The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA HARI RAYA NORMA BAHARU 2021 TERKINI-converted PDF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by annlean6776, 2021-05-05 00:03:19

PAMERAN BERTEMA HARI RAYA NORMA BAHARU 2021 TERKINI-converted PDF

PAMERAN BERTEMA HARI RAYA NORMA BAHARU 2021 TERKINI-converted PDF

PSS AL WAZZAN
SMK TAMAN KERAMAT

PAMERAN BERTEMA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI NORMA BAHARU

Norma Baharu Ketika Menyambut Hari Raya
Tiada Acara Terima Tetamu & Open House
Kemeriahan 1 Syawal sedikit berbeza tahun ini akibat pandemik Covid-19. Sambutan hari raya pula terpaksa diraikan dengan
beberapa SOP dan norma baharu.
Memandangkan sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini adalah amat berbeza sekali sehingga ada yang mengatakan ia tidak
perlu. Kini, anda sekeluarga terpaksa meneruskan kehidupan dengan norma baharu, di mana perjumpaan adalah dilarang sama
sekali.
Menurut pendapat beberapa orang pakar, langkah-langkah untuk mengatasi penularan Covid-19 ini perlu dijalankan selama dua
tahun lagi. Justeru, anda perlu memastikan diri berada sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain, mengehadkan
perhimpunan awam dan mengelakkan berjabat tangan.
Namun sayangnya ia turut memaksa anda untuk meninggalkan semua tradisi dan amalan yang biasa dilakukan menjelang 1
syawal dan kemeriahan perayaan untuk minggu berikutnya dengan memanfaatkan kemudahan teknologi.

Sambutan hari raya Aidilfitri 2021

Perkara pertama yang dilakukan oleh umat Islam sebelum solat Aidilfitri adalah menunaikan zakat fitrah. Secara tradisinya,
sumbangan ini dilakukan di masjid dan dibayar kepada orang yang dilantik dari badan zakat negeri (disebut Amil zakat).
Tahun ini, beberapa badan kerajaan menolak untuk melantik Amil zakat bagi mengurangkan kesan wabak global. Hasilnya,
banyak penyelesaian dalam talian telah diperkenalkan seperti transaksi e-dompet, portal web, Bank FPX dan aplikasi zakat
mudah alih.

#2. Adakan solat Aidilfitri di rumah

Status solat Aidilfitri sebenarnya bergantung kepada badan agama negeri yang anda diami. Sebilangannya seperti Johor telah
menyatakan bahawa solat akan dilaksanakan. Walaupun dengan jumlah jemaah hanya 12 orang (termasuk imam).
Namun bagi negeri Pulau Pinang dan Sabah, hanya memutuskan bahawa solat 1 Syawal perlu dilakukan di rumah.
Walaupun kebanyakan negeri (pada masa penulisan ini) belum memutuskan cara untuk menyelesaikannya, anda boleh
menunaikan solat hari raya di rumah bersama ahli keluarga.

#3. Acara rumah terbuka secara maya

Perintah kawalan pergerakan bersyarat membenarkan perhimpunan hingga 20 orang pada satu masa untuk sambutan hari raya,
anda mungkin masih tidak bersedia untuk menerima tetamu dan menjaga jarak sosial. Walaupun bilangan kes jangkitan baru
telah menurun, masih ada risiko untuk berlakunya wabak gelombang kedua.
Memandangkan raya tahun ini ramai keluarga ‘tersangkut’ di perantauan, maka lakukan sahaja panggilan video menggunakan
telefon pintar untuk saling mengucapkan selamat hari raya. Kemudahan aplikasi Whatsapp dan Zoom mampu mengubati rindu
terhadap insan yang dicintai. Bak kata orang, jauh di mata tapi di hati sentiasa dekat!
Justeru, pastikan sambungan internet stabil dan setiap ahli keluarga anda bersiap sedia untuk kekal di hadapan skrin bagi
memohon kemaafan hari raya serta berkongsi juadah yang disediakan.

#4.Beli keperluan raya secara atas talian

Membeli keperluan hari mahupun perayaan melalui internet bukanlah perkara baru bagi rakyat Malaysia. Banyak laman web e-
dagang mengadakan potongan harga sepanjang tempoh isolasi ini.
Namun, perbezaan sambutan hari raya tahun ini adalah mungkin memerlukan anda membeli baju raya secara dalam talian
sahaja. Kebanyakan kedai pula tidak membenarkan anak kecil masuk, wajib memakai topeng muka dan memeriksa suhu badan.
Bukan itu sahaja, anda juga tidak dibenarkan untuk mencuba pakaian kerana ia boleh mendedahkan kepada risiko Covid-19. Oleh
itu, pesan sahaja melalui online dan tunggu sahaja barangan tersebut sampai di depan pintu rumah. Tidaklah susah untuk anda
keluar serta membawa anak-anak dan mencari baju raya, kan?

#5. Sediakan bajet ikut keperluan

Membeli-belah dalam talian memudahkan anda mencari tawaran terbaik dan membandingkan harga. Kedua-duanya membantu
untuk mendapatkan pakaian mengikut bajet yang ditetapkan. Jangan lupa menggunakan penapis harga untuk memastikan anda
tidak tergoda dengan item lebih mahal.
Ibu ayah juga boleh mempraktikkan kaedah 'sampul surat' untuk memisahkan wang tunai mengikut keperluan. Ini juga dapat
dilakukan dengan e-wallet dengan hanya menambah jumlah yang anda ingin belanjakan bagi tujuan membeli-belah tersebut
(walaupun dalam talian).
Justeru, kami menasihati anda untuk kekal berada di rumah agar kita berjaya melawan wabak ini. Usahlah hanya kerana
kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, anda bersuka ria ke sana sini bagi persiapan sambutan hari raya.
Hal yang perlu diingati raya akan berlaku setiap tahun, namun nyawa hanya diberikan satu sahaja untuk setiap manusia. Sentiasa
amalkan penjarakan sosial, mengelakkan perhimpunan sosial dan kerap mencuci tang

#STAYSAFE #KITAJAGAKITA #PATUHISOP

SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
#KITAJAGAKITA
#PATUHISOP
#HARIRAYANORMABAHARU

IKHLAS DARIPADA PSS AL WAZZAN
SMK.TAMAN KERAMAT


Click to View FlipBook Version