The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alrifaie.aa, 2021-02-03 03:31:26

Modul Pembelajaran DirectorMX

Modul Pembelajaran DirectorMX

DIRECTOR MX (Bahagian 1) UNIT 1

Pengenalan

Objektif
• Memahami kegunaan Director di dalam produksi multimedia
• Mengetahui bagaimana memulakan alat pengarangan Director
• Mengenali antara muka Director dan menyenaraikan fungsi tetingkap
− Stage
− Cast
− Score
− Text
− Paint
• Mengubah setting stage

Alat pengarangan Director digunakan secara meluas dalam pembangunan
produksi atau persembahan multimedia. Director mempunyai keistimewaan
tersendiri dalam penghasilan produksi multimedia interaktif yang kompleks.

Director berkeupayaan menghasilkan multimedia untuk World Wide Web,
kiosk maklumat dan TV interaktif. Kebanyakan produksi multimedia yang
dihasilkan digunakan dalam bidang pendidikan. Pembelajaran kendiri
berasaskan multimedia yang dihasilkan menggunakan Director telah
memudahkan lagi penguasaan pelajar di dalam suatu disiplin ilmu.

Dengan menggunakan Lingo, Director boleh menghasilkan produksi
multimedia yang berinteraktif. Director menggunakan time frame berasaskan
metafora movie. Fitur ini sangat sesuai untuk penghasilan produksi
multimedia beranimasi.

1

Modul ini menggunakan alat pengarangan Director MX. Ia boleh dimulakan
seperti berikut:

Mulakan komputer hingga desktop windows dipaparkan.
1. Klik pada butang menu start.
2. Klik pada Programs
3. Klik pada Macromedia
4. Klik pada Macromedia Director MX
Ringkasan langkah-langkah memulakan Director MX adalah seperti berikut:
Start > Programs > Macromedia > Macromedia Director MX

2

1
34

2

Antaramuka Director MX tool bar

menu bar

toolbox stage score cast

• Menu bar – bar yang mengandungi senarai arahan
• Toolbar – bar yang mengandungi ikon arahan
• Toolbox – kotak alatan yang mengandungi ikon-ikon arahan untuk

mencipta elemen baru.
• Stage – ruang untuk memaparkan elemen-elemen multimedia seperti

grafik, video dan animasi.
• Score – Organisasi, tempoh masa dan kawalan kandungan movie

dalam sesuatu media dalam barisan yang dipanggil saluran (channels).
• Cast – memaparkah ahli-ahli cast dalam sesuatu movie seperti bunyi,

grafik, teks dan movie lain

3

1. Apabila sesuatu elemen grafik dimasukkan ke dalam Stage, maklumat
tentang elemen itu dipaparkan dalam Stage dan Score. Berikut adalah
paparan pada stage, cast window dan score apabila sesuatu elemen
grafik dimasukkan:

Cast

Stage

Score

4

3. Apabila elemen kedua dimasukkan, contohnya elemen teks, score
akan memaparkan maklumat tentang elemen itu pada baris kedua
seperti berikut:

Cast

Stage

Score

Tetingkap Score

Tetingkap score terdiri daripada saluran (channel) dan bingkai (frame).
Saluran ialah bahagian yang memaparkan elemen multimedia, Lingo, masa
(tempo) dan kesan peralihan (transition).

5

Transition Channel Tempo Channel
Script Channel
Sprite Channel Sound Channel
Playback head
Sprite

• Transition channel - memaparkan trasition pada bingkai tersebut
• Script channel – memasukkan Script Lingo pada bingkai tersebut
• Sprite channel – memaparkan elemen teks, grafik, animasi dan video

pada bingkai yang dipilih
• Sound channel – memasukkan elemen audio atau kesan bunyi.
• Tempo channel – mengawal masa pergerakan movie

Mengubah Setting Stage.

Stage memaparkan elemen-elemen grafik, animasi, dan video. Pengguna
dapat melihat persembahan produksi multimedia pada ruang ini seperti
berikut:

Stage
6

Untuk membuat setting mengikut kesesuaian produksi yang hendak
dihasilkan, anda boleh lakukan langkah-langkah berikut.

1. Pilih Modify > Movie > Properties seperti berikut:

2. Satu tetingkap seperti berikut akan muncul:

Saiz stage
Warna latar

stage

3. Biasanya Director akan dipaparkan dengan saiz stage 320 X 240
dengan berlatarkan warna putih.
7

4. Untuk menukarkan saiz stage kepada 800 X 600 piksel, lakukan
langkah-langkah berikut:
a. Klik pada anak panah seperti dalam rajah di bawah:

klik di sini

8

5. Seterusnya pilih saiz stage 800 X 600 seperti berikut:

800 X 600

6. Untuk menukarkan warna latar pada stage, lakukan langkah-langkah
seperti berikut:
a. Klik dan jangan lepaskan tetikus pada kotak di bawah

Klik di sini

9

b. Satu palet warna akan muncul. Seterusnya pilih warna latar
mengikut kesesuaian produksi multimedia.

Tetingkap Cast
1. Tetingkap cast adalah ruang untuk meletakkan elemen-elemen
seperti:
• teks
• grafik
• audio
• video
• animasi
2. Selain itu elemen-elemen lain juga boleh dimasukkan ke dalam cast
seperti:
a) skrip lingo dan
b) movie

10

3. Kita boleh masukkan elemen-elemen asas ke dalam Director dengan
cara berikut:

Klik butang
kanan tetikus

Tetingkap Cast

a) Tunjuk pada kotak yang kosong atau yang pertama dan klik
butang kanan tetikus.

b) Satu tetingkap baru akan muncul.

c) Seterusnya pilih arahan Import untuk memasukkan elemen
yang dikehendaki.
11

d) Untuk memilih fail yang hendak dimasukkan ke dalam cast,
lakukan langkah-langkah berikut selepas satu tetingkap
seperti di bawah muncul.
a. klik pada nama fail yang hendak diimport
b. klik butang Add.

a. Klik fail
grafik

b. Klik butang c. Klik butang
Add Import

c. Seterusnya klik butang Import.
4. Cast akan memaparkan elemen yang dimasukkan seperti berikut:

12

Elemen grafik yang
dimport akan

kelihatan pada kotak
pertama dalam cast

5. Cara yang sama boleh digunakan untuk mengimport fail-fail audio,
video, dan animasi.

Toolbox

Toolbox adalah kotak alatan yang mengandungi ikon-ikon arahan
untuk mencipta elemen-elemen bitmap seperti teks, kotak, dan garisan. Ia
juga mengandungi ikon-ikon untuk melakukan arahan-arahan seperti
menggerakkan elemen, menukarkan warna dan corak elemen.

Arrow Rotate and Skew
Hand Magnifying Glass
Text Line
Filled Rectangle Rectangle
Filled Round Rectangle Round Rectangle
Filled Ellipse Ellipse
Check Box Radio Button

Foreground & ketebalan garisan
Background Colors

Pattern

13

Kotak Alatan

Nama Ikon Tujuan Nama Ikon Tujuan
Arrow membuat pilihan pada objek Rotate and memutarkan objek
menggerakkan stage Skew membesarkan ruang kerja di
Hand stage
kanta melukiskan garisan berbagai arah
Text
memasukkan teks garisan melukis kotak berbingkai sahaja
Filled Rectangle
Filled Round melukis kotak yang berwarna Rectangle melukis bujur berbingkai sahaja
Rectangle
Filled Ellipse melukiskan bentuk bujur yang Round melukis bentuk elip
berwarna Rectangle
Check Box melukis bulatan yang memasukkan elemen interaktif
berwarna Ellipse menukarkan ketebalan garisan
Pattern yang dihasilkan
memasukkan elemen interaktif Radio Button

memasukkan berbagai corak ketebalan
ke dalam bentuk yang dilukis garisan

Tetingkap Teks

Teks boleh dimasukkan dengan dua cara, pertama, dengan memilih
butang pada kotak alatan dan kedua, dengan memilih butang teks pada
tool bar seperti di bawah:

Jika pilih butang dari kotak alatan maka teks boleh ditaipkan terus
pada stage dengan cara klik pada dan seret ke dalam stage. Jika pilih

butang teks dari toolbar, satu tetingkap seperti berikut akan
muncul:

14

Seterusnya teks boleh ditaip pada ruang yang disediakan. Tetingkap
teks juga menyediakan kemudahan mengedit teks, menukar fon, saiz, warna,

dan stail fon. Selepas selesai menaipkan teks, klik butang untuk
keluar dari tetingkap teks.

Kini teks hanya kelihatan pada cast. Untuk memindahkan teks dari cast ke
stage, klik pada teks dalam cast dan seret ke dalam stage seperti berikut :

15

Tetingkap Paint

Tetingkap paint menyediakan kemudahan untuk melukis serta
mengedit imej mengikut kesesuaian untuk produksi bahan multimedia.
Sebarang imej yang dilukiskan menerusi tetingkap paint, ia akan dimasukkan
ke dalam cast. Tetingkap paint boleh dibuka dengan klik pada butang berikut:

Setelah butang tersebut di klik, anda akan dapati sebuah tetingkap
baru seperti berikut muncul :

Lasso (L) Marquee (M)
Text (T) Eraser (E)

Paint Bucket (K)

Line (l)
Filled Object

Foreground & Background Color
Pattern
Gradient Color

16

Fungsi tools pada tetingkap paint

• Eraser - Memadam objek yang dipaparan paint window

• Text - Memasukkan teks

• Paint Bucket - Mewarnakan piksel dengan warna latar depan

berdasarkan setting warna yang ditentukan.

• Filled Object - Melakarkan bentuk poligon berwarna

• Foreground & - Membentuk dan mengubah warna bagi sesuatu

Background color objek dan latar belakang objek.

• Line - Melakarkan garisan lurus (stroke)

• Gradient Color - Mengubah sesuatu warna objek menjadi gradient

• Lasso - Membuat pilihan berbentuk bebas

• Marquee - Membuat pilihan berbentuk segiempat.

Lingo

Lingo menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk berkomunikasi atau
berinteraksi dengan produksi multimedia apabila disiapkan kelak.
Penggunaan Lingo tidak memerlukan kepakaran yang tinggi seperti bahasa
pengaturcaraan yang biasa digunakan.

Lingo digunakan apabila pembangun ingin memasukkan ciri-ciri intraktiviti
seperti memberi arahan tertentu dalam produksi multimedia. Set-set arahan
yang dibuat menerusi Lingo dipanggil script.

Berikut merupakan satu contoh Lingo yang telah dimasukkan untuk
mengawal pergerakan persembahan apabila ia dimainkan.

17

Script
Lingo

Biasanya Lingo digunakan untuk tujuan-tujuan seperti berikut:
• mengawal navigasi persembahan
• interaksi daripada pengguna dengan menggunakan tetikus atau
papan kekunci
• memain atau menghentikan audio, kesan bunyi dan video
• dan sebagainya

18

DIRECTOR MX (Bahagian 2) UNIT 1

Membina Teks

Objektif
• membina, mengedit dan memformat teks dengan menggunakan text
editor

Teks merupakan elemen yang paling asas serta luas penggunaannya di
dalam pembangunan sesebuah persembahan multimedia. Teks digunakan
beberapa untuk tujuan seperti tajuk persembahan, penerangan,
penyampaian maklumat, melabel dan sebagainya.

1. Buka program Macromedia Director MX

Start > Programs > Macromedia > Macromedia Director MX

AKTIVITI 1

1. Klik Window >Text dari palang menu atau Ctrl + 6 seperti di bawah:

19

2. Untuk memasukkan teks, anda boleh juga gunakan ikon teks yang
terdapat di toolbar seperti di bawah

3. Tetingkap Text Editor akan muncul seperti rajah di bawah. Taipkan
perkataan Macromedia Director ke dalamnya.

Tetingkap penyunting teks

20

4. Kemudian , klik pada butang New Cast Member
untuk memasukkan teks yang berikut melalui Text Editor.

Director merupakan salah satu alat
pengarangan yang digunakan secara meluas
untuk pembangunan produksi atau
persembahan multimedia

5. Selepas selesai menaip, tutupkan tetingkap dengan klik pada
butang

6. Seterusnya klik dan seret kedua-dua teks yang telah anda taip
tadi dari cast ke dalam stage.

21

7. Untuk memformat teks tajuk, dwiklik petak Cast Member yang pertama
yang mengandungi teks Macromedia Director.

Dwiklik pada
petak ini.

8. Tetingkap Text Editor muncul semula seperti berikut. Pilih font jenis
Arial dan tukarkan saiznya kepada 24. Tukar Line Spacing kepada 28
dan klik pada butang bold.

Jenis Bold Saiz Line
font font Spacing

22

9. Selepas selesai membuat suntingan, tutupkan tetingkap Text Editor
dengan klik pada butang

10. Klik pada teks Macromedia Director
di stage. Tukar warna teks kepada
warna biru pada Property Inspector
dan Ink kepada Background
Transparent yang terletak di sebelah
kanan stage.
Tukar kepada
Background
Transparent
Tukar kepada
warna biru.

11. Seterusnya sunting pula teks penerangan dengan mengulangi
langkah 7 hingga 10. Pilih font Arial dan tukarkan saiz kepada 20. Tukarkan
Line spacing kepada 24. Fail anda akan seperti berikut.

23

12. Simpan kerja anda dengan namakan fail sebagai teks. Pilih
File > Save as dari menu utama.

13. Setelah namakan fail tersebut, klik butang Save.

24

DIRECTOR MX (Bahagian 2) UNIT 2

Mengimport grafik imej bitmap atau vektor

Objektif
• Memasukkan teks dan grafik ke dalam stage
• Menukar saiz grafik.

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular
digunakan bagi membangunkan sesebuah persembahan
multimedia. Grafik membawa maklumat atau informasi yang
disampaikan kepada seseorang pengguna sama ada dalam
bentuk lukisan, lakaran, atau gambar dalam bentuk 2D dan 3D.
Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk
menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan
oleh teks. Grafik juga mampu menambah daya tarikan kepada
sesuatu paparan atau persembahan. Grafik boleh diintegrasikan
ke dalam persembahan multimedia melalui pelbagai cara iaitu
sebagai latar belakang skrin, antara muka pengguna, gambar foto,
carta lukisan dan butang .

AKTIVITI 1

1. Mulakan program Director MX seperti berikut:
Start > Programs > Macromedia > Macromedia Director MX

2. Anda perlu memasukkan elemen grafik ke dalam Macromedia Director.
3. Pada Bar Menu klik File > Import seperti berikut:

25

4. Fail grafik boleh diperoleh dalam folder modul Director MX > Fail
Sumber > komputer.jpg.

26

1. Klik fail 3. Klik Import
komputer

2. Klik Add

5. Seterusnya tetingkap berikut akan muncul :

Klik OK

6. Klik butang OK

7. Grafik bitmap yang diimport, kini disimpan dalam tetingkap cast seperti
berikut:

27

Grafik yang
diimport

8. Anda perlu memindahkan grafik tersebut ke dalam stage dengan cara
menyeretnya dari cast seperti berikut :

9. Perhatikan bahawa score juga turut memuatkan maklumat tentang
grafik tersebut dalam bentuk sprite seperti berikut :

28

AKTIVITI 2

1. Untuk menukarkan saiz grafik, anda perlu menekan kekunci Shift pada
papan kekunci diikuti dengan klik dan seret grafik tersebut dari mana-
mana penjuru seperti berikut:

2. Kecilkan saiz grafik tersebut kepada 1/3 dari saiz asalnya.
3. Anda juga boleh menukarkan saiz grafik tersebut dengan cara berikut:

Klik pada grafik komputer. Tukarkan nilai W kepada 200 dan nilai H
kepada 150.

Masukkan nilai 200 Masukkan nilai 150

4. Setelah memasukkan kedua-dua nilai, grafik tersebut akan kelihatan
seperti berikut :
29

3. Anda boleh mengubah kedudukan grafik mengikut kesesuaian apabila
hendak memasukkan teks nanti.

AKTIVITI 3

1. Sekarang anda perlu memasukkan teks berikut ke dalam stage :
‘Komputer Multimedia’

2. Masukkan teks tersebut dengan klik pada ikon Text Window di palang

menu. Gunakan Font Arial bersaiz 18. Pastikan Ink

di Property Inspector bagi teks ini adalah Background Transparent.

3. Setelah selesai menaip, seret teks tersebut ke dalam Stage. Teks tersebut
perlu kelihatan seperti berikut :

30

4. Jika anda ingin menyunting teks, dwiklik pada cast member teks
berkenaan.

5. Simpan kerja anda dengan menamakan fail sebagai grafik.

31

DIRECTOR MX (Bahagian 2) UNIT 3

Menghasilkan animasi pada teks dan grafik

Objektif

• Memasukkan unsur animasi pada teks yang dibina
• Memasukkan unsur animasi pada grafik

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan sesuatu
objek. Animasi membolehkan sesuatu objek yang pegun atau
statik bergerak dan kelihatan seolah-olah hidup. Animasi dalam
persembahan multimedia menjanjikan persembahan yang dinamik
dan menarik.

AKTIVITI 1

1. Mulakan perisian Macromedia Director MX. Buka fail grafik yang
anda cipta sebelum ini. Ikuti arahan seperti berikut: Pilih File > Open
dari menu utama

2. Pilih fail grafik yang telah dicipta dalam folder DirectorMX seperti
berikut:

3. Klik pada fail tersebut dan seterusnya klik butang Open.

32

33

AKTIVITI 2

1. Untuk memasukkan unsur animasi, pastikan tetingkap score
sudah dibuka.

1. Perhatikan dua sprite akan kelihatan pada score seperti berikut.

sprite sprite
grafik teks

2. Kini anda boleh menganimasikan teks tersebut mengikut kesesuaian.
Sebagai contohnya teks tersebut akan kelihatan bergerak dar kiri ke
tengah stage apabila ia dimainkan.

3. Untuk memasukkan unsur animasi pada teks pilih teks Multimedia
dengan klik pada teks tersebut.

4. Buka tetingkap properties. Pilih arahan Windows > Inspectors >
Property dari menu utama.

34

5. Pastikan ketiga-tiga tetingkap kelihatan seperti berikut.

6. Selepas teks Multimedia dipilih, masukkan nilai-nilai baru X ke dalam
property inspector.

7. Klik pada frame pertama sprite teks seperti berikut:

frame
pertama
sprite teks

35

8. Masukkan nilai X yang pertama kepada -220 seperti berikut:

9. Seterusnya klik pada frame yang terakhir pada sprite teks seperti
berikut:

frame
terakhir
sprite teks

10.Masukkan nilai X yang kedua iaiatu 47 seperti berikut:

11.Pada stage, kini kelihatan satu garisan panjang seperti berikut:

garisan
animasi

12.Garisan panjang tersebut menunjukkan arah laluan animasi bagi teks
tersebut.
36

13.Mainkan persembahan anda dengan menekan butang Rewind dan
Play seperti yang berikut:

butang rewind butang play

Aktiviti 3

1. Untuk memasukkan unsur animasi pada grafik pilih imej tersebut
dengan klik pada teks tersebut.

2. Seterusnya klik frame pertama sprite grafik dan masukkan nilai X yang
pertama iaitu 450 seperti berikut:

3. Klik pada frame yang terakhir sprite grafik untuk memasukkan nilai X
yang kedua iaiatu 160 seperti berikut:

4. Klik kembali pada grafik untuk memulakan persembahan.
5. Mainkan persembahan anda dengan menekan butang Rewind dan

Play seperti yang berikut

butang rewind butang play

6. Simpan kerja anda dengan namakan fail sebagai animasi.
Pilih File > Save as dari menu utama.

37

DIRECTOR MX (Bahagian 2) UNIT 4

Memasukkan Elemen Audio

Objektif
• Mengimport dan mengintegrasikan elemen audio ke dalam
persembahan

Semua maklumat tidak semestinya berbentuk visual semata-mata. Ada
kalanya audio juga boleh digunakan bergantung kepada sesuatu keadaan.
Audio atau bunyi merupakan elemen multimedia yang paling berkesan bagi
menarik perhatian pengguna. Antara kaedah bagaimana audio boleh
diintegrasikan ke dalam sesebuah persembahan multimedia ialah sebagai
kesan bunyi, suara latar, kesan bunyi khas dan muzik latar.

AKTIVITI 1

1. Mulakan program Macromedia Director.

2. Buka fail animasi yang anda cipta sebelum ini. Ikuti arahan seperti
berikut:
Pilih File > Open dari menu utama

3. Pilih fail yang bernama animasi yang telah dicipta dalam modul 3.

4. Kini anda akan mengimport fail audio dari folder modul yang
dibekalkan.
5. Untuk mengimport fail audio, pilih File > Import dari menu utama.
6. Fail audio tersebut terdapat dalam folder DirectorMX > Fail Sumber >
Muzik.wav

38

7. Cara untuk mengimport audio adalah seperti berikut:

1. Klik 3. Klik Import
fail
sound

2. Klik Add

8. Fail yang diimport akan berada di dalam cast windows seperti berikut:

Fail audio yang
dimport terdapat
dalam cast
windows

39

9. Anda perlu memasukkan fail audio tersebut ke sound channel pada
score dengan cara klik dan seret seperti berikut:

10. Klik pada butang Rewind dan Play untuk mengikuti persembahan.

butang rewind butang play

11. Simpan kerja anda dengan namakan fail sebagai audio.
Pilih File > Save as dari menu utama.

40

DIRECTOR MX (Bahagian 2) UNIT 5

Memasukkan elemen video

Objektif

• Mengimport dan memasukkan fail video ke dalam persembahan.

Memasukkan unsur video di dalam persembahan multimedia merupakan
salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat secara lebih
efisyen. Video mampu memaparkan keadaan sebenar, menarik perhatian
dan emosi pengguna.

AKTIVITI 1

1. Mulakan program Macromedia Director MX.
2. Untuk mengimport fail video, pilih File > Import dari menu utama.
3. Fail video terletak di dalam folder Fail Sumber dalam modul. Pilih fail
yang bernama video dari folder tersebut.

41

1. Pilih fail
video

3. Klik butang
Import

2. Klik
butang Add

42

4. Satu lagi tetingkap akan muncul seperti berikut: 2. Klik OK

1. Pilih
AVI

5. Anda perlu memilih AVI kerana video yang diimport adalah terdiri
dari format AVI.

6. Fail video yang diimport, kini berada di dalam tetingkap cast. Klik dan
seretkan fail tersebut ke score seperti rajah berikut:

43

7. Pastikan sprite yang memuatkan video tadi diletakkan bermula dari
frame pertama.
8. Klik pada mana bahagian pada sprite video.

Dalam tetingkap Property Inspector, tukarkan nilai akhir sprite dari 28
ke 30 untuk menambah masa paparan video. Kemudian klik kembali pada
sprite video.

masukkan nilai
baru 30

9. Dwiklik frame ke 30 pada tempo channel seperti berikut:

dwiklik
frame
ke 30

44

10. Tetingkap baru akan muncul. Lakukan arahan seperti berikut:

2. Pilih End

1. Klik pada
pilihan ini

11. Untuk mengikuti persembahan klik butang Rewind dan Play.
12. Simpan fail tersebut dengan nama video.

45

DIRECTOR MX (Bahagian 3) UNIT 1

Persembahan Linear

Projek mini yang akan merangkumi kemahiran-kemahiran seperti berikut :

• Membuat setting asas movie
o saiz stage
o warna latar stage

• Memastikan tetingkap-tetingkap dipaparkan
o tetingkap stage
o tetingkap score
o tetingkap cast
o tetingkap property inspector

• Mengimport grafik-grafik yang disediakan
o mengubah jarak atau panjang sprite

• Mengimport fail audio
o mengubah setting tempo pada frame

• Mengimport fail video
o mengubah setting tempo pada frame

Pada akhir projek ini anda akan menghasilkan satu persembahan multimedia yang
linear di mana elemen-elemen teks, grafik, audio dan video diintegrasikan bersama.

46

Aktiviti 1
Mengimport elemen-elemen grafik, audio dan video

1. Mulakan program Macromedia Director MX
2. Pastikan tetingkap stage, score, cast dan property berada seperti berikut :

3. Jika ada tetingkap yang tidak dipaparkan, anda boleh buka tetingkap tersebut
dari lokasi yang berikut:
• Stage : Window > Stage atau Ctrl + 1
• Score : Window > Score atau Ctrl + 4
• Cast : Window > Cast atau Ctrl + 3
• Property Inspector : Window > Inspector > Property
atau Ctrl + Alt + S

47

4. Anda perlu mengimport elemen-elemen berikut ke dalam cast:
• grafik : 8 fail
• audio : 1 fail
• video : 1 fail

5. Untuk mengimport fail-fail tersebut pilih arahan yang berikut:
File > Import

6. Kesemua fail sumber terdapat di dalam folder Fail Sumber

2. Klik
butang
Import

1. Klik butang
Add All

7. Kita boleh memilih butang Add All kerana kesemua fail yang terdapat di dalam
folder tersebut akan digunakan dalam projek ini.

48

8. Satu lagi tetingkap akan menyusul untuk menentukan format bagi setiap fail yang
diimport. Pilih image 32 bits atau klik butang OK bagi fail-fail grafik. Biarkan
pilihan-pilihan yang dibuat secara default.

9. Untuk fail video, anda perlu memilih AVI seperti berikut sebelum klik butang OK.

49

Aktiviti 2
Memasukkan elemen-elemen grafik, audio dan video ke dalam score

1. Sebelum memasukkan grafik ke dalam score, anda perlu mengubah saiz
paparan stage dari 100 % ke 50 %. Ini adalah untuk mendapatkan paparan
keseluruhan stage dan akan memudahkan anda meletakkan setiap grafik pada
posisi yang betul.

2. Langkah ini boleh dilakukan seperti berikut.

Pilih kepada 50 %

50


Click to View FlipBook Version