9 Khasiat Kurma Untuk Kesihatan Berdasarkan Kajian!
Pengenalan
Buah kurma adalah dari pokok kurma iaitu sejenis pokok palma dalam
genus Phoenix. Kurma telah menjadi makanan harian penduduk Timur
Tengah selama beribu-ribu tahun.
Pohon ini dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi, dan telah ditanam
sejak zaman silam dari zaman Mesopotamia ke zaman Mesir Purba
seawal tahun 4000 SM. Malah terdapat bukti arkaeologi tentang
penanaman kurma di Arabia timur pada tahun 6000 SM.
Kurma masak dalam empat peringkat iaitu kimri (matang), khalal (saiz-
penuh, rangup), rutab (masak, lembut), dan tamar (masak, kering
matahari). Namun, di Malaysia kita biasanya menikmati kurma jenis
tamar, iaitu kurma yang telah kering.
9 Khasiat Kurma Untuk Diet Kesihatan
1. Memberi Tenaga Segera
Kurma mempunyai isi yang lembut, mudah cerna dan gula ringkas seperti
fruktosa dan dextrose. Malah ia juga turut memberi tenaga segera kepada
pemakannya. Itulah sebabnya buah kurma sering menjadi amalan
sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan.
Selain kerana sunnah Rasulullah saw, umat Islam mengamalkan buah
kurma sewaktu bersahur dan berbuka puasa sebagai pemberi tenaga
setelah lapar berpuasa.
Menurut kajian bersama penyelidik dari Amerika Syarikat dan Mesir pada
tahun 2020, kurma mengandungi 70% karbohidrat memberikan 157 kalori
tenaga bagi kurma segar dan 300 kalori bagi kurma kering.
1
Menariknya, kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Hal ini menyebabkan kadar serapan gula yang perlahan dan terkawal oleh
badan untuk jangka masa yang panjang lalu menerangkan hikmah
pengambilan kurma untuk bertahan di bulan puasa.
2. Baik Untuk Usus
Ini pula khasiat kurma untuk perut kita.
Buah kurma kaya dengan serat makanan sekitar 8 gram bagi setiap 100
gram hidangan, yang menghalang penyerapan kolesterol jahat (LDL).
Kajian penyelidik di Amerika Syarikat pada tahun 2008 yang diterbitkan
dalam jurnal Critical Reviews in Food Science and Nutrition mendapati
bahawa kurma mengandungi 73% serat makanan yang membantu sistem
penghadaman yang lebih baik.
Di samping itu, ia juga berfungsi seperti julap lembut yang melancarkan
pembuangan najis kerana kandungan seratnya. Selain itu, ia juga
membantu melindungi dinding usus daripada bahan kimia penyebab
kanser yang terdapat di dalam kolon.
3. Anti Jangkitan dan Anti Radang
Kurma juga mengandungi antioksidan flavonoid polifenol yang dikenali
sebagai tanin. Tanin mempunyai ciri-ciri anti jangkitan, anti radang, dan
anti pendarahan (mencegah risiko pendarahan kecil).
4. Baik Untuk Mata dan Kulit
Kurma juga mengandungi vitamin A (149 IU atau 5% daripada RDA setiap
100 g). Vitamin A mempunyai sifat antioksidan dan bagus untuk mata. Di
samping itu, ia juga diperlukan untuk mengekalkan mukosa dan kulit yang
sihat.
2
Pengambilan buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin A juga
dapat mencegah risiko kanser paru-paru dan rongga mulut.Ini merupakan
khasiat buah kurma untuk kecantikkan.
Selain itu, kurman mengandungi lebih 23 asid amino yang tidak dijumpai
dalam buah-buahan lain yang popular seperti oren, anggur, epal dan pic.
Asid amino ini membantu pembentukan protein untuk kegunaan tubuh
yang lebih sihat.
5. Antioksidan
Kurma juga mengandungi flavonoid seperti beta karoten, lutein, dan
zeaxanthin. Antioksidan ini mempunyai keupayaan untuk melindungi sel-
sel dan struktur lain dalam tubuh daripada kesan berbahaya radikal
bebas.
Tambahan pula, sekumpulan penyelidik dari Nigeria pada tahun 2014,
menjumpai beberapa lagi sebatian antioksidan yang baik untuk kesihatan
kita, antaranya anthocyanin, fenolik, sterol, karotenoid dan procyanidins.
6. Elak Anemia
Kurma adalah sumber zat besi yang sangat baik. Ia mengandungi 0.90
mg / 100 g buah (kira-kira 11% daripada RDA – Recommended Dietary
Allowances).
Zat besi merupakan komponen hemoglobin di dalam sel darah merah
yang berfungsi untuk membawa oksigen dalam darah. Kekurangan zat
besi akan menyebabkan anemia (kurang sel darah merah).
7. Elak Risiko Strok Dan Penyakit Jantung
Kurma adalah sumber potassium yang baik. 100 gram kurma
mengandungi 696 mg atau 16% daripada RDA. Potassium merupakan
komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu
mengawal kadar jantung dan tekanan darah.
3
Oleh itu, potassium dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung
koronari.
8. Kesihatan Tulang Dan Saraf
Buah kurma juga kaya dengan mineral seperti kalsium, mangan, zat besi,
dan magnesium. Kalsium sangat penting dalam pembentukan tulang dan
gigi. Selain itu, ia juga diperlukan oleh badan untuk penguncupan otot,
pembekuan darah, dan pengaliran denyutan saraf.
Badan manusia menggunakan mangan sebagai faktor utama untuk enzim
antioksidan. Zat besi pula diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah.
Magnesium pula penting untuk pertumbuhan tulang.
9. Baik Untuk Peredaran Darah
Buah kurma juga mengandungi kumpulan vitamin B-kompleks serta
vitamin K. Antara vitamin B yang terkandung di dalam buah kurma adalah
pyridoxine (vitamin B-6), niacin, asid pantothenic, dan riboflavin.
Vitamin ini bertindak membantu tubuh untuk metabolisme karbohidrat,
protein, dan lemak. Vitamin K pula fungsi utamanya adalah membantu
proses pembekuan darah dan menghentikan pendarahan.
Khasiat Kurma Untuk Ibu Mengandung
Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh
Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil
kajiannya menunjukkan jus kurma:
1. Menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran
2. Memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir
kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
3. Mengurangkan tumpah darah.
4
4. Menguatkan organ rahim.
5. Berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
Kebaikan Buah Kurma Menurut Kajian Saintis
Kebaikan buah kurma turut disebut dalam al-Quran dan hadith. Oleh
sebab itu, para saintis mengambil peluang untuk mengkaji kehebatan
buah kurma.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain Pensyarah Fakulti Sains dan
Bioteknologi Universiti Putra Malaysia pula menunjukkan bahawa jus
kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-
sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan,
menguatkan ingatan dan melawaskan.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir, khasiat kurma terbukti membantu
memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta
mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.
Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari
penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan
membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.
Kurma bukan dinikmati begitu sahaja sama ada secara segar atau kering.
Ia sering dijadikan sebagai pencuci mulut. Resepi buah kurma juga telah
dipelbagaikan untuk memenuhi selera dan komersial seperti kurma
coklat, jus kurma, susu segar perisa kurma dan banyak lagi.
5
Resepi Menu Buah Kurma Yang Mudah Dan
Menyelerakan
1) Smoothie Kurma
Smootie Kurma bukan sahaja sesuai dijadikan menu pencuci mulut, tetapi
juga sesuai dibuat menu untuk bersahur ketika berpuasa.
Bahan-bahan:
7 biji kurma
3 biji pisang (dibekukan)
2 cawan susu rendah lemak
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Cara-cara:
1. Buang biji kurma dan rendam dalam air panas untuk lembutkan isi
kurma.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga pekat dan sebati.
4. Sedia untuk diminum.
6
2) Cucur Kurma
Cucur kurma sesuai dijadikan menu minum petang.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan kurma
2 sb susu pekat manis
½ sk soda bikarbonat
½ sk garam
1 biji telur
2 cawan air
Cara-cara:
1. Hiris halus buah kurma.
2. Masukkan semua bahan dalam bekas.
3. Gaul sehingga sebati dan menjadi adunan.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Cedukkan sesudu adunan cucur dan goreng ke dalam minyak
panas.
6. Sedia untuk dimakan.
7
3) Puding Kurma
Puding kurma sesuai dijadikan menu pencuci mulut.
Bahan-bahan:
100 gm kurma (buang bijinya)
600 ml susu cair
10 gram serbuk agar-agar
100 gram gula
1 batang kayu manis (anggaran 3cm)
½ sudu kecil garam
Daun pandan sebagai pewangi semulajadi
Cara-cara:
1. Kisar kurma bersama susu cair dan tuang ke dalam periuk.
2. Masukkan serbuk agar-agar dan gula. Kacau rata.
3. Masak campuran agar- agar diatas api sederhana, masukkan daun
pandan dan kayu manis sambil kacau sampai mendidih.
4. Angkat dan tapis campuran tadi.
5. Tuang agar-agar di dalam bekas pilihan dan sejukkan hingga beku.
6. Hias puding dengan potongan kurma. Boleh juga disejukkan dahulu
di dalam peti sejuk.
8
7. Siap untuk dimakan
Kesimpulan
Buah kurma sangat kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia
mengandungi tinggi tenaga, rendah kalori, tinggi karbohidrat, tiada
kolesterol dan lemak trans.
Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, tetapi juga dapat membantu
mereka yang ingin menurunkan berat badan. Selain berkhasita, ia juga
sedap dimakan. Boleh dijadikan snek, pencuci mulut mahupun menu
minum petang.
Rujukan
1. Wikipedia
2. Nutrition And You
3. Kementerian Penerangan
4. Al-Farsi*, M. A., & Lee, C. Y. (2008). Nutritional and functional
properties of dates: a review. Critical reviews in food science and
nutrition, 48(10), 877-887. (link)
9
5. Ayad, A. A., Williams, L. A., Gad El-Rab, D. A., Ayivi, R., Colleran,
H. L., Aljaloud, S., & Ibrahim, S. A. (2020). A review of the chemical
composition, nutritional and health benefits of dates for their
potential use in energy nutrition bars for athletes. Cogent Food &
Agriculture, 6(1), 1809309. (link)
6. Dayang, J. F., Reuben, C. R., & Raji, F. (2014). Nutritional,
socioeconomic and health benefits of dates. International Journal of
Food and Nutritional Sciences, 3(6), 63. (link)
Susu dan Sihat (Minum Susu Untuk Lebih Sihat)
Susu kaya dengan sumber
vitamin dan mineral yang
diperlukan oleh tubuh. Sumber
vitaminnya adalah :
i.vitamin A
ii. vitamin D
iii. vitamin K
iv. kumpulan vitamin B iaitu;
riboflavin
niasin
vitamin B6
vitamin B12.
Sumber mineralnya pula adalah :
kalsium
magnesium
fosforus
potassium
10
zink
ferum/zat besi
Kalsium adalah penting untuk menjadikan tulang dan gigi yang kuat. Ia amat diperlukan oleh kanak-
kanak dan orang dewasa untuk kekuatan tulang.
Penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang pada waktu kemuncaknya adalah sehingga umur 20
tahun, dan kemudian berkurangan pada sekitar umur 30 tahun.
Pengambilan kalsium yang mencukupi, ditambah pula dengan pengambilan vitamin D, boleh
meningkatkan jisim tulang dan ia juga boleh mengurangkan kehilangan jisim tulang semasa penuaan.
Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein.
Tahukah anda?
Daripada hidangan makanan yang diambil setiap hari, tiada satu pun yang boleh menyamai
kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu.
Susu adalah makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.
Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal
pertumbuhan mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.
Kenapa Perlu Minum Susu?
11
Vitamin D — Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk
membolehkan tulang menyerap kalsium.
o Vitamin D boleh diperoleh secara semulajadi jika kita mendapat cukup cahaya matahari
(terutama pada waktu awal pagi). Namun, tidak ramai yang berpeluang untuk mendapatkan
cahaya matahari pada awal pagi. Jadi, cara paling mudah adalah minum susu yang diperkaya
dengan vitamin D.
o Vitamin D juga dipercayai dapat menyumbang dalam mengurangkan risiko beberapa
penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.
Susu dan produk tenusu yang diambil dalam diet harian dapat membantu dalam pembinaan dan
pengekalan jisim tulang. Seterusnya akan dapat mengurangkan risiko osteoporosis (tulang
rapuh).
Susu juga dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Dengan kata lain, nutrien
yang terdapat dalam susu seperti potasium, magnesium dan kalsium dapat
membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat.
Berapa banyak saya perlu minum susu?
1 gelas susu = 250 ml
Maklumat pemakanan bagi 1 gelas susu tepung penuh krim
12
Kalori 143 kcal
Kalsium 183.4 mg
Karbohidrat
Protein 10.6 g
Lemak 8g
Kalium 7.7 g
Vitamin C 216.2
1.8 mg
Saranan 1
Ambil susu dan produk tenusu setiap hari.
Tingkatkan pengambilan susu dengan menambah produk susu yang rendah kandungan gula ke
dalam makanan atau minuman.
Tambahkan susu ke dalam oat, bijirin dan puding berbanding menggunakan air.
Pilih produk tenusu berbanding krimer bukan tenusu.
Bagi individu yang perlu menurunkan berat badan, susu dan produk tenusu yang rendah lemak
adalah pilihan yang sihat.
Saranan 2
Gantikan susu pekat manis dan susu isian pekat manis dengan susu dalam bentuk cecair atau
tepung.
13
Jika boleh, gunakan susu tanpa perisa.
Jangan tambah gula sekiranya anda memilih produk tenusu yang manis.
Bagi yang tidak gemar minum susu…
Bagi yang tidak boleh minum susu atau mengalami toleransi laktosa…
Rujukan
1. Malaysian Dietary Guidelines 2010, Ministry of Health Malaysia.
2. Ringkasan Panduan Diet Malaysia 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. Atlas Makanan : Saiz Pertukaran & Porsi Edisi Kedua, 2009, S. Suzana et. al.
Sebiji kurma banyak manfaatnya... Ini antara 6 kebaikan
amalan memakan kurma
Kurma kaya dengan nutrisi yang baik untuk tubuh anda, malah ia mengandungi lebih
banyak kalori dan karbohidrat.
Ia juga mengandungi vitamin, mineral dan serat serta antioksidan yang dapat
menjauhkan anda daripada pelbagai penyakit berbahaya.
Berikut adalah enam manfaat kurma yang dibuktikan secara saintifik.
1. Sumber serat untuk melancarkan pencernaan
Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran
pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang makan
tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.
2. Mengawal gula dalam darah
14
Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh.
Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.
Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk
mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak
terlalu tinggi selepas makan.
3. Kaya antioksidan
Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.
Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.
Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik
untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.
4. Meningkatkan kesihatan otak
Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta
mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak.
Ia juga meningkatkan daya ingatan.
5. Menjaga kesihatan tulang
Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia
mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat
mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.
6. Mengatasi masalah seksual
Kurma juga baik untuk kesihatan seksual - kadar estradiol dan flavonoid pada kurma
meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.
15