind: klik untuk menggerakkan kedudukan cursor ke
belakang (undur).

Forward: klik untuk menggerakkan kedudukan cursor ke
hadapan.

Ctrl+End Go to End: klik untuk memindahkan kedudukan cursor ke
hujung fail semasa.

UNIT 2 : MENYUNTING AUDIO

Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

• Menyunting Audio Menggunakan Tool Edit, Magnify Dan Pencil.
• Menyunting Audio Menggunakan Fitur Cut, Copy, Paste, Delete dan

Trim/Crop.
• Menggunakan fitur Mix
• Menggunakan fitur Crossfade

Aktiviti 1: Menyunting Audio Menggunakan Tool Edit, Magnify Dan Pencil.

Alat berikut boleh membantu anda dalam kerja mengedit iaitu Edit, Magnify dan Pencil.
Alat ini terdapat pada menu Icon Toolbar.

Edit Tool Magnify Tool Pencil Tool

Hanya satu alatan boleh diaktifkan dalam satu-satu masa dan alat yang sedang aktif
akan kelihatan di sudut atas kiri ruang kerja anda.

Edit Tool

Edit
tool Semasa Edit Tool diaktifkan, kerja-

kerja seperti menanda (select), salin
(copy), tampal (paste) dan padam
(cut/delete) boleh dilakukan dengan
menggunakan butang pada Menu Bar
dan Icon Bar.

Magnify Tool

Magnify Tool digunakan untuk mengubah skala data yang dipaparkan supaya dapat
dilihat dengan lebih jelas. Dengan berbuat demikian, kerja penyuntingan lebih mudah
dilakukan.

Ikon Magnify Tool terdapat pada Editing Tool. Ikon ini adalah seperti yang ditunjukkan
dalam rajah berikut.

Magnify

Apabila ikon Magnify Tool diaktifkan alatan kerja Magnify akan kelihatan pada bahagian
atas sebelah kiri ruang kerja.

Semasa mengaktifkan ikon Magnify Tool, letak cursor pada satu tempat seperti dalam
rajah.

Garisan kedudukan
Cursor

Pada bahagian bawah sebelah kanan terdapat alat kawalan Magnify seperti yang
ditunjukkan di bawah.

Klik untuk membesarkan skala Klik untuk mengecilkan skala

Klik pada ikon Magnify Tool besar untuk membesarkan skala dan bentuk gelombang
data akan kelihatan lebih teregang. Walau bagaimanapun perubahan ini tidak memberi
sebarang kesan kepada bunyinya.

(Kesan data setelah diklik sekali) (Kesan data setelah diklik dua kali)

Nota:

Cuba klik pada ikon Magnify Tool kecil dan besar serta lihat perbezaannya. Apabila
semakin besar skala, semakin kecil kawasan data yang dapat dilihat dan semakin jelas
untuk membuat pilihan pada kawasan data.

Pencil Tool

Gunakan ikon Pencil Tool untuk mengedit bentuk gelombang bunyi (wavesound)
dengan cara menambah lakaran. Sebagai contoh, jika ada sedikit kecacatan pada
sound data, besarkan skala (zoom in) kawasan kecacatan dan lakar semula untuk
memperbaiki kecacatan tersebut.

Aktiviti 2: Menyunting Audio Menggunakan Fitur Cut, Copy, Paste, Delete dan
Trim/Crop.
Rakaman suara anda boleh diedit dengan menggunakan arahan-arahan seperti cut,
copy, paste, delete, trim/crop, crossfade dan mix.

Berikut adalah contoh-contoh paparan kerja yang boleh dilakukan;

Select (Pilih)
Dengan menggunakan tetikus klik
dan seret kawasan data yang hendak
dipilih.
Data yang telah dipilih boleh ;
dipadam – cut / delete
disalin - copy

Sebelum trimming Cut / Delete (Padam)
Dengan menekan butang Cut, data
yang telah dipilih akan terpadam. Anda
boleh cuba memainkan data ini
dengan menekan butang Play All pada
Transport Tool dan dengar
perbezaannya berbanding dengan
data asal.

Copy (Salin)
Untuk menyalin data lakukan
Select data sekali lagi dan klik
ikon Copy atau klik pada menu
Edit dan pilih Copy. (Paparan
seperti di sebelah).

Paste (Tampal)
Letak cursor pada suatu tempat
lain dan klik ikon Paste atau klik
pada menu Edit dan pilih Paste.
(Paparan seperti di sebelah).

Bahagian yang baru ditampal

Trim/Crop (Salin)
Untuk trimming, Select
data dan klik ikon
Trim/Crop pada menu
Edit.(Paparan seperti di
sebelah).

Selepas Trimming

Aktiviti 3: Menggunakan fitur Mix
Fitur Mix digunakan untuk menggabungkan data sumber dengan data destinasi bagi
audio yang dipilih. Sebagai contoh, data sumber adalah suara yang dirakam, manakala
data destinasi adalah muzik latar (background music).
Pilih tool Edit.
Klik dan seret data sumber yang ingin digabungkan.
Dari menu Edit pilih Copy.
Letak kursor pada bahagian yang ingin digabungkan pada data destinasi.
Dari menu Edit, pilih Paste Special > Mix. Tetingkap Mix akan dipaparkan.
Pada tetingkap Mix, tetapkan Preset : (untitled).
Seret level volume bagi Source data dan level volume Destination data mengikut pilihan
anda.
Tekan butang Preview untuk mendengar hasil gabungan data tersebut.
Klik butang OK.

Refleksi
Pada tetingkap Mix, cuba tetapkan pilihan Preset yang diberi. Dengarkan perbezaan
bunyi yang terhasil.

Aktiviti 4: Menggunakan fitur Crossfade
Fungsi CrossFade adalah sama seperti fungsi Mix tetapi menggunakan fitur Crossfade
membolehkan level volume permulaan dan level volume pengakhiran audio bagi data
sumber dan data destinasi dikawal (semakin perlahan atau semakin kuat).
Pilih tool Edit.
Klik dan seret data sumber yang ingin digabungkan.
Dari menu Edit pilih Copy.
Letak kursor pada bahagian yang ingin digabungkan pada data destinasi.
Dari menu Edit, pilih Paste Special > Crossfade. Tetingkap Crossfade akan dipaparkan.
Pada tetingkap Crossfade, tetapkan Preset : (untitled).
Seret Start Level volume dan End Level volume bagi Source data.
Seret Start Level volume dan End Level volume bagi Destination data.
Tekan butang Preview untuk mendengar hasil gabungan data tersebut.
Klik butang OK.

Refleksi
Pada tetingkap Crossfade, cuba tetapkan pilihan Preset yang diberi. Dengarkan
perbezaan bunyi yang terhasil.

PENILAIAN UNIT 2

Rakamkan sebutan ‘rumah saya ini besar’ dan sunting gelombang data supaya
berbunyi ‘ini rumah besar saya’ apabila dimainkan.

UNIT 3 : MEMASUKKAN KESAN KHAS AUDIO

Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid akan dapat memasukkan kesan khas
audio.

Pendahuluan
Kesan bunyi atau audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia.
Kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang seimbang dan harmoni. Sound
Forge menyediakan pelbagai pilihan kesan bunyi yang boleh dimasukkan ke dalam
audio menerusi menu Effect.
Antara kesan khas yang digunakan adalah seperti Delay/Echo-Simple, Pitch Shift dan
Reverb.

Aktiviti 1: Kesan Khas Delay/Echo-Simple
Kesan Khas Delay/Echo-Simple digunakan untuk menghasilkan kesan gema dan
pembalikan bunyi.

Pilih data audio yang ingin diletakkan kesan khas.
Pilih menu Effect > Delay/Echo>Simple. Tetingkap Simple Delay akan dipaparkan.
Pada tetingkap Simple Delay, tetapkan Preset : (untitled).
Seret slider Dry Out dan Delay Out. Semakin tinggi nilai amplitude (dB), audio semakin
bergema dan sebaliknya.
Seret slider Delay Time untuk menetapkan tempoh penangguhan kesan gema yang
terhasil.
Tekan butang Preview untuk mendengar hasil gabungan data tersebut.
Klik butang OK.

Refleksi
Pada tetingkap Simple Delay, cuba tetapkan pilihan Preset yang diberi. Dengarkan
perbezaan bunyi yang terhasil.

Aktiviti 2: Kesan Bunyi Pitch-Shift
Kesan Bunyi Pitch Shift akan mengubah pitch bunyi tanpa mengubah tempoh
gelombang audio. Sebagai contoh kesan bunyi ini boleh menghasilkan suara yang
garau atau suara yang nyaring.
Pilih data audio yang ingin diletakkan kesan khas.
Pilih menu Effect > Pitch>Shift. Tetingkap Pitch Shift akan dipaparkan.
Pada tetingkap Pitch Shift, tetapkan Preset : (untitled).
Seret slider Semitones to pitch shift by ke kiri atau ke kanan. (Ke kiri: suara semakin
garau dan perlahan dan ke kanan: suara semakin nyaring dan laju) atau masukkan nilai
pada kotak yang disediakan di sebelah kanan.
Seret slider Cents to pitch shift by ke kiri atau ke kanan. (Ke kiri: suara semakin besar
dan ke kanan: suara semakin kecil) atau masukkan nilai pada kotak yang disediakan di
sebelah kanan.
Tekan butang Preview untuk mendengar hasil gabungan data tersebut.
Klik butang OK.

Refleksi
Pada tetingkap Pitch shift, cuba tetapkan pilihan Preset yang diberi. Dengarkan
perbezaan bunyi yang terhasil.

Aktiviti 3: Kesan Khas Reverb
Kesan khas Reverb membolehkan sesuatu bunyi seolah-olah dirakam di kawasan
tertentu seperti di dalam bilik yang kecil, bilik yang besar, di dalam dewan atau
sebagainya.
Pilih data audio yang ingin diletakkan kesan khas.
Pilih menu Effect > Reverb. Tetingkap Reverb akan dipaparkan.
Pada tetingkap Reverb, tetapkan Preset : (untitled).
Pilih Reverberation Mode berdasarkan pilihan yang disediakan.
Seret slider Dry Out, Reverb Out dan Early Out. Semakin tinggi nilai amplitude (dB),
audio semakin bergema dan sebaliknya.
Seret slider Delay Time dan Pre Delay untuk menetapkan tempoh penangguhan kesan
gema yang terhasil.
Tekan butang Preview untuk mendengar hasil gabungan data tersebut.
Klik butang OK.

Refleksi
Pada tetingkap Reverb, cuba tetapkan pilihan Preset yang diberi. Dengarkan perbezaan
bunyi yang terhasil.

PENILAIAN UNIT 3: PROJEK AUDIO

Hasilkan sebuah Drama Radio menggunakan perisian Sound Forge 7.0. Bincang tajuk
dengan guru anda dan sediakan skrip rakaman berdasarkan tajuk yang dipilih.

Rakaman tersebut perlu mempunyai:
Rakaman Dialog
Muzik Latar (Background Music)
Rakaman Bunyi Kesan Khas (Sound Effect)

Drama Radio yang telah dirakam perlu disunting dengan menggunakan tool, fitur dan
kesan khas audio yang telah dipelajari.

Ahli Panel Penulis
Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia (2002-2005)

Penaung: Pengarah PPK
Timbalan Pengarah PPK

Penasihat : Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional (2005)
Ketua Unit, Unit Mata Pelajaran Vokasional (2005)

Ketua Panel: En. Abdul Wahab b. Ibrahim (2003) PPK
En. Shamsul Bahri b. Baharudin (2003) PPK
En. Mazlan b. Haji Talib (2004-2005) PPK

Panel Penulis (2002-2003) Institut Perguruan Darulaman
En. Jusni bin Nasirun Institut Perguruan Darulaman
En. Tuan Rosdan b. Tuan Muda Institut Perguruan Darulaman
En. Shukri b. Mansor Institut Perguruan Darulaman
En. Ishak b. Othman(Allahyarham) Maktab Perguruan Ipoh
En. Zain Hazmi b. Zain Baharin Maktab Perguruan Ipoh
En. M. Nadarajan SMK Kulim, Kedah
En. Yahya b. Mohamad Maktab Perguruan Persekutuan, P.Pinang
En. Abdul Jasheer b. Abdullah SMK Alor Janggus, Alor Setar
Pn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman SMK Jitra, Kedah
Pn. Nor’ain bt. Sulaiman SMK Taman Ria Jaya, Sg. Petani
En. P. Sarjit Singh SMKA Al-Irshad, Kepala Batas
En. Ibrahim b. Mat Aris SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas
En. Zairudin b. Ahmad SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan
En. Mohd. Nawi b. Haron SMK Permas Jaya, Johor Baharu
Cik Rozilah bt. Mohd. Yusof SMK Anderson, Ipoh
Pn. Normiza bt. Mohd. SMK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan
En. Nordin b. Awang Nor SMK Raja Lope Nor Rashid, Perak
En. Arman bin Ishak SMK Convent, Perak
Pn. Siti Rohana bt. Abu Bakar SMKA Slim River Perak
En. Mahfudz b. Haji Ahmad SMK Putra, Perlis
Pn. Nor Hadzlin bt. Mohd. Nor

Panel Penulis (2005) SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur
Pn. Suraya bt. Hashim SMK Kg. Jawa, Kelang
En. Abdul Karim b. Hamid

Y.M. Tg. Norazlan Tg. Sulaiman SMK Merchang, K. Terengganu
En. Ramlee b. Mat Rani SMK Tg. Mizan Zainal Abidin, K.Trengganu
Pn. Samsuriyani bt. Ismail SMK Taman Tun Dr Ismail, K.Lumpur
Pn. Arlina Hasmanizar bt. Che Ahmad SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur
En. Abd. Majid b. Yusoff SMK Taman Dato Harun, P.Jaya, Selangor
En. Abdul Halim b. Awang SMK Bkt.Gambir, Muar
Pn. Haidaturayani bt. Md. Noor SMK Khir Johari, Beranang
Pn. Suhaila bt. Abd. Rahman SMK Bukit Baru, Melaka
Pn. Sarina bt. Zainuddin PPD Kota Setar, Alor Setar, Kedah
En. Ramesh a/l Kanapathy SMK Alam Megah, Shah Alam Selangor
Pn. Wong Siew Fong SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur
Cik Siti Nurhasni bt. Nordin SMK ABI, Jln.Pdg.Melangit, Kangar
Cik Siti Amrah bt. Zakaria SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, Seremban
Pn. Noor Azrina Jasmi SMK Tmn Perumahan Bedaun, WP Labuan
Pn. Khairul Azlina Khairi SMK Dato, Seri MaharajaLela, Kg. Gajah, Perak
En. Mohamad Nazri b. Zuhir SMK Tok Muda Abdul Aziz,Sg. Siput, Perak
En. Haizul Faried Iskandar A.Halim SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah
En. Haziq b. Ruslan SMK Jeram, Selangor

Penyunting(2003) Jabatan Pelajaran Melaka
En. Rozairi bin Taib SMK Anjung Batu , Mersing
En. Razali bin Suman SMK Gombak Setia, Selangor
En. Azhar bin Kamarudin EPRD, KPM
En. Badrolhisam Hj. Abd. Ghani

Urus Setia PPK
En. Abu Sulaiman bin Ibrahim PPK
En. Abd. Rahman bin Ismail PPK
En. Mohd. Zubir b. Abdul Rahman

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Disember 2005


Click to View FlipBook Version