The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasnahmohamad85, 2022-05-08 07:39:56

MOKET SUKAN DAN PERMAINAN

MOKET SUKAN PERMAINAN siap

HASNAH MOHAMAD
BURHANUDDIN M. JAAFAR

KECEMERLANGAN
MELALUI
KOKURIKULUM

0|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10

ISI KANDUNGAN

MODUL 1 PENGENALAN KELAB SUKAN DAN 2
MODUL 2 PERMAINAN 6

PENGURUSAN SUKAN DAN PERMAINAN

MODUL 3 TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS SUKAN 8
MODUL 4 DAN PERMAINAN 10
MODUL 5 11
LATIHAN KEMAHIRAN SUKAN DAN
PERMAINAN

PEMAKANAN SEIMBANG

MODUL 6 KECERGASAN FIZIKAL 15
MODUL 7 KESELAMATAN 17
MODUL 8 PENGENALAN JENIS PERTANDINGAN 19
MODUL 9 PENGELOLAAN PERTANDINGAN 21

MODUL 10 SUKAN KEBANGGAAN NEGARA 23
MODUL 11 KESIHATAN DIRI 25

MODUL 12 ANALISIS PENGLIBATAN SUKAN DAN 27
PERMAINAN 30

CATATAN SENARAI SEMAK AKTIVITI

1|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10

MODUL PENGENALAN KELAB SUKAN DAN
PERMAINAN
1

OBJEKTIF

1. Menyemai minat murid terhadap sukan dan permainan
2. Membentuk jawatan kuasa sukan dan permainan
3. Memupuk sikap bekerjasama dalam organisasi

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru membimbing mesyuarat agung kelab.
3. Agenda dalam mesyuarat agung seperti berikut:

a. Ucapan aluan pengerusi (guru penasihat)
b. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu.
c. Pelantikan AJK tahun semasa
d. Merancang takwim aktiviti tahun semasa
e. Membahas usul yang diterima
f. Ucapan penangguhan

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Hormat-menghormati

KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajari di bilik darjah

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus
Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai "Kegiatan Kumpulan".

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.
94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum
Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang
berikut:

 Penyertaan dalam sukan dan permainan.
 Penyertaan dalam persatuan dan kelab.
 Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam.
 Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.

2|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10

NOTA

CONTOH MINIT
MESYUARAT AGUNG

Tarikh : 18/2/2021

Masa : 5.00 – 6.00 petang
Kediaman masing-masing (Google Meet)
Tempat :
Lampiran
Kehadiran : 1. Puan Hasnah Binti Mohamad

Hadir Bersama : 2. Puan Nur Afni Binti Mohd Nordin

3.

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru dan murid-murid ke Mesyuarat Agung
Petanque bagi tahun 2021. Pengerusi memperkenalkan guru-guru penasihat Kelab
Petanque iaitu Puan Hasnah Bt Mohamad dan Puan Nur Afni Bt Mohd Nordin.

1.2 Murid-murid diminta agar memberikan komitmen yang baik kepada setiap aktiviti
yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.

1.3 Murid-murid juga diingatkan bahawa kehadiran, penyertaan dan pencapaian yang
diperoleh daripada setiap unit kokurikulum termasuklah sukan dan permainan
akan diambilkira sebagai markah PAJSK.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
Tiada

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa
4.1.1 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk melantik ahli jawatan kuasa
Kelab Petanque bagi tahun 2021 seperti senarai berikut:
 Pengerusi : NURUL HUMAIRA BT ABDUL RAZAK (4 ABR)
 Naib Pengerusi: WAN QURRATU ‘AIN BT WAN MUHAMMAD MAZLI (4 ABR)
 Setiausaha: NADIAH BT MASRI (4 BUKHARI)
 Penolong Setiausaha: ADILAH BT HAIRUL AZHAR (4 ABR)
 Bendahari: SITI HAJAR BT FAHMI AFFANDI (4 ABR)
 Penolong Bendahari: QISYA IMAN BT ABDUL AZIZ (4 ABR)
 AJK – Tingkatan 1: NUR QISTINA BT MOHAMAD ZAMRI (1 ABR)
Tingkatan 2: NUR ALIYA BT MOHAMMAD (2 ALI)
Tingkatan 3: AISYAH WIDAD BT ABD MOHD RAHIMIN (3 ABR)
Tingkatan 4: MUHAMMAD SYAHMI BIN ZAMIL (4 ABR)
Tingkatan 5: ATIQAH FAQIHAH BT HASAN (5 AKTIF)

3|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10

4.2 Perancangan Aktiviti Kelab

4.2.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tarikh permulaan aktiviti kelab akan

dimaklumkan kemudian.
4.2.2 Mesyuarat menerima cadangan beberapa aktiviti yang akan dijalankan

Sama ada secara dalam talian dan secara bersemuka bergantung
kepada SOP semasa iaitu:

Kaedah Pelaksanaan Cadangan Aktiviti

Dalam Talian Tontonan Video / Kuiz Online / Video Kreatif

Bersemuka Latihan / Pertandingan / Bengkel

4.2.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa setakat ini belum ada sebarang
pertandingan yang dijalankan secara bersemuka. Sebarang
pemberitahuan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Mesyuarat diakhiri dengan persembahan video teknik asas permainan
petanque.

6.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua ahli

kelab.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

NADIAH BT MASRI PN. HASNAH BT MOHAMAD
Nama dan tandatangan Nama dan tandatangan
Guru Penasihat
Setiausaha

4|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10

LAMPIRAN KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG Tingkatan

Bil Nama Penuh Murid 4 ABU BAKAR
1 WAN IZZAT FARHAN BIN WAN SAMSUDIN
2 NAJLAA NUR ARIFF BINTI ZAINAL ARIFF 1 ABU BAKAR
3 ANUSHA A/P DEVENDRAN
4 NUR SYAUQINA BINTI MEOR SYANSABIL 4 BAKTI
5 NUR IMAN ADLINA BINTI ZAILAN
6 NUR ALYAA BINTI MUHAMAD ZAID 4 ABU BAKAR
7 HANA WAFEEQA BINTI MOHD MAULANA
8 NURUL HUMAIRA BINTI ABDUL RAZAK 4 BUKHARI
9 NUR ALYA SYAHIRAH BINTI MOHD HASRI
10 WAN ALEYA QISTINA BINTI WAN AZIAN 4 ABU BAKAR
11 ADILAH BINTI HAIRUL AZHAR
12 DARIN NATASYA BINTI DZULKIFLI 4 ABU BAKAR
13 QAISARA AQILAH BINTI MOHD ROSLI
14 MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN ABDUL HADI 4 ABU BAKAR
15 MIA ELISSA BINTI MUHD FARID
16 NADIAH BINTI MASRI 4 ABU BAKAR
17 MUHAMMAD SYAHMI BIN ZAMIL
18 QISYA IMAN BINTI ABDUL AZIZ 4 ABU BAKAR
19 MUZFIRAH DAMIA BINTI MAZLAN
20 NUR QISTINA BT MOHAMAD ZAMRI 4 ABU BAKAR
21 SHAHEEM FAHMY BIN SHAHARIZAN
22 NUR SYAZWANI BINTI MOHD IMRAN 4 BUKHARI
23 NUR NAJLA AMANI BINTI ISMADI
24 AISYAH MARYAM BINTI MOHD NIZAM 4 ABU BAKAR
25 SITI HAJAR BINTI FAHMI AFFANDI
26 NUR SAIDATUL ADDAWIYAH BINTI MOHD RAFI 4 ABU BAKAR
27 WAN ADRIANA BATRISYIA BINTI WAN AKMAL
28 NUR ALIYA NATASYA BT AZWI 3 UMAR
29 AAMAL FARISHA BT ABD MOHD RAHIMIN
30 ALYA MAISARAH BINTI BAHARUM 4 BUKHARI
31 NUR ALYA HUMAIRA BINTI SHARUDIN
32 WAN QURRATU 'AIN BINTI WAN MUHAMMAD MAZLI 4 ABU BAKAR
33 NURUL SUFIYA BINTI AHMAD AZIAN
34 DELIMA HUMAIRA BINTI AHMAD TARMIZI 4 ABU BAKAR
35 NURZULAIKHA KHADEEJA BINTI ZAKRI JUZER
35 AISYAH WIDAD BINTI ABD MOHD RAHIMIN 4 BUKHARI
37 NUR ARISSA SOFIA BINTI MOHD THIBRANI
38 NUR LIYANA BINTI MOHD FOUZI 1 ABU BAKAR
39 MUHAMMAD FAIZ IMRAN BIN NOR RAZMAN 4 ABU BAKAR
40 ATIQAH FAQIHAH BINTI HASAN 3 ABU BAKAR
1 ABU BAKAR
5|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10
4 ADIL
4 ABU BAKAR
4 ABU BAKAR
4 ABU BAKAR
4 ABU BAKAR
4 AL GHAZALI
4 ABU BAKAR
4 ABU BAKAR
4 ABU BAKAR

5 BESTARI
4 ABU BAKAR

1 UMAR
3 ABU BAKAR

4 BUKHARI
4 ABU BAKAR
4 ABU BAKAR

5 AKTIF

MODUL

2 PENGURUSAN SUKAN DAN PERMAINAN

OBJEKTIF

1. Menyemai rasa sayang murid terhadap sukan dan permainan
2. Menerapkan nilai tanggungjawab murid terhadap sukan dan permainan

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
3. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti berikut:

- Kumpulan 1: Membuat carta organisasi kelab sukan/permainan
- Kumpulan 2: Membina logo kelab sukan / permainan
- Kumpulan 3: Menghuraikan tugas Ahli Jawatankuasa kelab sukan / permainan

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Kasih sayang

Senarai Tugas AJK

Tugas Pengerusi
1. merancang, memantau semua aktiviti kelab
2. menyelaras semua aktiviti kelab
3. mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa mengikut takwin Kokurikulum

Tugas Timbalan Pengerusi
1. membantu pengerusi menyelaraskan semua aktiviti kelab

Tugas Setiausaha
1. merekodkan dan mencatatkan semua aktiviti kelab mengikut format dalam buku rekod
Kokurikulum
2. menguruskan semua urusan surat-menyurat kelab
3. menyediakan laporan tahunan kelab

Tugas Bendahari
1. mengurus dan merekod kewangan kelab dalam Buku Rekod Kokurikulum
2. menguruskan proses penerimaan dan pembayaran wang kelab
3. menghasilkan laporan kewangan tahunan

Tugas AJK
1. menjalankan tugas masing-masing mengikut unit
2. menjalankan aktiviti yang dirancangkan oleh kelab

Tugas Ahli
1. melibatkan diri aktif dalam semua aktiviti yang djalankan
2. menghadiri semua aktiviti yang dianjurkan

6|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10

NOTA

CONTOH LOGO

7|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10

MODUL TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS
SUKAN DAN PERMAINAN
3

OBJEKTIF

1. Memperkenalkan teknik atau kemahiran asas dalam sukan dan permainan.
2. Menerapkan semangat kesukanan dalam kalangan murid.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru memperkenalkan alatan, teknik dan kemahiran asas dalam sukan / permainan.
3. Guru membuat soalan kuiz tentang teknik dan kemahiran asas dalam sukan / permainan.

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Kegembiraan

Soalan kuiz boleh disediakan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian dan kemudahan
guru sama ada secara lembaran kerja atau dalam talian.

wordwall.net

liveworksheets.com

quizziz.com

8|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10

NOTA

CONTOH TEKNIK ASAS PERMAINAN

9|MOKET SUKAN/PERMAINAN KD10

MODUL LATIHAN KEMAHIRAN
SUKAN DAN PERMAINAN
4

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan kemahiran murid dalam sukan dan permainan.
2. Menyemai sikap toleransi dalam kalangan murid.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
3. Setiap kumpulan menjalankan latihan kemahiran dengan dipimpin oleh murid yang

mahir.

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Bertanggungjawab

DASAR UTAMA (5) PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI”
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip
penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus
kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah bersifat merentas
disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif. Penyertaan adalah terbuka kepada semua
pelajar.

Latihan kemahiran membuat balingan dalam permainan petanque
10 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

MODUL PEMAKANAN SEIMBANG

5

OBJEKTIF

1. Memupuk dan menekankan kepentingan pemakanan seimbang dalam kehidupan.
2. Menerapkan nilai kesederhanaan dalam rutin pemakanan.
3. Memupuk amalan gaya hidup yang sihat.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
3. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti berikut:

 Membuat poster piramid makanan seimbang
 Membuat poster Pinggan Sihat Malaysia
 Mengira kalori suatu hidangan
4. Mereka bentuk hidangan yang sesuai untuk seorang atlet.

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Hormat-menghormati

LATAR BELAKANG

Pemakanan seimbang adalah tabiat memilih makanan yang merangkumi pelbagai jenis
kumpulan makanan dalam jumlah bersesuaian untuk keperluan pelbagai fungsi penting tubuh.

Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak,
vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Faktor umur, jantına dan aktiviti harian
adalah penting dalam menentukan kuantiti makanan harian atau tenaga yang diperlukan oleh
setiap individu.

Individu yang aktif dan banyak melakukan aktiviti akan memerlukan lebih banyak tenaga
berbanding individu kurang aktif. Remaja yang sedang membesar akan memerlukan jumlah
tenaga yang lebih tinggi berbanding warga emas.

11 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

NOTA

PIRAMID MAKANAN MALAYSIA 2020

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan kepada kita dalam menentukan jenis dan
kuantiti makanan yang perlu diambil setiap hari mengikut kumpulan makanan. Terdapat 4
aras dalam Piramid Makanan Malaysia, di mana bilangan kumpulan makanan paling banyak
yang perlu di ambil diletakkan pada dasar piramid.

Selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini,
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020, yang
merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan 2010. Antara perubahan besar dalam
Piramid Makanan Malaysia 2020 adalah:

a. Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid,
berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 yang meletakkan makanan sumber
karbohidrat (nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian). Ini bermakna sayur-
sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding
kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian
buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin
dan mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.

b. Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan julat peratus pengambilan karbohidrat
yang lebih rendah iaitu 50-65% berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 iaitu 55-
75%. Piramid Makanan Malaysia 2020 ini juga menekankan saranan pengambilan sumber
karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan
jagung.

c. Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari turut ditambah pada ilustrasi Piramid
Makanan Malaysia 2020. Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan badan
kita sentiasa terhidrat bagi menjaga kesihatan terutama di musim pandemik Covid-19
ini.
Penggunaan Piramid Makanan Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu rakyat

Malaysia mengamalkan pemakanan sihat pada setiap hari bagi memastikan kesihatan kita
sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan penyakit, di samping mengurangkan risiko
penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dah hipertensi.

12 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

13 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

PINGGAN SIHAT MALAYSIA (SUKU, SUKU DAN SEPARUH)
Bagi memudahkan orang ramai mengamalkan pemakanan seimbang, Kementerian Kesihatan
menyarankan konsep ‘suku-suku separuh’ untuk memastikan pilihan makanan yang diletakkan
di atas pinggan makan, semasa waktu makan utama iaitu makan tengah hari dan makan
malam, dalam kuantiti sewajarnya.
Apa yang diperlukan hanyalah pinggan berukuran kira-kira 10 inci yang dibahagikan kepada
tiga bahagian. Konsep ‘suku-suku separuh’ ini bermaksud suku pertama pinggan diisi dengan
sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin yang mana kumpulan makanan ini adalah
sumber tenaga utama kepada tubuh kita.
Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang
yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.
Separuh pinggan lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber
serat, vitamin dan mineral penting untuk membantu pelbagai fungsi penting tubuh.

14 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

MODUL KECERGASAN FIZIKAL

6

OBJEKTIF

1. Menggalakkan murid melakukan aktiviti kecergasan untuk kesihatan.
2. Menerapkan semangat kekitaan dalam diri murid.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Murid membuat barisan mengikut tingkatan.
3. Beberapa murid yang telah dipilih dan dilatih (seminggu sebelum perjumpaan) akan

mengetuai aktiviti memanaskan badan / senamrobik.
4. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
5. Setiap kumpulan melakukan setiap aktiviti berikut:

 Lompat bintang
 Lompat tali
 Lari setempat

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Kasih sayang

15 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

NOTA

APA ITU KECERGASAN?
Menurut Davis (1991), kecergasan fizikal dalam konteks sukan ialah keupayaan seseorang
individu untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti
sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan yang keterlaluan.
Menurut Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin (1988), latihan bererti satu persediaan untuk
mencapai tapak yang kukuh manakala kecergasan menggambarkan tahap keupayaan
seseorang individu untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan tanpa cepat berasa letih dan
lesu.
Kecergasan fizikal merupakan aspek yang penting bagi setiap individu. Kecergasan tubuh
badan hanya akan tercapai menerusi latihan fizikal bersistematik yang terancang dan
dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan yang sesuai serta disiplin yang tinggi.
Program latihan kecergasan fizikal memberi tumpuan kepada peningkatan penambahan dari
segi kecergasan keseluruhan tubuh badan seperti :

 Membina kelajuan (kepantasan).
 Membina daya tahan (otot-otot dan kardiovaskular).
 Membina ketangkasan.
 Membina kekuatan otot dan kelembutan anggota (kelenturan sendi).
 Membina koordinasi dan imbangan badan.
 Memperbaiki dan mencergaskan organ-organ dalam sistem kardiovaskular, sistem

pernafasan dan sistem otot.

16 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

MODUL KESELAMATAN

7

OBJEKTIF

1. Menerapkan aspek keselamatan dalam kalangan murid semasa menjalani aktiviti sukan /
permainan.

2. Mengurangkan risiko kecederaan semasa aktiviti sukan / permainan dijalankan.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru menjelaskan langkah-langkah untuk mengelakkan kecederaan ketika menjalankan

aktiviti atau bersukan.
3. Guru boleh mengimbas kod QR berikut untuk rujukan:

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI
 Kegembiraan

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti
pertandingan, keseronokan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Kecederaan sukan boleh berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal termasuklah semasa
bersukan ataupun beriadah.

17 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

NOTA

 Lakukan sesi ‘warm up’ atau regangan (15-20minit) sebelum
sesi latihan mahupun sukan.

 Sesi warm up akan meningkatkan suhu badan untuk
menyediakan otot sebelum melakukan aktiviti ‘strenous’.

 Warm up juga akan mengurangkan kesakitan otot.

 Memakai baju yang breathable akan membantu penyerapan
peluh dan mengelakkan ‘heat entrapment’ yang akan
mengurangkan masa bersukan.

 Pemakaian kasut mengikut jenis sukan juga sangat penting
untuk mengelakkan buku lali tercedera ketika bersukan.

 Pastikan kawasan untuk bersukan selamat dan
diselenggarakan dengan baik.

 Melakukan senaman untuk meningkatkan kekuatan otot.
 Konsistensi melakukan senaman kekuatan otot seperti

resistance training, dapat mengelakkan dari risiko kecederaan
pada otot ketika ‘high load activity’.

 Dapatkan rawatan doktor sekiranya berlaku kecederaan dan
jangan bermain semasa sakit.

 Elakkan daripada terus bermain ketika menghadapi
kecederaan untuk mengelakkan kawasan kecederaan
bertambah teruk.

 Dapatkan konsultasi doktor atau fisioterapi berkaitan
kecederaan anda.

18 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

MODUL PENGENALAN JENIS PERTANDINGAN

8

OBJEKTIF

1. Menyemai sikap positif dalam pertandingan dalam kalangan murid.
2. Memupuk sikap kerjasama berpasukan.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru membahagikan murid kepada beberapa pasukan.
3. Setiap murid dalam pasukan akan mengambil bahagian dalam perlawanan.
4. Guru memilih jenis perlawanan yang sesuai dengan sukan / permainan masing-masing.
5. Guru atau murid yang mahir menjadi juri dan merekod keputusan perlawanan.

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Bertanggungjawab

PENGENALAN

Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang atau juara dalam sesuatu jenis
sukan di samping untuk memberi keseronokan. Pertandingan juga diwujudkan khas untuk
mencari, menilai dan memilih pemain yang berpotensi serta berkemahiran dalam permainan
tersebut. Sesuatu pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem
pertandingan yang berbeza. Antaranya ialah sistem liga, kalah mati dan cabar-mencabar.
Namun begitu, beberapa aspek lain perlu diambil kira sebelum menentukan sistem
pertandingan yang harus digunakan dalam sesuatu kejohanan. Antaranya :-

 Masa yang diperuntukkan
 Alatan dan kemudahan yang ada
 Kewangan
 Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan
 Penentuan pemenang yang sah
 Agihan perlawanan yang adil
 Jenis pertandingan

19 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

NOTA
PERLAWANAN LIGA

Sistem liga adalah satu hierarki liga dalam satu sukan yang biasanya pasukan-pasukan boleh
dilayakkan atau disingkirkan, bergantung pada kedudukan akhir atau playoff. Ianya juga
dikenali sebagai sistem piramid kerana kecenderungan mereka untuk mempunyai lebih
(serantau) divisyen di bawah. Sistem liga banyak digunakan dalam sukan, terutama bola
sepak, liga ragbi, dan kesatuan ragbi.

PERLAWANAN KALAH MATI
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus
bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam
mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa,
sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Namun, sistem ini
bukanlah cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

20 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

MODUL PENGELOLAAN PERTANDINGAN

9

OBJEKTIF

1. Menerapkan semangat bersaing secara sihat dalam kalangan murid.
2. Memupuk sikap kerjasama berpasukan.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Murid (pasukan jemputan) telah dimaklumkan seminggu sebelum perjumpaan untuk

menyertai perlawanan ini.
3. Setiap murid dalam pasukan akan mengambil bahagian dalam perlawanan.
4. Guru atau murid yang mahir menjadi juri dan merekod keputusan perlawanan.
5. Hadiah disediakan bagi kumpulan yang menang.

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Hormat-menghormati

21 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

NOTA

PERLAWANAN PERSAHABATAN DI SEKOLAH

22 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

MODUL SUKAN KEBANGGAAN NEGARA

10

OBJEKTIF

1. Memupuk nilai jati diri dalam kalangan murid.
2. Menyemai perasaan bangga dan cinta akan negara.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
3. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti berikut:

 Mengumpul maklumat tentang seorang tokoh sukan negara (dimaklumkan
seminggu sebelum perjumpaan).

 Membuat rencana biodata tokoh tersebut.
 Menyampaikan rencana dengan gaya pembaca berita atau pengacara

rancangan sukan.
4. Guru juga menerangkan kepentingan aktiviti seperti Hari Sukan Negara dan 1M1S

untuk memperkasakan sukan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI
 Kasih sayang

SUKAN KEBANGGAAN NEGARA

Sukan berperanan penting dalam membentuk perpaduan masyarakat. Sukan dilaksanakan
tanpa mengehadkan penyertaan sesuatu kaum dan tanpa mengira ideologi seseorang.

Infrastruktur sukan yang terdapat di negara kita sesuai untuk acara sukan sama ada di
peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kemudahan sukan juga disediakan di
peringkat sekolah, kolej, universiti, negeri dan kebangsaan.

Penglibatan atlet-atlet negara kita dalam pelbagai temasya sukan sama ada di peringkat
kebangsaan mahupun antarabangsa juga telah berjaya membentuk keharmonian masyarakat
sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

23 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

NOTA

TOKOH SUKAN NEGARA

Nama: Dato Lee Chong Wei Nama: Dato Nicol Ann David
Acara: Badminton Acara: Skuasy

Nama:Dato' Muhammad Nama:Dato Pandelela Rinong

Azizulhasni bin Awang anak Pamg
Acara: Berbasikal Acara: Terjun

HARI SUKAN NEGARA

Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian
Belia dan Sukan (kerajaan) bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang
mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup.

KBS sentiasa memastikan segala program dan aktiviti sukan di bawah Hari Sukan Negara samada
berbentuk pertandingan atau riadah di laksana dan dipraktikkan selari dengan Dasar Sukan
Negara yang merangkumi semua lapisan masyarakat dan seterusnya mencapai objektif Malaysia
sebagai negara sukan (sporting nation).

24 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

MODUL KESIHATAN DIRI

11

OBJEKTIF

1. Memupuk dan menekankan aspek kesihatan setiap waktu.
2. Menerapkan nilai peka dan tanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri.
3. Memupuk amalan gaya hidup yang sihat.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
3. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti berikut:

 Kumpulan 1: Kesihatan fizikal
 Kumpulan 2: Kesihatan mental
 Kumpulan 3: Kesihatan emosi
 Kumpulan 4: Kesihatan spritual

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Kegembiraan

INFO

Rancangan Kesihatan Sekolah mula dilaksanakan di Malaysia pada tahun 1967 dengan
berteraskan kepada perkhidmatan kesihatan diri, pendidikan kesihatan melalui kurikulum,
kesihatan persekitaran sekolah dan penglibatan masyarakat.

Matlamat Program Kesihatan Sekolah adalah untuk menilai taraf kesihatan kanak-
kanak pra-sekolah dan murid sekolah, menggalakkan bimbingan dan panduan kepada murid,
ibubapa dan guru mengenai keperluan dan masalah kesihatan kanak-kanak pra-sekolah dan
murid sekolah. Ini membantu dalam mengenalpasti pendidikan dan penjagaan kesihatan
murid yang disyaki mempunyai masalah pembelajaran, kecacatan fizikal, masalah sosial dan
sebagainya, membina pengetahuan, sikap dan perilaku yang baik untuk mengamalkan gaya
hidup sihat dan menggalakkan pembinaan persekitaran fizikal dan sosial yang sihat dalam
persekitaran sekolah.

25 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

NOTA
Pada tahun 1998, Rancangan Kesihatan Sekolah telah diperkukuhkan dengan pengenalan
Program Bersepadu Sekolah Sihat. Konsep yang diadaptasikan dari Health Promoting
School dan healthy setting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ini memperkenalkan 6
elemen yang perlu diwujudkan dalam ekosistem sekolah seperti dalam rajah 1.

26 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

MODUL ANALISIS PENGLIBATAN
SUKAN DAN PERMAINAN
12

OBJEKTIF

1. Menyelaras segala penglibatan murid dalam sukan dan permainan.
2. Menyediakan draf rumusan penglibatan murid.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Nyanyian lagu Negaraku dan merekod kehadiran murid.
2. Guru berbincang tentang penglibatan murid secara keseluruhan dalam unit masing-

masing.
3. Murid menyemak segala penglibatan yang berkenaan.
4. Guru menyediakan draf lengkap rumusan data penglibatan murid untuk dimasukkan ke

aplikasi PAJSK apabila diminta kelak.

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI

 Bertanggungjawab

Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab dan
Persatuan, Pasukan Badan Beruniform serta Sukan dan Permainan. Penyertaan dalam
ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan
30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana
peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran
murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek
kognitif, afektif dan psikomotor.

Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza
antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan
dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang
berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan
ini, penggunaan borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur
ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

27 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

NOTA
ASPEK AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKAN DALAM PAJSK

28 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

29 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0

CATATAN SENARAI SEMAK AKTIVITI

MODUL TARIKH NAMA GURU YANG CATATAN

PELAKSANAAN MENGENDALIKAN AKTIVITI

1

2

3

4

5

6

7
8
9

10
11

12

30 | M O K E T S U K A N / P E R M A I N A N K D 1 0


Click to View FlipBook Version